Tuesday, October 19, 2010

Peminta sedekah yg pathetic~

'kakk..derma kak..untuk rumah anak yatim' pinta seorang kanak-kanak perempuan kira2 dalam lingkungan umur 7tahun.


aku pandang muka dia dalam2,tenung mata dia. dia tunduk.mungkin malu dengan panahan mata aku yg menggoda tu kot?eh..tapi tak mungkin.tak kan budak ni lesbian kot?hahahaha! adoi..ni yang ceq tak sampai hati nie. kesian pulak aku tengok. so aku pon hulur lah rm1. tapi..
.
'eh kak..tak boleh..paling kurang kena bagi rm10'.

OMK! (oh mak kau) terbeliak mata aku.terkejut barangkali.'aik...ada pulak limit kalau nak bagi derma ye' desis aku dalam hati. aku pon cakap baek2 dengan lemah lembut sopan santun serta senyuman manis meniti di bibir ecewahhh 'adik..akak ada singgit je dik. tak percaya tengok ni.' aku pon tayang lah dompet purple aku yg sedikit koyak tu.naseb baek time tu memang duit aku tinggal singgit je.normal lah hujung sem kan? hikkk...

adik tu pon cakap 'tak boleh kak'. aku pon balas lagi..'kalau macam tu tak pe lah. adik ambik je duit ni.tak payah masuk dalam resit.ni duit adek, akak bagi ye. simpan beli mamee monster, kalau boleh beli yg kaler merah tu.kaler hijau tak sedap.tau?' hah. budak tu pon ambik duit tu dan blah.

hish..kadang2 aku terpikir lah kan, kesian budak2 ni jadi mangsa kan. kalau dorang mintak sedekah, dorang yg dapat duit tu tak pe lah jugak. ni tak.ejen dia yg dapat. kadang2 aku tak nak bagi, tapi bila tengok budak2 ni kesian pulak kan. aku kan berjiwa kewanitaan yg memiliki sifat lemah lembut so akan mudah tersentuh lah kan.huahuahua.

lagi satu orang buta mintak sedekah.berlambak kot.sekarang aktif pulak yg pergi dari satu restoran ke restoran yg lain. yg bestnya, mesti ada tukang pimpin org buta tersebut. lepas customer yg dah bagi duit tu blah, customer yg lain datang, si buta dan tukang pimpin datang lagi  mintak sedekah kat  customer tu pulak.uishhh..kaya diorang macam ni. so, aku pon kadang2 keras hati jugak nak bagi sedekah sebab benda2 macam ni lah kan.



p/s: sedekah lah dengan ikhlas ye. tangan yg menghulur lagi mulia daripada tangan yg menerima. contoh terdekat korang klik lah iklan nuffnang aku tu. kan sedekah tu? hakhak :p

*less than three* <3

13 comments:

g_NoLa said...

dat's y sy lagi prefer beli buku ke..ape ke..(walhal aku tak bace pun buku2 tu, buat koleksi je..huuhhu..)yg salesman2 dtg jual bla lepak kat restoran2 dulu. sbb sy hargai at least drg berusaha nak cari duit bukan dgn minta sedekah.
tpi tulah~~ betul ckp awak! kesian tgk dak2 nie, kadang tak sampai hati tgk. xpelah, yg ptg kita ikhlas bagi..yg lain serah je kat DIA.

p/s: tahniah2 kat cik nath. sbb walaupun ade singgit je msh blh besedekah. "D MORE U GIVE,D WILL KAM BEK"

platipus said...

xpe..agak2.xde duit, kau senyum je..senyum tu pon kn sdekah..haha

YAT said...

aku lg best. bru turun kete, org da dtg mntk derma. dia hulur frame kecik(kununnye gift utk org yg mderma). dia kate, derma seikhlas hati. ak bg rm5, dia kate rm15 la. aikk, mcm nk mnjual plak. x jadi ah..

ade lg 1.. ni time nk msuk kete plak. blk dr econsave. ade laki cm india muslim sihat walafiat. mintak derma wat masjid/umah ank yatim. tah btol ke tidak. bila org xnk bg, bole plak dia kate 'kedekut!' pastu kbtulan ms blk, ak tsrmpak mat ni lg. bru turun teksi tu. dan2 xnk naik bas. dia ngh jln2 kt kdai cm nk mbeli2.

fya zainal said...

same here..
kekadang rasa mcm aishhhh x bagi kesian bila dh bagi rasa cam melampau pula..

bila fikir balik...sure2 mesti ada dalang ni..

Cik Nathrah said...

tu lah pasal..macam2 jenis da skng pemintak sedekah nie...

JelinaJoli said...

gya sedekah bila dapat gaji. pegang pepatah..dlm gaji gua ada bahagian utk org yg kurang mampu..gua tolong pegang je..


eh2..gua tak riak tau.

Affan Ruslan said...

huhu. kadang2 memang serba slh. mak aku pun cakap die tak mintak resit, die bg duit kat diorg, soh diorg simpan sndri je

~nEeYsA~ said...

sian dak tu...ape la org yg soh die wat kje cm2..aishhh...

Gayahspears said...

kah3... macam nih pon ade gak ya???
adess... bukan nak bersyukur... mampus kalo lyn kerenah peminta sedekah camni :(

bungakuning . said...

itu lah . i pun dah pernah kena . geram pun ada , i cakap i derma ikhlas , tak kira la berapa pun RM nya . padahal ejen dia yang amik duit tuh , budak2 tuh dapat upah je . kalau tak banteras ni , makin teruk jadinya .

woghih den said...

sbb tu rezeki dia kat situ je...takkan sampai kat mana...sbb eminta- minta

Teruna Alam said...

Semoga satu hari nanti dapat direalisasikan santuari untuk kanak-kanak begini supaya mereka juga dapat dilatih di dalam akademi. Beri peluang untuk mereka menukar nasib hidup.

cici tembikai said...

tu lah , I kesian tapi selalunya I tak bagi sbb pada I itu menggalakkan .

pernah sekali I tgh ada probs , lepak teh tarik place dgn kwn. masa tu tgh sedu sedan teresak esak. tetiba ada budak pakai kopiah mintak derma. I macam tak pandang sangat , sekadar buat isyarat taknak guna tangan . then budak tu jeling I and cakap

"kedekut nak mampus"

hamboi biadab nya -,- dah lah air mata berlinangan , kena maki dengan bdk kecik pulak. emo tahu =/