Tuesday, April 5, 2011

Aku tak retilah nak cakap macam mana bila jadi macam ni

Assalamualaikum!


ok lah korang pernah tak alami situasi di mana, ada something yg korang nak cakap atau nak tegur tapi tak terluah sebab takut orang yg  ditegur tu kecik hati? pernah tak? kalau tanya aku, aku memang selalu berdepan dengan situasi macam ni.


Situasi pertama: Kawan mempunyai masalah bau badan.


yang ni memang kerap sangat jadi kat aku. dulu masa sekolah, ada sorang kawan aku nama dia F ada masalah bau badan. bau badan dia memang di tahap yg sangat kritikal lah kan. pernah sekali tu, dia duty untuk sapu kelas. so dia datang awal pagi untuk sapu kelas. bila kitorang nak masuk kelas, hamik kau. semerbak ketiak bangla baunya. kalau nak masuk tu memang jiwa kena kental lah. kalau tak kental boleh pening kepala lalu koma. sampai budak laki pon perasan tau. diorang kata macam bau bawang lah. apa lah. aku kesian jugak kat dia. lagipun dia perempuan kan. tapi aku tak reti nak tegur macam mana. tak kan aku nak cakap:

"wey ketiak kau bau macam bawanglah. kalah bangla. kau pakai deodorant boleh tak?"

lepas tu, pernah jugak aku terfikir nak bagi hadiah deodorant kat dia. tapi kang dia kata aku nak perli dia pulak kan. so, sampai habis sekolah aku tak cakap. yang aku pelik, dia memang tak perasan ke badan dia berbau? wuwuwu. harap ketiak dia dah wangilah sekarang.





Situasi kedua: Nak mintak hutang kat kawan.

aku memang jenis yang tak berkira kalau orang nak pinjam duit kat aku. yelah. mana tau satu hari nanti kita pulak yg nak pinjam. tapi tu lah kan. kadang2 kawan ni dia terlupa yg dia ada hutang dekat kita. aku kalau tengah masyuk memang aku tak kesah sangat.  halalkan je lah. tapi bayangkan bila time tu memang tengah kering tahap padang pasir dah kan. duit tu je yg korang ada tapi bila mintak kawan cakap nanti lah. esok lah. bila esok, tunggu2 dia lupa lagi or tak tau lah sengaja buat lupa ke apa kan. nak mintk lagi sekali? malu.malu.malu. bila dah banyak kali mintak? rasa serba salah. rasa macam kita orang palin berkira di abad ini. padahal dah terpaksa. how lah?


kalau buat macam ni boleh? hahaha ;p


Situasi ketiga: kawan suka sangat paw barang

lagi sekali aku cakap, aku memang tak kesah kalau orang nak pinjam barang ke. nak sikit ke apa. tapi kalau dah kerap sangat, kita pon rasa macam tak best lah kan. contohnya makanan lah kan. buat apa nak kedekut? macam budak2 je nak kedekut makanan kan? tapi bayangkan lah, korang makan benda tu sikit je tapi orang lain yg makan banyak lepas tu habiskan terus. sekali sekala tak pe lah jugak. kalau selalu? mau tak botak kepala.last2 tiap kali kawan tu mintak kita pon cakap macam nie:


"haa..amik lah."  padahal nangis dalam hati. T_T


tak kan lepas tu nak makan sorok2 depan loker pulak? teringat rumet kawan aku masa matrik. punya takut orang paw sampai sanggup makan depan loker. haha.

lagi satu, bila dah guna barang kita, tak reti nak simpan balik. letak je merata. kadang2 cawan tu tak berbasuh sampai air milo tu dah basi. last2 aku jugak yg basuh. tapi nak cakap tak sampai hati. takut dia cakap kita kerek. poyo dan sewaktu dengannya.


