Sunday, October 31, 2010

Asyik study je boring jugak kan?

ala korang.dah dah la tu study. relax la pulak.betol tak? ohh..lupa..korang semua nie semua student yg berwibawa dan life korang hanya untuk study je kan? so tak ada istilah penat dalam kamus hidup korang tu kan? aku je yg rasa penat.penat otak.penat badan.penat tangan(sebab baru terhegeh-hegeh nak tulis notes) dan..penat tido. hikhikhik. gelak gedik. setakat ni aku dah lepas 2 paper. tinggal lagi 3 paper. semua yg tinggal yg core2 punya. 

tapi disebabkan ada gap tiga hari, aku memerasankan diri seolah2 final dah abes.blogwalking ke blog2 korang.komen2 blog korang.haa.. nasib baik dah cover sikit subjek ni time study week hari tu.teheee...abes je paper hari jumaat hari tu, terus menghayunkan kaki ke pusat karoke bintang sec7 shah alam (err..perlu ke detail camni?)untuk berhari raya. ceh mestilah untuk berkaroke.

and semalam aku jumpa mamat ensem. ensem gila.lepas tu dia ajak pegi makan domino piza. ohh..terbayang2 sampai sekarang kelembutan dan kesedapan pizza tersebut. sebab tengah lapa.huuu..

konon bajet muka kecik kurus menawan comel dan cute lah buat macam ni padahal macam ikan buntal.hah amik kau frame kamera buatan tangan tak muat muka kau.

gendang gendut tali kecapi.kenyang perut suka hati.maka terhasil lah gambar bahagia dan senang hati berunsurkan gedik yang boleh menyebabkan simptom pregnant uweekk uwekk terhadap diri anda.:p

 ok dah la tu. boring pon dah hilang. jom jom jom jom jom jom study study! doakan aku ye. next paper selasa!bye!

*less than three* <3

Monday, October 25, 2010

Saya nak final exam jadi saya sedikit bz~

Assalamualaikum!

saya nak final exam jadi saya sedikit bz!  eh..apa jadah tah aku ulang ayat ni. oh..ini menandakan bahawa otak aku sudah sedikit wengg kerana terlalu banyak ilmu. eceee..blah! sedikit je bz sebab aku masih ada masa untuk on9 facebook serta jenguk blog.teheeeee ;p

semalam aku pegi naik faculty nak tengok carrymark. kecewa and baby are u down down down down down downnnnnnnnnn di situ sebab ada satu subjek carrymark dia agak ciput. kira harapan nak dapat A tu amat tipis memandangkan aku kena score 100% untuk final. dengan lecturer yang agak strict and kedekut marks oh..sangat impossible!  tapi its ok, aku ada subjek lain untuk di score..insyaAllah.

kepada semua followers dan visitors yg sudi menjenguk blog aku yg tak seberapa ni..thanks sangat. aku mintak maaf sebab tak dapat nak jenguk korang semua balik. teruskan sokongan anda ye. kalau boring tu bacalah post2 aku yg lama2. hikk..sempat promote tu.

gamba tak de kena mengena. memandangkan aku tak pernah sekali seumur hidup berpura-pura dihadapan kamera yang konon-konon aku tengah bz study, atau tidak pernah seorang pon sudi snap gamba aku tengah study so ini je yg termampu aku berikan supaya kerinduan korang semua terubat. tak rindu pon tak pe.bluekkk!

so, aku mintak maaf atas semua salah silap aku kat korang ye. doakan kejayaan aku untuk final nie. 
love u all! muahh~ ok dah lap air liur aku tu. hakhak ;p dushummm..adoi kena sekeh lagi sekali sebab tak start study. ok ok..nak study la nie.. T_T

*less than three* <3

Tuesday, October 19, 2010

Peminta sedekah yg pathetic~

'kakk..derma kak..untuk rumah anak yatim' pinta seorang kanak-kanak perempuan kira2 dalam lingkungan umur 7tahun.


aku pandang muka dia dalam2,tenung mata dia. dia tunduk.mungkin malu dengan panahan mata aku yg menggoda tu kot?eh..tapi tak mungkin.tak kan budak ni lesbian kot?hahahaha! adoi..ni yang ceq tak sampai hati nie. kesian pulak aku tengok. so aku pon hulur lah rm1. tapi..
.
'eh kak..tak boleh..paling kurang kena bagi rm10'.

