Tuesday, August 31, 2010

Cantik Itu Kamu Contest 4 You!!

Assalamualaikum!
Link contest nie



Ni first time aku nak join contest montest nie. hahaha. tajok contest pon cam best je kan? jujur aku cakap, aku join contest ni bukan nak perasan aku cantik ke ape ek. korang jangan salah paham. please? ok..jom tengok syarat2 dia KAT SINI.

aku pon tak tau lah aku punya penyertaan ni diterima ke tak sebab tarikh tutup dia hari nie. 31 Ogos 2010.
heheheh..

p/s: klik gamba utk lebih jelas!



 ok gamba yang aku pertaruhkan yang nie je. sebab gamba ni yg paling latest. aku tak menaruh harapan pon nak menang. saja suka2. hehehe. gud luck to all contestant!


*less than three* <3

Tiba-tiba suka colour turqoise pulak dah~

Assalamualaikum!

Adoi. sekarang nie sikap malas aku dah menjadi2. study malas. buat tesis malas. makan malas.tido malas.oh.yang ni tipu! muahahaha!online malas( abes sekarang kau buat apa nie cik nathrah?) and lagi satu update blog pon da malas. sebenarnya ideanya ada. tapi nanti lah aku taip yer. nak buat entry yang ni dulu. korang nak tau tak.dulu kan..aku kan suka kaler purple. banyak barang aku kaler purple. tapi sekarang nie macam dah tak kisah sangat pasal purple. tak kisah dah pasal kaler. tapi tiba2 si dia menyapa. and aku terjatoh hati la plak. siapa lagi kalau bukan cik turqoise! korang tengok nie..



.tengok kaler tu, cantek kan? menyerlah gitu. auwww :p

*less than three* <3

Wednesday, August 25, 2010

Saya jeles bila tengok orang lain lawa comel bila senyum nampak gigi

Hi Assalamualaikum!

Fuhh....record terbaru aku sebagai new blogger...(tak lah baru sangat,dah dua bulan jugak lah masuk hari ni)tak update seminggu tu! kalau dulu tu, hari2 rasa macam nak update blog padahal tak de apa pon nak cerita kan? sebenarnya minggu ni aku demam.dua hari.teruk jugak lah.terpaksa untuk tidak puasa selama dua hari. hehehehe.lagi pun aku bz sikit dengan asignment and test. tapi aku ada jugak lah jenguk2 blog nie.time kaseh kepada mereka yg sudi memfollow walau blog nie tak best mana..ehh...silap! tak best langsung pon..

okey,sebenarnya dah lama aku nak menyuarakan perasaan nie. cewahh. tapi tak terluah.so aku decide nak tulis je kat blog aku nie. AKU JELES OK? jeles dengan korang lah! bila korang senyum nampak gigi jer, mesti lawa.cute je. tak macam aku. sebab tu lah, kalau korang perasan, semua gambar aku, tak ada pon gamba yang senyum nampak gigi. tah lah. tak confident. rasa macam buruk je. (padahal memang buruk pon). nak tau kenapa?sebab bila aku senyum nampak gigi, mesti mata aku tak nampak. lepas tu, hidung pulak tiba2 mengembang! lepas tu double chin pon terserlah..auwww! malu nyahhh!

abaikan kebluran gamba
(sebab tak banyak pic yg nampak gigi so amik je lah yg ni)




                                                  nampak tak? hishhh! tak boleh jadi nie.


disebabkan aku ni jujur serta berhati mulia (sorry terrrrr riak pulak) keh keh..aku paparkan gambar buruk aku buat tatapan korang, sekali ni jer.pasni no more ok babe?

p/s: nak baca, baca..tak nak sudah :p

*less than three* <3

Wednesday, August 18, 2010

Panas!Lakonan Mantap Oleh 7 Gadis

Assalamualaikum semua!

tajok entry nak gempak jer kan?hahahahha!

sempena bulan ramadhan ni aku nak tunjuk kat korang semua lakonan third languange kitorang sem lepas.

aku ambik bahasa arab.even tak pernah terpikir pon nak ambik bahasa arab ni,tapi alhamdulillah.setakat ni

result bahasa arab aku ok. ramai yang nak ambik bahasa mandarin memandangkan sekarang nie pasaran

kerja banyak dikuasai orang2 cina. tapi tak pe, aku ambik bahasa arab jugak. nanti boleh kerja kat

