Thursday, July 29, 2010

Petanda boyfren/girlfren korang tu jodoh korang

Assalamualaikum!

burppp...alhamdulillah..kenyang!

baru lepas makan maggi sebanyak dua bungkus..tu pon tak abes...nasib baek ada penyelamat FATTY

yang tolong menghabiskan sisa-sisa maggi yg tinggal(ish3..tak baek sungguh aku bagi sisa je..)

oh ye...entry aku kali ni pasal jodoh...korang pasti ke bf/gf korang sekarang ni confirm jadi husband/wife

korang nanti? kalau tak sure...jom cek sama2..bawah ni serba sedikit ciri2 yg depa ni jodoh korang. oh ya,

aku ambik dari note yang kawan aku tag kat facebook. tulisan asal: ustaz abdul samad. (tapi aku da olah sikit

 isi dia bagi korang senang ketchup!  eh, catch up! baru betol..heee~



picture google~



1) Bersahaja

ok..kekasih korang tu tak berlakon depan korang. maksudnya dia tak control2 perbuatan dia depan korang

lah.cuba korang cek,cara dia berpakaian,cara dia minum,cara dia makan,cara dia gelak and semua perbuatan

 dia depan korang. mana tau depan korang punya lah sopan belakang korang..masyaAllah! kalau dia macam

buat2 or rasa macam kureng selesa dengan korang, baik korang pikir2 balik..whether he/she is the right

person to be with?

p/s: tapi kalau first date tu biasalah kan..control2..malu2... ;p


2)Senang bersama

Even korang da kerap jumpa,korang tak pernah rasa boring ataupon bosan(eh..bukan sama ke maksud nie)

 dengan dia. tapi semakin hari semakin sayang.ala..macam lagu uji rasyid tu lah.( aku pon tak tau lagu ni

macam mana tapi aku try google tadi ada plak..teheee) ni link dia.(macam lagu zaman mak2 korag lah).klik

sini .Korang jugak rasa happy je bila dengan dia.kalau berjauhan korang akan rasa perasaan nak jumpa

dengan dia walaupun baru semalam je jumpa.kalau korang pernah rasa macam ni..mungkin dia jodoh korang?


3)Terima korang seadanya.

ok..bila dia dah bercinta dengan korang, dia pasti akan terima diri korang yg sekarang. dia tak kisah and tak

ambik hari pon pasal kisah silam korang.yg penting untuk dia, masa sekarang.maybe before dengan dia

korang ada ex ke ape kan,tapi dia tak kisah memandangkan korang hak dia sekarang. besides, dia jugak

sedia kongsi kisah silam dia sebelum dia dengan korang sekarang. even sekarang korang tiba2 gemok

ke,muka penuh jerawat ke,dia tak kisah pon.

kalau kekasih korang tu asyik cari kekurangan korang je contoh tak puas ati dengan penampilan korang.nak

korang jadi macam tu lah..ini lah.suruh korang kurus sikit lah.nak suroh korang putih lah.ape lah.baik korang

cepat blah?it is just not worth it to be with someone like him/her!


4)Sentiasa jujur

dia tak pernah nak tipu korang. apa dia buat, dengan siapa dia sekarang semua dia bagitau. bukan kongkong

tapi sekadar nak bagitau perkara sebenar,so lepas tu tak de lah syak yang bukan2 kan? perkara nie paling

penting dalam hubungan jarak jauh. lagipun kita boleh tau kan kalau dia tipu kita ke tak.contohnya kalau

perangai dia tiba2 berubah.so..beware!!


5)Senang berkerjasama


point ni penting jugak dalam hubungan. kalau korang kesusahan, si dia tu pasti akan tolong korang.kiranya

selagi dia mampu nak tolong, dia sure tolong punya. kalau korang tak de duit ke ape, dia sure cuba sedaya

upaya nak ringankan beban korang. kalau dia cakap 'lantak pi hang lah' or..'sorry ye wak, saya tak dapat

tolong'  ataupun 'pi mintak tolong orang lain lah..sikit2 aku..sikit aku!' kalau yg macam ni aku nasihatkan


 korang reject!



