Tuesday, December 21, 2010

I Hot Tau! Tapi I Takde Boyfren..why?why?

Assalamualaikum!

Semalam aku ada menerima panggilan telefon dari seorang gadis. ke janda? ke anak dara tua tah? ahh..lantak lah yg penting dia tu perempuan, aku pon tak tahu dari mana dia dapat number aku. 

Truttt..trutttt! trutttt trutttttt!  (bunyi telefon). 

Nath: Hello! Nak cakap dengan siapa?

Perempuan Hot: U ni Nath kan? I ni! U ni, pasang lah caller ringtone ke apa tak lah i boring. dah lah u ni lambat angkat call!

(amboi! demand pulak minah ni. buat rugi aku je pasang caller2 ringtone bagai. bukan aku yg dengar. membaziaq je.)

Nath: I? siapa? tak kenal lah.

Perempuan Hot: Ahhh! tak kisah lah siapa pon I, tapi I nak tanya kat u something. important ok! I ni cun gila ok. boleh kata, semua perempuan kat malaysia ni kalah dengan i.Lisa Surihani? huhh.. tu pon 10% je dari total kecantikan i tau? tapi i sampai sekarang tak ada bf. u pon dah ada bf. padahal i berkali ganda cun dari u ok? boleh tak u bagitau i kenapa? ok bye!
                          
Nath : Eh..kenapa u tanya i? i bukannya pernah jumpa u pon. mana i tau u tu cantik mana.hot macam mana kan?

(tutt..tutt...tutt..)

Nath: Helloooo! helloooo...lah dah letak pulak.

So, nak tak nak aku pun  terpaksa lah jawab soalan perempuan bajet hot ni tadi. mana tau nanti dia terbaca blog aku ni. 

Ok, U! cuba check sini, mana tau ada ciri2 kat U ke? Sebab apa u tak de boyfren?Maybe sebab....

1) Over confident.
Maksudnya kat sini u terlampau perasan yg u tu cantikkk sangat.hottt sangat sampai u rasa semua lelaki kat dunia ni suka kat u. atau bahasa orang dulu2 'bajet cun'. 
anggap je lah dia ni tak cantik.google mari.
biasa tak u jumpa perempuan yg tak cantik, tapi dia selalu rasa dia cantik sedangkan biasa kita jumpa orang tu punyalah cun tapi selalu je rendah diri? mesti u biasa jumpa kan? disebabkan i tak pernah jumpa u, u ni boleh jadi kat golongan perempuan yg tak cantik tapi perasan cantik kot? opss..jangan marah ye? i teka je. kalau salah sorry! ;p

2) Tak Murah Senyuman.
U tau tak? dari jauh orang dah nampak muka bengis u tu tau? singa jadian pon kalah dengan u! i tau muka u tu dah cantik. tapi muka u tak manis. u tau kan beza manis dengan cantik? alaa..macam lagu p.ramlee tu

'hensem tiada, manis ada'

kalau senyum kan comel. google punya pic.
 haaa..disebabkan u ni kategori cantik tanpa manis, u kena rajin senyum. sebab kalau u buat muka tempoyak je, semua orang ingat u sombong tau? bila orang ingat u sombong, orang pon takot nak approach u. so u kena senyum banyak2 tau! tapi u jangan senyum sorang2 pulak. nanti orang ingat u gila lepas tu hantar u kat tg.rambutan. i tak nak bertanggungjawab tau! u got what i mean dear?

3) Gedik.
Biasanya lelaki tak suka perempuan gedik. oh ya! gedik dengan manja tu beza tau. jangan u samakan manja dengan gedik pulak ye sayang.

"alaaa..i gedik tapi dia layan je i? dia cakap i comel je?"

eh eh! u jangan cepat perasan tau! lelaki ni suka layan perempuan gedik sebab diorang suka tengok gelagat u yg mengada-ngada tu je. nak buat awek? bini? kirim salam je lah ok?

errrr..aku pon konpius laki ke pompuan ni sebab aku type perempuan gedik keluar pic ni.
haa..lagi satu! i tak suka lah u bila dengan kawan2 perempuan u, u biasa2 je tapi pantang nampak lelaki u mula lah control sana. control sini. lepas tu u buat2 ayu. jalan pon kalah model tau! oh lupa! u kan cakap tadi model pon kalah dengan u? lepas tu u saja je nak buat2 lalu depan lelaki yg ramai2 tu padahal ada jalan lain yg tak perlu pun lintas2 depan lelaki tu.

"pewittttt.awek cun dowh. hai awak, boleh kenal?"

i tau u nak lelaki tu kacau2 u kan? lepas tu u pon bangga lah kan?

4)Tak Jaga Penampilan.
yes! penampilan u penting tau. memang lah muka u cun tapi kalau selekeh siapa nak kan? alaa..u tak payah lah pakai over2 mekap tebal2 tu. u just jaga kebersihan u. janganlah baju seminggu tak basuh tapi u boleh slumber je pakai baju tu berulang kali. kalau ada lelaki nak ngorat bila dekat dengan u ada bau ketiak kering bau bacin bangla confirm lari derrr! alaa..macam iklan rexona tu. tayar kereta perempuan tu pancit, tapi disebabkan ketiak dia hitam dan berbau bacin tak de siapa pon nak tolong. tapi bila ketiak dia putih melepak dalam 2 minggu, berduyun2 yg tolong. seee??? 

ohh..ini  fail! euwww!!


