Friday, September 17, 2010

Encik,kami raya nak makan lemang,bukan buat asignment!

Assalamualaikum!

dah lama rasanya aku meninggalkan blog ni. (padahal hari2 jenguk tapi tak de entry baru je..hehehe). hari ni da genap seminggu kita beraya kan.kat facebook tu pon da penoh da pic2 raya termasok lah bloggers yg buat entry pasal raya, cuma aku je tak buat. walaupon hasrat hati ni (perghhh!)nak jugak buat tapi apakan daya aku tak ada gamba raya. usb kamera tinggal kat kolej la plak so terbantutlah hasrat tersebut.tunggu lah aku balik kolej nanti ye. hahaha..

pejam celik pejam celik dah nak abes dah cuti raya aku selama 2 minggu. sebenarnya banyak sangat kerja yang nak kena buat. tugasan itu lah. ini lah. wahhh..tugasan tu! siapa lagi nak memartabatkan bahasa melayu kalau bukan kita kan? (cehh...podahhh! yang kau selalu sebut asignment tu apa? ) sebenarnya, aku malas nak type omputeh sebab selalu salah eja. taip BM senang sikit!

aku betul2 tak puas hati sebenarnya. dari zaman aku sekolah lagi, time cuti je mesti cikgu nak bagi kerja banyak2! apa, dia ingat kita cuti nak mengadap buku je ke? sampai dah masuk 'U' ni pon sama! hari tu before balik cuti.....

'ok..kamu semua siapkan tutor ni.lepas raya saya nak tengok' kata lecturer yg ensem kepada kami semua.
'tapi encik, kitorang raya nak makan lemang,bukan nak buat tutor' jawab seorang student berwibawa.


tu dia lemang idaman kalbu di hari raya.
picture dari encik google lah..


kelas diam sejenak. aku berdebar jugak lah sebab kawan aku tu boleh slumber je cakap macam tu kat pensyarah. kang buatnya kena halau tak ke naya? tapi best jugak,dapat balik awal.hahaha..ceh!

selepas itu..

'oh..abes tu, nanti kawan kamu cakap macam ni sem depan kitorang dah belajar applied valuation, tapi kamu buat statutory valuation lagi. kamu nak?' perghh..makan dalam tu ayat lecturer aku. (sorry, kalau ada istilah yg korang tak paham sebab tu nama subjek aku belajar.)


ehh..bila masa pulak kelas aku ada mat salleh ni? 


kelas pon bergema dengan ketawa kitorang.hahahhaa..naseb baek aku tak menjawab.padahal dalam hati sokong sangatlah cakap member aku tu! betul lah kan siapa nak baca buku or buat kerja sekolah time cuti2 ni beb! nak2 bila cuti raya..kan?kan? kan?

*less than three* <3

3 comments:

epol said...

lol..macho sial member ko..haha

kalo aku cakap camni je kat lecturer tu

"incik,incik x de kampung ke nak beraya?"

(akan disusuli dengan lempangan padu)

g_NoLa said...

sometimes memang nak kena "bagi skit" kat lecturers nie...ceh..~walhal aku dulu pun tak pena buat gak!! huhuhu...

CiK NaThRaH said...

epol: hahaha..bagos gak idea ko tu!

gnola: heheheh..tu lah..respect punya pasal kan