Thursday, December 30, 2010

Perkara Yang Aku Tak Suka Dengan Facebook

Assalamualaikum!

Facebook? binatang apakah itu? gedebushhhhh! hamekkk kau. kalau facebook pon kau tak tau memang kau ni very the outdated la beb! even opah aku pon ada facebook tau?ecehh.. alaa..kalau korang tak join benda alah ni pon, mesti korang pernah dengar kan?kan?haaa..

inilah dia facebook yg aku maksudkan tadi.
ok, faedah serta kebaikan facebook ni tak payah lah aku nak cerita sebab aku percaya korang pon dah tau kan. tapi kan ada certain benda yg aku tak berapa nak berkenan dengan facebook ni. kiranya perkara yg kalau boleh aku tak mau tak mau tak mau lah kan. calon2nya adalah :

1) I like status U tapi lepas tu berduyun2 notification I. I rimas tau?


kadang2 bila kita baca status2 yg ada kat facebook tu, kita dengan sukarelanya tekan butang like tu. ye lah malas nak komen, like pon kira ok lah kan sebagai tanda yg kita bagi respon and setuju dengan pernyataan yg diberikan.hoho skema gila ayat. tapi, bila kita dah like tu bila ada orang lain jugak yg like atau komen status tu, mulalah jadi spam. kita login facebook tengok  'wowww banyakknya org post kat i. glamour u! hikhik' baru nak feeling2 artis tapi  lepas tu bila klik je tengok2 semua bukan kita punya. semuanya datang dari status yg kita like tadi. i rimas tau! so, untuk mengelakkan benda ni spam notification aku, aku pon unlike balik. oh kejam kan?

2) Jejak kasih@chating dekat ruangan komen
haa..yg ni pon aku anti jugak.maksudnya kat sini, bila kita komen status seseorang, ataupon gambar seseorang maybe ada orang seterusnya yg akan komen status@gambar tersebut kan. ye, aku tak kesah sangat kalau dia komen benda yg berkaitan dengan status@gambar tu. tapi yg aku tak berapa berkenan adalah bila dia start chatting2 kat komen tu. contoh :

Halimah: Wow! cantik lah gambar awak nie!

Minah : Thanks! awak pon cantik jugak (ayat common bila seseorang dipuji)

Ali : Eleh..tak cantik pon! hahahaha..gurau je..wey semalam kan aku jumpa muka sebijik macam ko!

Minah: Yeke? cun tak? cun tak?? hhahahaha..

Ali: Cun la jugak..wey, petang ni jom lepak2 nak?

dan seterusnya Minah akan layan dan layan si Ali ni. so, notification Halimah akan terus bertambah lagi dan lagi. u got what i mean here?

3) Gift@Perang Bantal dan sewaktu dengannya

budak2 kecik boleh la kalau nak bagi gift cenggini ;p

Benda ni lagi satu. aku pelik lah kenapa lah mereka2 ni murah hati sangat bagi gift bagai. bukan aku tak bersyukur dengan gift tersebut tapi kalau gift tu betol2 tak pe lah jugak kan. ni setakat kat facebook apa barang baii. nak bagi, yg real lah. lagi satu application perang bantal. haishh! apa pekdahnya pon aku tak tahu lah kan. baik aku join WWE betol2, baru feel. hahaha. tak de lah. aku tak marah pon sebenarnya kalau ada yg suka benda alah ni. tapi buat menyemak wall aku je tau tak?

4)Tag mengetag kat pic tah hape2


kalau tag memang muka aku ke tak pe lah jugak. tapi biasanya aku  akan untag gambar tu kalau agak2 aku tengok muka aku selenge semacam je dalam gambar tu. hahaha.welll...jaga market beb! ok boleh lempang aku laju2 sekarang. teheee..maksud aku kat sini kalau ada orang tag aku kat gambar macam kat atas nie.berlambak kot. ingat aku desperate sangat ke nak duit? and yang terbaru ni yg top follower ke apa jadah tah. ni pon nak sibuk2 tag aku. apa ada hal la kan aku nak heran siapa top follower kau tu! menyemak je.