5) Terlalu memilih @ cerewet.
haaa..ni lagi satu mungkin masalah kenapa u tak de bf sampai sekarang. perempuan cantik dan hot macam u ni mesti beratur2 orang nak isi borang kan? tapi u je yg cerewet. u nak yg perfect je. nak yg hensem. kaya. educated. beriman lah bagai. kalau macam tu tunggu lah u sampai seribu tahun pon. tak kan jumpanya dengan lelaki sebegitu rupa. jadilah u macam puteri gunung ledang nun. u nak macam tu? tak nak kan? haa..tau takot! 

"tapi..angelina jolie tu dapat je laki hensem?"

ishhh! cepuk jugak budak ni kang. u cuba kira berapa ramai pasangan yg kita tengok dua2 cun+ hensem?u selalu tak nampak awek cun bersama pakwe nya yg hensem? jaraanggg kan?

tak delah hensem mana pon si brad pitt ni ;p


hmmm..rasanya tu je lah kot point2 yang aku rasa aku boleh bagi. ni dari pandangan aku je. mungkin bagi korang lain pulak kan. kadang2 orang takut nak dekat dengan perempuan cantik ni sebab takut kena reject lah apa lah. tapi belum cuba belum tau kan? 

p/s: U jangan call i time tengah tido tau. kacau daun je u ni!


boboiiii!

*less than three* <3

26 comments:

AWI said...

Lelaki susah nk approach prmpm cantik sbb lelaki fikir yang sure prmpn tu dah ada BF.

Solution: Pakai lah baju yg ada tulis "i single,ready to mingle". Dan seumpamanya.

Hihi

Puteri Iqa Izyan said...

hahaha.cik nat, biar betik org tuh col tny2 cmtuh?
berani betul.hahaha

miszlullaby said...

seyes ke ade org call nath ckp mcm tu.sewel ke pe?

enaz said...

hahaha... cik nath kite dah pandai jadi doktor cinta....

The Nurul said...

Ahahahaha. semacam je perempuan tu. sihat ke tidak minah tu. kekekkeke

Gayahspears said...

hahahaha.. pecah perut aku tgk gmbo bulu tiak tu...

kadang2 kita kena memilih.. bukan ape utk kita jugak... nk ka suami yg tak ade wawasan??? kita pulak yg kena tanggung dia??? so aku cari pkwe utk jd suami terus..hahaha

g_NoLa said...

huhuhu...klu sy lah kan wak..care die ckp tu pun..menunjukkan knp die takde BF!! org kampung kate "too arrogant". dat's y takde bf...lg 1, jarang org cantik nak mengaku cantik..klu betul die cun meh! knlkan je ng sy...setel!! kakakakka...

Azrin Kamaludin said...

eh! baru tau gedik & manja itu sesuatu yg berbeza..hehe

mgkin jgk lelaki igt pempuan hot nie dh berpunya..dan takut nk dkt dgn pempuan cantik ka..ngee..:D

EEan said...

Entri yang best untuk dibace.. The problem is, yang cun cun ni sebenarnye tak perasan pun.. Dorang malas nak pikir pasal tu.. Yang kurang cun ni biasenye yang bajet.. Mcam nak kasi penampar pun ade.. Cermin apelah yang dorang tgok smpai boleh jadi cun muke..

Fxysche Nas said...

uwaaaaaaaaaaa
geli dgn yg xjga penmpilan tu...
wek wek
kalo lelaki xmau.sy yg pompuan ne pon xsudiii
wuuuuu

Cik Nathrah said...

hahahaha..korang semua jgn la caye..perempuan hot tu wujud dalam blog nie je.. :)

burn said...

saya hot... saya hot...
ahahahahaahhahaha...
ok, sila muntah sekarang...
hak3

Bazilah said...

err, saye rase pakwe saye hemsem, saye pulak cun hak hak. :D

Caca said...

Sokong Gayahspears kena pilih betul2..jgn main settle je.

Cik Nathrah said...

hehehe..mmg kene memilih jugak..tp x sume org perfect kan..nk yg terlampau perfect pon susah jugak..

bazilah: hehehe..jarang jumpe cam korang

♥e'in♥ said...

minah yg call 2 dh np ek.. hahaha..

Cik Tqah said...

pompuan cantek selalu nampak sombong la.. die nk kawan ngn orang cantek2 je.. laki pon takut nak dekat

F.a.S.h.E.e.H.a said...

Serius ke ada pmpuan call? Dasyat nya. Hahaha.

Kadang-kadang muka perfect hidung mancung bibir mungil pipi gebuss tak guna jugak kalau tak ada manisnya kan? :)

masshie mastura said...

hehe yeke beb. tapi xsume girl hot cmnie taw. myb she had something dat happend in her first relationship sbb tu xnk pilih laki bkn2 ke...

Cik Nathrah said...

masshie mastura: ye mmg x sume..ni merujuk pada perempuan hot dalam entry ni sahaje. harap maklum

asfira aminuddin said...

haha. kenapa pompuan tu tanya camtu? die mmg over confident! ka=ena pandai move jugak kalo nak cari bf. tapi tak payah la gedix sgt kan. haha. lawak la babe!

KaYraKamaL said...

done follow ur blog while blogwalking

athirah said...

geli tauuuu bulu ketiak tu... HAHAHAHA.. boleh ikat tu....

cik natrah suka merah ke??? hihihih...

YOUsoF said...

pompuan hot tuk lelaki yang cool...

pompuan gedik lak tuk lelaki yang tragik ;DD

Nur Syazwani Khirizan said...

Penyibuk giler dia tu, haha!

fasyeera.blogspot.com said...

Saya pun sampai skrg x de boyfriend lagi.umur da 20 da.xde la ciri2 perasan hot or whatsoever as stated but I'm just not into relationship. Hey but I'm straight okay.ada je yang nak tapi ntah la hahahahah if u wonder who am I my ig is fasyeera ��