Tuesday, November 30, 2010

Zaman berubah: iklan televisyen makin 'open'

Assalamualaikum!

Sejak akhir2 ni yg aku perasan iklan2 kat tv tu makin banyak and makin open. kadang2 aku rasa segan nak tengok iklan tu bila ada abah, abang and adik lelaki aku. ye lah, kalau dulu nak tengok iklan pasal tuala wanita atau nama glamournya pad pon susah. time kecik2 dulu aku selalu selongkar pad mak aku sebab nak tengok macam mana bentuk pampers orang tua nie. hahaha.tapi sekarang iklan pad tu dah berlambak. macam2 jenis lagi. kotex lah. intimate lah. and yg terbaru libreze ke apa tah yg Yuna jadi duta tu.
tuala wanita. google punya pic.
tapi bila aku pikir balik, maybe tak kisah sangatlah kalau iklan pasal pad ni. lagipun lelaki2 ni pon dah biasa dengan benda ni semua zaman sekarang and ada kebaikan jugak, nanti diorang boleh lah tolong belikan pad untuk anak isteri dorang kan.hehe.

tapi yang aku tak puas hati bila ada iklan yg menjurus ke arah s**. macam2 jenis iklan ada terutama pasal barangan untuk 'kuat'.selalunya pasal minuman lah kot.

sekadar hiasan. credit to google

Contoh iklan yg ni and aku rasa korang mesti familiar jugak kan. eh ke aku sorang je?

dialog berbunyi:

"sayang, abang dah balikk"

"saya di bilik bang"

suami yg baru balik kerja terus naik atas and tutup lampu. and korang semua paham2 lah mesej apa yg nak disampaikan tu kan. hishhh! aku malu kot bila iklan ni keluar. korang malu tak? ke korang cool je? huhu.

Oh ya! lagi satu pasal produk kecantikan. yg ni lagi satu yg aku rasa tak boleh blah. rasa nak hempuk je orang yg buat iklan tu. kalau aku ada kat situ dah lama aku karate. ecee..cakap boleh lah. contoh macam nie:

"payudara kendur? tak menarik? gunalah produk bla bla bla utk mengembalikan bentuk yg menawan"

"kembalikan nikmat malam pertama dengan menggunakan produk bla bla bla"

contoh krim besarkan payudara. credit to google.

adoii..kat iklan tu siap tunjuk lagi ilustration (betol ke tah eja ni) bentuk payudara sebelum dan selepas. aku kalau tengah tengok tv ada abah aku semua cam wtf lah iklan ni pulak kuar kan. sungguh menyentap naluri kemaluan(haa!jangan pikir bukan2!) seorang gadis suci macam aku ni. dushhh amik kau!

ini belum lagi kat internet. kalau kat internet lagi lah open. tak adanya sensored2. tu yg bahaya sikit sebab kebanyakan pengguna internet ni remaja kan. remaja macam aku ni. (perasan ;p). 

entah lah kan, maybe zaman dah berubah so sifat malu tu macam dah berkurang sikit dari dulu. so kena belajar menerima lah kot. tapi kan. tapi kan. aku still malu lah. how? 

*less than three*<3




Thursday, November 25, 2010

Culture shock? Mengapa ia berlaku?

Assalamualaikum!

Cewah. tajuk entry macam buku dokumentari pulak kan. haha.Biasanya bila kita masuk 'U' kita akan jumpa dengan macam2 manusia dari serata ceruk kat mana2 tempat kat malaysia ni. macam aku yg study kat uitm shah alam nie aku ada kawan dari seluruh malaysia termasuklah sabah and sarawak. biasalah, mula2 masuk 'U' semuanya baik2 belaka. bak kata opah aku semuanya innocent je. kalau ada gangster nak belasah pon kira macam tak sampai hati lah bila tengok muka innocent ni. 

gambar 2 tahun lepas. kategori innocent jugak lah kot.tolonglah setuju ;p
tapi bila nak dekat grade ni macam2 lah yg dah berubah.yang dulu baik pendiam dan solehah tak tinggal solat malah sering menasihati rakan2 jugak pon dah berubah. yang dulunya bertudung dah mula merebondingkan rambut lantas membuang tudung tersebut.aku bukan lah nak cakap aku ni baik, tapi sejahat aku pon aku tak de lah sampai nak bukak2 tudung.kenapa tak nak pakai tudung? " ohhhh...i tak mau hipokrit ok? kalau pakai tudung buat maksiat apa kes? baik i tanggal je tudung i. lagipun yg pakai tudung bukan semuanya baik. lagi teruk adalah. nanti kalau i pakai tudung rugilah i buat rebonding mahal2 kalau tak tunjuk kat orang" jawapan common yg biasa kita dengar kan.

so aku pon come out dengan conclusion aku sendiri, yg dorang ni  mangsa culture shock. kenapa boleh culture shock?