OMK! (oh mak kau) terbeliak mata aku.terkejut barangkali.'aik...ada pulak limit kalau nak bagi derma ye' desis aku dalam hati. aku pon cakap baek2 dengan lemah lembut sopan santun serta senyuman manis meniti di bibir ecewahhh 'adik..akak ada singgit je dik. tak percaya tengok ni.' aku pon tayang lah dompet purple aku yg sedikit koyak tu.naseb baek time tu memang duit aku tinggal singgit je.normal lah hujung sem kan? hikkk...

adik tu pon cakap 'tak boleh kak'. aku pon balas lagi..'kalau macam tu tak pe lah. adik ambik je duit ni.tak payah masuk dalam resit.ni duit adek, akak bagi ye. simpan beli mamee monster, kalau boleh beli yg kaler merah tu.kaler hijau tak sedap.tau?' hah. budak tu pon ambik duit tu dan blah.

hish..kadang2 aku terpikir lah kan, kesian budak2 ni jadi mangsa kan. kalau dorang mintak sedekah, dorang yg dapat duit tu tak pe lah jugak. ni tak.ejen dia yg dapat. kadang2 aku tak nak bagi, tapi bila tengok budak2 ni kesian pulak kan. aku kan berjiwa kewanitaan yg memiliki sifat lemah lembut so akan mudah tersentuh lah kan.huahuahua.

lagi satu orang buta mintak sedekah.berlambak kot.sekarang aktif pulak yg pergi dari satu restoran ke restoran yg lain. yg bestnya, mesti ada tukang pimpin org buta tersebut. lepas customer yg dah bagi duit tu blah, customer yg lain datang, si buta dan tukang pimpin datang lagi  mintak sedekah kat  customer tu pulak.uishhh..kaya diorang macam ni. so, aku pon kadang2 keras hati jugak nak bagi sedekah sebab benda2 macam ni lah kan.



p/s: sedekah lah dengan ikhlas ye. tangan yg menghulur lagi mulia daripada tangan yg menerima. contoh terdekat korang klik lah iklan nuffnang aku tu. kan sedekah tu? hakhak :p

*less than three* <3

Thursday, October 14, 2010

Cara menangani cashier miang

Assalamualaikum!

ya aa awww ya! yess..gadis comel cantik serta ayu macam kamu! yes kamu! dan kamu juga!apa toleh2 belakang tu.. alahh..buat2 tak paham pulak. korang yg baca entry aku ni semuanya comel2 dan ayu2 belaka. (ok tak payah perasan lebih2 :p)  yg jejaka pon tak kurang hebatnya.cewahh!

ok ok..korang pernah tak mengalami situasi di mana abang mahupun pakcik cashier di cafe2 cuba menggatal atau bahasa jermannya mengorat korang.ececece..tak nak ngaku kunun! kan aku da cakap tadi korang semua ni comel2 dan cun 2 belaka.haa.. biasa kalau kita order melalui sistem ala-carte (wahh..sistem wa cakap lu) kita akan tulis nama makanan yg kita nak and hujung belah bawah kita tulis nama kan?cepat angguk! haa.. so, bila makanan kita dah siap cashier akan panggil nama yg kita tulis tadi. kan?kan?