5) Invitation to join group@application@event.



Shah Rukh Khan has invited u to join group Kami Benci Indon Yg Tak boleh Terima Kekalahan. kalau yg ni mungkin la aku join kot. hahaha. ni tak suka sangat ajak aku join group yg tah hape2 tah.contoh macam kat atas ni lah. penat aku nak klik 'NO' tau tak? tapi kadang2 aku buat bodo je. last2 berlambak2 feeds kat tepi tu. yg penting pon kadang2 terlepas pandang.wuuuu T_T.

Mmm...aku rasa ada lagi tapi ni yg top5 benda yang aku 'kureng' lah kan. korang pulak macam mana?

p/s: semua gambar di atas adalah ikhsan dari google.

*less than three* <3

Sunday, December 26, 2010

Kalau Aku Jadi Bini Artis

Assalamualaikum!

Pernah tak korang terfikir, kalau korang jadi bini artis macam mana perasaan korang? tengok laki korang bermesra berpelok, berpegangan tangan dengan perempuan lain. aku kadang2 pelik lah. bini diorang ni tak de perasaan ke? tak jeles ke kadang2 tu pompuan dok urut2 belakang laki dorang. tak dapat bayangkan kalau aku kat tempat diorang. eiiiii..tak boleh tak boleh! kalau macam tu hari2 aku perang dunia ketiga dengan suami aku. 

Hishh..kalau aku lah jadi bini artis aku akan pastikan:

1) Suami aku berlakon watak baik sahaja.
Oh watak2 macam  perogol ke, suami orang ke, kekasih orang ke,perampas kekasih orang ke memang diharamkan.watak2 baik je dibenarkan contohnya kat sini, watak2 tok imam ke. ustaz ke yg memerlukan watak dia tanpa memegang atau mencintai mana2 perempuan dalam drama@filem tersebut. bila dah dapat watak macam ni, tak delah director dok menggedik nak suruh laki aku dok pelok pompuan dalam filem nun. haa..lagi satu sebab aku tak kesah, mana lah tau kan, dalam dia dok berlakon jadi ustaz tu dia dapat hidayah and lepas dari tu betol2 jadi ustaz ke.sejuk perut aku mengandung! eh tak tak. sejuk perot mak dia mengandung. haa..kan?

kan sejuk je tengok.oh ashraf! 

2)Suami aku bergambar dengan perempuan tanpa bersentuhan.
Haa..ni lagi satu kadang2 bila tengok artis2 ni buat photography pon bukan main over. duduk atas riba orang ni. pegang pinggang, pegang peha orang tu. kadang2 aku pun terfikir jugak lah kan, yg lelaki tu tak stim ke bila pompuan dok mengeliat sana sini kat depa tu? tak stim ke dok rasa lekuk tubuh pompuan tu? hishhh! tak sanggup aku bayangkan kalau tu laki aku! tak mau tak mau tak mau!( gerakkan kan jari ke kiri ke kanan cam iklan pantene). so, aku akan pastikan yg suami aku takde adegan sebegitu rupa.

                           ni mau berasap telinga aku kalau laki aku camnie


3) Suami aku tido kat luar
Kalau suami aku tu dok menggatal jugak ambil watak yg perlukan adegan 'geli2' tu memang tidak akan dibenarkan sama sekali tidur dalam bilik. bantal akan disediakan di depan pintu. kalau bernasib baik, selimut jugak akan disediakan. kalau tak, meringkuk lah kau dalam sejuk tu.kau duduk lah kat luar seminggu.muahahaha...padan muka! *kejam.