1)'orang kampung masuk bandar' 
ni lecturer aku pernah cakap dulu pasal sorang kawan aku. bukan lah aku nak cakap aku ni cukup urban. yelah aku dok cameron je kot lagi lah atas bukit nun.tapi disebabkan cameron ni dekat dengan ipoh tak lah rasa sangat. still boleh tengok wayang, main boling etc. so disebabkan kat kampung tak ada benda ni semua, bila masuk bandar dorang terkejut sikit lah kan. dah tinggal kat bandar, so mesti lah kena jadi macam orang bandar jugak.

2)faktor kawan-kawan
yg ni paling penting lah. biasanya kawan lah yg menjadi faktor utama pada sikap kita. korang semua mesti pernah dengar pasal 'baik kawan kita, baik lah kita'. tak pernah dengar? lantak korang lah..hahaha..kejam kan aku. so, aku rasa mereka yg dah berubah ni pon sebab ikot kawan dia yg ter culture shock jugak sebab aku ada jugak stalk profile yg jenis macam nie.

3)terpengaruh dengan artis
artis ni pon biasanya jadi icon and idola lah terutama bab2 pakaian and fesyen ni semua. so, bila tengok artis2 ni cun2 je, keinginan nak jadi cun macam diorang pon membuak-buak lah. so, bila dah tiru macam artis ni terasalah diri ni lawa meletop gedebom la kan. baru lah urban. up to date beb. 

4)tak sedar diri
haha..yg ni memang statement yg agak kejam lah kan. kenapa aku cakap tak sedar diri? sebab dah nama pon culture shock mestilah golongan yg culture shock ni datang dari 'hulu' kan? kan? and kebanyakannya orang susah and sambung study pun pinjam PTPTN. so bila dah terculture shock ni and nak ikot sangat cara orang bandar, mulalah membazir duit beli barang branded2. nak lepak pon tempat high classje. padahal tak sedar mak bapak kat kampung tu susah payah cari duit ingat anak dorang study kan. ha tu lah namanya tak sedar diri.geram tau tak?

hmmm..rasanya cukuplah kot. malas aku nak pikir banyak2. buat emo je.haha. kalau korang ada nak tambah sila lah komen. sekian terima kasih.

p/s: entry tak ditujukan pada sesiapa. aku buat entry ni melalui pemerhatian aku je. yg terasa tu sorry lah ye.
:p

*less than three*<3





Friday, November 19, 2010

Perempuan yg terlebih emo OR Lelaki yg tak sensitif?

Assalamualaikum!

anda perempuan?sedang hangat bercinta? yess..entry ni memang ditakdirkan untuk anda sejak anda bayi saiz kaki sebesar dua jari orang dewasa lagi.yg lelaki?jangan risau.entry ni jugak sangat lah sesuai untuk pemahaman korang terhadap kaum wanita yg comel serta anggun bergaya nie. kewujudan entry ni adalah hasil daripada persembangan aku dengan kawan sekolah aku hari tu. abaikan kesalahan tataabahasa tersebut memandangkan ini bukan kertas peperiksaan bahasa melayu spm ye tuan2 dan puan2. (baca dengan slang chef wan ye adik2)

