Tuesday, September 28, 2010

Aku Tak Faham Bahasa SMS Budak2 Zaman Sekarang!

Assalamualaikum!

Teheeeee...auww..cuba korang imagine macam mana rupa aku kalau sengeh2 macam ni. macam nak mintak penumbuk je kan?hahahaha..adoi..minggu ni aku bz sangat! ni pon baru je lepas buat asignment. (kena sebut jugak..nanti korang ingat aku ni rajin update blog je..hahaha..keji giler ).

ok lah..ok lah..straight to the point...bila korang baca entry ni, korang rasa pernah tak mengalami situasi yg sama macam aku? ye lah kan. kalau dulu orang2 sebaya macam mak and abah aku je yang tak paham bahasa sms zaman aku, so tak pasal2 bila hantar sms kat diorang mesti kena guna bahasa baku or tulis ejaan full. tak adanya nak short form,short form nie..kalau tak nanti diorang confius macam ni..
pic macam biasa cik google bagi. 

ni nenek sedara belah ayah aku..kiranya aku ada mix blood jugak lah...ok..tipu je..hahaha!
haa..ni bahasa sms zaman budak2 baya2 aku lah...

tapi zaman sekarang punya bahasa sms lagi power.ala..bahasa budak2 yang sekolah menengah yg baru nk 'up' tu lah..aku yg muda remaja ni pon(podahcitt!dah tua bangka ngaku remaja lagi..kehkeh) kadang2 tak paham apa yg diorang tulis. kalau paham pon lepas da baca 2 3 kali..contoh situasi seperti berikut..

situasi 1: seorang awek cun telah mendapat sms daripada anak buahnya yg berumur dalam lingkungan 17tahun... *sila klik gambar utk tumbesaran*


disebabkan awek cun tersebut tak paham atau confius maka beliau pon bertanya kepada kawan nya yg berwibawa serta berdedikasi dalam pembacaan sms.:p


setelah beberapa minit...


dan akhirnya awek cun tersebut suruh anak buah dia hantar lagi sekali sms tu...baru lah awek cun dan kawannye yg berwibawa tadi paham maksud sms tersebut..-the end-

p/s: ish..kadang2 nyampah pulak baca yg yew kew..euwwwwwwwwww!

*less than three* <3

Award Kepada Follower ke 100

Assalamualaikum!

Hai! dah berapa hari aku tak update blog nie. bz giler2 dengan asignment. ok..kali ni aku nak bagi award kat sorang follower aku yg ke 100. dah lama nak bagi tapi sekarang ni baru ada masa nak bagi..
penerima award kali ni adalah seorang gadis yg berasal dari melaka. seorang yg happy go lucky.
sila la lawat blog beliau ye .. klik je kat blog cahaya wanita milik cik hawa ni...

to hawa..thanks so much! nah..ni award utk awak :)


and kepada follower yg laen jugak,thanks sebab sudi follow aku..tanpa anda mimpi tak bermakna..ehh..silap2..tanpa korang siapalah aku nie :)





 

Friday, September 24, 2010

Cita-cita aku masa kecil semua tak kesampaian!

Assalamuaikum!

Burppp...alhamdulillah...adoi..kenyang gila..da macam perut ikan buntal dah aku tengok perut aku nie..hari ni aku makan maggi je..sebanyak 1 1/2 bungkus...heheheh..kalau sebungkus tak cukup, dua bungkus banyak sangat pulak..kira ok lah tu kan?