6)Paham korang

dalam satu relationship paham memahami memang sangat2 lah penting ye kawan2 sekalian. dengan kata lain

 dia sentiasa menjadi pendukung (bukan korang dukung dia lah..mau nya patah tulang selangka kalau dapat

pakwe/makwe besar anak gajah..hehehe..aipppp! jahat mulut ye) dalam apa je yg korang buat atau minat.

dia jugak akan bersama korang dalam apa jua situasi  sekali pon.tak kesah lah time korang suka ke.sedih

ke.tapi ye lah kan.kadang2 gaduh2 dalam memahami minat pasangan korang tu biasalah.sedangkan lidah lagi

tergigit, ye tak?

p/s: tapi ada jugak manusia yg suka mengongkong pasangan sampai kadang2 boleh jadi rimas. nasihat aku, 


bukan tak boleh nak kongkong tapi kena lah berpada2. back to the basic lah..JUJUR! kalau korang jujur 


insyallah...:)


7)Believe each other

ok..korang mesti ada rahsia peribadi yang ada korang tak cerita kat orang lain. tapi kalau korang rasa

pasangan korang tu jodoh korang,korang tak kan teragak2 untuk ceritakan rahsia korang kat dia.hati nurani

korang(cewahhh) kuat mengatakan dia boleh dipercayai.korang akan rasa selamat bila cerita kat dia and akan

 rasa beban korang kurang bila bercerita kat dia.



8)Tampilkan kelemahan

haa..bukan senang orang nak mengaku kelemahan depan orang kan? yelah, siapa nak mengaku yang dia tidur

 berdengkur sampai satu kolej dengar kan?(oh..hyperbola..) kalau dia the right person untuk korang dia pasti

akan mengaku kekurangan yang ada pada diri dia. yelah..bukan semua orang perfect..kan? contoh paling

senang,bila pasangan korang tu sakit, and tak mandi dua tiga hari of course la serabai kan?so dia tak kan

teragak2 nak benarkan korang lawat dia even dia tau yg sekarang ni dia serabai and busuk! hahaha



9)Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan 


memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. 


Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas




 pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia 


ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang ma


ha berkuasa.





(ayat atas ni aku copy paste.sebab tak tau nak ringkaskan macam mana.padahal malas!)hehehe




And last but not least:




10) Solat istikharah dan tawakal




Ok..berbalik pada yang maha pencipta...jodoh pertemuan di tangan Allah kan..?kita just 


meranacang..banyak2kan solat isthikarah..and tawakal..insyaallah dia jodoh kita. ingat,'perempuan yang baik 


untuk lelaki yang baik, begitu jugak sebaliknya.'




ok..itu je..aku minta maaf kalau ada siapa2 yang terasa hati dengan kata2 aku kat atas ye..ampunn pakk!!


selamat beramal!


*less than three* <3

Tuesday, July 27, 2010

ILMU: tak boleh puasa selepas nisfu syabaan!

Assalamualaikum!


Hee...disebabkan blog aku dah bertukar wajah, so aku jadi lebih bersemangat nak berblog.


Ala2 girly gitu...auwww..geli nyahhh! hahahaha...


okay,tadi aku busy berfacebook adalah aku terbaca komen seorang hamba Allah nie..


dia komen dekat status kawan aku pasal puasa..and ada bagi link pasal hukum puasa lepas


nisfu syaaban..(puasa selepas 15 syaaban lah lebih kurang)! tapi ada exception untuk certain cases.


 satu maklumat berguna untuk kita sume muslimin dan muslimat...


okay..ni aku ringkaskan apa yang ada dari blog tersebut..owner blog ni dah bagitau awal2, sape2 pon boleh


copy and paste isi kandungan blog dia dengan tujuan menyebarkan niat yang baik.. :)


1) kalau korang nak puasa lepas nisfu syabaan, korang kena sambung puasa tersebut secara berterusan

contohnya, kalau korang puasa pada 15 syaban,korang boleh puasa pada 16 syabaan,17 syaaban and

seterusnya tanpa putus sampai bulan Ramadhan. misal kata tiba2 satu hari tu korang malas, or terperiod ke

apa,so haram kalau korang nak puasa lepas tu. paham tak?