4)Aku sendiri jadi PA
Ni konon2 ala2 ac mizal gelang besi tu lah. kan bini dia yg jadi PA dia. ye lah memang bagus jugak kalau jadi PA suami sendiri. dapat pantau kerja dia. dapat tau dengan siapa dia berurusan. dapat tau kot2 ada tak dia dok lebih2 dengan artis pompuan miang kat lokasi ke. kalau ada, boleh lah bagi karate sebijik dua kat laki aku and adegan tarik2 rambut terjun kolam. merasa jugak aku jadi macam lisdawati dengan rita rudaini. lepas tu masuk youtube. perghhh!
mau tak meleleh air liuq kalau PA camni?

heee..tapi itu semua KALAU aku jadi bini artis. tapi aku pon tak de hingin nya nak kawin dengan artis2 nie. (ceh macam artis hingin nak kat kau. pandang sebelah mata pon tak.) ok fineeeee! 

biar lah korang nak cakap aku ni cemburu buta ke apa kan, tapi artis pon manusia jugak. ada nafsu dan perasaan. am i right?

k la, boboiiii!

p/s: semua pic di atas adalah ikhsan dr google

*less than three*<3

Tuesday, December 21, 2010

I Hot Tau! Tapi I Takde Boyfren..why?why?

Assalamualaikum!

Semalam aku ada menerima panggilan telefon dari seorang gadis. ke janda? ke anak dara tua tah? ahh..lantak lah yg penting dia tu perempuan, aku pon tak tahu dari mana dia dapat number aku. 

Truttt..trutttt! trutttt trutttttt!  (bunyi telefon). 

Nath: Hello! Nak cakap dengan siapa?

Perempuan Hot: U ni Nath kan? I ni! U ni, pasang lah caller ringtone ke apa tak lah i boring. dah lah u ni lambat angkat call!

(amboi! demand pulak minah ni. buat rugi aku je pasang caller2 ringtone bagai. bukan aku yg dengar. membaziaq je.)

Nath: I? siapa? tak kenal lah.

Perempuan Hot: Ahhh! tak kisah lah siapa pon I, tapi I nak tanya kat u something. important ok! I ni cun gila ok. boleh kata, semua perempuan kat malaysia ni kalah dengan i.Lisa Surihani? huhh.. tu pon 10% je dari total kecantikan i tau? tapi i sampai sekarang tak ada bf. u pon dah ada bf. padahal i berkali ganda cun dari u ok? boleh tak u bagitau i kenapa? ok bye!
                          
Nath : Eh..kenapa u tanya i? i bukannya pernah jumpa u pon. mana i tau u tu cantik mana.hot macam mana kan?

(tutt..tutt...tutt..)

Nath: Helloooo! helloooo...lah dah letak pulak.

So, nak tak nak aku pun  terpaksa lah jawab soalan perempuan bajet hot ni tadi. mana tau nanti dia terbaca blog aku ni. 

Ok, U! cuba check sini, mana tau ada ciri2 kat U ke? Sebab apa u tak de boyfren?Maybe sebab....

1) Over confident.
Maksudnya kat sini u terlampau perasan yg u tu cantikkk sangat.hottt sangat sampai u rasa semua lelaki kat dunia ni suka kat u. atau bahasa orang dulu2 'bajet cun'. 
anggap je lah dia ni tak cantik.google mari.
biasa tak u jumpa perempuan yg tak cantik, tapi dia selalu rasa dia cantik sedangkan biasa kita jumpa orang tu punyalah cun tapi selalu je rendah diri? mesti u biasa jumpa kan? disebabkan i tak pernah jumpa u, u ni boleh jadi kat golongan perempuan yg tak cantik tapi perasan cantik kot? opss..jangan marah ye? i teka je. kalau salah sorry! ;p

2) Tak Murah Senyuman.
U tau tak? dari jauh orang dah nampak muka bengis u tu tau? singa jadian pon kalah dengan u! i tau muka u tu dah cantik. tapi muka u tak manis. u tau kan beza manis dengan cantik? alaa..macam lagu p.ramlee tu

'hensem tiada, manis ada'

kalau senyum kan comel. google punya pic.
 haaa..disebabkan u ni kategori cantik tanpa manis, u kena rajin senyum. sebab kalau u buat muka tempoyak je, semua orang ingat u sombong tau? bila orang ingat u sombong, orang pon takot nak approach u. so u kena senyum banyak2 tau! tapi u jangan senyum sorang2 pulak. nanti orang ingat u gila lepas tu hantar u kat tg.rambutan. i tak nak bertanggungjawab tau! u got what i mean dear?