dengan ini aku sebagai cikgu bertauliah lulusan university of teasing peoples mencadangkan agar korang meletakkan nama seperti 'aku belom sunat' atau 'laki miang' dan sebagainya sebagai nama ala carte tersebut. so, bila abg cashier yg miang2 tadi tu panggil nama korang sebab order dah siap korang just buat bodoh je.biar dia jerit2 panggil nama korang lama2 berulang2 kali.muahahaha..(gelak evil very the evil punya)

 
ohhh..sorry atas lukisan tak bertauliah di atas. aku bukannya pandai bab2 melukis cam zack zukhairi tu.ni je lah yg aku mampu. tapi comel what?hikhik. dah2 tak payah nak gedik.

p/s: tapi korang jangan lah pedajal abang2 atau pakcik cashier yang baik2 pulak. ni khas utk yg gatal miang tu je ok? selamat mencuba. dushhhhh! adoi! ok2..wa chaw luuuu...(sambil gosok2 kepala sebab kena sekeh malas study padahal esok test lagi)

*less than three* <3

Tuesday, October 12, 2010

Fashion Tip : Tampil menawan dengan kemeja blouse putih

Assalamualaikum!

WARNING: ENTRY INI SESUAI DIBACA OLEH KAUM GADIS SAHAJA..YG LELAKI TU PI MAIN JAUH2 NAA..(tapi kalau hangpa nak baca jugak tak de salahnya derrr)

oh yeah yeah! anda tidak tahu baju apa mahu dipakai? tidak tahu pilih warna yg sesuai? takut baju dan tudung tidak matching? ohh..tidak mengapa..anda masih boleh bergaya anggun cantik menawan lagi gagah berani perkasa tanpa segan dan silunya..

penyelesaiannya...pilih lah baju kemeja blouse berwarna putih! oh..maafkan saya kerana tidak tahu mendescribe apa jenis baju ini..ianya simple dan tidak keterlaluan! harga juga murah. dibeli dengan harga rm10 sahaja! (sebenarnya ada sekali dengan vest,total rm 25..vest tu aku tak pakai sebab tak sesuai pakai utk kuar jalan2 santai camni )boleh dipakai ke mana saja..walaupun hakikatnya anda tidak menawan, contoh terdekat adalah seperti model di bawah, anda pasti akan tampak menarik kau memang da bomb eittttttt pomm! pom! pommm! (bunyi mercun roket) seperti magica!

tak percaya?

*klik gambar utk tumbesaran*

sound check..1..2..3..testing2..sebelum berposing gedik haruslah membuat aksi ini ya!


sila gerakkan mouse anda ke bahagian kanan sebelah atas dan klik
butang 'x' jika tidak sanggup utk melihat aksi sebegini.




 zoom kan sikit..



oh..cukup!cukup! jerawat manis sudah kelihatan di situ..


oh! jangan lupa untuk tahan nafas selama mungkin kerana
tragedi perut ikan buntal akan terjadi seperti rajah di atas.
ini adalah akibat makan burger AnW beserta float
yg berjaya dihabiskan beserta sepacket air ribena juga tidak
ditinggalkan walau setitik dua.
hahahaha..

masih tak percaya?? tak percaya lagi? ishhhh..degil betol lah korang nie!

*less than three* <3





Monday, October 11, 2010

Bertambah bebal lah aku T_T

Assalamualaikum!

Tin pepsi di atas meja ku tatap dengan penuh minat. Lantas.. gurppp...gurppp...gurpppp..wah sedap sungguh air pepsi yang aku beli semalam. aku meneguk dengan rakusnya. elok lagi rupanya. gurppp..gurppp..ehhh...benda apa pulak nih? aku telek (meneliti dalam bahasa bakunya) tin pepsi tersebut. dah betol dah pepsi tapi kenapa aku rasa macam ada serbuk cincau je.aku pon lantas memuntahkan balik air dalam mulut.tengok2 ada 3 ekor semut berwarna hitam. besar jugak! habis tersembur semua air pepsi dalam mulut aku. adoiii..padan muka kau nath! yang kau pegi minum air semalam tu siapa suruh! desis hati ku. uwaaa...dah lah baru kelmarin tragedi tertengok 'barang' lelaki. ni terminum air ada semut pulak! aku pon teros google pasal semut. memang fact pon..kalau termakan semut kita boleh jadi pelupa sebab semutt tu akan keluarkan enzim yg boleh sebabkan kita lupa..aiyoyoyo...amma..appa..

