Monday, April 11, 2011

Ini entry bergambar saya tentang dinner malam pra-graduan yg lalu. ok ayat karangan darjah 6 jap.

Assalamualaikum!

korang. hari ni aku tak datang kelas pagi lagi. mesti korang ingat aku ni pemalas kan? wuuwuwu. murung ah camni. T_T. memang aku sedar, aku memang pemalas tapi malas sikit je. patutnya aku ada kelas tutor pagi ni, tapi disebabkan miscommunication, aku ingat kelas pagi ni tak de. padahal ada. ceh ceh. tu lah penting nya english education. *tiba-tiba.


last week, hari rabu bersamaan 6 April 2011 fakulti aku ada majlis pra-graduan (MPG) untuk student final semester. kiranya dinner untuk meraikan pelajar yg nak grad tak lama lagi .fuhhh. tak sangka aku dah nak habis belajar dah. so, biasalah time tu lah nak melaram sakan kan. tapi aku tak guna banyak kos pon . aku recycle je baju yg ada. tema dinner malam tu "white hat blue sky".

*klik gambar untuk gemok.




ni lah attire aku malam tu. dress putih tu sebenarnya skirt, tapi aku modified jadi dress. jimat duit aku.hehe. cardigan biru tu aku beli kat dalam uitm ni je. rm20. ceh padahal kawan aku beli rm15 je. topi pon pinjam orang punya. shawl pashmina rm10.



ni kawan2 aku. semuanya cantik2 belaka. sorry lah ye, tapi semua dah berpunya lah pulak. ;p. so guys. no ngorat2 ok?benci betol tangkap gambar sebelah orang tinggi2 ni. haish!


mereka adalah classmate aku dari semester 1 sampai lah sekarang, iaitu semester 6. segala susah senang, kitorang bersama. asignment sama2. presentation sama2. ponteng kelas sama2. kena marah dgn lecturer sama2 boleh kata semuanya sama2. i love u guys! meh aku kenalkan sorang2.



ni syida namanya. walaupun muka ayu, tapi jangan main2 dengan dia. dia ni palapes tau. palapes tu maksud dia askar darat lah bagi yg tak tahu ye.bergambar dengan door gift. padahal ada cawan tu je. thumbs up la sangat. kalau berlian ke tak pe jugak. pangggg sedas. tak besyukur!


ni pulak akma namanya. cantikkan dia? aku yang mekapkan tu. cecece. promote pulak. mekap tak tebal sangat sebab akma ni memang dah natural beauty. lain lah aku ni. jerawat situ sana sini. kena lah tempek tepung gomak tebal2 kennnn.


bersama the vogue ladies fatty and akma.


yuyu and dina. :)



wawa and fatty :)



budak bajet cun .



budak bajet cun kuasa dua. dengan kuasa flash camera, muka pon seperti berkilauan umpama dipanah petir. eh. kalau dipanah petir dah hangus dah kan. tukar.2. seperti minyak masak cap buruh disapukan ke muka. oily! T_T



sebelum balik, kitorang lepak dulu kat dataran shah alam. nak camwhore dulu. sayang lah pakai mekap tebal2, bulu mata pelsu bagai melaram sakan tapi tak camwhore banyak2 kan? hahaha. adakah gambar kami seperti bidadari turun ke bumi? jawapannya of cos lah tak! fine thank you.



over tau budak tu. angkat kain tinggi2. nasib baik pakai legging. kalau tak kantoi segala bulu kat kaki tu. 



nasib baik gambar aku tak gegar. hahaha! tapi macam menakutkan pon ada gambar ni. ah tak kira. nice jugak! ;p



selesai sesi bercamwhore di dataran, kitorang bermigratasi pulak ke jalan masuk ke i-city. nak masuk tak mampu. tepi jalan pon jadilah. janji ada cahaya supaya gambar tak malap.wuwuwu. T_T



again and again



eh lupa nak kenalkan. yg depan sekali yg paling comel yang berdiri tengah2 tu nama dia zaa. kecik molek je orangnya. comel!


lepas dah tamat sesi bercamwhore, kitorang pulang ke kolej dengan gembira. malangnya, kitorang ditahan oleh pak guard yang tak ada kerja suruh tulis nama. padahal sebelum ni tak rajin pon buat kerja. wah prejudis sunnguh aku terhadap pak guard tersebut.saja lettewwww!


oklah. kepada kawan2 yg dah tengok gambar ni kat facebook, sorry eh. aku saja nak share dengan readers aku yg tak ada facebook aku :). till then, bye!