fokus yg barisan belakang ok. jangan menggatal nak fokus yg depan.
gaduh dalam bercinta biasa lah kan. meh habaq mai kat ceq, pasangan mana yg tak pernah gaduh betol tak? kadang2 hal yg kecik pon nak gaduh. and biasanya mesti perempuan yg suka cari pasal. ye lah perempuan ni biasanya berjiwa sensitif sikit. tapi kan, kadang2 yg tak puas hatinya, lelaki tu suka je buat bodoh tau bila perempuan ni merajuk ke apa. yes i know. maybe sometimes tak logik pon nak merajuk.hal remeh je pon nak merajuk. mengada-ngada!tapi perempuan kan suka dipujuk. kadang2 perempuan buat macam ni sebab nak kan perhatian daripada korang yg lelaki ni. korang yg lelaki tu, apa salahnya layankan je gf korang tu. ni tak, bila perempuan merajuk je, mesti korang lebih suka tunggu cool dulu baru nak pujuk. helloooo! perempuan dia lebih suka kalau lelaki tu cari dia on time tau! berusaha nak bagi dia happy semula. even dia tak layan, sebetolnya dia saja nak tengok sejauh mana usaha korang tu. woman kan. bak kata karam sigh walia, 'hati perempuan ni macam kerak nasi je'. ceh asal ada peribahasa je pakcik karam dapat nama. tak aci betol.

lagi satu, kalau lelaki marah dekat perempuan, biasanya lelaki lagi suka diam je dulu. kalau tak, nanti lagi teruk dia marah. betol tak? kalau dia dah sejuk baru dia nak bercakap dengan perempuan tu. tapi kan. tapi kan. perempuan lebih suka settle time tu jugak. maksudnya selagi tak settle, selagi tu dia akan cari lelaki tu. dalam hal ni, perempuan pon kena faham lah kan. dah bf korang tu marah, biarkan dia dulu. jangan kacau dia. biar dia tenang. hurmm..tapi kalau aku, selagi tak settle selagi tu jiwa tak tenang. sebab tu perempuan lagi suka settle masa tu jugak.

sebenarnya kan, yang paling penting korang saling memahami lah. korang kena selalu bagi sokongan tentang apa je yg dia minat. ye lah, kalau bukan korang siapa lagi kan? ala..gaduh2 tu biasalah kan. kalau tak gaduh tak adventure pulak. lagipon gaduh ni boleh buat hubungan tu lagi erat kan. ala biasa kalau lepas gaduh je mesti rasa macam baik je masing. cakap pon manis je. dalam hati ada taman lah katakan. eleh. tak nak ngaku kunun. aku tau lah korang tu. hahaha..

p/s: aku tak tau lah tajuk entry aku ni relevant dengan isi ke tak.layankan je la ye. hua hua hua

*less than three* <3

















Wednesday, November 17, 2010

Nak tau tak orang yg selalu cakap bosan sebenarnya orang tersebut adalah seorang yg membosankan?

Assalamualaikum!

Haa..takut tak?takut tak?Hamek kau tajuk entry aku panjang berjela serta memeningkan kepala sesiapa sahaja yg membacanya termasuk lah professor university oxford.ceh dah aku tulis BM manalah kepala botak yang berbahgia profesor tu tak pening. hua hua hua

ok sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari raya haji kepada muslimin dan muslimat sekalian.semoga raya kali ni membawa seribu keberkatan kepada kita semua. amin. ok iklan jap.

korang percaya tak kalau korang selalu sangat sebut bosan lah wei, bosan gila  dan sewaktu dengannya janji ada je perkataan 'bosan' tu korang tergolong dalam orang2 yg membosankan? kiranya orang lain akan rasa bosan lah bila dengan korang. bila lepak dengan korang lama2 diorang rasa bosan. macam tu lah kot. aku pon tak tau sejauh mana kebenaran benda ni sebab adik aku yg bagitau dia baca artikel entah dari mana tah. ala..biasa lah tu kan. omputeh banyak buat research pasal benda2 pelik cam nie.ceh apa lah. tak sahih dan tiada bukti kukuh langsung lah aku ni kan. tapi saje je aku nak share dengan korang. nak percaya boleh. tak percaya? korang tak takut ke kalau benda ni betul?haa.. baik korang percaya! ada unsur2 ugutan di situ.muahahaha..

kalau buat muka bosan tak pe kot. ;p




*less than three*<3

Thursday, November 11, 2010

Err..buffered earning tu binatang apa?