amboii...senang lenang kau bersiul2 yer semut! belasah kang nak?

kenapa baru sekarang? adoi...aku dah la nak exam lagi 2 minggu nie. kalau aku tak dapat perform macam mana?  aku tak mo bayar ptptpu ptptn! tak mo. tak mo! so aku kena dapat first class degree!paham? tapi dah terminum air semut ni macam mana...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T_T

*less than than three* <3



Euwww...i saw a D.I.C.K!

Assalamualaikum!

Dick??pergi translate sendiri kat google nun kalau tak tau benda apa. reban ayam punya mat salleh! sex harassment terhadap gadis suci lagi sopan santun berbudi pekerti cam aku nie..( eceeewahhhhh ;p) . macam mana gua boleh nampak 'benda' tu? ishhh...korang ni pon! mestilah secara tak disengajakan! kalau gua sengaja gua tak adalah cerita kat lu orang..hahahaha! apalah...

 muka innocent and tak paham

 tadi aku bukak YM kejap.nak usha2 kot2 ada membe yg nak chat ngan aku.tapi haram jadah. semua offline. elehh..macam aku tak tau lah korang tu suka buat invisible kan. saja tak sudi. (padahal aku pon sama...opss!)lepas tu aku pon try lah cari website chating oversea. niat murni di hati ni nak chat dengan omputeh konon nak memperkasa english aku ni lah. tup tup ada sorang mamat ni tegur aku. aku pon layan lah kan. then lama2 dia kata nak bukak webcam dia. aku kata aku tak nak lah bukak. dia kata 'its ok..u can see me through'.aku pon dengan confidentnya bukak.mana lah tau kot ensem macam zack efron tu kan.

ohhhh..tergoda !


sekali aku bukak 'benda' tu btol2 depan aku! what the fish betol lah! aku terus tekan 'x' and off teros YM aku. cis..bebal aku 40 hari! uwaaaaa.....tapi salah aku jugak. dah aku guna nick name natty_gurlz mana lah dia tak ingat aku bukan2 kan. alaa...tu nickname aku zaman sekolah, time baru nak up dulu. dah lama kot aku pakai YM ni guna ID ni. lagipon natty tu bukan bermaksud naughty tu. natty tu nama geli2 aku. nathrah=natty. macam fatimah=fatty tu lah..haishh!!

moral of the story korang janganlah gedik2 bukak website chatting omputeh nun. rentikan lah! dorang semua tu bukan betol sangat pon. lagi satu pilih la nickname yg baik2 macam solehah_gurlz ke..ok?

*less than three*<3

Sunday, October 10, 2010

Macam ni ke kawan?

Assalamualaikum~

hati membeku mengingatkan kata janji manismuuuuu....ohhhhhhhh...ku dilambung angan2 belaian kasih sayang suci dari mu..oh kejamnyaaaaaaaaaaa!

teetttt..tettt...teettttt (bunyi ringtone sonyericsson)...haishhhh...kacau daun betol lah..aku tengah feeling baekkk punya karoke nie.. namun aku pon teruskan jugak karoke tu..rugi beb kalau benti..seringgit tu satu lagu! hahahaha...

abes nyanyi aku  pon bukak lah msg.kot2 ada secret admirer sesat ke kan.porahhh! yenna puringge lah ko nath! tengok2 adek aku yg mesej.. (sedikit kecewa ye di situ :p)

msg berbunyi.. "oit kak..ko buat ape"  aku pon cuak lah kan kot2 dia nampak aku dok melalak kat karoke tu.. abes kantoi kegiatan sosial aku kat uitm ni.heee..pasaraya bintang sec7 dah ada karoke beb! adek aku pulak duduk kat comersial area situ je. aku pon jawab dengan jujur serta ikhlas "aku tengah karok ni.pesal?"
adek aku pon reply "aku sedey la". pulak dah, hati aku berkata.