3) Gedik.
Biasanya lelaki tak suka perempuan gedik. oh ya! gedik dengan manja tu beza tau. jangan u samakan manja dengan gedik pulak ye sayang.

"alaaa..i gedik tapi dia layan je i? dia cakap i comel je?"

eh eh! u jangan cepat perasan tau! lelaki ni suka layan perempuan gedik sebab diorang suka tengok gelagat u yg mengada-ngada tu je. nak buat awek? bini? kirim salam je lah ok?

errrr..aku pon konpius laki ke pompuan ni sebab aku type perempuan gedik keluar pic ni.
haa..lagi satu! i tak suka lah u bila dengan kawan2 perempuan u, u biasa2 je tapi pantang nampak lelaki u mula lah control sana. control sini. lepas tu u buat2 ayu. jalan pon kalah model tau! oh lupa! u kan cakap tadi model pon kalah dengan u? lepas tu u saja je nak buat2 lalu depan lelaki yg ramai2 tu padahal ada jalan lain yg tak perlu pun lintas2 depan lelaki tu.

"pewittttt.awek cun dowh. hai awak, boleh kenal?"

i tau u nak lelaki tu kacau2 u kan? lepas tu u pon bangga lah kan?

4)Tak Jaga Penampilan.
yes! penampilan u penting tau. memang lah muka u cun tapi kalau selekeh siapa nak kan? alaa..u tak payah lah pakai over2 mekap tebal2 tu. u just jaga kebersihan u. janganlah baju seminggu tak basuh tapi u boleh slumber je pakai baju tu berulang kali. kalau ada lelaki nak ngorat bila dekat dengan u ada bau ketiak kering bau bacin bangla confirm lari derrr! alaa..macam iklan rexona tu. tayar kereta perempuan tu pancit, tapi disebabkan ketiak dia hitam dan berbau bacin tak de siapa pon nak tolong. tapi bila ketiak dia putih melepak dalam 2 minggu, berduyun2 yg tolong. seee??? 

ohh..ini  fail! euwww!!


5) Terlalu memilih @ cerewet.
haaa..ni lagi satu mungkin masalah kenapa u tak de bf sampai sekarang. perempuan cantik dan hot macam u ni mesti beratur2 orang nak isi borang kan? tapi u je yg cerewet. u nak yg perfect je. nak yg hensem. kaya. educated. beriman lah bagai. kalau macam tu tunggu lah u sampai seribu tahun pon. tak kan jumpanya dengan lelaki sebegitu rupa. jadilah u macam puteri gunung ledang nun. u nak macam tu? tak nak kan? haa..tau takot! 

"tapi..angelina jolie tu dapat je laki hensem?"

ishhh! cepuk jugak budak ni kang. u cuba kira berapa ramai pasangan yg kita tengok dua2 cun+ hensem?u selalu tak nampak awek cun bersama pakwe nya yg hensem? jaraanggg kan?

tak delah hensem mana pon si brad pitt ni ;p


hmmm..rasanya tu je lah kot point2 yang aku rasa aku boleh bagi. ni dari pandangan aku je. mungkin bagi korang lain pulak kan. kadang2 orang takut nak dekat dengan perempuan cantik ni sebab takut kena reject lah apa lah. tapi belum cuba belum tau kan? 

p/s: U jangan call i time tengah tido tau. kacau daun je u ni!


boboiiii!

*less than three* <3

Wednesday, December 15, 2010

Salah Ke Kalau Saya Tak Cantik Macam Awak?

Assalamulaikum!

Dalam dunia ni, semua manusia sukakan kecantikan. cuba bagitau aku, ada ke orang yg suka kan kehodohan? tak de kan? kan? Allah dah cipta semua makhluk Dia semua cun2 . tapi, ada jugak certain manusia ni yang suka memperbodohkan ciptaan Allah tu.

