Monday, August 16, 2010

Janganlah Engkau Menangis Wahai Mr N!

Khas untuk Mr N....



Wahai Mr N

aku mintak maaf kalau aku telah melukakan hati engkau

aku tau, aku manusia kejam

pada mulanya, aku terpikat sangat dengan engkau

aroma engkau telah menawan hatiku yang kerdil ini

tanpa berfikir panjang aku terus mengaut engkau dengan rakusnya

manusia2 yg lain juga turut hairan dengan keletah manja aku terhadap engkau

ada yang berkata  "banyak nyaaa ko ambik"

aku cuba untuk tidak mengedahkan kata-kata mereka

lalu aku berjaya memiliki engkau dengan hakiki

suara yang ditunggu2 sejak pagi tadi sayup kedengaran

aku pun mula memandang engkau

lalu ku jamah engkau sedikit demi sedikit

malangnya aroma engkau tidak bertahan lama

memandangkan situasi tidak seperti sebelumnya

aku tidak berjaya melapah engkau seenakknya

memandangkan perutku sudah tiada ruang untuk engkau lagi..

lalu ku tinggalkan engkau di dalam tong berisi sampah.

busuk!

maafkan aku..

engkau yg bernama NASI.. :'(

                                                              ikhsan encik google

Huhu..sorry yer nasi...aku terambik banyak pulak hari ni time berbuka tadi. dulu time kecik2 mak aku suka kelentong kat aku, kalau kita tak makan nasi bagi abis, nanti nasi tu nangis.kesian kat nasi tu. disebabkan time tu aku hanyalah seorang kanak2 yg mudah diperdaya dengan kata2 aku pun percaya lah.hisshh! macam2 taktik orang2 tua dulu nak bagi anak2 diorang makan abis kan. alahh..aku sure,mak2 korang pon mesti ada yang buat camni gak kan.tapi tadi aku terfikir jugak lah.kesian kat nasi tu.and kesian juga petani2 yang ada.yelah bak kata iklan kat tv tu 'sebutir nasi tu umpama setitik peluh petani'.aku nyesal pulak .terbayang kat orang2 afrika yang tak cukup makan tu.kalau dia nampak nasi aku yang tinggal sisa tu, confirm diorang berebut2 kan?tak baiknya aku.tapi tak pe.pengajaran hari ni.lain kali jangan ambik nasi banyak2 kalau dah tau nak makan benda lain.huuu..baikk lah!

3 comments:

Anonymous said...

ish,,,xbaik buang nasi..tu makanan...ish2..xpatut2...

CiK NaThRaH said...

tu lahhh..xbaekk kan.. :(

g_NoLa said...

salam...klu c nasi takat nangis takpe.~~ org tua2 kate..nasi pun blh menyumpah..~ mak ai!! kekekek...so next time hati2 k....