Situasi keempat : peminta sedekah@ penjual barang



sejak aku duduk shah alam ni setiap kali aku makan kat kedai je, mesti ada je peminta sedekah ni. macam2 pesen pulak tu. ada jugak yg jual tisu. padahal kat kedai makan tu opkos la berlambak tisu and kau boleh dapat free je. disebabkan tak sampai hati, tangan ni gigih jugak lah hulur RM1. RM1 tu kira mahal lah bagi sebungkus tisu yg sepatutnya berharga  dua posen tu kan?

lagi satu, kalau ada mak cik ke budak2 ke yg datang jual kerepek. kesian dowh. memang tak sampai hati bila tengok diorang. lepas tu muka innocent pulak. lagi lah mak sentaps nokks! so, beli jugak lah.  kalau sedap berbaloi lah. kalau tak sedap? rezeki makcik tu je la kan.

ada jugak yg promote buku ilmiah. memang lah dia cakap tak kisah kalau tak nak beli. tapi bila dia dah bersusah payah pung pang pung pang explain promote itu ini, kau sanggup ke tak beli? kesian. untuk sekian kalinya tangan ni bukak jugak lah dompet buruk lalu menghulur duit. nak tolak tak sampai hati. tskk.


ada lagi sebenarnya contoh macam nak tegur kawan pasal baju diorang ke, mekap or sebagainya tak sesuai dengan diorang tapi tak reti nak tegur, kang cakap kita jeles letewwwwwwwwwwwww.


so how about u guys?


*less than three* <3





25 comments:

Nur Aju said...

jua pun pnah b'hadapan ngan situasi2 d'atas..manusia2 nie mcm2 ragam kn..kna g cluz sivik kot..huhuhu ;P

Amni said...

serius kalau bab nak mintak utang tu memang susah sanagt2.... segan plak nak bagitau.. padahal orang pinjam kat kita kan.. aiyoooo.......

♥CIK SHA♥ said...

bab yg bau bdan tu..err..kalau nak cakap direct tu tak sampai hati kot..kalau dgn adik beradik sendiri takpe..kalau dgn org lain agak berat mulut la jugak..


bab yg hutang tu setuju..pernah kena banyak kali..nak minta tak smpai hati..takut orang kata berkira..padahal dia yg hutang dgn kite..uhuk3..tapi kalau dah memang terdesak sgt saye mintak je..buat2 la ayat simpati sket kan..hik3..


bab mintak sedekah tu, saye ni payah sket nak bg sebarangan..bukan kedekut..tapi ntah la..sebab dah banyak kali terkena..rasa macam kena tipu pun ade..tu kadang2 buat kerek je..biarlah orang nk kata ape pun kat sye..uhuhu..

dd.hasnidar said...

hahah.bijak betul entry kali ni.
betul la.kadang2 tu terpaksa berdiam diri padahal dalam hati...
pehhh.

Marya Hana . said...

cik nathrah, semua isu berbangkit, berjangkit and kuih bangkit ni, setuju sangat. :p

semua penah dialami..
kadang2 kita nak cakap takot terase pulak. x cakap kang melampau2 jadinya. so macam mana nk buat..?

hati org lain2 kan.. ~ T.T

Cetul^ La La said...

suke entri kali ni,,,
nak cakap salah,, tak cakap pon salah

maria_m0hamadiah said...

erm. saye pon ade gak masalah macam tu. member pinjam duit. kalau 20,30 ok la jugak nak buat2 tak kesah. kalau 50 ni macam nak mintak balik A.S.A.P.. janji bayor bulan depan bagai. pastu jumpe, buat2 taknak tegur plak. buat muke. harram betul!

syamimi fatin said...

sy pernah ada kwn yg ada mslh no 1 dgn 2. mslah bau badan dgn bau mulut. yg no 2 tu, dh hutang, xreti nak bgi balik. mmg serius tak reti ckp mcm mana nk bgitau psl bau n nak minta hutang.... wuwu

[CiK cAmEn] said...

lagi best kalau dia pinjam barang pastu buat macam reta dia sendiri. contohnya sabun basuh. pergh guna taknak setiap kali dia basuh baju pulak kan. macam sabun basuh baju tu kita memang beli khas untuk dia pulak. kalau sabun basuh je takpa. ni siap dengan downy dan clorox. memang terbaiklah pakej dia bedal sekali. =.=''

Ili Naquiah said...

So true..I think everyone mesti akan stuck in one of the situations..that's life..


=)

PrettySugar - Cakes.Cupcakes.Cookies

erysweetie said...

ohoh...susah senanye nak sound org nih.