2)korang dah terbiasa puasa sunat

kalau korang dah biasa puasa sunat contoh macam puasa hari isnin and khamis tu, tak pernah miss pon,

so kira tak pe lah.

3)nak ganti puasa

korang puasa sebab nak ganti puasa ramadhan  yang korang tinggal tu. yelah, da last2 minute baru nak ganti,

takut tak sempat, so dihalalkan lah. (macam aku lah kadang2..teheee)

4)dah niat bernazar

ok yang nie pon ada syaratnya jugak. kalau korang dah bernazar nak puasa,tapi tak tau tarikh korang nak

bernazar tu jatuh lepas nisfu syaaban, so kira sah lah nazar tu.kira macam tak sengaja lah and tak tau pon.

tapi kalau korang dah tau,nazar tu kena tunda pada bulan yang lain lah.nazar tu terbatal lah.

paham tak korang?


ok...ni je lah serba sedikit yang aku dapat tadi. kalau korang nak tau lebih lanjut or mendalam and

nak banyak limu berguna follow lah blog nie. http://jomfaham.blogspot.com. banyak manfaat

and ilmu yg kita boleh dapat. selamat beramal ye.



sempena bulan baik nie, pakai baju kurung ye.

yang longgar2! :p

peace no war!

*less than three* <3







Movie Review: Despicable ME

Assalamualaikum!

Ye..ok..aku tau kali ni pon aku review pasal movie yang dah berzaman..

kalau korang nak baca, baca je..tak nak sudah! wahhhhh :p

sebenarnya aku da tengok citer ni dua minggu lepas..tapi baru nak buat review..

saje untuk tatapan masa depan..mana tau nanti nak tengok balik citer ni and tiba2 terlupa plak

macam mana jalan citer dia..kan?


ok...kita tengok dulu summary dia..Despicable Me dalam bahasa melayunya Aku Hina.

citer ni pasal seorang penjahat yg bernama Gru yang bercita2 nak mencuri bulan. 

biasalah citer kartun,memang mengarut sket.hehe..

untuk mencapai hasratnya tu, dia terpaksa menggunakan tiga orang anak yatim piatu

bernama, Margo,Edith dan jugak Agnes. sepanjang budak2 ni tinggal dengan dia,

sedikit demi sedikit sikap dia mula berubah menjadi seorang yang penyanyang.

ok..tu ringkasan dia lah..dalam citer ni banyak unsur2 lawak and kasih sayang.

antara babak yang best:

-time Gru nak adopt diorang kat rumah anak yatim. Agnes terus pelok kaki dia. (sweet sangat)

-time Gru cakap benda kecik yang kaler kuning tu sepupu dia.

-time budak tiga orang suroh Gru baca bed time story(dia ikot je cakap budak kecik tu..heheh)

-time mak Gru buat bodo je dengan semua ciptaan dia..(Naaa..)

-time hasil ciptaan Gru kena reject,dia tak ada duit budak tiga orang bagi duit tabung diorang, 

and benda kaler kuning tu pon ikot sama.(terharu... )

-time Gru jadikan biskut kegemaran sorang lagi penjahat(yang berjaya curi pyramid) jadi robot.

and banyak lagi..boleh kata tak  kering gusi lah kalo tengok citer nie..hehehe...

-time Gru buat bedtime story dia sendiri pasal life dia sekarang and kiss gud nite kat 
budak2 tu..(so sweet..terharu sgt :) )
overall aku bagi 4 bintang!


sekian,terima kaseh!

*less than three* <3

Sunday, July 25, 2010

Jom Panjat Dinding!

Assalamualaikum!

hari ni aku sedang menanggung kelenguhan badan serta otot2 sendi..(ada otot tu)

adoila..nak angkat tangan pon sakit...tu lah..panjat dinding lagi!

ok..sebenarnya, semalam aku and kawan2 aku time study kat matrik perak dulu iaitu DELL,FAFA

NADDY  pegi ONE UTAMA semata2

nak panjat dinding. panjat dinding atau dalam bahasa jawa WALL CLIMBING! haa...tau dah yang mana?

actually,ni lah first time aku bergiat aktif dalam bidang pemanjatan dinding nie.

excited giler lah! huu..and ceq ketaqqq sangat time panjat yang tinggi2 tu. bila pandang kat bawah..adoila

cam tak reti pulak nak turun. heee..aku malas bebel panjang jom kita usha gamba2 yang sempat kitorang

snap semalam jom!

