Sunday, December 26, 2010

Kalau Aku Jadi Bini Artis

Assalamualaikum!

Pernah tak korang terfikir, kalau korang jadi bini artis macam mana perasaan korang? tengok laki korang bermesra berpelok, berpegangan tangan dengan perempuan lain. aku kadang2 pelik lah. bini diorang ni tak de perasaan ke? tak jeles ke kadang2 tu pompuan dok urut2 belakang laki dorang. tak dapat bayangkan kalau aku kat tempat diorang. eiiiii..tak boleh tak boleh! kalau macam tu hari2 aku perang dunia ketiga dengan suami aku. 

Hishh..kalau aku lah jadi bini artis aku akan pastikan:

1) Suami aku berlakon watak baik sahaja.
Oh watak2 macam  perogol ke, suami orang ke, kekasih orang ke,perampas kekasih orang ke memang diharamkan.watak2 baik je dibenarkan contohnya kat sini, watak2 tok imam ke. ustaz ke yg memerlukan watak dia tanpa memegang atau mencintai mana2 perempuan dalam drama@filem tersebut. bila dah dapat watak macam ni, tak delah director dok menggedik nak suruh laki aku dok pelok pompuan dalam filem nun. haa..lagi satu sebab aku tak kesah, mana lah tau kan, dalam dia dok berlakon jadi ustaz tu dia dapat hidayah and lepas dari tu betol2 jadi ustaz ke.sejuk perut aku mengandung! eh tak tak. sejuk perot mak dia mengandung. haa..kan?

kan sejuk je tengok.oh ashraf! 

2)Suami aku bergambar dengan perempuan tanpa bersentuhan.
Haa..ni lagi satu kadang2 bila tengok artis2 ni buat photography pon bukan main over. duduk atas riba orang ni. pegang pinggang, pegang peha orang tu. kadang2 aku pun terfikir jugak lah kan, yg lelaki tu tak stim ke bila pompuan dok mengeliat sana sini kat depa tu? tak stim ke dok rasa lekuk tubuh pompuan tu? hishhh! tak sanggup aku bayangkan kalau tu laki aku! tak mau tak mau tak mau!( gerakkan kan jari ke kiri ke kanan cam iklan pantene). so, aku akan pastikan yg suami aku takde adegan sebegitu rupa.

                           ni mau berasap telinga aku kalau laki aku camnie


3) Suami aku tido kat luar
Kalau suami aku tu dok menggatal jugak ambil watak yg perlukan adegan 'geli2' tu memang tidak akan dibenarkan sama sekali tidur dalam bilik. bantal akan disediakan di depan pintu. kalau bernasib baik, selimut jugak akan disediakan. kalau tak, meringkuk lah kau dalam sejuk tu.kau duduk lah kat luar seminggu.muahahaha...padan muka! *kejam.



4)Aku sendiri jadi PA
Ni konon2 ala2 ac mizal gelang besi tu lah. kan bini dia yg jadi PA dia. ye lah memang bagus jugak kalau jadi PA suami sendiri. dapat pantau kerja dia. dapat tau dengan siapa dia berurusan. dapat tau kot2 ada tak dia dok lebih2 dengan artis pompuan miang kat lokasi ke. kalau ada, boleh lah bagi karate sebijik dua kat laki aku and adegan tarik2 rambut terjun kolam. merasa jugak aku jadi macam lisdawati dengan rita rudaini. lepas tu masuk youtube. perghhh!
mau tak meleleh air liuq kalau PA camni?

heee..tapi itu semua KALAU aku jadi bini artis. tapi aku pon tak de hingin nya nak kawin dengan artis2 nie. (ceh macam artis hingin nak kat kau. pandang sebelah mata pon tak.) ok fineeeee! 

biar lah korang nak cakap aku ni cemburu buta ke apa kan, tapi artis pon manusia jugak. ada nafsu dan perasaan. am i right?

k la, boboiiii!

p/s: semua pic di atas adalah ikhsan dr google

*less than three*<3

13 comments:

~eZmALiZa~ said...

hahaha...demand betul cik nathrah...haha.. :D tapi betul jugak tu...

agaknye kan..pada dorang kan, kate dah jadi laki bini, kalau xnak cerai, ikot ke kate laki..

sebab??xnak di gelar janda..hehe.. :D tu opinion ezma ajer la..hehee.. :D

nak kawen dgn datuk la..

Bazilah said...

contoh pelakon lelaki macam dato jalaluddin hassan tu. hebat betullah dah lame berlakon keliling perempuan, isteri dia still sayang gila kat dia huhu.

fya zainal said...

hahahha betol2 sy pown x sanggup owhhhh

maldinifaridkamil said...

klau la awan jadi artis..hahah

sunshineNsweetheart said...

betul2...
klo camtu la kan...
mahu wat perjanjian bNw ngan dia....
ape yang dia bole wat n ape yang dia ta ble wat....
klo ye lggr perjanjian...saye mahu saman...muahahaha!

mia.azlin said...

haha suka nya entri nih! <3
amat setuju dgn entri nih.
bnyk dugaan owh jd bini artis ni.

YOUsoF said...

Hehe.. Betul tu artis pon manusia biasa jugak..

*Kalau la aku jadi suami artis, dapat jodoh dengan fara adeeba pun SANGAT² beryukur la. ;P

Cik Nathrah said...

hahaha..mmg sape tahan kawen ngn artis mmg salute la kan :)

Nurulbadiah Lai said...

apa pon..saya xsanggup suami artis coz sy penjeles hehe

BlueberrY CheesE said...

wahhh PA tuh! hihihiih. best taw! tp kan kalo jd bini artis ni, kena tahan tlinga ngan fosip2 die. huhuh. ira xleyh. kuat cmburu. huhuh

♥e'in♥ said...

bahaye woo lau dpt husband artis.. xtenang hati.. huhuhu.. kawen ngan owg biase jelaa.. ;p

Gayahspears said...

tak boleh blah.. hahahah... ngokngek ko ni.... kasi panas doh... tak sgup aku jd PA...huhu

wan nurul hezrina abd halim said...

kelakar entry nih..tapi baek takyahla kawen ngan artis lagi senang..takut2 darah tinggi plak dapat dok pk kan die jer..huhu..

tapi kalu terkahwin ngan artis haruslah wat tips2 tuh=)