Thursday, September 2, 2010

Mak! boleh tak mak beranak lagi??

Assalamualaikum!

Huu....soalan yang semestinya bodoh kalau aku tanya kat mak aku. hehehe. mak aku da pangkat opah atau nenek dalam bahasa pasarnya dah pon. hurmm...kadang2 aku rasa cam sikit je sibling aku nie. aku ada abang sorang and adik laki sorang.
 ni abang aku and anak2 pak su aku time raya tahun lepas.

yang baju kuning tu adik aku bersama dengan anak paksu aku jugak.

sebenarnya, aku dah lama teringin nak ada kakak and adik pompuan sorang. barulah ada geng. ni tak. kalau dulu balik kampung dekat kuala lipis, mesti kena mandi sorang2. sebab kampung aku dekat lipis tu tak ada bilik mandi. memang kampung tulen punya lah. mandi kat sungai belakang rumah. depan dia ada pokok getah. nak mandi sama dengan abang and adik aku, malu. dah besar.hehehe. nak mandi dengan mak pon malu sebab mak salu mandi berdua dengan abah aku. romantik tak parents aku? hahahaha! kadang2 seram jugak. kot2 tiba2 harimau sesat pulak time2 aku tengah mandi tu. tak ke naya? ish3.. akhir2 ni je dah ada bilik air. tapi, arwah atuk aku pulak baru meninggal.

eh, melalut pulak aku. sebenarnya sebab aku nak ada kakak n adik pmpuan nie, sebab nak ada geng je. ada tempat nak share hal2 pompuan ke hape kan. pastu kadang2 kita boleh share2 baju dengan dia. jimat sikit duit aku! heheheh..entah lah. tapi nak buat macam mana kan. tapi apa2 pon aku bersyukur sebab dapat sibling yang best! i love u lah along and pa!

ada siapa2 tak nak jadi kakak atau adik aku? :)

*less than three* <3

2 comments:

g_NoLa said...

lor..awak sorang2 je ke pompuan dlm siblings? slalu kena buli tak? huhuh...awak cute ar ank paksu awak yg belah kiri abang awk?? kim salam eh, cpt2 skit bsr. wkakaka...apesal awk nmpk cengkung(kurus)je kat cnie?? keeke...jgn marah~..

CiK NaThRaH said...

ni pic taon lepas...sbb tu kurus kot.