then dia pon cerita lah kat aku pasal sorang housemate dia nie. sebelum ni memang dia penah cerita kat aku jugak pasal hal ni. dia kata sorang budak nie sangat lah berkira.situasi dia macam nie. diorang ada 4 orang. 2 orang ada motor. so tiap2 hari pegi kelas adek aku and sorang lagi kawan dia yg tak ada motor tu jalan kaki. dari sec7 comercial centre tu sampai ke faculty engine tu. lebih kurang 3km. alaa...3km je pon! banyak la korang! jaoh tuuu! buatnya panas terik..tak ke berpeluh ketiak korang? padahal kalau ikot logik adek aku n kawan dia yg lagi sorang ni boleh je tumpanng budak yg ada motor tu kan. nama pon housemate.sekelas. tak kan nak berkira kan?hish..kalau aku lah..tak tergamak tengok kawan aku termengah2 sampai kelas peluh.sian dowh!

tapi malang sekali. kawan dia yg ada motor tu tak nak bagi adik aku n kawan dia tumpang. yg lagi sorang yg ada motor jugak tu ok je. bagi je tumpang. tapi masalahnya tak kan lah adek aku nak biarkan kawan dia yg sorang lagi tu jalan kaki sorang2 betol tak? (adeh.cam keling plak ayat aku..pandai2 korang lah ye..muahaha).ala..kalo berkira sangat duit minyak motor, tak boleh ke share2 kan? bukan luak pon. lain lah bontot adek aku tu ada asid ke sampai seat motor budak tu leh tembus ke kan. lepas tu adek aku dah tak tahan, tegur la perangai kawan dia tu.maybe tak boleh terima teguran adek aku tu, gaduh. tu yg tak best tu kan.

so, aku sebagai kakak yg berwibawa serta tawadok pon bagi lah nasihat supaya berbincang baek2. kalau kawan dia tu tak ubah perangai jugak, toksah kawan dengan dia lagi. mana tau satu hari nanti, dia pulak yg susah kan, time tu baru dia sedar langit tinggi rendah.

haaa..macam tu lah lebey kurang cerita nya. aku nak tanya lah. macam ni ke namanya kawan? bagi aku lah, manusia macam ni memang tak layak dipanggil kawan..huhhh~ (emo) :p

maybe i shud agree with this quot..




*less than three* <3

Tuesday, October 5, 2010

Patutkah dia aku panggil guru?

Assalamualaikum!

Ini versi cerita emo sikit..haahaha...tak rock la lu der kan? tapi tak pe..sekali sekala..sila lah layan~

Pagi itu gadis ayu jelita lagi menawan(waklu!) yg diberi nama nathrah menaiki kereta proton saga putih versi lama abahnya bernombor plat CAA 6448 untuk ke sekolah tercinta diberi nama smk seri bentong yg terletak kira2 300km dari rumahnya untuk mengambil result SPM. dalam hati gadis ayu rasa berdebar2 yg teramat sangat. (ye lah beb.penentu masa depan kot.korang pon dulu sama gak kan?)

Selepas beberapa jam perjalanan ,akhirnya gadis ayu tiba di sekolah.kebanyakan rakan2nya sudah tahu akan result mereka memandangkan gadis ayu itu sudah lewat sampai. ada yg gembira. ada yang sugul tak kurang  juga ada yg blur. gadis ayu melangkah ke pejabat sekolah dan pengetua memberi result gadis ayu. sampul sudah berada di tangan. dengan slow2 jari jemari halus(haluss ke??) gadis itu menarik kertas yg tertera keputusannya itu. menggigil dia. takut kot2 ada yg terkantoi. selepas keseluruhan kertas itu habis ditarik keluar.."alhamdulillah.." itu sahaja kata2 yg keluar dari mulut gadis itu.

gadis ayu melihat subjek guru itu mendapat result yg cemerlang iaitu A1. kebetulan guru itu berjalan di hadapan dia. dengan berlari2 anak dan comel gadis itu mengejar gurunya itu. belom pon sempat gadis ayu berkata-kata.....