Dubai.boleh bermesra bersembang dengan Maher Zain.korang ada? tak de kan?ceh.jumpa artis malaysia pon

payah ada hati nak bersembang dengan Maher Zain.blah la wei.ok lah.malas nak bebel panjang.korang layan

je lah movie nie ye.biasalah movie untuk belajar mana ada yang gempak2 macam movie yang korang tengok

kat tv tu.haishh!

video


Kekecewaan Membelenggu Diri

Assalamualaikum!

Dear blog yg aku kasihi..

aku kecewa sangat.tak tau nak gambarkan macam mana perasaan aku sekarang.

aku kecewa kerana peluang tu terlepas macam tu je

 muka aku sekarang dah macam baby ni dah tau!ehh..tak! ni comel sangat.


haaa..camni lah muka aku. sama tak?sama tak? mana boleh sama,baby tu tembam sangatlah.huhu.

korang tau tak. department aku ada buat program dengan kerjasama luar untuk menghantar beberapa org student yg bertuah untuk menjalani praktikal selama sebulan di luar negara.( habis skema dah ayat aku). negara tu tak tau lagi, tapi antara new zealand, filipina and apa tah lagi satu aku dah lupa.tapi dia nak pilih dalam 20 orang je.ada syarat yang dikenakan,and aku melepasi syarat yg dah ditetapkan tu. ye,lepas da submit borang ada interview.so, dari interview lecturer akan pilih mana2 student yg terbaik. even aku tak lah yakin aku boleh lepas memandangkan semua yg apply ni hebat2 belaka,tapi aku agak terkilan lah sebab interview tu dah lepas and aku tak dapat pergi pon.aku tak tau pon interview tu dah lepas.tak ada sape pon yg inform kat aku.aku baru je berangan2 nak tolong perahkan susu lembu kat new zealand tu!(what theee??) so,peluang tu pergi begitu sahaja. untuk pengetahuan korang masa aku semester 2 pon aku dah lepaskan peluang ni begitu sahaja.so niat aku nak tebus balik lah.tapi nak buat macam mana.da tak ada rezeki.aku kena redha.tapi dalam hati ada taman.eh bukan.dalam hati ada kekecewaan tersimpan.wahhhhh! yes nath,REDHA je lah.. :'(

Monday, August 16, 2010

Janganlah Engkau Menangis Wahai Mr N!

Khas untuk Mr N....



Wahai Mr N

aku mintak maaf kalau aku telah melukakan hati engkau

aku tau, aku manusia kejam

pada mulanya, aku terpikat sangat dengan engkau

aroma engkau telah menawan hatiku yang kerdil ini

tanpa berfikir panjang aku terus mengaut engkau dengan rakusnya

manusia2 yg lain juga turut hairan dengan keletah manja aku terhadap engkau

ada yang berkata  "banyak nyaaa ko ambik"

aku cuba untuk tidak mengedahkan kata-kata mereka

lalu aku berjaya memiliki engkau dengan hakiki

suara yang ditunggu2 sejak pagi tadi sayup kedengaran

aku pun mula memandang engkau

lalu ku jamah engkau sedikit demi sedikit

malangnya aroma engkau tidak bertahan lama

memandangkan situasi tidak seperti sebelumnya

aku tidak berjaya melapah engkau seenakknya

memandangkan perutku sudah tiada ruang untuk engkau lagi..

lalu ku tinggalkan engkau di dalam tong berisi sampah.

busuk!

maafkan aku..

