Friday, November 19, 2010

Perempuan yg terlebih emo OR Lelaki yg tak sensitif?

Assalamualaikum!

anda perempuan?sedang hangat bercinta? yess..entry ni memang ditakdirkan untuk anda sejak anda bayi saiz kaki sebesar dua jari orang dewasa lagi.yg lelaki?jangan risau.entry ni jugak sangat lah sesuai untuk pemahaman korang terhadap kaum wanita yg comel serta anggun bergaya nie. kewujudan entry ni adalah hasil daripada persembangan aku dengan kawan sekolah aku hari tu. abaikan kesalahan tataabahasa tersebut memandangkan ini bukan kertas peperiksaan bahasa melayu spm ye tuan2 dan puan2. (baca dengan slang chef wan ye adik2)

fokus yg barisan belakang ok. jangan menggatal nak fokus yg depan.
gaduh dalam bercinta biasa lah kan. meh habaq mai kat ceq, pasangan mana yg tak pernah gaduh betol tak? kadang2 hal yg kecik pon nak gaduh. and biasanya mesti perempuan yg suka cari pasal. ye lah perempuan ni biasanya berjiwa sensitif sikit. tapi kan, kadang2 yg tak puas hatinya, lelaki tu suka je buat bodoh tau bila perempuan ni merajuk ke apa. yes i know. maybe sometimes tak logik pon nak merajuk.hal remeh je pon nak merajuk. mengada-ngada!tapi perempuan kan suka dipujuk. kadang2 perempuan buat macam ni sebab nak kan perhatian daripada korang yg lelaki ni. korang yg lelaki tu, apa salahnya layankan je gf korang tu. ni tak, bila perempuan merajuk je, mesti korang lebih suka tunggu cool dulu baru nak pujuk. helloooo! perempuan dia lebih suka kalau lelaki tu cari dia on time tau! berusaha nak bagi dia happy semula. even dia tak layan, sebetolnya dia saja nak tengok sejauh mana usaha korang tu. woman kan. bak kata karam sigh walia, 'hati perempuan ni macam kerak nasi je'. ceh asal ada peribahasa je pakcik karam dapat nama. tak aci betol.

lagi satu, kalau lelaki marah dekat perempuan, biasanya lelaki lagi suka diam je dulu. kalau tak, nanti lagi teruk dia marah. betol tak? kalau dia dah sejuk baru dia nak bercakap dengan perempuan tu. tapi kan. tapi kan. perempuan lebih suka settle time tu jugak. maksudnya selagi tak settle, selagi tu dia akan cari lelaki tu. dalam hal ni, perempuan pon kena faham lah kan. dah bf korang tu marah, biarkan dia dulu. jangan kacau dia. biar dia tenang. hurmm..tapi kalau aku, selagi tak settle selagi tu jiwa tak tenang. sebab tu perempuan lagi suka settle masa tu jugak.

sebenarnya kan, yang paling penting korang saling memahami lah. korang kena selalu bagi sokongan tentang apa je yg dia minat. ye lah, kalau bukan korang siapa lagi kan? ala..gaduh2 tu biasalah kan. kalau tak gaduh tak adventure pulak. lagipon gaduh ni boleh buat hubungan tu lagi erat kan. ala biasa kalau lepas gaduh je mesti rasa macam baik je masing. cakap pon manis je. dalam hati ada taman lah katakan. eleh. tak nak ngaku kunun. aku tau lah korang tu. hahaha..

p/s: aku tak tau lah tajuk entry aku ni relevant dengan isi ke tak.layankan je la ye. hua hua hua

*less than three* <3

















22 comments:

zmah said...

Bergantung pada situasi yang dihadapi.

zuana's dear diary said...

cik nathrah u ni adik cik nadia bayu ker? muka sejibik.. tahi lalat pun sama... musykil nih.. ke pelanduk 2 serupa? =p niway u sgt gojes mcm cik nadia bayu jgk..

cacing said...

lelaki jadi kurg sensetif sebab perempuan kot yang kuat majuk... hehehe

AesyaZealous said...

selalu pompuan merajuk kan? tp sy lain! bf sy yg merajuk!!! wahaha

Bazilah said...

beckham mengorat girl kat depan ke ape sampai victoria b. merajuk haha

Munirah said...

dalam hal ni kene tgk situasi dan character pasangan tu jgk..kn kn. hehe. btw, comel lah gambar beckham n victoria ;p

platipus said...

semua orang ingin dipujuk..aku ponn..grrr

akubiomed said...