"kamu nak apa nathrah? saya tak nak ambil tahu pon. buat pengetahuan awak, saya tak nak jumpa siapa2 kecuali  Sue (bukan nama sebenar) dan Nik (bukan nama sebenar) je.paham?"

 pic from google.
(dalam cite ni cikgu tu pompuan)


gadis ayu sedikit tersentap mendengar kata2 gurunya itu.sampai hati dia cakap macam tu. gadis ayu tahu,guru itu kadang2 emosional.gadis ayu tahu Sue dengan Nik je yg rajin jumpa dia.tanya soalan macam2.tapi tak bermakna selama ini gadis ayu tak mahu belajar.

"mmm..tak pe lah cikgu. saya just nak cakap terima kasih je. saya doakan cikgu bahagia"

gadis ayu terus menoleh dan berlalu pergi sambil perasaan kecewa dan sedih berbekas di hati hingga ke hari ini. TAMAT.

p/s: cerita kat atas ni kisah benar tau.tapi macam biasa lah kan.adalah aku tokok tambah sambal belacan bagi umpphh sikit! hahahha...apa perasaan korang kalau benda ni berlaku kat korang??

*less than three*<3

Saturday, October 2, 2010

Cerita Seram Di Asrama Sekolah

Assalamualaikum!

selamat hari sabtu semua..

ok..entry kali ni aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku masa sekolah menengah dulu...zasssss~

malam itu kira2 jam 3.00 pagi seorang gadis jelita bernama nathrah (bukan nama sebenar :p) telah terjaga dari mimpinya yg lena itu kerana tiba2 beliau berasa hendak membuang air kecil disebabkan dengan bijaknya beliau pegi minum air banyak2 sebelum tido.beliau cuba mengejutkan rakannya di sebelah namun tiada sahutan. dengan beraninya gadis jelita itu berlalu dengan confidentnya ke tandas yg terletak di hujung blok tanpa menghiraukan kiri dan kanan.yang penting tak terkencing dalam seluar!

sejurus tiba di tandas, gadis jelita itu....(alaaa..korang pikir lah sendiri..dah nama pon pegi tandas kan..hahaha..pemalas!).selepas selesai urusan, beliau ingin mencuci tangan di sinki dan terlihat seorang gadis berambut panjang memberus gigi. dalam hati gadis jelita berkata "tak pernah nampak pon budak ni.gila apa berus gigi tengah2 malam". dengan beraninya(padahal takut jugak) gadis jelita itu menegur gadis berambut panjang tersebut. gadis itu hanya mendiamkan diri tetapi secara perlahan2 mengalihkan pandangannya ke arah gadis jelita tersebut.

gadis jelita berasa sangat terkejut apabila menyedari bahawa gadis berambut panjang itu memberus giginya dengan menggunakan PISAU! "alamak..psycho betol minah nie".kata hati gadis jelita. darah mengalir keluar dari mulut gadis berambut panjang itu. gadis jelita makin panik apabila gadis berambut panjang itu cuba menghampirinya sambil menyerigai. dengan pantas tangan gadis jelita mencapai sebuah gayung berisi air sabun babyjohnson dan menyiram ke muka gadis berambut panjang itu.

dan..



dan..


selepas itu..


gadis berambut panjang itu...


berkata...


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



'"TAK PEDIHKAN MATA!"





gamba macam biasa...cik google punya 



hahahaha..ini adalah iklan baby johnson..jangan marah nanti kena jual :p


*less than three*<3