Tuesday, March 15, 2011

Bercerita Tentang Pengalaman Berjumpa Pocong atau Nama Commercialnya Big Sweet

Assalamualaikum!

Apa perasaan korang kalau hari tu korang memang mengantuk tahap gaban and memang berhasrat tak nak pergi kelas, lepas tu korang gagahkan diri jugak membuka mata seluas-luasnya lalu mendaki bukit curam serta onak liku dan ranjau beduri pergi lah kelas tu tapi lepas tu kelas cancle?


"eh, kitorang tak ada hal. kitorang memang rajin ke kelas tidak kira lah ada kelas mahupun tak ada kelas. sekian terima kasih"


ok FINEEE! camni aaaaa.camni aaa. T_T. wuwuwuwu. ok, malas nak membebel panjang.


last time aku ada buat entry pasal jenis2 hantu yg popular kat asrama and aku ada cakap kalau ada permintaan ramai, aku akan cerita macam mana aku jumpa dengan big sweet tu kan? kalau belom baca, sila lah klik entry tu dulu ye :). so, ramai jugak yg hantar mesej kat facebook suruh aku cerita. ni kisah benar ye bukan aku saja2 nak reka cerita. so ni aku nak ceritalah kat hangpa semua. kalau takut tak yah baca. tak pun bacalah waktu siang2 ;p

jeng..


jeng...


jeng..


ceh. konon nak bagi suspen lah. korang buat2 lah suspen tau. kalau tak kecik hati aku kang.haaa! ok, kalau korang tak tau macam mana rupa big sweet ni, aku ada sediakan gambar :


rupa big sweet tu lebih kurang camni la. aku tak sanggup nak taruk pocong betol2 sebab takut
kang ada yg terkencing pulak baca blog aku ni. cupcake pocong pon jadikk lah ye.


aku ingat lagi, kisah ni berlaku masa aku form 2. time tu dekat kelas prep malam. kelas prep tu kira macam kita kena pergi kelas buat homework ke, study ke, ngumpat warden asrama dengan kawan2 ke.macam tu lah. tiba2 budak2 lelaki heboh2 cakap ada nampak pocong tengah main skipping *ok aku tipu je maksud aku tengah lompat2 dekat koridor ASPURA. budak2 laki ni pon semua keluar konon2 nak pergi tangkap lah pocong tu kan. eleh, ramai2 berani lah. cuba pergi tangkap sorang2? aku ni, macam tak percaya lah kan.so, aku cakap dalam hati:


"eleh, diorang ni main2 je.mana ada hantu kat dunia ni, kalau betol mesti dah nampak lama dah"


malam tu, ramai lah budak2 pompuan yg nak tido berteman. maksud aku, tido satu katil. aku memang selalu tido berdua dengan kawan aku. nama dia Che Pah sebab dia memang penakut sikit. hehehe. so malam tu macam biasa aku tido dengan dia. biasanya kitorang tido dekat katil aku, tapi kali tu tido kat katil Che Pah sebab dia kata katil dia kena kipas, so tak panas lah nanti.katil dia tu katil atas. tapi haram jadah. panas gila kot tido kat katil dia.




nak dijadikan cerita, disebabkan aku panas gila, aku pon terjaga lah tengah2 malam. aku tengok kiri dan kanan gadis2 semua enak dibuai mimpi indah. aku pon raba2 atas loker kot2 ada kertas ke apa nak dijadikan kipas sebab aku tak tahan sangat panas. tiba-tiba, aku rasa jantung aku berdegup kencang and bulu aku automatik naik. woi! bulu roma lah. bukan bulu lain. aku tak sedap hati. aku cepat2 baring balik and tutup mata rapat.

lebih kurang camni la bulu roma aku naik. tapi aku tak delah gelap camni.


tiba-tiba, aku bukak sikit mata aku, and time tu lah aku nampak big sweet tu lompat2 and terus berdiri kat tepi aku. nak jerit? dah cuba, tapi suara macam tak boleh keluar dari kerongkong.kejutkan Che Pah? aku pon tak tau kenapa aku boleh jadi kaku. korang bayangkan lah, muka big sweet tu memang betol2 dekat tepi muka aku sebab aku kan dekat katil atas. time tu, aku cuba baca ayat kursi. tapi banyak kali tersasul sebab gugup punya pasal. aku dengar   dia bunyi2 maybe mintak aku bukakkan kain dia kot. lama2 aku cuba baca ayat kursi tu, baru boleh and lama2 big sweet tu lompat2 and blah. bila aku bukak lagi sekali mata aku. dia dah tak ada. aku lega gila time tu.

kira jarak aku dengan dia macam ni lah. korang anggap je lah, aku sebagai budak pompuan yg besar tu
and pocong tu yg baby tu sebab dia pakai cekak rambut ada bonjol.haha. kalau big sweet tu comel
camni tak pe jugak kan.


lepas kejadian tu, aku tak ada cerita dekat siapa2 pon. tapi tak lama lepas tu kawan aku Tmash nama dia, cerita dia kena kacau dengan big sweet ni jugak and time tu lah baru aku cerita dekat kawan2 aku yg aku pon pernah nampak big sweet ni.


mulai dari saat tu, aku dah tak cakap besar dah and aku berharap aku takkan nampak dah benda2 pelik macam ni. hee.begitulah ceritanya. terpulang dekat korang nak percaya ke tak kan. yang penting, moral of the story, jangan cakap besar. ok?

boboiiiii!

p/s: all pictures above were retrieved from google.


