Thursday, July 29, 2010

Petanda boyfren/girlfren korang tu jodoh korang

Assalamualaikum!

burppp...alhamdulillah..kenyang!

baru lepas makan maggi sebanyak dua bungkus..tu pon tak abes...nasib baek ada penyelamat FATTY

yang tolong menghabiskan sisa-sisa maggi yg tinggal(ish3..tak baek sungguh aku bagi sisa je..)

oh ye...entry aku kali ni pasal jodoh...korang pasti ke bf/gf korang sekarang ni confirm jadi husband/wife

korang nanti? kalau tak sure...jom cek sama2..bawah ni serba sedikit ciri2 yg depa ni jodoh korang. oh ya,

aku ambik dari note yang kawan aku tag kat facebook. tulisan asal: ustaz abdul samad. (tapi aku da olah sikit

 isi dia bagi korang senang ketchup!  eh, catch up! baru betol..heee~



picture google~



1) Bersahaja

ok..kekasih korang tu tak berlakon depan korang. maksudnya dia tak control2 perbuatan dia depan korang

lah.cuba korang cek,cara dia berpakaian,cara dia minum,cara dia makan,cara dia gelak and semua perbuatan

 dia depan korang. mana tau depan korang punya lah sopan belakang korang..masyaAllah! kalau dia macam

buat2 or rasa macam kureng selesa dengan korang, baik korang pikir2 balik..whether he/she is the right

person to be with?

p/s: tapi kalau first date tu biasalah kan..control2..malu2... ;p


2)Senang bersama

Even korang da kerap jumpa,korang tak pernah rasa boring ataupon bosan(eh..bukan sama ke maksud nie)

 dengan dia. tapi semakin hari semakin sayang.ala..macam lagu uji rasyid tu lah.( aku pon tak tau lagu ni

macam mana tapi aku try google tadi ada plak..teheee) ni link dia.(macam lagu zaman mak2 korag lah).klik

sini .Korang jugak rasa happy je bila dengan dia.kalau berjauhan korang akan rasa perasaan nak jumpa

dengan dia walaupun baru semalam je jumpa.kalau korang pernah rasa macam ni..mungkin dia jodoh korang?


3)Terima korang seadanya.

ok..bila dia dah bercinta dengan korang, dia pasti akan terima diri korang yg sekarang. dia tak kisah and tak

ambik hari pon pasal kisah silam korang.yg penting untuk dia, masa sekarang.maybe before dengan dia

korang ada ex ke ape kan,tapi dia tak kisah memandangkan korang hak dia sekarang. besides, dia jugak

sedia kongsi kisah silam dia sebelum dia dengan korang sekarang. even sekarang korang tiba2 gemok

ke,muka penuh jerawat ke,dia tak kisah pon.

kalau kekasih korang tu asyik cari kekurangan korang je contoh tak puas ati dengan penampilan korang.nak

korang jadi macam tu lah..ini lah.suruh korang kurus sikit lah.nak suroh korang putih lah.ape lah.baik korang

cepat blah?it is just not worth it to be with someone like him/her!


4)Sentiasa jujur

dia tak pernah nak tipu korang. apa dia buat, dengan siapa dia sekarang semua dia bagitau. bukan kongkong

tapi sekadar nak bagitau perkara sebenar,so lepas tu tak de lah syak yang bukan2 kan? perkara nie paling

penting dalam hubungan jarak jauh. lagipun kita boleh tau kan kalau dia tipu kita ke tak.contohnya kalau

perangai dia tiba2 berubah.so..beware!!


5)Senang berkerjasama


point ni penting jugak dalam hubungan. kalau korang kesusahan, si dia tu pasti akan tolong korang.kiranya

selagi dia mampu nak tolong, dia sure tolong punya. kalau korang tak de duit ke ape, dia sure cuba sedaya

upaya nak ringankan beban korang. kalau dia cakap 'lantak pi hang lah' or..'sorry ye wak, saya tak dapat

tolong'  ataupun 'pi mintak tolong orang lain lah..sikit2 aku..sikit aku!' kalau yg macam ni aku nasihatkan


 korang reject!



6)Paham korang

dalam satu relationship paham memahami memang sangat2 lah penting ye kawan2 sekalian. dengan kata lain

 dia sentiasa menjadi pendukung (bukan korang dukung dia lah..mau nya patah tulang selangka kalau dapat

pakwe/makwe besar anak gajah..hehehe..aipppp! jahat mulut ye) dalam apa je yg korang buat atau minat.

dia jugak akan bersama korang dalam apa jua situasi  sekali pon.tak kesah lah time korang suka ke.sedih

ke.tapi ye lah kan.kadang2 gaduh2 dalam memahami minat pasangan korang tu biasalah.sedangkan lidah lagi

tergigit, ye tak?

p/s: tapi ada jugak manusia yg suka mengongkong pasangan sampai kadang2 boleh jadi rimas. nasihat aku, 


bukan tak boleh nak kongkong tapi kena lah berpada2. back to the basic lah..JUJUR! kalau korang jujur 


insyallah...:)


7)Believe each other

ok..korang mesti ada rahsia peribadi yang ada korang tak cerita kat orang lain. tapi kalau korang rasa

pasangan korang tu jodoh korang,korang tak kan teragak2 untuk ceritakan rahsia korang kat dia.hati nurani

korang(cewahhh) kuat mengatakan dia boleh dipercayai.korang akan rasa selamat bila cerita kat dia and akan

 rasa beban korang kurang bila bercerita kat dia.



8)Tampilkan kelemahan

haa..bukan senang orang nak mengaku kelemahan depan orang kan? yelah, siapa nak mengaku yang dia tidur

 berdengkur sampai satu kolej dengar kan?(oh..hyperbola..) kalau dia the right person untuk korang dia pasti

akan mengaku kekurangan yang ada pada diri dia. yelah..bukan semua orang perfect..kan? contoh paling

senang,bila pasangan korang tu sakit, and tak mandi dua tiga hari of course la serabai kan?so dia tak kan

teragak2 nak benarkan korang lawat dia even dia tau yg sekarang ni dia serabai and busuk! hahaha



9)Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan 


memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. 


Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas




 pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia 


ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang ma


ha berkuasa.





(ayat atas ni aku copy paste.sebab tak tau nak ringkaskan macam mana.padahal malas!)hehehe




And last but not least:




10) Solat istikharah dan tawakal




Ok..berbalik pada yang maha pencipta...jodoh pertemuan di tangan Allah kan..?kita just 


meranacang..banyak2kan solat isthikarah..and tawakal..insyaallah dia jodoh kita. ingat,'perempuan yang baik 


untuk lelaki yang baik, begitu jugak sebaliknya.'




ok..itu je..aku minta maaf kalau ada siapa2 yang terasa hati dengan kata2 aku kat atas ye..ampunn pakk!!


selamat beramal!


*less than three* <3

6 comments:

fafa said...

two thumbs up! suka entri kali ni. mcm2 tips sy dpt. tq cik natrah ;)

CiK NaThRaH said...

ehem2 fafa..encik tutttt tu rase2 jodoh awk tak?hahaha :p jgn marah

nama saya fatimah dan saya bukan pengganas said...

:D kte pun suke :)

Rashid said...

salam

satu perkongsian yang baik sekali..

Zinedine Zaiddin said...

Itu dia nasihat dari seorang gadis..err..ada pengalaman ke sblm2 ni? hehehe..main2 aje. :P



Contest Menang T-Shirt @ Blog Lompat Tikam

CiK NaThRaH said...

rashid: salam..thankz

zinedine: huhu...tak pernah lagi :)