Haa...korang masa kecik2 dulu mesti ada cita2 jugak kan..alaa..time kita semua sekolah rendah dulu, cikgu kelas ada simpan satu report card and kat dalam tu ada ruang cita2. kalau tak silap aku,ada 3 pilihan. so, tiap2 tahun cikgu akan panggil and tanya 'haaa..besaq nanti hang nak jadik apa?meh habaq mai kat cikgu meh'.
seingat aku aku pernah bercita2 nak jadi ustazah! heheh..sebab dulu time tadika aku sekolah kat tadika islam.aku rasa macam best je jadi ustazah.
 
dirompak dari encik google.
masa tu muka aku lebih kurang macam nie lah..darjah kecomelan pon lebih kurang macam nie..hahahaha! perah santan betol!

mak aku pon sejuk je dengar bila anak dia nak jadi ustazah.lepas tu bila dah besar lagi, nak jadi nurse pulak...bomba pon pernah! sebab aku tengok macam semat je pakcik tu pakaii uniform..hahaha..semua kerja2 yang mulia jer kan?

bila dah masuk sekolah menengah, dah matured sikit baru lah fikir pasal cita2 yang 'wowhhhh'! seperti doktor misalnya.padahal pemalas bukan main! bila dah masuk matrik terus berangan2 nak jadi pharmacist..tapi lagi sekali MALAS! and time dapat result dah sedar bahawasanya diri ni tak layak.pointer pon 3 lebey sikit je.and apply lah uitm dapat course real estate management ataupon dalam bahasa melayunya pengurusan hartanah.aku pon rasa cam apa lah course aku pilih ni..tak glamour langsung..bila orang tanya cam segan nak jawab sebab ramai fikir aku nanti kerja jaga kebun2 getah and kelapa sawit yg ada. mana class!tapi bila dah belajar baru rasa interesting! haa..salah satu skop kerja dia jadi pegawai penilaian.alaahh..cukai2 taksiran yg korang mak bapak korang bayar tiap tahun tu aku lah yg tentukan! hahahaha..banyak lagi sebenarnya..lecturer aku pon cakap, tak ada lagi student course ni yg menganggur.tapi tak tahulah kot2 dia saja nak sedapkan hati kitorang kan.tapi harap2 betol lah kan.risau jugak..

so,kesimpulannya..cita2 aku yang dulu tu semuanya tak jadi kenyataan!apa pon aku mesti teruskan course nie..sebab ada lagi satu sem je lagi..even aku tak pernah mimpi pon nak jadi valuer, aku terima dengan redha.. :) insyaAllah..

muka bangga and yakin..hahahaha!




*less than three* <3




Wednesday, September 22, 2010

Sudah seminggu lebih raya, aku baru nak update pasal raya.

Assalamulaikum!

ehhhh..stoppp! stopppp! degil betul lah! alamak jari aku ni tak mau dok diam pulak. so terpaksa update jugak belog aku nie.hehehe...( ceh,alasan!)

alhamdulillah...hari nie dah masok 13 syawal. haa..korang dah puasa enam ke belum?ish2..apa lah korang nie.. aku? mestilah belom! hahahaha...insyaallah minggu depan kot baru aku puasa.sebenarnya dah lama nak buat entry pasal raya. tapi tak de can. baru hari nie nak buat..

raya tahun ni lebih kurang sama macam tahun2 lepas just tahun ni tak beraya sangat kat kampung sebelah abah dekat kuala lipis sebab arwah aki dah tak ada. tapi yang bestnya aku masih dapat duit raya.korang dapat tak?maybe tahun ni tahun last kot aku merasa duit raya sebab tahun depan da abes belajar.huuu...turn aku pulak la bagi duit raya..insyaallah :)

aku malas nak type panjang2 korang tengok je lah pic kat bawah nie ye..walaupon baju raya aku kali ni belang2 macam corak towel aku redha je lah...(ayat pasrah)

p/s: siapa2 yg dari facebook aku maybe dah tengok dah..aku upload pic yg sama jer..

ya ya peace yawww! sebelah tu kazen aku yg tengah try nak buat peace jugak!
hahaha..comel je.. :)


jejaka2 dan gadis yang bakal melelehkan air liur pakwe n makwe pada masa 
depan..hensem2 comel2 semuanya!

  
my beloved family.. :)

halal kan makan minum akak abah..bla...bla..

ish diorang ni tak pandai berlakon lah..jgn lah pandang camera!
macam nak buat klip video raya pon ada..
effect daripada jari yg menutup flash..tp lawa plak aku tengok!
ecececece.. ;p
hahaha...sampai terpejam mata adek aku.nampak sangat banyak dosa dengan kakak dia!
ok dah la tu...banyak lagi sebenarnya tapi kang takut korang muak pulak..cukup lah tu yer..janji i pon ada entry raya macam u all! 

selamat hari raya :)

*less than three* <3

Friday, September 17, 2010

Encik,kami raya nak makan lemang,bukan buat asignment!

