Saturday, April 23, 2011

Kalau Saat Ini Kita Sedang Melalui Hari Kiamat. Are u Ready for it?

Assalamualaikum!


teheeeee. hai korang! cakap tak serupa bikin je aku ni kan? kata tak nak update dalam masa terdekat. tengok2 dah tercongok dah depan laptop and terupdate blog pulak. alaa. rilek la der. gua pon nak rest gak der. takkan 24jam kot study. mau tak botak kepala gua? eceh. gaya cakap konon dah study banyak lah. padahal?


sejak dua menjak ni aku asyik update entry personal je kan? boring pulak tu.aku baca sendiri pon dah rasa boring apetah lagi orang lain. sebab tu aku tak berapa suka tulis hal personal kat blog ni. aku lagi suka share pendapat rather than personal life. lagipon aku bukannya artis org nak tau pasal aku kan? sekali sekala tak pe lah. ye dak?


ok, sebenarnya dah lama aku nak update pasal entry ni. tapi selalu terbengkalai. hari tu pakwe aku cerita pasal mimpi dia yg agak menginsafkan jugak bagi aku. bukan jugak lah. memang menginsafkan. tapi kejap je insaf.lepas tu buat lagi. astaghfirullahalhazim. apa nak jadi tah aku ni.T_T

comelnye! macam mia sara kan?


malam tu dia mimpi pasal dunia kiamat. dia cakap time tu dunia semua gelap. yg tinggal cuma manusia yg pakai topi penoreh getah yg ada torchlight tu je. matahari dah tak kelihatan langsung. dalam mimpi tu, memang tinggal manusia yg jahat-jahat je. kiranya pakwe aku tu pon tergolong dalam golongan orang yg jahat-jahat tu lah kan.haha. kesian dia. mana pergi orang yg baik-baik ni? yg baik-baik semua dah diangkat ke langit. dia cakap, boleh nampak banyak cahaya putih yg tarik orang beriman tu. kira macam cerita alien yg korang biasa tengok kat tv tu. kalau alien tu nak culik manusia kan macam ada cahaya putih tu. adoi. susah pulak aku nak explain ni. harap korang dapat imagine lah ye? korang pintar cergas dan rajin kan? hehehe.

macam ni lah lebih kurang. kiranya orang yg baik2 akan di bawa ke atas
menggunakan cahaya macam ni. paham tak? ah. tak paham sudah! ;p

dia cakap perasaan dia masa tu macam loser gila. rasa macam tak guna. kenapa dia tak terpilih sekali? kenapa cahaya putih tu tak ambil dia sekali? time tu nangis macam mana pon tak guna. memang pintu taubat dah tertutup lah. bila pintu taubat dah tutup, kau sembahyang lah 24jam pon Allah takkan terima dah taubat tu. dia cakap lagi, macam nak meraung bila fikir pasal dosa yg dia dah buat. perasaan "rilek aa, banyak lg masa" tu memang dah takde. tapi bayangkan lah korang kalau tak sempat taubat? kalau tak sempat taubat apa lagi jawapannya selain neraka?


so, bila dia terbangun dari mimpi tu, dia rasa lega sangat. memang best feeling ever! dia lega sebab ada mama dia yg masih suruh dia pergi beli nasik lemak untuk sarapan pagi tu. maknanya, nasib baiklah dia mimpi je. time tu rasa nak terus buat sujud syukur je. rasa kalau dah masuk waktu sembahyang, memang nak terus sembahyang time tu jugak. haa. betapa mimpi tu memberi impact yg besar jugak lah.



bila aku dengar dia cerita, aku pon insaf. Ya Allah. kalau lah aku mati sekarang. macam mana lah agaknya ya. dah lah banyak dosa. tak sempat taubat lagi. maybe mimpi tu petunjuk dari Allah kat kita semua kan?  so, guys, sama-samalah kita perbaiki diri kita terhadap Tuhan yg satu. perbaiki diri dari masa ke semasa. aku pon harap aku akan jadi muslimah yg berjaya dunia akhirat. semoga kita semua umat islam di bawah rahmat Nya. amin amin.


mood: ustazah nathrah.


*less than three* <3

19 comments:

EDlinaaJohari said...

dulu lina pon penah mimpi mcm nie sis. Ya Allah mmg takot sgt2 :'(

saharinasaharudin said...

huhu.adik ririn pun pena mm[i kiamat jgk.trus rse tkut,rase x sedia lg.huhu ;(

Alinn Alinn said...

insaf2 -_-

h A n Y S said...

siyes rasa dri ni banyaaak sangat dosa..
tapi feeling ni slalunya skejap je timbul! insaf skejap! Ya Allahhh..apa nak jadi niii.. T___T

Eun Mint0o said...

isk3,aah,same2,kite pnah mimpi the same thing..waktu tu mmg rase xley nk wat pe..yg ingat,,time tu ada 1 daun yg terbang kt kite,ada tulisan atas daun tuh..tp kite xdpt bace..;(

Munirah said...

i am so not ready yet :(

KAMIHIDUP said...

asal KAMI bangun pagi jumaat je, mesti takut. belum siap dan cukup lagi bekalan.

Qie Shakila said...

Alhamdulilah.. skurang-kurangnya Allah daa membuka pintu hati ny ke arah yg lbh baik.. antara hidayah yg dihantar oleh NYA.. Allah masih sygkan dia.. :))

Fyqa said...

Bermuhasabah diri :')

lost kitty said...

takutnya!

Shurazirah Sukhur said...

insaf bila baca entry ni..haritu masa last class,lecturer tunjuk gambaran masa hari akhirat..sumpah gila takut..huhu btw,thanks ingatkan kami dengan entry macam gini..:)

Amirrah Zawani said...

tak pernah mimpi mcm tu.. teringin gak nak mimpi gitu.. bukan apa, kadang2 bila mimpi mcm tu buatkan kita lagi insaf.. =_=

Chybee said...

takut. tak ready lg :(

saidatul noor farhana said...

harap bekalan kita mencukupi di akhirat kelak...:)amin~~

Cik Nathrah said...

amin. semoga kite semua tak sempat berjumpa dgn kiamat kan? sbb kiamat adalah utk sejahat2 manusia. :)

syazwana said...

i pon selalu pikir macam mana lah kalau tetiba i eksiden ke tak sempat taubat ke. wuwuuu T_______T

KAMIHIDUP said...

jemputan khas untuk anda dari KAMI. jom join teka-teki. :)

http://www.kamihidup.com/2011/04/teka-teki-rm10.html

sherah said...

first time singgah blog ni dari video u hana tajima tutorial tu :) sedihnya post ynag ni

Ihsan Arifin said...

eh takutnye lah nak hadap hari kiamat :(