*kalau tak clear,klik pic ye untuk lebey besar*

time ni baru sampai.sempat gak snap pic dulu.

(sorry quality gamba tak berapa best)



posing lagi!



lighting terlebih plak.hehehe.bersiap sedia nak memanjat.

(photo captured by minah salleh who was sitting on a table while

capturing our picture..sanggup tu!)


(hihihi..sempat lagi tu.mamat tu instuctor kitorang.baik n frenly giler kot)

ni first stage punya.rendah sikit.


hampir tiba ke puncak.muka excited gile!
.

(fafa tak de sebab dia yg captured pic ni)


baju kuning tu fafa.hahaha..kantoi rendah je!



oh..tengok tangan aku!hahaha



kesian plak aku tengok nadia nie.kena tunduk2.hahaha

peace nadia peace!


pasang tali keselamatan before panjat dinding tinggi.

(i hate wearing it!macam cawat orang asli plak)hahaha

bersama coach of the day.mr hakim

and miss fei shen(ye kot?aku pon lupa nama dia)


dah puas panjat kite rehat jap ye!

okay,lepas da pnat,kitorang bersiap sedia balik.

DELL a bit rushing so that she went back home first since her parents

ask her to look over her Opah.kitorang decide balik kemudian memandangkan perut masing2

dah lapa!tak makan langsung tau before panjat tu!(tapi sempat ngap secubit big apple NADIA)

kitorang singgah IKEA makan meatball bersama encik hanafi,yang muncul kemudian.



sorry DELL!


nak balik dah! bubyee!!

lepas tu en hanafi hantar kitorang kat kl central

pastu kitorang bawak haluan hidup masing2..hehehe


i had so much fun with them!thanks my frens..!!

*less than three* <3









Friday, July 23, 2010

Movie review: The Backup Plan

Assalamulaikum!

harap semua sihat yer..

okay entry kali ni aku nak cakap(not cakap lah actually,but more to typing) pasal

movie yang recently aku tengok. yee..aku tau maybe agak terlambat sikit aku nak buat review 

memandangkan citer ni da berkurun kat pawagam tu. 


first pasal movie The Backup Plan. citer ni  salah satu citer romantik komedi yang sangat lah best!



kasi summary sikit..

citer ni pasal seorang wanita bernama ZoE yang dilakonkan oleh Jennifer Lopez atau nama glamornye JLO(

giler cun...maintain je body dia) yang rasa tak ada cinta untuk dia. dia buat keputusan untuk mempunyai anak

untuk mengisi kekosongan idup dia dengan membuat bayi tabung uji. tapi lepas da buat tu dia jumpa sorang

lelaki yang menambat hati dia iaitu dilakonkan oleh  Alex O'Loughlin sebagai Stan secara tak sengaja masa

diorang berebut teksi. lepas da jatuh cinta tu, Zoe macam takut laki tu tak boleh terima yang dia pregnant.

at first laki tu macam tak berapa nak happy tapi sebab sayang kat Zoe, dia terima seadanya.

antara babak yang best dalam citer ni:

-time diorang masing2 da declare.walau ade sikit adegan !@#@! tapi dia selitkan dengan unsur kelakar.

-time Zoe melantak roti cicah kuah daging(aku lupa apa nama benda alah ni dalam english..hehe..stew kot?

ehh..yeke?)

-time Stan pegi taman kanak2 jumpa sorang negro yang kelakar nak mampos.and anak dia pegang 'poo poo'

hahahaha..siyes lawak yg nie!

-time Zoe tak senonoh makan fastfood atas katil pastu boleh plak nak @!##% dengan Stan.siap ada daging

melekat dekat rambut lagi.and boleh plak sendawa kuat2..hahaha

-time Stan bersusah payah nak siapkan pasta..eh bukan..pancake lah! untuk cari duit lebey(so sweeeeetttt!!)