Assalamualaikum!

dah lama rasanya aku meninggalkan blog ni. (padahal hari2 jenguk tapi tak de entry baru je..hehehe). hari ni da genap seminggu kita beraya kan.kat facebook tu pon da penoh da pic2 raya termasok lah bloggers yg buat entry pasal raya, cuma aku je tak buat. walaupon hasrat hati ni (perghhh!)nak jugak buat tapi apakan daya aku tak ada gamba raya. usb kamera tinggal kat kolej la plak so terbantutlah hasrat tersebut.tunggu lah aku balik kolej nanti ye. hahaha..

pejam celik pejam celik dah nak abes dah cuti raya aku selama 2 minggu. sebenarnya banyak sangat kerja yang nak kena buat. tugasan itu lah. ini lah. wahhh..tugasan tu! siapa lagi nak memartabatkan bahasa melayu kalau bukan kita kan? (cehh...podahhh! yang kau selalu sebut asignment tu apa? ) sebenarnya, aku malas nak type omputeh sebab selalu salah eja. taip BM senang sikit!

aku betul2 tak puas hati sebenarnya. dari zaman aku sekolah lagi, time cuti je mesti cikgu nak bagi kerja banyak2! apa, dia ingat kita cuti nak mengadap buku je ke? sampai dah masuk 'U' ni pon sama! hari tu before balik cuti.....

'ok..kamu semua siapkan tutor ni.lepas raya saya nak tengok' kata lecturer yg ensem kepada kami semua.
'tapi encik, kitorang raya nak makan lemang,bukan nak buat tutor' jawab seorang student berwibawa.


tu dia lemang idaman kalbu di hari raya.
picture dari encik google lah..


kelas diam sejenak. aku berdebar jugak lah sebab kawan aku tu boleh slumber je cakap macam tu kat pensyarah. kang buatnya kena halau tak ke naya? tapi best jugak,dapat balik awal.hahaha..ceh!

selepas itu..

'oh..abes tu, nanti kawan kamu cakap macam ni sem depan kitorang dah belajar applied valuation, tapi kamu buat statutory valuation lagi. kamu nak?' perghh..makan dalam tu ayat lecturer aku. (sorry, kalau ada istilah yg korang tak paham sebab tu nama subjek aku belajar.)


ehh..bila masa pulak kelas aku ada mat salleh ni? 


kelas pon bergema dengan ketawa kitorang.hahahhaa..naseb baek aku tak menjawab.padahal dalam hati sokong sangatlah cakap member aku tu! betul lah kan siapa nak baca buku or buat kerja sekolah time cuti2 ni beb! nak2 bila cuti raya..kan?kan? kan?

*less than three* <3

Tuesday, September 7, 2010

Hotlunk: Rangkaian Telekomunikasi Terbaru Di Malaysia!



Assalamualaikum! hai you allss (aww..gedik nyah!)
heee...baca entry dah? gud! korang tau tak sekarang ni maxis ada link skali dengan rangkaian terbaru telekomunikasi yg dinamakan hotlunk. kalau tak tau tengok video nie dulu..


tak boleh blah betul pakcik nie kan? hahaha...

p/s: video ni aku ambik kat fb abang aku 

*less than three*<3


Hari Ni Saya Buat Cheese Cake!