Ade membe (rumet) yg tetengahri panas terik pasang kipas volume 2. Uwaaa...aku masuk2 bilik, rase nak ngamuk pun ade...aku kuatkan, dia slowkan balik.. haih..lelame bia je lah...nak wat guano...

plus susah jugak nak tegur org yg suke majuk tak tentu pasal. like i am her daughter yg perlu inform if nak g mane2..bile tak nak share, majuk. and sgt tak sesuai perangai itu for a 25 years old girl..err..woman lebih proper..kehkeh =p

Aisyah Kay said...

same laaa. xtau nak ckp cmne bl jumpe org2 cmni even dgn kawan2 rapat sendiri. sekali dua xpe gak. ni berkalikalikalikalikali..ta last kne redha n ikhlas kan hati jelaa

Pijahh' de-Arr said...

ehh,pemintak sdkah suka memaksa org lerr..dh la ckp bhs ap pon ceq ta phmm..huh..~

Amirrah Zawani said...

penah jugak alami semua situasi di atas.. tp bab2 hutang mmg segan gila nk minta.. yg herannya, takan dorang tak igt kot diri tu berhutang.. pandai2 lah bayar balik.. ni dok buat2 lupa.. =_=


yg pasal minta sedekah tu, mmg byk gila kat shah alam.. kalo lepak sec 7 mmg akan jumpa punya lah.. kdg2 i tak bg pun.. bf i dok rajin bg..

fyezah hasbullah said...

fyezah pon pernah merasainya kot .. lagi2 bila org pinjam duit ..
susah betul nk pi mintak dekat diorg .. hukhuk ..
:)

wiwo XidhamX said...

like this ststment "bila dah guna barang kita, tak reti nak simpan balik. letak je merata"..mmng btol pown!!! nyirap jek!!

hani said...

cik nathrah, yg bab paw makanan tuh mmg setuju sgt ah.
geram giler giler,rase cam nak cakap kau tak reti beli makan sendiri ke asyik nk paw org punye,
tapi last last kita pulak rase bersalah sebb tunjuk muka bengis masa dorg amek.atoi

Cik Nathrah said...

haa. itulah pasalnya. manusia ni mcam3 ragam, nak buat macam mana kan. kita idup bermasyarakat kena sabar je lah.

yg amik sabun basuh tu pon same. kite pon ade jugak kawan camtu.


pasal makanana pon same! hahaha. ape lah kan diorang ni. takkan xde perasaan malu kot?

h A n Y S said...

1st situation: xpnah kena
2nd: pnah! sama lah kiteee..kdg2 ble nak ckp 2 3 kali rs ssh! suppose dia kna tau ah~ish!
3rd: xbrapa..so far ok
4th: a'ah kan, nape kat shah alam ni mcm ramai golongn mcm ni kan? br td terkena ngan mat-jual-buku. nak halang dr tros membebel, dia dah stat dlu dah, dah tak halang, alih2 serba slh nak bli xnk, haihhh..

Cik Eka said...

betul2..penah hadap situasi kawan bau mulut..mak ai fehh..smpi kami setiap pagi bagi die gula2 hacks satu....tak tau la dia pasan ke x mulut dia ada bau.....

mahfudzah said...

pehh..mmg betul la..lagi2 bau badan ngn minx hutang..pehh.dorg ni xsedar diri ke? erhh

EDlinaaJohari said...

LINA PON SALU KENA CM SITUASI KAT ATAS TUH..AEHHH..

Fariha Ismail said...

hye dear...
i dh follow ur blog..
i still new lg, hopefully u dpt follow my blog too... http://storyofyoungladies.blogspot.com/

still bru lg.. hope dpt tunjuk ajar u.. thank

Faa Eryna said...

untuk situasi pertama tuh, awak gentle je perli kaw2 punya. haha *jahatnya fary.

situasi kedua : kalau kita, kita selalu cakap mcm ni, eh, aku rasa tapak tangan aku gatallah, ohhh kau nak bayar hutang aku ehhh ? haha

Anonymous said...

alaa jangan bg pinjam je..cakap je eh xde duit la..xamek lg kat bank..betol tu kawan saya pon ada sorang tu memang payah sungguh bayar duit..kadang2 cakap nak share..tp haram x bayar.. so lepas tu mmg sy x bg pinjam dah la..melampau kalau biarkan.. so lepas tu sy selalu buat cakap.. ''ish aku xde duit la..'' dok cita2 kat dia la konon xde duit..padahal ada je..haha.dan kalau keluar makan bawa cukup2 je utk bayar..kalau x jenuh dia suruh tolong byar utk dia.pastu cakap ''japgi dia byar balik''..mmg mnyampah la kan..
so lepas tu dia x pinjam dah..sebab dia ingat sy x berduit..hahaha.. buat apa nak kesian..dia pon x kesian kat kita..ambil kesempatan.selfish!