*less than three* <3







40 comments:

NHN said...

0.o
x sweet langsung big sweet ini.

Plankton Seksii said...

perghh!! i tak leh nak imagine macam mana hantu tu dekat dgn muka u! takott!!

SITI SHURAZIRAH SUKHUR said...

perghh..kalau saya la maw demam seminggu bila nampak benda2 gitu..dahla betoy2 bertentang mata dgn die..iskhz3

Marya Hana . said...

mak ai. seram gila.
kot dia dudok sejengkal pon dah terkencing, ni kan pulak betol2 depan mata. haih x dapat dibayangkan..

Bazilah said...

perghh kira kau dah face to face la dengan pocong eh..huhu..kalau aku, boleh terkucil bhai :D

ika zulaikha said...

mak aih!!!
dekat betol bertentangan mata!!!!
natrah leh senyap lg?klo ika da jerit kot!!huhuh

elyzatul nastaysah said...

adeh..wat den moromang bulu ketiak je cik nathrah ni.hehe;p

mish cokat said...

cik natrah ! dah laa saye pon dok hostel. haih, dup dap dup dap youu.. seb bek lom penah kene. mintak jaoh laa haaii

Cik Nathrah said...

NHN: hahaha..name je sweetkan. tapi x sweet langsung!

plankton: dia dekat macam tu tapi xdela i bertentang mata. kira dia kat tepi muka i


siti: huhuh..kite pon dah nak demam da time tu

marya hana: bayanngkan lah..hehehe

bazilah: hahaha. gua tahan je bhai sebab katil org bhai.;p

ika: nak jerit tapi x kuar suara.huhu

ely:hahahaha...malam ni mintak kawan teman tido ;p

mish coklat: amin amin amin

permaisuri debab said...

mak aihh! kalau nadia, kopem da fengsan! seriously, menyeramkan!

♥CIK SHA♥ said...

huh? kalau den dah koma kot tak sedo2 diri..takotnye!!

EDlinaaJohari said...

cik nath, dulu masa lina dok asrama mmg salu laa budak2 nmpk hantu kejadah semua nie, tp alhamdulillah lina xpenah jumpa hahaa kalo lina jumpa pon mst lina mcm cik nath jugak! :D

miss mush said...

eww!camane rupe pocong tu?huhu

kazai_lp said...

big sweet? kenapa comey sgt name?
hehe...

Nana Macarona said...

bia betol weh.waaa,aku da la kena tdo sorang mlm ni. :(

maria_m0hamadiah said...

haha.. kalau makcik dah lame pengsan!

hani said...

tak patut tak patut memang tak patut publish entry ni. waaaaa..camane lah saye nak dok hostel kat matriks pas ni dahlah first time dok hostel......

Señorita Layla Zahara said...

uish..berdesup jantung bc entry u nie.

zalizalu said...

haha. . .kena2. . . . Nasib bek xdmam. . . Huhu. . .

zalizalu said...

haha. . .kena2. . . . Nasib bek xdmam. . . Huhu. . .

g_NoLa said...

dahsyat~~..dia nak bekenalan ngn awak kot..org tua2 kate..sial 40 hari klu nampak benda tu. org katelah..~

♥e'in♥ said...

peh! gile kentang nath.. e'in nie lemah semangat wey.. mmg penakut.. mnx dijauhkan laa jumpe big sweet nie.. dh laa skrg dok soeg2 kat umah.. wuwuwuw..

. y a n a . said...

haiyoo.. takotnye!! nseb la big sweet tu xpelok awk... hehe

Faa Eryna said...

wahhh, seram giler kott!! kalau I, dah terkencing kat situ. haha, malang nasib kawan nath yang che pah tuh kang , terminum pulak air tuh. haha , naya je

Akmal Ezzah Alias said...

HOHOHOHO
TAKOOOT!!!

nurulhuda said...

homaigod dear ! seram gileeeeeeeeeeeee jumpe pocong T_T

Cik Nathrah said...

ok kawan2 tersyg. i komen secara general je boleh ye? :)

ni memang peristiwa yg betol2 terjadi kat i, tak de mase i nak tipu kat korang sume. lagipon ape pekdahnye kalaou nak mereka cerita kan?

sebenarnya memang nak terkencing jugak time tu, tapi tahan je memandangkan itu katil org kan. haha

oh boleh bawak sial 40 hari? takde pon. itu pon khurafat n jgn caye lah.

thanks u all~

kura said...

perghhh.. mmg betul betul berpeluh ni jumpa big sweet. nk cite lg boleh? ehhh dah boleh jadi auntie seeker ni hahah :3

Amirrah Zawani said...

homaigod...
kalo jd cam tu mmg sumpah seram.. depan muka.. boleh pengsan dibuatnya.. harap2 tak penah terjadi la.. takottt =_=

burn said...

nak tido ngan membe r malam nie...
ahahaaha

Matamatamu said...