Assalamualaikum!

hahahha..korang kagum tak bila baca entry aku kali ni? apa? tak kagum langsung?? cissss..eleh jeles lah tu..(tiba-tiba). hahahah..! wahhhh.. asyik ketawa je aku ni kan.bukan apa, aku rasa excited sangat.sebab chese cake aku buat tadi tu menjadi. tak sangka. aku mengaku, aku memang jaraaannggg sangat nak masak memasak ni. sampaikan time aku cakap nak buat cheesecake ni adik aku buat muka pelik. terharu bila kakak dia tiba2 rajin. mak aku pon sama! cis! so, aku buktikan yang kata2 aku bukan sekadar cakap kosong. cewahhhhh! dan terhasil cheese cake aku ni...

tadaaaaaa~


presenting...oreo rasberry +strawberry cheese cake!
(mentang2 duduk cameron, hamek kau penuh strawbery aku taruk) hahaha!
oh ye! sorry presentation kurang menarik sebab first time kan.paham2 je lah. :)

even aku rasa, agak serabai sikit rupa kek ni, tapi rasa dia boleh tahan! perghhh! (puji diri sendiri) hak hak!
tapi kan, part oreo dia tu agak oily sikit, sebab aku terlebih letak butter plak, sebab tu kalau korang perasan, bahagian tepi kek nie ada cam kaler keperangan sikit.

lepas ni aku nak try buat lagi lah. bagi mantapppp lagi.

ok tu je, bye!

*less than three* <3

Sunday, September 5, 2010

Saya Nak Update bBlog Tapi Tak Tahu Nak Update Ape

Assalamualaikum!

okey. korang baca entry aku ni pon dah tau kan pasal apa..hehehe. ehh...wait a minute! tapi sekarang ni kau tengah buat apa cik nath oiii?hahahaha..sengal betul lah aku ni. bukan aku tengah update ke ni? opsss..tak sengaja terrr update pulak!korang halal kan je lah ye.. :p

disebabkan dengan ringannya jari jemari aku ni nak menari..(ecehhh...) so aku nak cerita sikit tentang feeling aku sekarang. (feeling tuu!) disebabkan tak lama lagi kita semua ni nak raya kan .. hurmmm...honestly,aku tak ada mood lah nak raya. mungkin sebab da besar kot. ye lah dah besar,mana ada orang nak bagi duit raya dah. sekarang bila habis semayang raya je, balik umah. makan2 jap. ambik2 gamba jap. pastu dok depan tv. pastu dahhhh..habis raya pertama.boring gila kan?

kalau dulu time kecik2, mesti excited gila nak raya. perkara first, tengok tv. tunggu pakcik tan sri yang penyimpan mohor raja2 tu bagi annnoucement. kalau raya, berlari keliling rumah. betapa happynya perasan menjadi kanak2 ketika raya menjelma. cewahh! bila malam raya tu, nak tidur pon semangat je. tidur sambil senyum mengenangkan esok dah nak raya. bila bukak mata tu, nampak simbol duit. duit. duit. hahaha..

macam nie...

ni pakcik google punya gambar

masa zaman aku kanak2 (zaman dengan masa bukan ke sama je meaning dia?.ahhh..wuteverlah!) slumber je pergi beraya rumah orang. orang yang tak kenal pon aku taram je. dengan alasan nak beraya. ketok2 pintu rumah orang.."pakcikkk...kami datang nak rayaaa...! "sambil buat muka tak bersalah mata terkebi2 meminta simpati ala2 sin chan. last2 dapat lah duit singgit sekeping kaler kuning tu. kalau nak pergi beraya tu, jenis rumah pon penting. dengan hipotesis," rumah besar, orang kaya.orang kaya bagi duit raya banyak." rupanya orang kaya tu lah yang bagi paling sikit. ciss! kedek! balik2 rumah kira duit raya. tiap kali dapat duit raya, kira semula. padahal boleh je ingat jumlah yang kita kira tu, lepas tu just tambah je la kan? hahaha...

bila ingat2 balik zaman kanak2 tu buat aku tersenyum sendiri je. bila dah besar ni,pikir2 balik betapa beraninya and lebih tepat tak malunya aku time kecik2 dulu...keh keh! 

tahun depan insyaallah, kalau umur panjang, murah rezeki aku pulak yang kena bagi duit raya..

p/s: tak ada conclusion entry aku ni.kalau exam bahasa melayu SPM confirm 'A' !haha 

*less than three*<3

Thursday, September 2, 2010

Mak! boleh tak mak beranak lagi??