Aku paling tak suka bila ada orang tu, ejek2 orang lain terutama ejek dari segi fizikal. maksud aku dari segi luaran lah kan. hey! wtf man?? kan semua tu ciptaan Allah. kalau kau ejek orang tu, sama lah jugak kau ejek ciptaan Allah. mungkin dari pandangan mata korang, korang rasa budak tu buruk. selenge dan sebagainya. tapi perlu ke nak ejek.

'minah gemokkk yey! minah gemook yeyy! wakakakakaka'

'dah la gemuk, buruk pulak tu.'

'patutlah habis lauk kat sini, kau yg abeskan rupanya. memang dasar gemuk'

google pic


masyarakat melayu ni pun satu hal. korang mesti familiar dengan drama 'Halimah Jongang' tu kan? siap ada lagu lagi untuk drama tu. ada jugak siap buat ringtone handphone lagi.jongang jongang jongang jongang halimah jongangggg..lalalala...lebey kurang macam tu lah. memang lah kalau kita tengok bukannya big deal pon. cerita je kot. tapi pernah tak korang terfikir, apa perasaan orang yg bergigi jongang kat luar tu? mesti ada kawan2 diorang yg nyanyi lagu tu untuk ejek dia kan?and dia mesti rasa down gila. bukan dia mintak pon nak jadi jongang tu. kalau anak orang kaya, boleh la buat braces. kalau miskin?

                              pic of google.

macam aku lah kan, aku ada banyakkkk sangat jerawat time sekolah dulu. sekarang pon ada jugak jerawat tapi tak seteruk dulu. ada kawan aku siap ejek2 lagi.memang dari segi luaran aku nampak macam tak de apa2. cool je. masih boleh tersenyum. tapi dalam hati aku rasa sedih sangat. rasa macam malu je nak jumpa dengan orang ramai. siapa tak nak kulit halus mulus kan?

aku tau korang ni semua cantik2 belaka. tapi salah ke kalau aku tak cantik macam korang? perlu ke korang nak ejek2 aku?

renung2kan dan selamat beramal.

boboiiii!

*less than three*<3







Sunday, December 12, 2010

Ciri-ciri lelaki yg buat aku nak cakap "euwww!"

Assalamualaikum!

"Ceh kau ingat kau menyampah kat lelaki, lelaki tu tak nyampah kat kau?" hahaha.. kalau ada antara korang yg tanya macam nie , jawapan aku senang je " kami saling benci membenci" tak pon " ada mak kesahhhh?"

1) Lelaki yg tak dapat nak tackle awek, lepas kena reject je nak kutuk2 awek tu.
Point yg ni aku rasa banyak kot berlaku. Situasi terjadi bila mamat tu for the first place tersyok kat sorang awek, lepas tu awek tu tak layan. Lepas tu mulalah nak kutuk2 awek tu.

"kau ingat kau cun sangat?? banyak lagi lah pompuan lagi cun dari kau"
"ekk elehhh..bajet cun je kau ni"
"aku saja je nak test,bukannya suka betul2 , muka macam bontot kuali je pon"

google punya gambar.
yang ni paling aku menyampah. eleh kalau kau tak suka apa ke halnya ko nak ngorat awek tu? kalau awek tu tak cun apa hal pulak ko nak ngorat dia? cuba kalau awek tu layan?  euwwwwww!

2) Lelaki yang tak handsome, tapi suka kutuk orang lain.
Yang ni lagi satu. kalau muka kau tu handsome sangat macam pelakon korea tu tak pe lah kau nak kutuk2. ni tak, muka macam 'bajingan tengik' (penjenayah dalam BM) ada hati nak kutuk orang lain. kutuk kat sini maksud aku dari segi fizikal lah.contoh macam ni:

"cuba kau tengok budak tu, dah lah gemok, pendek pulak tu..wakakakaka"

credit to google.
cam haram jadah je laki camni! padahal dia tak sedar yg dia tu macam mana kan. euwwwwww!