Haha3...cam lawak pon ade.
-Big sweet- besar manis....
stail.... sepatutnya kena pnggil eskerim pop(eskerim patah)... baru kena....x pon lolipop....

-1st time baca blog nie.. Layan jek.. tp sori x dpt jd follower...haha3...jgn tikam plak.

tp yg jd persoalan kenapa org cina or org putih x pernah jumpe pocong comel nie.... confius..confius..

ARJUNA.Inc said...

ok2..bulu roma i automtik gak bdiri ok..huhu..kes ni sma ngan i msa duk asrma dlu..rsa pnas gak..golek knan glek kiri..skli nmpk mnde 2..nga mghdap kwan i kt sblah ktil yg tgah nyenyak tdo..haih...

Armiza said...

yang penting...jangan terlau takut & jangan teralu berani. beringat selalu...=)

akugumbira & riang-riang said...

waa.. manis ke pocong tue?

Inspirationalefeks said...

singgah di sini :)

:fatin amira dewi binti agus salim: said...

gilak seram..kita ade pengalaman yang same la,tapi ta thu la big sweet tu khayalan semata or mmg real nak tunjuk muke dia.ni juz nk share. malam tu,terlelap n smpi lupe nak solat isyak. ‘astagrfirullahalazim’..punye la sedap tido sambil muke tutup ngan bantal,dalam pukul 3 pagi tu tetiba tersedar,pastu rase ta sedap hati,buku roma compem la meremang..dan dengan beraninye,tarik la bantal dari muke tu,dan dengan bangganya,cik big sweet pon tertonjol depan mata..muke ye kedut2 wane hitam ngan kain yang diikat satu kat kepala…mase tu nak terkencing pon ade,nak baca ayat kursi tak mampu,gugup. Iqamat banyak2 kali,dan tutup mata.iqamat pertama rase ade lg depan mate,n kali kedua hilang…fuuhh….pg tu bngun then sakit kepala,sbb malam tu jntung rase nak tertanggal, emosi still ta stabil and menggigil.sejak tu solat isyak on time o solat before tido…huhu!

Cik Nathrah said...

korang big sweet tu maksud dia dalam bahasa melayu gula2 besar. yelah kan dia ikat atas bawah nampak cam gula2 la kan.

tak sangka ada jugak yg berpengalaman cam i ye. huhu..

Rahimah Ramlan said...

uish...mintak simpang 88 lah!!

sis kat brunei dik oi..bawak diri kat sini..carik anak raja brunei kalo ada yg sudi...huhuhu~~



p/s : lama gile kot x dtg sini~

Ainie Elmo :)) said...

kalau stay kat hostel ,, memang macam macam bole nampak :DD

cici tembikai said...

big sweet -,- macam sweet potato pulak . erk ok. i pun ada pengalaman tapi ni I yang gatal balik malam.

baru lepas late night movie ,malam jumaat dgn sang bf, masa tu lebih kurang 1am kot. kami naik mtr lalu jalan belakang. dekat dgn kubur and agak sunyi. sbb jalan raya ada roadblock , mklumlah takde lesen T_T

mula2 turun bukit, lampu mtr menghala ke satu guni simen. (jalan mmg takde lampu) sang BF macam" haa apa tu apa tu" , sesaja lah konon. then bila jalan tu dah rata , lampu motor menghala terus ke bawah pokok, nampak 1 benda terpacak.

i nampak muka bf i macam terpegun. kami memang terpaksa lalu depan pocong tu. i terpandang dia, tapi yg peliknya takde muka -,-'' (nasib baik jugak , kalau ada lagi trauma)

i dah tak pikir apa , terus jerit macam nak kena rogol. sepanjang perjalanan i tutup mata . sampai flat boleh pulak lift rosak kena naik tangga tngkat 6. BF teman sampai naik atas, tp tak berani pandang muka bf , takut muka dia bertukar lain -,-

call abah suruh bukak pintu. terus cerita kat mak abah . sampai dorang tak jadi tdo dengar cerita i . abah kata "jom tengok kubur sapa berlubang" -,- mak pulak g tanya

" ada macam dalam tv tak?"

aiyoo. BF I taknak i trauma , dia kata

" takde apa lah b, I patah balik tempat tu dh tenyeh2 kepala dia, asap je tadi"

my friend cakap, maybe orang menyamar kot, sbb mana ada pocong takde muka and duduk bersila. tapi kalau menyamar pun mmg i dah nak pengsan -,-