-time kawan Zoe nak beranak dalam basin..giler lah!

and banyak lagi!!

overall aku bagi 4 bintang!


and aku dapat satu ilmu berguna, rupanya kalau pompuan pregnant daya rangsangan dia lebih kuat!


hahahaha~~

best sangat2..rasa macam nak tengok lagi..

kalau korang tak tengok lagi,better pegi tengok ye..confirm tak nyesal punya..

heee...tu je la kot...kalau korang ada nak tambah,sila kan  ye.. :)

(kalaulah dalam exam boleh ingat sampai camni kan baguss..teheee :p)

*less than three* <3







Wednesday, July 21, 2010

mulut muncung..HOT ke?

Assalamualaikum!

Err..macam mana nak start ek?

Ahhh..apa kata straight to the point je?kan senang?

hehehehhe...

apa lah tajuk entry aku kali ni kan?

pasal mulut muncung pon nak citer..heh~

seperti korang semua sedia maklum lah kan..kebanyakan gadis2 suka ambik gambar 

sambil memuncungkan mulut! alahh..yang macam Angelina Jolie tu lah..(termasuk orang yang tulis nie)

contohnya macam nie lah..



eh bukan yang ni!

ni muncung itik namanya!



baru betol..



tapi bagi aku kalau lelaki yang buat kelihatan cam 'awwww' sikit..hahaha

kadang2 maybe ada yang tak berapa berkenan dengan perbuatan ni kan..

ala bajet hot lah tu! bajet angelina jolie lah kau!

tapi aku nak jugak buat..at least tak buat plastic sugery kan.. :)

and yang penting..

"GAMBAR AKU SUKA HATI AKU LAH NAK BUAT MUNCUNG TENUK KE,ITIK KE..ADA 

AKU KESAH" 

*less than three* <3




Tuesday, July 20, 2010

award~

Assalamualaikum!

time kaseh.  time kaseh. time kaseh. (sambil tangan lambai2 ala2 model)

dikesempatan ini saye mengucapkan ribuan time kaseh kepada  cik maryam

di ats penge-tag-an beliau untuk bagi award kat ceq naa(tu dia loghat utara)

so, dengan baek hati serta tawadoknya ceq nak bagi hangpa merasa gak award nie..

(bukan senang taw dapat award) wahhhh gituu!





sila ambik ye, so that this award wont be disappear :)

cik ijafareeza

cik lynn

cik anifa

arr..sila2

*less than three* <3

Friday, July 16, 2010

apabila artis keluar mahkamah?

Assalamualaikum!

Hepy friday all!

hari ni aku dan kawan aku SYIDA pegi jalan2  kat stadium melawati..

macam biasa sebelum tunggu syida sampai gamba 'geli' mesti ada ye


OMG! macam mayat hidop!huhu

agak2 kalau aku ada janggut macho tak(dalam hati)

errr...shawl di atas sama macam entry sebelumnya, tapi

aku da basuh ekk...!sebab tak payah iron aku sebat je lah.


before pegi stadium kitorang karoke jap kat plaza alam sentral..pas da agak tak de suara tu kitorang pon blah

 la kan..

pastu kitorang singgah kat stadium shah alam..saje amik angin petang sambil tengok2 go kart..

disebabkan memang tak de keje, kitorang sempat gak lah ambik gamba sekeping dua.

sebenarnya nak amik gamba orang main go kart tu..al maklumlah, nak main tak de duit plak..sob3.

tapi kamera cikai tak boleh lah nak amik..sebab tak clear la.

so baik kitorg amik gamba sendiri..hikkkk :p

OKAY.TU BARU INTRO YE!


kalo korang semua perasan lah kan, kebiasaan artis2 kat  malaysia nie, bila keluar mahkamah jer mesti pakai

shade atau nama glemernya cermin mata hitam lah. heee...contohnye..