Biasalah ketika hangat bercinta perkara-perkara kecil boleh jadi isu. Belum lagi berumahtangga kalau semasa bercinta dah ada konflik susahlah kalau dah ada ikatan perkahwinan. Bagi saya salah seorang perlu beralah dan memaafkan. Kalau masing-masing nak betul sahaja susah juga

ashraf said...

betul.sesuai sangat dengan keadaan aku sekarang :(

Irene Atiqah said...

babe ! aku baru buat blog hahaha ! and baru perasan entry ko ni kat FB hehehe :P

Cik Nathrah said...

zmah:u r rite! :)

zuana: heee...nadia bayu adalah insan cantik yg x same lgsg dgn saya..asal ramai cakap macam tu ek?? header je kot cam same :)

cacing: da tau pompuan kuat majuk pujuk laaa..hehehe

aesya: mesti bf ni jenis ank mak kn?

bazilah:heehe..tah la..ye kot tapi comel kan

munirah: aah..heee..comel2 :)

platipus: meh aku pujuk..dahh2 syhh dahh syhh

akubiomed: yes u r absolutely right!

ashraf:olo2..ciann diaaa

irene atiqah: hee...aku try tag cam xleh la..btw, welcome to blogging world :)

JelinaJoli said...

nape kat entri aku de link ke entri ni weyh?? x paham den...

takpo. kadang2 laki yg telebih sensitip lagi parah. jadi meluat. aku nak merajuk, dia pon nak merajuk sama.

wan nurul hezrina abd halim said...

KALU AKAK,HAKUJERLAH YANG MAJUK..PASTUH LAKI WAT DUNO..HEHE DIER MUKE SELAMBERJERK..RELEX JER...KALAU CEK KITER YANG ADA DARAH TINGGI..hehe..tapi laki selalunyer cool ajer.

miszlullaby said...

Rasenye,semua pun ade betulnye.Laki ke perempuan ke dua2 pon manusia jugak.Kalo ML,kadang2 ML merajuk,kadang2 encik tunang pujuk.Kadang2 terbalik.Sensitif pun mcm tu jugak.Tambah2 tym nak dtg period,lagi la oversensitive.Tapi kalo lelaki plak,ade certain2 part tu dorg akan oversensitive.So,kene ade giv and take and masing2 kene saba=)

♥e'in♥ said...

tol 2.. slalunye pmpn nie nk p'hatian je slalu.. heee

EEan said...

hmm... interesting topic..
walaupun aku laki, aku rse bukan satu bende yang cool utk biarkan ur lover merajuk.. lagipun, best jgk pujuk2 ni kdg2.. ahaha..
tapi kepade perempuan pulak, jgn pujuk sangat ur bf.. pujuk siket2 jek.. nnti lagi rimas kalau pujuk..
kalau pujuk siket2, nanti ur bf yg dtg kat korg balek wlau[un dorg yg majuk.. trust med.. haha

ziha said...

agreed! ade wat entri pasal ni n credit to Cik Nathrah..hrp sudi2 jenguk ye.. :)

chairooL ruLez said...

hahaha...no komen! huahuahua

Cik Nathrah said...

jelina: hahahaha..mane aku tau wey..sebab aku comel sangat kot link aku ade kat ko..hahahaha

wan hezrina: kan kak..biasalah tu kan

ML: yes agreed!

ein: tau xpe..hehe

EEan: oh macam tu ek..hahaha..nk try la nnti

ziha: maceh zihaaa!

epol said...

wollaaaa..gud entri la nat..

bagi aku 2-2 pon same je..pompuan ngan cara dia laki pon ngan cara dia...nak wat camne...lumrah alammmm

zynoe said...

thx for the info !
I sedang menghadap situsi begini sekarang wuwuwu.

syamimi fatin said...

yg pasal pompuan merajuk, laki kena pujuk on time tu, setujuuuuuuuuuuuuuuuu sgt..hehe :D