3) Lelaki handsome, tapi playboy.
Amboiiiii3..celet jari kelingking sikit meh! mentang2 kau handsome, kau ingat kau boleh tackle semua pompuan yg kau nak ke? pompuan yg stupido dam dam je yg nak kat kau lah! kau ingat muka handsome kau tu boleh bawak kubur ke? kalau laki yg tak handsome apa tah lagi kan.  lelaki macam ni kita patut say what?
say yo! eh tak. itu sean kingstone. say euwww!



4) Lelaki tak handsome tapi high-taste tahap cipan
Hey hey you you! kau nak aku pinjamkan kau cermin ajaib snow white ke baru kau nak sedar hah? memang lah tak salah nak high taste kan. siapa tak nak awek cun badan ramping cam model tinggi lampai bak nasha aziz kan? tapi kalau muka macam cekodok basi je tak payah lah nak memilih sangat.

"aku kalau boleh lah nak awek yang tinggi je. tak nak orang pendek2 macam kau"

cis! errr.. aku terasa tau tak? euww lagi sekali!


5) Lelaki alim tapi nak menggatal 
Spesies cam ni aku alergic jugak. ye aku tau kau tu baik tak tinggal sembahyang semua. tapi apa jadahnya aku tengok friend list kau semua pompuan je? yg lelaki pon ada berapa kerat je aku tengok? oh..kau nak berdakwah terhadap kaum muslimah ye? bolehh..tapi kalau nak tegur tu boleh tak jangan sampai mengaibkan?boleh kan? tenkiu. i lap u more~

6)Lelaki yg tak gentleman
Biasa kita dengar istilah ladies first ladies first kan. tapi benda ni tak semua situasi boleh pakai terutama melibatkan kepimpinan .contoh lah kan, kalau kita ada asignment yg memerlukan kita jumpa seseorang dari mana2 syarikat utk diinterview ke apa kan lelaki tu sepatutnya kena jadi leader and bagi arahan kat pompuan2 yg kat bawah dia je. ni tak, semua nak harapkan pompuan je. contoh:

"wey, ko lah tanya aku tak biasa lah. ko kan dah biasa"

lagi satu situasi yg common dalam pubic transport. aku paling anti dengan lelaki yg buat 'dek' je kalau dia nampak ada makcik2 pakcik2 yg dah tua dok tercegat kat depan dia. yg dia boleh pulak sedap2 duduk bercengkarama dengan awek dia. hey! wtf lah! lepas tu kita jugak yg berkorban bangunn nak bagi pakcik tu duduk.

google pic.
yang ni pon i can say euwwwww!

hahh..sebenarnya banyak lagi jenis2 yg aku rasa macam euww..tapi dah lah tu kot. aku tulis panjang2 pon bukan korang nak baca pun kan? huh~

p/s: entry secara general.siapa makan telur dia lah yg kentut busuk. keh keh keh..;p


*less than three* <3

nak share, share lah tapi  creditkan kat blog aku ye. 

Saturday, December 11, 2010

Mak Cik Sedih Tak Dapat Dean List

Assalamualaikum!

Woh..dah lama aku tak update blog. aku bz sikit lately. tapi tak bz sangatlah.eh tapi bz jugak sebenarnya. adoi, dah macam keling dah ayat aku.haha.aku bz buat tesis sebenarnya. tu jarang update. tengah aku online youtube tadi, aku pon jumpa video nie. korang ingat budak2 je yg nak dapat dean list? mak cik ni pon nak jugak taw?

hahaha. macam kenal je kan makcik tu? lalalala.. taik lalat pon sama cam aku.adakah ini khayalan?

so, result aku sama macam makcik ni taw! kecewa? huh..memang kecewa jugak. tapi tak pe lah. nasib baik cgpa pon still maintain.

apa2 pun tahniah kat korang2 yg dapat Dean List tau. tak pe yg tak dapat tu cuba lagi sem depan. (pesan kat diri sendiri).

ok boboiiii~

*less than three* <3









Monday, December 6, 2010

Mak Cik Cleaner Pon Manusia Jugak Kan?