* klik pic untuk tumbesaran *


ini gaya bangga keluar mahkamah ye

(memang tak pernah dibuat orang kot )



i said no camera pleaseeee!!!



ishh..degil betol budak2 nie..bak sini camera kau!



no no no!
(kat belakang tu track go kart ek..pasan tak tayar2 tersebut?)



ehhhh..artis mana plak nie?hahahaha.. :p

oh..bukan2..interprem jap!(shades di atas disponsor oleh Syida ye.aku pinjam je)yang kat bawah nie la baru

 betol



fazura




abby abadi


bini ustaz akhil hayy..ehh tak!ex wife!

haa..tu contohnye ah..banyak lagi sebenarnyaa...

memang da jadi trend kot kan?

maybe nak nampak lagi cool agaknya..

or nak cover nangis kot?

ahhh..what ever lah!


da puas melaram jom balik naek motttoooo!vroommmmm!


penunggang berhemah. tongkat tak naik pon tak pe janji cool.




Tuan punye motto dengan shade.SYIDA

(single and available)

*less than three* <3


















Thursday, July 15, 2010

saya menang mottoooo!!

Assalamualaikum!

hai sume orang?

adakah anda sehat?

aku sehat..hee...(tak de orang tanye pon)

disebabkan asignment praktikal dah siap dengan jayanya(uishh..riakkk! jangan tiru sikap ini)

aku pon membuat keputusan nak menulis blog..

sebenarnya tak tau nak tulis pasal ape..

kalau tulis pasal diri sendiri macam boring je. sebab 2 3 hari aku buat benda yang same je..

pegi kelas,balik kolej,tido,on9 buat asignment!

tapi tadi aku ada 'godeh2' picture kat google ni dan terjumpa satu pic yang sangat2 kelakar..

and gamba nie mengingatkan aku pasal contest power root yang ade pak cik sorang tu jagi glemer

sebab quoatotation( betol ke eja nie?kalo salah sori lah yer) dia sangat lawak!

'saya menang mottooooo!!'

hahahaha...cuba korang imagine lah korang tak bajet pon leh menang tiba2 boleh menang kan..

honestly aku cakap, aku tak pernah pon menang apa2 pertandingan or apa2 lucky draw..

tah bila tah nak lucky nih!

ohhh...korang mesti nak tengok gamba tu kan?

jeng jeng jengggg!!!



hahahahaha!

kalau yer pon menang agak2 lah sampai nak bawak tido..

lawak btol pakcik nie kan?

*less than three* <3

Wednesday, July 14, 2010

don't follow me ok?





errr..kalau follow blog tak pe :p





hey hey!  stop it please??

jangan ikut aku boleh tak?

kau buat mood aku rosak lah..

aku tak selesa kalau kau dok mengekor je..

gimme my own space ok?

kalau saya nak awak tolong nanti saya panggil ye..TQ


ayat2 kat atas nie adalah ayat2 yang aku rase nak je cakap kat salesman/girl yang ada nie...


korang pon mesti rase macam yang aku rase kan?


rimas btol kalau time kita nak tengok2 barang ke salesman tu asek tengok  kat kite..


yang lagi sakit ati.."yeee..nak pe"


hishhh..


ni satu lagi ayat yang aku rase common bila nak jawab balik


"mmm..tengok2 je..."


macam lah kite ni muka macam orang pecah rumah..


muka punye innocent macam ni pon nak curiga..wahhhh! ;p


bila dia da cakap macam tu biasanya aku blah je laaa...


baik pegi kedai yang bebas sikit..kan?


*less than three* <3




Monday, July 12, 2010

ECLIPSE: dua setengah bintang je

Assalamualaikum~



Mood sedih lagi tapi nak buat review sikit pasal movie eclipse..

Tajuk entry tu menggambarkan rating yang aku bagi untuk citer nie.