*less than three* <3

























32 comments:

Nini Hartini said...

Gambar gegar tu seram. Sbb kwn u yg sorg tu nmpk mcm ponti...hihi

alinac lover said...

semua lawa2~

MiSzy DiaN said...

cantik laa semua gmbr kt cni..
first time dgr ada theme mcm ni. hehehe..
selamat menamatkan pengajian yaa kakak cantik :)

MAKCEK bukan NENEK said...

oh semuanya cantik2 sekali .
kenapa tiada jejaka ?
baru nak pilih . kehkeh

.... said...

cantik2 semuanya .. =)

.... said...

cantik2 semuanya .. =)

Amirrah Zawani said...

best jugak tema biru putih.. sweet.. cantik2 semuanya.. dinner i 1 april lepas, tp smpai skrg tak update lagi.. tgk la esok lusa.. ;)

aniswany said...

anda sgt VOUGE ^_^

Fyqa said...

gorgeous :)

Izatie said...

Wahh! U cantik! :))

Si Nuansa Eyqin said...

cantiknya! thumbs up!

♥CIK SHA♥ said...

KECIKnye nath..KECIKnye nath..


ok..sengaja je akak besarkan word KECIK tu sebab nak hi-lite yg nath nampak sangat KECIK dalam gambar yg ramai2 tu..ehehe..

amier azrul alias said...

nice attire cik natrah

elyzatul nastaysah said...

cik nath!!santek gile awak pakai dress tu.jeles!!

syakey said...

weewitt weewitt

;D

ficqa is mee..! said...

CN, u look gorgeous..:)

Faa Eryna said...

CIK NATHRAH!!! AWAK SANGAT CANTIK CUNNNNN!! NAK GIGIT AWAK SEKARANG! ;P

Cik Nathrah said...

terima kasih kpd semua yg memuji. ala, kalau mekap sikit mesti la cantik kan?

kawan2 kite mmg sume lawa2

kite reply pada komen yg berlainan dr yg len je ye? heee.

nini hartini: aah lah kan. dah la dia free hair. nampak cam ponti. eheheh


makcek bukan nenek: hehehe. jejaka ade tp tak letak kat blog. bahaya!


cik sha: hehe. mereka yg tinggi sbnrnye. padahal sy xlah rendah sgt. *cover


amirrah zawani: aaa.update tau! nak tgk org yg vogue ni pulak

nazirulhazwan~ said...

boleh tahan ko melaram kan?:P

Cetul^ La La said...

waaa,,, pinjam skirt,, hehehe ;p

cika said...

wahh,cun ah natrah...

miss mush said...

emm.emmm.cik nath paleng kecik!haha. :P

ousna90 said...

nice3.. :)

Ili Naquiah said...

love your dress...sgt sweet..!

~~@lyci@~~ said...

comeynya dressing ala2 camni... tuan tanah pun comey ..

Cik Eka said...

wow..cntikla awak..gambar yg gegar tu nmpk cm scary tapi cantik..tp awak memang cntik pun.. tak kisah muka oily pun awak...hehehehe

Shurazirah Sukhur said...

comel.comel.dan comel lagi..
wah,dah nak habis study da eh..beshnye!

nelly said...

lawanya !!

KAMIHIDUP said...

dah macam model semua, hiiii.

Cik Nathrah said...

hehehe. sbnrnye kawan2 kite yg tinggi2. so mmg kite nampak paling rendang. diorang mmg tinggi pastu pakai heels lagi,lagi la kan. btw thanks people for the compliments :)

Syab9 said...

askm..kwn ko yg syida tu aku berminatlah...ganas2 best..hahahaha....ada fb x die?? n jgn lupa memberi support utk band aku..like Grass By kat fb..tqvm..

Anis Adila Aris said...

saya ada malam nie..
jadi model pkai topi kselamatan..haha