Assalamualaikum!

Huu....soalan yang semestinya bodoh kalau aku tanya kat mak aku. hehehe. mak aku da pangkat opah atau nenek dalam bahasa pasarnya dah pon. hurmm...kadang2 aku rasa cam sikit je sibling aku nie. aku ada abang sorang and adik laki sorang.
 ni abang aku and anak2 pak su aku time raya tahun lepas.

yang baju kuning tu adik aku bersama dengan anak paksu aku jugak.

sebenarnya, aku dah lama teringin nak ada kakak and adik pompuan sorang. barulah ada geng. ni tak. kalau dulu balik kampung dekat kuala lipis, mesti kena mandi sorang2. sebab kampung aku dekat lipis tu tak ada bilik mandi. memang kampung tulen punya lah. mandi kat sungai belakang rumah. depan dia ada pokok getah. nak mandi sama dengan abang and adik aku, malu. dah besar.hehehe. nak mandi dengan mak pon malu sebab mak salu mandi berdua dengan abah aku. romantik tak parents aku? hahahaha! kadang2 seram jugak. kot2 tiba2 harimau sesat pulak time2 aku tengah mandi tu. tak ke naya? ish3.. akhir2 ni je dah ada bilik air. tapi, arwah atuk aku pulak baru meninggal.

eh, melalut pulak aku. sebenarnya sebab aku nak ada kakak n adik pmpuan nie, sebab nak ada geng je. ada tempat nak share hal2 pompuan ke hape kan. pastu kadang2 kita boleh share2 baju dengan dia. jimat sikit duit aku! heheheh..entah lah. tapi nak buat macam mana kan. tapi apa2 pon aku bersyukur sebab dapat sibling yang best! i love u lah along and pa!

ada siapa2 tak nak jadi kakak atau adik aku? :)

*less than three* <3

Wednesday, September 1, 2010

POLCA DOT SHAWLS CONTEST!!!

Assalamualaikum!


disebabkan aku memang tak ada kerja lain (padahal berlambak) aku pon nak join lagi satu contest. heee...
contest nie dianjurkan oleh cik pupel kita. 
okeh..dah baca dah?sekarang kita tengok syarat2 penyertaannya pulak ek...

ok..dah!

and gambar yang tempek untuk contest nie adalah...

haaaa...ok tak?shawl ni aku beli online.

ok sebab sy suka pakai shawl pokadot adalah kerana saya memang peminat polkadot. selain itu juga polkadot nie agak funky dan si pemakai akan kelihatan 10 tahun lagi muda dari umur sebenar. (errr...hyperbola sangat ke?) tambahan lagi, shawl pokadot yang saya pakai ini sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai warna baju seperti kuning dan merah selain purple seperti dalam gamba ini.

sekian, terima kasih.

sekarang nak tag diorang pulak. hehehe. :)

miss xuroxy

cik nurulbadiah

cik lyn

Salam Perantauan Untuk Mereka Yg Jauh Di Mata

Assalamualaikum!

Kami pelajar tahun akhir University of Oxford London mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sahabat handai, guru-guru dan terutamanya Family tersayang. Maaf Zahir dan Batin. Raya taon depan kitorang balik ye. kalau makan ketupat tu jangan lupa kami di sini. kami di sini asyik makan burger je time raya. dah boring dah tau tak?

hahahahah! boleh tak?ada hati berangan study kt London!pirahh! tak boleh ke? alaa....aku nak jugak..! ok..yang ni betul-betul. ehem ehem!

Kami pelajar tahun akhir jurusan pengurusan hartanah Universiti Teknologi Mara Shah Alam mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat family , sahabat handai,guru-guru dan mereka yg mengenali diri ini. walaupun belajar kat Malaysia je, tapi kami tetap merantau di negeri orang. jangan lupa, esok atau lusa kami akan pulang untuk beraya di kampung.TUNGGUUUUUUUUUUUU!

:p

*less than three*<3