Assalamualaikum!


kesian tak? kesian tak kat aku?kesian kan? apa? tak kesian? sampai hati korang..wuwuwu.. tengok muka atas ni, da abes kesian dah aku buat. tapi macam nak mintak penyepak pon ada. nak sepak?sepak lah..sepaklah.. tak dapattt..wekkkk...(sambil buat muka annoying jelir2 lidah)hahahha..annoying gila..

heee..cam soalan bodoh je aku tanya ni kan? tapi siyesly aku tak tau buffered earning tu apa..aku buat nuffnang ni pon sebab aku tengok orang lain semua ada. so tak boleh jadi ni. aku pon mesti kena ada jugak. apa fungsi pon aku tak tau. tapi yg aku tau dapat lah duit kadang2 tu bila visitor klik iklan kat tepi nun. tu pon hidup segan mati tak mau je sebab kadang2 je iklan tu muncul. sepanjang aku berblog nie nak  masok 5 bulan dah total earning aku rm6 je. hahahaha...so tak tau lah zaman bila boleh cecah rm50. tapi tak kesah lah. tujuan asal aku buat blog pon bukan nak cari duit pon.

so..ada siapa2 yg pro pasal nuffnang ni? sila explain kat aku ni sikit..sikit je tak banyak. 400 words and above je. tak banyak pon ;p

*less than three* <3

Wednesday, November 10, 2010

kisah toyol di dewan exam

Assalamualaikum!

hai blog ku yg tersayang. lama tak tulis surat untuk ko. ceh. macam lah blog nie paham. heee..hai korang! apa kaba semua? sori lah sebab da lama tak update. aku bz ngan final exam sampai tak sempat. semalam last paper aku. hurm. tak de lah happy mana sebab soalan macam haram jadah. rasa cam tak berbaloi dengan penat lelah aku membanting tulang study siang malam pagi petang tau.ceh.padahal tido siang malam.tapi apakan daya.tawakal fi sabilillah je lah kan. so secara official nya aku sudah tamat pengajian untuk semester ni. so tinggal satu sem je lagi.yeayyyyyy!! gedebommm.dum dam dum.eittt pom pom pom.kelepet pet pet.(bunyi mercun mahal kaler-kaler beserta mercun bawang yg tak kurang hebatnya)

tapi kan tapi kan tapi kan. satu je aku tak puas hati.budak yg tiap2 sem dapat dean list rupanya selama nie membela toyol.toyolllllll.ke mana-mana kau berlari-lari.toyollllllll. bukan toyol kemetot kenit  botak serba tak hensem kaler hijau tu. notes la.aku pon tak tau kenapa orang panggil toyol.memang sejak aku lahir ke dunia fana ni apa yg aku tau orang panggil kalau bawak notes time exam tu toyol.

 kalau pakai baju kurung leh tak angkat kain camni.eh tak boleh.kang kantoi ada bulu kaki. hikhik..
thanks google for the picture.i lap u.u lap me~

selama ni aku cam suspek.eh bukan, respect sebut betol2 respect la kat dorang kan.no wonder lah kan kalau tiap sem dapat dean kan kan kan? rasa cam tak aci lah beb. kitorang ni penat je study. tapi dorang senang2 boleh dapat result gempak kan. itu tak pe lagi. ni siap dapat scholar JPA lagi. bertambah lah jelesnya diriku yg berhutang kat ptptpu nun. tapi tak perlu jeles pon patutnya kan. memang lah gua time exam ada lah jugak jeling kanan. jeling kiri.tapi tak guna jugak kalau mata rabun.lagipun kualiti peniruan daripada jawapan kawan tak sama macam toyol berupa nota lengkap dan ayat bombastik seplastik tuan punya toyol tu.hish. geram.geram. kalau aku tau aku pon nak bawak jugak. eh tak de lah. perbuatan tersebut merupakan perbuatan hasil daripada hasutan syaitonnnn nirojim. sejahat2 aku pon tak kan berani nak bawak toyol time exam kot. time test tu pernah lah, teheee.. :p.

tapi tak pelah. lantak lah dorang kan. biar result kita tak gempak tapi kita buat dari hasil penat lelah kita.kebolehan kita. apa yg kita dapat itu lah kita. buat apa result gempak tapi bukan usaha kita. tak bangga langsung siot. kalau mak bapak kita tahu pon, tak bangga pon.malu ada lah. nasihat gua kepada dean list tiruan tersebut, bertaubat lah anda sebelum terkantoi dan digantung university pada masa akan datang.sem depan aku nak jadi kaki retort biar padan muka dorang.muahahahaha..gelak evil the very the evil. sekian.

eh eh ni bukan toyol yg dimaksudkan tersebut. tengok mata aku. dah ada eye beg yg huduh bukti kukuh aku study berlumus tungkus yg tak dapat disangkal lagi.haaa.. ;p


*less than three*<3