Sunday, January 23, 2011

Oh, Trend Sekarang Memang Macam Ni Ek?

Assalamualaikum!

Oh sekian lama aku menyepi. adakah kalian merindui diri ini?  apa,takkk langsunggg?ok FINEEEEEEEEE! sorry lah sebab dah lama tak ngupdate blog picisan aku ini. aku bz la. biasa lah kan. kata budak final sem of courses lah bz.kan?kan?  oh ya, sebelum tu aku nak cakap thanks kepada korang yg sudi follow blog ni even aku sekarang dah jarang blogwalking. rindu. tapi apa nak buat? so, aku mintak maaf kalau aku tak sempat nak follow or jenguk blog korang ye? aku tak sombong ok?

even muka macam sombong and macam nak mintak penyepak tapi sebenarnya aku
tak sombong ok? paham semua? bagus!

ceh panjang pulak intro aku ni ye. baik lah baiklah. jom la straight to the point berkenaan entry aku ni. aku tulis berjela2 pon korang bukan rajin sangat nak baca. ye tak? ;p

melalui pengamatan mata kasar aku yg sedikit rabun-tapi-tak-nak-pakai-spek ni sekarang ni banyak sangat atau berlambak aku tengok:

1)DSLR dan freelance model.
Kalau zaman dulu, aku tengok cuma apek2 cina yang tukang amik gambar orang kawen je yg ada kamera besar gedabak ni tapi sekarang kalau kita tengok sekeliling pon kadang2 boleh nampak bebudak bersama DSLR nya yg tersangkut dekat leher kan? lepas tu banyak pulak freelance model yang hot2 dan cun2 tu.(elehh.mekap je lebih tu). *ayat jeles. hahaha! tapi tak semestinya semua model tu kena yang cun. sebab biasanya photographer ni guna model2 ni untuk asah bakat diorang dalam photography je. kalau aku yg jadi model, habislah clear gila jerawat batu kawah gunung berapi kat muka aku ni.

see? tak lah cantik mana pon model ni kan? boleh je jadi model. :)


2) Gadis dan gitar.
Bermula lepas Yuna yang banyak men'impress'kan orang ramai, lepas tu makin banyak aku tengok gadis bersama gitar menguploadkan video bersama gitar dan mencoverkan lagu orang lain. dan kebanyakan dari mereka ni mempunyai suara yg sedap2 dan fullamakk siot.yelah. kalau suara macam katak puru tak kan nak upload dalam youtube kan? tapi yg tak berapa best bila dah terlampau ramai jadi macam susah nak cari kelainan. lain lah kalau buat lagu sendiri kan? baru lah macam best. contohnya macam si najwa latif tu. tak kenal? cari kat youtube! lagu Carta Hati dia buat sendiri and sedap wa cakap lu! *lepas ni aku nak jadi gadis dan violin pulak lah. tak pon piano. tak pon seruling. tak pon rekoder. baru ada kelainan.perghhh! ;p



3)Fenomena penyanyi korea berkumpulan.
Haa..yang ni lagi satu. sekarang ni makin banyak pulak aku tengok budak2 yg suka dengan korean ni. kalau dulu, drama diorang. sekarang dengan penyanyi2 diorang pon dah feymes kat Malaysia ni.even tak paham sepatah haram pon apa yg diorang dok membebel tu pon ramai yg minat terutama budak2 pompuan nie.ada jugak yg sampai belajar bahasa korea. hee..yang ni bagus lah kan. boleh tambah jenis bahasa yg kita tahu. tapi aku tak ada lah minat pon. yang aku tau group Wonder Girl yg no body no body tu je lah. yang lain haram aku tak ambik tau pon. tu pon sebab lagu diorang ni feymes kan and ada English punya.

perghhh! comel2 siot. tapi banyak yg plastik je.


4) Gadis dan selendang.
Sekarang ni kat mana2 pon kita nampak budak2 pompuan pakai selendang atau nama glamournya shawl. kalau dulu semua sama je. nak cari budak pakai shawl ni pon susah.dulu semua pakai pattern kain kosong yg cepat berkedut berbentuk empat segi and perlu diiron. eceh. saja bagi panjang. padahal boleh je cakap tudung bawal kan? hehe.tapi tudung bawal ni evergreen. kiranya sampai bila2 kalau korang pakai, tak kan ada yg kata korang tu outdated sebab sampai sekarang berlambak je lagi yg pakai kan.tapi aku pon termasuk jugak lah dalam bebudak yg memakai selendang nie. sekarang macam2 jenis ada. yang jenis tak payah gosok pon ada. mudah. and ada satu perkara yg positif pasal trend selendang nie, banyak yg free hair dulunya dah bertudung. kan bagus tu? tapi kena balik pada niat lah kan? yg penting Allah tahu apa niat kita bertudung tu. kan?

comel je hanis nie :)

aku rasa ni je kot yg aku nampak. tapi aku rasa banyak lagi. cuba korang bagi idea pulak. ce citeee ce citeee ce citeeee!

p/s: cam biasa pic tu banyak dari google.