engkau yg bernama NASI.. :'(

                                                              ikhsan encik google

Huhu..sorry yer nasi...aku terambik banyak pulak hari ni time berbuka tadi. dulu time kecik2 mak aku suka kelentong kat aku, kalau kita tak makan nasi bagi abis, nanti nasi tu nangis.kesian kat nasi tu. disebabkan time tu aku hanyalah seorang kanak2 yg mudah diperdaya dengan kata2 aku pun percaya lah.hisshh! macam2 taktik orang2 tua dulu nak bagi anak2 diorang makan abis kan. alahh..aku sure,mak2 korang pon mesti ada yang buat camni gak kan.tapi tadi aku terfikir jugak lah.kesian kat nasi tu.and kesian juga petani2 yang ada.yelah bak kata iklan kat tv tu 'sebutir nasi tu umpama setitik peluh petani'.aku nyesal pulak .terbayang kat orang2 afrika yang tak cukup makan tu.kalau dia nampak nasi aku yang tinggal sisa tu, confirm diorang berebut2 kan?tak baiknya aku.tapi tak pe.pengajaran hari ni.lain kali jangan ambik nasi banyak2 kalau dah tau nak makan benda lain.huuu..baikk lah!

Monday, August 9, 2010

Sajak Untuk MR J


Dear MR J

kenapa kau muncul dalam hidup aku

kenapa ?kenapa? 

sejak kau hadir dalam hidup aku, semuanya musnah!

kau tau tak betapa kau telah membuat hidup aku hancur?

kau tau tak?tau takkk? aku benci kau!

makin hari kau berdiri dengan megahnya. dengan bongkak kau menonjolkan diri kau.

kau tau tak,disebabkan kau aku rasa down? (maaf, ada kesilapan tatabahasa)

bukan itu saja,kau jugak telah membawa geng2 sekutu2 kau untuk memalukan aku! 

mula2 satu. selepas tu kau makin bertambah! makin ramai sekutu kau yang join!

cis! pergi dari sini.tolonglah. kasihani aku. aku insan biasa yang lemah.

oh...kau yang bernama JERAWAT! 

sesungguhnya aku pon nak cantik macam mereka.. :'(

huuuuuu 



yang benar

Cik Nathrah







Saturday, August 7, 2010

Fashion tip:Siapa cakap orang pendek x boleh pakai clincher/tali perut?

Assalamualaikum!

Hi everyone! sehat tak hari ni? harap sehat semua hendaknya( macam karangan aku time sekolah rendah je)

hehehehe..ok lah...entry aku kali ni ada kena mengena sket dengan fashion..aku bukanlah seorang yg pandai

sangat bab2 fashion ni, tapi bak kata pepatah 'boleh lah dari tak de'. kan? ok..buat pengetahuan korang

semua aku adalah seorang hamba Allah  yg mempunyai ketinggian sebanyak 152cm sahaja.huuu...nak buat

macam mana, dah genetik pendek macam ni.(ayat pasrah).

okey,kita jump teros kat topic kita yer.biasanya korang yang lebih kurang tinggi cam aku mesti cam kurang

konfiden sikit nak pakai clincher atau tali perut kan? alahhh...tali pinggang yang orang  pakai kat perut tu lah.

sebab tu aku panggil tali perut.huhu..(suka hati kau je ek!) yelah,nanti  nampak bertambah pendek plak kan?

 tapi tak pe.dun worry.aku ada penyelesaiannya!wahhhhh!

korang tetap boleh memperagakan clincher tersebut dengan comelnya. tapi make sure perut kempis ye. or

kalau buncit tu korang tahan2 lah nafas tu bagi kempis.tapi macam mana? haaaa..senang je.

dah tau korang tu pendek,sila lah pakai high heel ataupun wedges ataupun yg sama waktu dengannya ye.

hahaha..so,bila pakai clincher nie nanti,tak lah nampak pendek kan?tak percaya? jom usha pic2 aku nie.


see?


nampak pendek tak?tak kan?hee..



apa,ingat kau sorang je boleh?(motif utama tangan di pipi:sorok jerawat :p)


jangan takut mencuba..ok??

ok lah..tu je kot.

p/s: pakai wedges,so tak sakit kaki! 

*less than three* <3




Friday, August 6, 2010

dapat award lagi!

Assalamualaikum!

today was a fairytale! eh..tak! today is friday! alhamdulillah..

pertama sekali saya nak ucap berbanyak2 terima kasih kepada mereka yg sudi memberi award kat saya.

(oh..aku guna 'saya' lah! lagipon ada ke kalau orang dapat award guna ganti diri aku? wa ke? gua ke? kan3..?

aku ni pon..)

first sy nak ucap TQ kat cik jaja kita sebab memilih diriku untuk jadi penerima award nie. arigato ne!!

there it is..


lepas da terima award ni ada beberapa perkara yg perlu kita buat..ok...jom jom jom!

