Wednesday, January 12, 2011

Kenapa Kita Selalu Fikir Apa Orang Lain Kata?

Assalamualaikum!

Sebagai bangsa melayu yang memang pure, aku memang tak boleh lari daripada pemikiran dan tingkah laku melayu. kiranya, sedikit sebanyak kehidupan seharian aku dipengaruhi dengan tatasusila melayu. ceh apa tah aku merepek ni. ye lah takkan anak melayu tiba2 jadi macam anak mat salleh pulak kan? melayu ni memang popular dengan sikap yg lemah lembut serta berbudi bahasa. tapi ada jugak certain part yg aku tak berapa berkenan dengan perangai orang melayu ni. santau menyantau sesama bangsa siapa lagi kalau bukan melayu kan?dengki sikit nak santau. orang tu lebih sikit nak santau.cinta kena reject nak santau. ada korang dengar uncle Chong santau uncle Lim? tak de kan? kalau ada pon jarang and kadang2 je.

santau. sekadar hiasan ikhsan google.
So, selama aku hidup sebagai anak melayu ,aku dah kaji serba sedikit perangai orang melayu ni. termasuklah yg terjadi kat diri aku sendiri. biasanya kita selalu fikir apa orang lain akan kata kalau kita buat sesuatu tindakan yg boleh dikatakan lain daripada yg lain atau bak kata encik Fradep (aku reka je nama ni tapi macam best) dikira 'rare' lah daripada masyarakat sekeliling. contohnya macam ni la yg simple  kot:

Situasi pertama: Persiapan Kawin

Aliya(nama moden sikit la beb. asek2 minah je) : Mak nanti kenduri saya nak yg grand2 tau. anak raja pon kalau boleh jemput sekali.barulah gedevasss!

Mak Aliya: Ish kamu nie. nak buat grand2 cukup ke bajet semua?

Aliya: Ala mak. nanti apa orang kata kalau kita buat simple2. orang lain semua buat kat hotel bagai. tak kan saya yg kawin anak bisnesman ni tak boleh kan.

botak kepala kalau wedding camni.

(Lepas tu, bila da selesai majlis hutang pon keliling pinggang. dah tak mampu buat je lah cara tak mampu kan)


Situasi kedua: Kawin awal

Anis: Aku rasa macam nak kawin lah time study ni. Tapi nanti apa pulak kata orang. Sedara mara aku tak de pon yg kawen awal. Nanti diorang mesti kata aku gatal lah. apa lah. 

Siti: Tu lah. kalau boleh aku pon nak kawin awal. ye lah dapat elak maksiat tak gitu?

(Tapi disebabkn family Anis n Siti yg tak sporting dan risau masyarakat mengata hasrat tu terpaksa dikuburkan je lah.)



Situasi ketiga: Pilihan tempat untuk menyambung study

Saiful: Mama, epol ingat nak sambung study kat Malaysia je lah. malas la nak jauh2. semua sama je kan mana-mana pon. Lagipun dapat jimat kan?

Mama Saiful: Eh, tak boleh! tak boleh! mana class kat Malaysia. Nanti apa pulak kawan2 mama kata. anak diorang semua further study kat oversea. apa mama nak jawab nanti?

Saiful: Tapi maa..

Mama Saiful: Dah, tak de tapi tapi!

(dialog kat atas ni terhasil akibat terlampau banyak menonton drama melayu.hahaha)



Haa.. dapat relate tak? memang melayu akan fikir apa orang lain kata.bla..bla..blaa.. kan? termasuk lah aku.kadang2 teringin nak buat something tu tapi terbatas sebab fikir nanti apa orang lain kata. sampai bila nak berubah pon tak tau lah. puncanya satu je. sebab kebanyakan orang melayu suka ambil tau pasal orang lain and then mengata orang tu. kalau tak, mesti tak kan wujud soal ni kan?entah lah.

p/s: semua gambar adalah sekadar hiasan sahaja yg diperoleh dari google. sekian

*less than three* <3




18 comments:

♥CIK SHA♥ said...

aku jenis tak peduli apa orang nak kata..mampuih p kat depa..kot depa yg support idup aku bagi wit belanja tetiap bulan takpe jugak..ni setakat bagi kata2 aku langsung tak heran..wakaka..

eja said...

Sebab kita selalu fikir banyak hati nak kena jaga..;')

Muhamad Zaki Zafir said...

msyrkt ni byk sgt songehnya.buat benda baik, kawen awal kata salah.byk sgt negatif org kita ni.

jom, join contest sy.senang je. ;)

-->'CONTEST RECOMMEND LAGU TERBAIK :D'

nub said...

pndapat org tu..ikot suka dapa la..ampa suka,ampa wat laa sendirik!


hehehe

pepol said...

alamak,guna nama saya seyh tuk situasi ketiga tu

epol said...

wow guna nama aku kah itu..gedik santai tol ko..hahaha

komen aku :

1. adat dan cemburu menyebabkan benda mudah jadi susah..sanggup ke nak tanggung utang semata2 kawen grand?gile

2. yang ni pon satu gak..sgt taboo mende2 gini..asal kawen awal je mesti pk negatif..padahal lagi bagus dapat gak elak maksiat (tapi biar la kalo dah mampu)

3. yang ni aku fair sket..minat sendri nak sambung study memane..aku pon bercite2 nak pegi oversea ape..haha

:fatin amira dewi binti agus salim: said...

kerana mereka ade mlot untuk berkata2 dan kite ta mampu nak tutup mlot mereka daripada berkata2....tahan jek la telinga tu dengar pe yg mereka kate...**KATA KAU!!**
hahahhaa~

cik bebel sentiasa said...

yg baik jadikan panduan...yg buruk jadikan sempadan...ngeeeee


salam perkenalan....

zOeY zAu YaH said...

betoi2..tp kalau x fkr ssh sbb org mmg ska kata haha

momochan said...

anda ditag :)

http://nuovefiabe.blogspot.com/2011/01/contest-blog-paling-comel-cantik-dan.html

EEan said...

Kesimpulan: melayu memang sangat suke mengate belakang orang~

Nurulbadiah Lai said...

people can say everything..but just stand with ur principle..

:)

platipus said...

manusia selalu gagal sebab asyik pikr apa org kata

mcm mana nk maju gitu

hamzah ian said...

kenapa nak pikir apa org kata.. org tak pikir sal kita.. sob2

ARC™ said...

aku xde sape2 suruh g study overseas pon :P

Cik Nathrah said...

hehehe..kan kan kan? susah la kalau masyarakat macam nie..sampai bila nk maju

ARC: ko special case. ko scholar. ni yg kat atas jenis2 yg pakai duit sendri. yg datin2 nak hantar anak pi obersi even anak tak pandai mana pon. ko lain. ko mmg pandai :)

Qyra Yuuri :) said...

saya nak kawen awal. tapi parents takbagi.
</3

hoho~

cici tembikai said...

bab kahwin setuju =) dah lah nama pun sama , SITI . ahhaahha

I dengan cik abang dah dok plan nak kahwin. tapi my mom lah , " nanti orang kata..." adoi -,-

sama je bercinta pun orang mengata. kahwin awal , lambat , cerai , berai semua orang kata =(