Mula2 rasa bersemangat nak tengok citer nie..


yelah..femes kan citer nie..


ye lah..kat cinema tu manjang full je..

so da book awal2 semata2 nak tengok citer ni..

seperti yang dijangka, memang full cinema tu..

sampai seat depan skali pon orang tibai gak..


sebab aku bagi 2 setengah bintang :

-citer slow sangat

-nak tunggu klimaks dia punye lah berzaman

-terlalu banyak adegan romantik..(citer ni kan PG13..so macam tak sesuai untuk golongan kanak2..ada

budak dok blakang seat aku mak dia suro tutup mata lagi)

-action part sekejap sangat,victoria senang je mati...sama la jugak dengan vampire yang dipergunakan oleh

victoria tu..(ape tah nama..lupa)

-and bak kata kawan aku yang da baca novel nie,  terlalu banyak adegan yang dipotong.




ni pendapat aku lah, lain orang lain pendapat kan? so, maybe ada jugak yang suka series yang nie..terpulang


la pada individu kan.. :)




ok itu je!


*less than three* <3

AL-FaTihah to AKI



Assamulaikum~

Pagi tadi mak aku call...


bagitaw AKI (atok) aku meninggal pukul 5 pagi..


aku terkejut sangat!


tapi aki memang dah sakit..sakit tua...


aki atok aku sebelah abah..kat kuala lipis..


masa kecik dulu, kitorang adik bradik salu teman aki bila balik raya...


dulu, balik lipis time raya je...


rasa sekejap je dengan aki...


aki da setahun lebih terlantar atas katil...


dia dah tak boleh berjalan...


and semakin lupa siapa orang sekeliling dia...


kali terakhir aku jumpa aki masa raya tahun lepas...


aku salam aki..aku cium dia...


tapi, ALLAH lebeih sayangkan dia...


dia tak nak biar aki terseksa...


aku redha...


semoga ALLAh tempatkan arwah di kalangan orang beriman....



i will be missing u AKI!   



:'( (gamba aki tak de..kat umah)




*less than three*  <3 

Sunday, July 11, 2010

hang out bersama teman di IKEA~

Hi Assalamualaikum ~

hari kamis hari tu, aku tak de kelas..(errr..sebenarnya ada kelas kol 8.30pagi tapi aku mimpi best sangat 



sampai tak sedar..pastu kelas petang aku pegi tapi rupanya cancle) padan muka! orang pegi kelas aku 



ponteng~ hukhuk...


tiba2 seorang gadis gojes telah mencalling aku supaya menemani beliau ke IKEA...siapa lagi kalo bukan



 DELL! (issshhh..dia lagi). aku pon onnn je lah...dah siap2 sambil tunggu si DELL tu sampai sempat gak lah 



snap gamba 'geli2' sebanyak sekeping dua..teheeee..omg..omg!


ke'excited' an terserlah~ :p



picit jerawat dgn perasaan tanpa bersalah


sejurus saje selesai mengsnapkan pic di atas, DELL pon sampai...kitorang pegi ambik kawan kitorang kat 



uitm puncak alam..fuhhh..sumpah jaoh gile!! dah la kete 'jaguar' DELL tu aircond rosak!panas dollll~



dugaan btol lah...


dah sampai IKEA je kitorang teros menghayunkan kaki(hayun tuuu) ke food court untuk memakan meatball



 kegemaran dan kek yg dirokemen kan oleh DELL..kek DAIM! sedap wa cakap lu!



yummyy...slurppp


lepas perot masing2 da buncit, jom ikot kitorg pegi jenjalan kat IKEA!



ada sorang pak cik tu mengeluh 'mahal lahh' 



aku pon cakap dalam hati 'kalo pakcik nak murah,pakcik pegi beli kat pasa malam yer'


tapi dalam hati lah..kalo aku cakap depan2 mau kena pelangkung sebijik dua..huhuhu...




buat cam katil sendiri yer... :p




jemput minumm yerr!




dell:cepat wei kang orang marah kite tangkap pic kat sini(tp muka tetap nak cool)



fafa:rilek lah dell(tetap senyum menawan)




nath:tahnye...(mulut kena seksi yer)



kalo kene shoot pon kena menten cute ye kawan2~


lepas da jalan2 kat IKEA tu kitorang singgah The Curve semata2 nak cari getah rambut si DELL ni..



seperti biasa ye kawan2, masok pandai..nak kuar tak pandai..terpaksa mintak tolong kat abang guard  tu utk



 cari direction kuar..hikhikk..

pape pon..i had so much fun with themmm!! love u my frensss~

*less than three* <3