1)ANDA HARUS MEMUJI PEMBERI AWARD

hahahaha...yg ni memang tak boleh blah.tapi disebabkan rule dia memang nak mcam nie...so...dengarkan ya

cik jaja..(baca lah!).cik jaja ni memang seorang yg comel sangat2 yg aku kenal tyme kat matrik dulu.even

tak pernah bertegur sapa, tapi raut wajahnya tetap menjadi ingatan kalbu..cewahh!! (haa..ni puji ikhlas tau..

sebab cik jaja ni memang cute..tak percaya usha lah blog dia ye.hehehe)

2) SILA BAGI AWARD NI KPD 10 BLOGGER YG LAIN


wah..ramainya..tapi tak pe..disebabkan blog2 yang aku follow ni semuanya best2 belaka...so here they 


are:


        1. mr ARC


        2. cik tim


      3.cik ney

       4. cik jiha

       5.cik merah jambu

aaaaa..tak cukup 10 la plak..sebenarnya banyak lagi.tapi nanti aku try lagi pilih2 yer.


3) ANDA MESTI BAGITAU KAT BLOGGERS TADI


oritee...dijamin beresss!


4)BAGAIMANA ANDA BOLEH DIGELAR BLOG YG BEST?

mmmm..aku pon tak tau lah sebab apa cik jaja ni pilih aku.bagi aku, blog aku ni hanyalah blog yg terpencil

sahaja.aku menulis untuk kepuasan sendiri and info yg diberi adalah semata2 untuk berkongsi.(hahahaha...tak

boleh blah)

lagipun ada ke orang puji blog sendiri best? kan? orang lain yang baca tu lah yg sepatutnya boleh menilai

samada best ke tak. kalau ada yg best baca blog aku ni...terima kasih lah ye! and teruskan membaca.

lastly..thanks once again for the award!!



ada lagi satu award dari encik helmi sebab jadi follower beliau yg ke 100! wahh...bertuahnya aku..hehehehe

ni dia...


thanks so muchhhhhh!!


*less than three* <3




Tuesday, August 3, 2010

Movie Review: Inception

Assalamualaikum!

haishhh..minah ni asek buat entry pasal movie je kan..

huu..nak buat macam mana, da tak ada idea nak membebel apa..hehehe..

sorry yeeeeee!

ohh..sekali lagi diingatkan bahawa sesungguhnya aku memang selalu buat review nie lambat2..;p


honestly aku cakap masa aku tengok citer nie..aku memang agak kurang paham dengan jalan

citer dia..huu...citer ni agak berat bagi aku..aku ngaku, aku ni lampi sikit.tu lah,aku yang berkeras

nak tengok citer nie sebab ramai yang cakap best.

dalam wayang tu,aku asek menguap2 je sambil makan popcorn yang sememangnya hampir tinggal separoh

since before we enter into the cinema.hahahah...and aku asek dok tanya2 kat encik awan

'sape plak nie?'

'nape tiba2 macam ni plak'

'ishh..tak paham lah..'

'dia buat apa sebenarnya ni wak'

'ohhhh..'(even sebenarnya aku tak paham tapi terpaksa buat2 paham memandangkan encik

awan dah suruh diam) teheeee 

lagi satu aku rasa citer ni lama sangat. maybe aku tak berapa layan sangat, so sebab tu lah aku rasa

lama kot kan?

ok..lepas da abes tengok citer ni, aku pon tanya encik awan jalan citer dia.and beliau pon menceritakan

serba sedikit lah sebab bukan overall yg aku tak paham. 

ringkasannya, citer ni pasal orang boleh organize mimpi orang lain.kira

mimpi dalam mimpi kot.

sebenarnya citer ni interesting jugak, cuma bagi orang2 yg kurang suka citer berat2 cam aku ni, rasa

biasa2 je lah kot.apa kata kalau korang pegi tengok sendiri lah senang kan?

tapi before tu korang try lah baca review pasal movie ni dulu yer.

(review aku memang tak membantu kot)hahaha..

ok lah...bye!


*less than three* <3