Sunday, September 5, 2010

Saya Nak Update bBlog Tapi Tak Tahu Nak Update Ape

Assalamualaikum!

okey. korang baca entry aku ni pon dah tau kan pasal apa..hehehe. ehh...wait a minute! tapi sekarang ni kau tengah buat apa cik nath oiii?hahahaha..sengal betul lah aku ni. bukan aku tengah update ke ni? opsss..tak sengaja terrr update pulak!korang halal kan je lah ye.. :p

disebabkan dengan ringannya jari jemari aku ni nak menari..(ecehhh...) so aku nak cerita sikit tentang feeling aku sekarang. (feeling tuu!) disebabkan tak lama lagi kita semua ni nak raya kan .. hurmmm...honestly,aku tak ada mood lah nak raya. mungkin sebab da besar kot. ye lah dah besar,mana ada orang nak bagi duit raya dah. sekarang bila habis semayang raya je, balik umah. makan2 jap. ambik2 gamba jap. pastu dok depan tv. pastu dahhhh..habis raya pertama.boring gila kan?

kalau dulu time kecik2, mesti excited gila nak raya. perkara first, tengok tv. tunggu pakcik tan sri yang penyimpan mohor raja2 tu bagi annnoucement. kalau raya, berlari keliling rumah. betapa happynya perasan menjadi kanak2 ketika raya menjelma. cewahh! bila malam raya tu, nak tidur pon semangat je. tidur sambil senyum mengenangkan esok dah nak raya. bila bukak mata tu, nampak simbol duit. duit. duit. hahaha..

macam nie...

ni pakcik google punya gambar

masa zaman aku kanak2 (zaman dengan masa bukan ke sama je meaning dia?.ahhh..wuteverlah!) slumber je pergi beraya rumah orang. orang yang tak kenal pon aku taram je. dengan alasan nak beraya. ketok2 pintu rumah orang.."pakcikkk...kami datang nak rayaaa...! "sambil buat muka tak bersalah mata terkebi2 meminta simpati ala2 sin chan. last2 dapat lah duit singgit sekeping kaler kuning tu. kalau nak pergi beraya tu, jenis rumah pon penting. dengan hipotesis," rumah besar, orang kaya.orang kaya bagi duit raya banyak." rupanya orang kaya tu lah yang bagi paling sikit. ciss! kedek! balik2 rumah kira duit raya. tiap kali dapat duit raya, kira semula. padahal boleh je ingat jumlah yang kita kira tu, lepas tu just tambah je la kan? hahaha...

bila ingat2 balik zaman kanak2 tu buat aku tersenyum sendiri je. bila dah besar ni,pikir2 balik betapa beraninya and lebih tepat tak malunya aku time kecik2 dulu...keh keh! 

tahun depan insyaallah, kalau umur panjang, murah rezeki aku pulak yang kena bagi duit raya..

p/s: tak ada conclusion entry aku ni.kalau exam bahasa melayu SPM confirm 'A' !haha 

*less than three*<3

2 comments:

g_NoLa said...

update je..selagi bernyawa...huhuhuh...aku bace pe..siap comment lagi. ahaks! klu parents ade lagi xpe..sok, klu dah takde mulalah tekenang-kenang di pagi raya. ape pun layan je lah raya nie...di samping sedih perginya ramadhan. huhuhuhh...

nama saya fatimah dan saya bukan pengganas said...

hehe..budak2 kecik mmg selambe je kan.. rndu kenangan raya masa kecik2. :)