Tuesday, July 27, 2010

ILMU: tak boleh puasa selepas nisfu syabaan!

Assalamualaikum!


Hee...disebabkan blog aku dah bertukar wajah, so aku jadi lebih bersemangat nak berblog.


Ala2 girly gitu...auwww..geli nyahhh! hahahaha...


okay,tadi aku busy berfacebook adalah aku terbaca komen seorang hamba Allah nie..


dia komen dekat status kawan aku pasal puasa..and ada bagi link pasal hukum puasa lepas


nisfu syaaban..(puasa selepas 15 syaaban lah lebih kurang)! tapi ada exception untuk certain cases.


 satu maklumat berguna untuk kita sume muslimin dan muslimat...


okay..ni aku ringkaskan apa yang ada dari blog tersebut..owner blog ni dah bagitau awal2, sape2 pon boleh


copy and paste isi kandungan blog dia dengan tujuan menyebarkan niat yang baik.. :)


1) kalau korang nak puasa lepas nisfu syabaan, korang kena sambung puasa tersebut secara berterusan

contohnya, kalau korang puasa pada 15 syaban,korang boleh puasa pada 16 syabaan,17 syaaban and

seterusnya tanpa putus sampai bulan Ramadhan. misal kata tiba2 satu hari tu korang malas, or terperiod ke

apa,so haram kalau korang nak puasa lepas tu. paham tak?

2)korang dah terbiasa puasa sunat

kalau korang dah biasa puasa sunat contoh macam puasa hari isnin and khamis tu, tak pernah miss pon,

so kira tak pe lah.

3)nak ganti puasa

korang puasa sebab nak ganti puasa ramadhan  yang korang tinggal tu. yelah, da last2 minute baru nak ganti,

takut tak sempat, so dihalalkan lah. (macam aku lah kadang2..teheee)

4)dah niat bernazar

ok yang nie pon ada syaratnya jugak. kalau korang dah bernazar nak puasa,tapi tak tau tarikh korang nak

bernazar tu jatuh lepas nisfu syaaban, so kira sah lah nazar tu.kira macam tak sengaja lah and tak tau pon.

tapi kalau korang dah tau,nazar tu kena tunda pada bulan yang lain lah.nazar tu terbatal lah.

paham tak korang?


ok...ni je lah serba sedikit yang aku dapat tadi. kalau korang nak tau lebih lanjut or mendalam and

nak banyak limu berguna follow lah blog nie. http://jomfaham.blogspot.com. banyak manfaat

and ilmu yg kita boleh dapat. selamat beramal ye.



sempena bulan baik nie, pakai baju kurung ye.

yang longgar2! :p

peace no war!

*less than three* <3







1 comment:

Anonymous said...

kalau bab ilmu agama neh tadak sapa na komen :| apa na jadi la