Thursday, February 3, 2011

Kenapa Ibu Bapa Kita Lebih Baik Mati Sebelum Kita

Assalamualaikum!

Perghhh..lama gila aku tak online! dan lama jugak la aku tak update blog. aku kat rumah sekarang. line internet ni kena potong before ni. tadi baru sambung balik. maklumlah, rumah ni cuma ada abah and mak aku je. so diorang bukanlah advance macam mak bapak korang. diorang hanyalah orang tua biasa yang biasa dengan kerja2 kampung dan tidak biasaa dengan dunia alam maya ni. cewah. so tak ada siapa nak guna internet, abah aku tak bayar lah bil. just bila anak2 diorang ni muncul baru la dia bayar.

tension tau!

Tadi aku tengok Bersamamu. Cerita pasal perempuan tua cina yg bernama Ah Po. sedih. simpati. terharu bercampur baur.ececece.lebih2 pulak aku nie. kalau aku kaya-raya dah lama aku tolong dia. so, aku pon dapat lah idea nak buat entry nie.

mesti korang cakap 'apa lah pompuan nie ada ke patut dia suruh parents dia mati dulu' kan?tak? ok FINEEEEEEE! oklah, kalau ikot waras, memang lah aku tak sanggup mak and abah aku pergi dulu. even nak bayangkan pon aku tak sanggup. ishh. sedih wooo. dulu aku selalu nak aku yg mati dulu sebelum mak and abah aku. tapi bila aku tengok Bersamamu tadi, baru aku terpikir kalau aku yang mati dulu...

1) Siapa yg akan jaga mak abah nanti
Ni perkara yang first sekali aku terfikir. bila aku fikir balik, memanglah aku ada abang and adik yang still boleh jaga mak and abah aku kalau aku mati dulu, tapi bayangkan kalau mak bapak korang cuma ada korang je. kalau korang mati dulu, pada siapa lagi diorang boleh harapkan. lainlah kalau parents korang keluarga kaya. itu memang tak ada hal la kan. ni yang aku cakap pasal family susah macam Ah Po tadi. nanti dah tua2 terpaksa hidup sorang2. kerja cari makan sorang2. 



2) Berapa lama mak and abah tahan sedih bila teringat kat kita
Oh well. siapa tak sayang anak kan? even mak kucing kat bawah rumah aku tu pon sayang kat anak dia. bila aku nak main dengan anak dia mesti dia tengok je aku. macam nak makan. macam lah dia je ada anak comel.huh~* eh. dengan kucing pon nak emo.haha. so, cuba korang bayangkan perasaan parents korang bila dapat berita yg anak dorang dah tak de. mesti kecewa sedih dan pilu yang teramat. bila tengok je gambar korang, teringat korang. masuk bilik, terbau bantal busuk korang yg berabad tak basuh tu and bila masak sambal lemak cili padi teringat pulak faveret korang.kan? 


3) Anak soleh sebagai harta
Macam kita semua tahu, bila setiap orang islam meninggal cuma ada tiga je yg dia akan bawak sampai dalam kubur. alaa, tak payah lah aku terangkan satu2 kan. korang pon mesti dah tau dah. tapi aku ambik satu je. anak soleh. anak yg soleh ni akan mendoakan ibu bapa mereka nanti. supaya ibu bapa mereka tenang kat sana. kalau boleh, aku pon nak buat benda yg sama untuk parents aku nanti.kalau panjang umor.insyaallah.



4)Mak abah pikul beban kita
Maksud aku kat sini, kalau lah kita mati dulu and dalam masa yg sama kita ada hutang dengan siapa2. contohlah kita buat pinjaman bank ke kan. so parents kita akan jadi penjamin. bila kita mati, mak abah kita yg akan tanggung semua hutang tu and kena bayar balik. padahal dari kecik sampai besar dah menyusahkan diorang. sanggup ke kita nak bebankan diorang dengan masalah kita lagi? kalau miskin? kaya tu memanglah tak kesah. ni contoh je ok. kang ada pulak yang tak puas hati buat grup anti blog aku pulak kang.



entahlah. ni pendapat aku. tapi kalau boleh, aku doakan semoga ibu bapa kita dipanjangkan umur. biarlah kalau Allah nak ambik diorang time aku dah betul2 ready. kalau sekarang? memang aku tak dapat bayangkan macam mana life aku lepas tu nanti. kehilangan orang yg paling kita sayang adalah hakikat yg paling payah untuk kita terima kan?

p/s: pic2 di atas sumber dari google. sekian terima kasih

*less than three* <3



19 comments:

♥yaya budak suka embun♥ said...

tapi tak sangguuuuuuupppp
T___________T

♥yaya budak suka embun♥ said...

tapi tak sangguuuuuuupppp
T___________T

Alinn V said...

antara post terbaik!
tahniah cik nathrah!!
*tpi sy ta mampu ler na bgi award~
muhahaha~

fathiah said...

betol..... :)

fya zainal said...

saya pown tak sanggup
T_____T

bukanlah mendoakan
tapi...betullah bila fikir balik
huhhuhu x sanggup

Cik Nathrah said...

kite pon tak sanggupppppppppp! mak n abah kitempon mesti tak sanggup jugakk.. T__T

nub said...

post ini sgt syiokk!!

apa2 pun, ajal maut di tangan tuhan. kena berpegang pada
qada` dan qadar-Nya =)

dewi_fatin said...

title cam hampeh jek.....
but content sangat membuka mate n minda....
nice entry...like!

Mr. Swift said...

Nice entry and cool idea. Boleh buat stok entri kesedaran sebelum tidur. :) PANDAINYE...

*ohh ni lah kan, ni lah kan yang dok Cameron tu? Apsal tak macam Snow White pun? HAHA. :D
*btw org pahang memang cool, lebih-lebih lagi area temerloh. muahaha.

chairooL ruLez said...

cik nath...entry ni memang terbaek...milion votes from me bebeh!
isk3~

fairuzhani said...

terbaik ahhhhhhhhh. :)

AtieAbid said...

sedihnye. tapi ada betulnya semua point2 cik natrah tu.

cuma, ehm. saya cuma mampu doakan mak bapak saya akan pjg umur. dan sentiasa sihat. saya belum bersedia untuk menerima kehilangan. huhu..

hiro said...

setuju..sob2..sedih2

Amni said...

adoiii... kite tak nak bayangkan.. ada gak kite terfikir pasal ni... tengok jugak cite pasal ah po tu.. sedih seyh.... huhuhuhuhuhu... bak tisu! kang kite hembus lak hingus kat sini.. errr....

ain fathihah said...

setuju. tapi jangan la mati sekarang. tak sempat nak balas jasa lagi nih.

REMEDY said...

Kalau sya..sya lebih rela sya yang pergi dulu dari parents saya...tapi kalau boleh biarlah sya sempat membalas jasa mereka dulu...

kes2 ibu bapa terbuang ni sebenarnya ada hikmahnya...kita pandang dari segi 7 lapis ketururan...

Root Theory perlu diambilkira....

Cik Nathrah said...

tu lah..kalau ikotkan aku pon tak nak parents pergi dulu..harap dpt jugak balas jasa diorang nnti. aminn.. doakan la parents kita semua panjang umor.amin

Marya Hana . said...

wah tajok entry ni buat wa suspen..
HAHA. terbaik ;)

miss mush said...

entry terbaek.pendapat yang sangat baek dan betol!tapi mintaklah supaye mereke dipanjang umur dan kite bole balas jase mereke walopon takkan bole. T.T