Assalamualaikum!

Malam tadi aku mimpi pasal mak cik cleaner kat kolej aku. apa jadah tah aku mimpi pasal dia pon aku tak tau. mungkin rindu? mungkin sayang? mungkin lah kan. so aku buat keputusan penting dalam hidup aku untuk membuat entry pasal mak cik cleaner ni. hahaha. tak boleh blah ayat.


Kalau korang duduk hostel mesti ada mak cik cleaner yg bersihkan hostel tu kan. termasuk la sapu sampah, angkat sampah ,cuci toilet and lain2. kadang2 aku kesian tengok mak cik2 ni nak2 yang dah tua2 tu. and kadang2 aku bengang  dengan spesies2 yg tak hargai mak cik cleaner ni contoh:

1) Budak yg dah berak tak pandai nak jirus.
aku memang tak pahamlah dengan spesis manusia macam nie. dah masuk U pun tak pandai nak cebok taik sendiri. cuba korang bayangkan korang sakit perut, toilet tu memang toilet feveret dengan kelengkapan yg sempurna serta aliran udara yg nyaman serta menyenangkan tiba2 bila korang masuk je jamban tu ada 'emas' yg tak berjirus lagi. nak termuntah lah kan? lepas tu tak pasal2 kena pilih toilet yg lain yg tak best. mungkin time tengah 'melabur' tu budak tu nampak pontianak lantas gugup lalu terlupa nak menjirus 'emas' dia tu. last2 mak cik cleaner tu jugak lah yg tolong bersihkan. kesian, terpaksa tahan geli. eh, mak cik cleaner tu pun manusia jugak kan?

2) Budak perempuan yg period tinggal pad merata-rata dalam toilet.
haa yang ni memang selalu berlaku kat hostel since aku sekolah lagi. aku memang bengang dengan diorang ni. kadang2 tu main tinggal je kat lantai lah, kat tempat letak sabun lah apa lah. bila hari ada kelas, kebetulan bangun lewat, muka confident je masuk toilet yg ada pad tu. bila dah masuk sedar2 ada benda tu. pastu baru perasan patutlah tak ada orang nak masuk toilet ni. pastu keluar balik buat2 garu-garu kepala tak pun buat2 muka bengang pastu bila ada orang kat situ buat2 cakap " siapa punya kerja lah kan tinggal pad tu" untuk cover malu. teheee ;p.pastu kena tunggu turn pulak. pastu lambat pegi kelas. bila lambat pergi kelas tak dapat masuk kelas sebab pintu kena kunci dengan lecturer. and macam biasa mak cik cleaner jugak yg tukang kutip and buang pad tu. eh, mak cik cleaner pun manusia jugak kan?

3)Budak yang  buang sisa makanan dalam sink.
ni lagi satu. oohh..mentang2 perut kau dah kenyang memboyot macam ikan buntal kau main buang je sisa makanan kat dalam sink tu ye. kot ye pon buang lah dulu dalam tong sampah, barulah basuh ni tak. segala bawang merah, bawang putih, serai semua ko campak dalam sink.kalau bagi aku sikit tak pe lah jugak. lepas tu sink pon tersumbat. aku nak cuci muka buang taik mata pon tak boleh kau tau tak? heee..geram betul lah! lepas tu mak cik cleaner jugak yg tukang buang sampah dalam sink tu. eh, mak cik cleaner pun manusia jugak kan?

'alaa..dah nama pun mak cik cleaner, biarkan je lah dia buat kerja dia. kalau kita tak buat kotor dia tak ada kerja pulak nanti'

ceh. banyak cantik muka kau. cuba kalau makcik cleaner tu mak kau? nenek kau ke? apa perasaan kau orang cakap macam tu? haa..lu pikir lah sendiri! pikir2 and selamat beramal!

boboiii! 

*less than three* <3