*less than three* <3

22 comments:

fya zainal said...

hehehhe mmg trend pown
isk.isk.isk mcm terkena batang idung sendiri hehehhe

Puteri Iqa Izyan said...

aiseh.. so, iqa yang gemok nih pun boleh la ajdik model yek? hahaha :D


selendang suke gile3 skang ;))

Daya SooYoung H said...

mungkin sy jge dlm golongan itu . :p

Daya SooYoung H said...

mungkin sy jge dlm golongan itu . :p

epol said...

tu le pasal..lame benor tak nampak ko berblog

komen aku:

1. yang ni mmg dah jadi hobi kot..even blogger pon cam wajib ade benda alah ni..aku?tak mampu..aku org susa

2. yuna out..ana raffali IN :)

3. yang nie aku nyampah..asal jambu je wat band..nyanyi pon lagu rancak2...ahhh aku sgt bias dgn korea

4. satu trend yang menjadi2..ko pon same gak kan?hahaha actually tgk org gak..kalo yang tak kena muka tak sesuai kot..yang melihat tgk rasa tersiksa..jgn marah

nice entry!!!

amier azrul alias said...

girl generation!
haha

nub said...

wahaha.btoi2..


lagi 1, blog dan pukoi.


hahha lariii

Nufaz said...

ha'ah lame hilang. perasan jugak.
:)

Miela Tahril said...

betul, setuju...idea yg bernas...share ye fb :)

srikandibi0L0gi said...

ada lagi..
buat bisnes n part time..
masuk skor A lah, MLM lah...bussiness on9 lah..
nak cari duit punya hal, kan?

tapi bagus, muda2 harus cr duit. dah lanjut nti, berenjoy :P

apa lagi eyh?
ahah! sekarang xmen dah bagi kek utk birthday org.. skg suma tempah cupcake ja.. yg wat bussiness cc pun ramaiii...

pastu lagi satu.
jual jajan, kopok, kepek n etc kat dlm lif, tepi lif atau dimana saja ceruk, asalkan ada kotak n sedia satu bekas utk isi duit.

(:

REMEDY said...

alahai...comelnya tuan punyer blog...ehem2

/Dayah/nurul/dayak said...

Allah tahu apa niat kita bertudung, trend blogger pon dah ramai ;)

Cik Nathrah said...

to all: thanksss for all the comment ye. tapi aku reply kat komen tertentu ye yg ade bg idea tu :) yg lain jgn kecok ati ek.

safiyah: aah laaa...bagus2 best idea ko tp aku lupe nk tulis..hehe thankss

dayah: yup blogger tumbuh cam cendawan sekarang. sebab byk inspiration dr blogger fofular and maybe nak jadi fofular jugak kot :)

fathiah said...

same la kite. bz :)

aliza said...

pompuan korea mmg comel2 tpi banyak yg plastikkn.

chEntA said...

tu smua trend zaman skrg..
nnt dh ilng trend tu..luput la sgalanya..=)
nnt akan muncul plak trend bru..hehehe..

zynoe said...

oh cantik picture anda. :)

Myra Arshad (: said...

setuju dengan entri ni. hehehe

ARC™ said...

kalau berselendang utk fesyen baik xyah~

Amalina said...

Lina masih pakai tudung bawal lagi sebab tak berani pakai shawl, muka bolat sgt :(

Broadband Gilo Created by Hisyam said...

pasal model freelance.memang ade.tp saya memang tak akan amik lagi model mcm ni lagi tok shoot sebab ade kenangan pahit.time saya demam,ajak gi photoshoot..saya xnak,dia ajak gak.kawan punya pasal,ikut la.dh warning awal awal,gmbr sure xcntk sbab dmam..last last gmbar xcantik..sebab badan mengigil sejuk.die maki maki sebab gmbr xcantik..ade ke patut???sejak time tu,saya tkr genre photography.masuk sports and landscape.sebab bile masuk genre ni,xade orang nak marah kalau gambar xcantik sebab mate kite tgk cantik,orang len xcantik.kan cantik tu subjektif.last last,dapat job untuk company ultra racing.dapat gak duit..gambar masuk majalah lagi 2.haha!

cici tembikai said...

aah trend. and actually tak berkenan sangat -,- err okay memang lah hak dorang tapi kekadang annoying jua. most of them are not photographer , they just owned over- priced camera . ahaa ayat google tu, tapi betul lah kan, sbb makpak dorang mahsyuk, belikan camera mahal terus claim diri sebagai photographer -,-' aiyoo

sepatutnya amek lah class photography dulu baru lah angle tak bersepah, kan kan . edit? one of my.. er kenalan lah. dia semangat nak amek gambar i pastu dia kata edit. i pun menanti. rupanya tau dia buat apa? cantum kan gambar (consider sbg edit lah) takpun ubah contrast sampai i pun tak kenal muka sbnr -,-

model pulak. i pernah berkenalan dgn bf i punya kwn punya gf. dah tanya nama bla2, tanya "u keje kat mana". jawapan dia , " i model" . and I was like "ohh okay . ni tdo lewat esok takde shoot?" . dia jwb, " I selalu shoot weekend, freelance je, actually I kerja kat blablabla".

apa lah salahnya jawab yang itu sbg jawapan pertanyaan I kan . i tak tanya pun dia freelance as what, nak jugak bagitahu dia model. dah lah free -,-' aiyoo

okay panjang pulak comment ni kan. srry . hikhik