Friday, April 15, 2011

Situasi macam ni buat aku cakap " this is the best feeling ever"

Assalamualaikum!

bila korang berada dalam situasi macam ni pernah tak korang rasa macam wahh seronoknya. wahh lega gila. wah alhamdulillah. wah dan wah lagi.


"wey nath, situasi apa yg ko cakap ni. intro tak de apa pon tak de terus situasi apa kes ni"


oh ok. sorry. aku terlebih excited pulak. maafkan saya. hehe. hangpa ni cuba bawak bersabaq.  meh sini ceq bagi situasi yg hangpa semua nak tau sangat tu.



First : korang rasa penat sangat. lalu terlena sehingga mengeluarkan bunyi dengkuran yg boleh mengejutkan jiran sebelah. air liuq basi tok sah kira lah kan sampai boleh buat peta dunia kat bantal lagi tu. tiba-tiba, korang terjaga dari tidur. dalam hati macam rasa tak puas lagi. harap sangat yg korang still ada lagi masa nak sambung tidur tu. then, bila korang tengok jam, rupa-rupanya masih awal and bukan time untuk bangun lagi. contoh korang set alarm pukul 6.30 pagi. then terjaga pukul 5.00 pagi. tak ke rasa macam terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu. aku bersyukur pada Mu ya Allah. ceh over tau. tanpa buang masa terus pejam mata rapat2 dengan harapan dapat sambung mimpi tadi. tapi harapan je lah. selalu bila dah terjaga jangan harap lah nak dapat mimpi tu balik. wuwuwu T_T


*klik gambar untuk membaca dgn lebih jelas


Second: korang tengah broke gila. boleh kata kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. dunia ini bagaikan tidak adil. jiwa bagaikan bergelora.sandiwara dunia kah ini? aiceh. berpuitis pulak aku. well u know lah kan. hujung2 sem ni, memang hidup student yg berharap pada loan macam aku agak terumbang-ambing. memang kering kontang lah. kalau ada kawan hutang dengan aku time2 camni memang aku tuntut. tak de istilah u can pay me back whenever u have money.no way man! no way! tapi alangkah bahagianya hidup ini bila tengah2 korang memang perlukan duit tu, tiba-tiba bila korang seluk poket seluar jeans korang yg berbulan tak basuh tersebut lalu menjumpai sehelai kertas lalu apabila mendapati ianya berupa wang kertas sebanyak RM50. time tu rasa macam dunia ni kita yg punya. best feeling ever lah!




Third: korang bermimpi buruk. aku pernah mimpi yg aku harap tak jadi kenyataan dalam masa yg terdekat ni. aku pernah mimpi adik aku meninggal. dalam mimpi tu, aku dah siap baca yasin. kira jenazah adik aku memang dah tinggal nak dikebumikan je. dah lengkap berkafan semua. korang bayangkan lah feeling dia macam mana. sumpah real gila. aku menangis. tapi bila aku terjaga dari tidur baru aku perasan yg aku mimpi. tapi air mata memang betul2 keluar lah. apa lagi aku terus pergi bilik adik aku tengok dia hidup lagi ke tak. bila tengok dia marah2 aku sebab kejutkan dia, aku rasa lega. ye lah. even kadang2 aku menyampah dengan adik aku ni, tapi of cos lah sayang kan. dah nama pon adik beradik. hehe. sumpah. time ni aku rasa memang the best feeling ever! lega sangat!



Fourth: korang malas nak pergi kelas. memang instict korang cakap macam malas je nak pergi kelas hari tu. lepas tu, tiba-tiba ada classmate korang hantar mesej yg mengatakan kelas tu cancle. perghh. memang masa tu rasa macam nak melompat. best gila. ye lah, kita memang nak ponteng. tapi betol2 takde kelas pulak. so jimat satu attendance kan? at least lawa lah sikit buku attendannce tanpa simbol 'O'hahaha. best feeling ever lah!




Fifth: korang suka kat seseorang. kira  memang adore dia sangat. macam berangan je konon orang tu pon suka kat kita. bila nampak dia, dia senyum kat kita pon rasa macam berada di awang-awangan je. macam berpengalaman je aku ni kan? memang pon! hahahaha. kalau tak, tak delah aku cerita kan? well tiba-tiba orang tu datang dekat kat kita then mintak number phone sebab nak kenal dengan kita. rasa macam nak pengsan dengar. rasa macam like seriously? mimpikah daku?lepas tu lepas tu bila dia pon cakap dia suka dekat kita. ohhh! best feeling ever! hehehe..




Sixth: korang rasa result exam teruk. siang malam dok terpikiaq sampai makan pon tak lalu. tapi kalau aku bohong lah. aku memang tak pernah makan tak lalu.pantang orang ajak confem aku on je. kalau free lagi lah! hehehe.ok bila sampai waktu cek result je, tangan menggigil macam orang kena parkinson. then, bila result terpampang depan mata, tutup mata lepas tu bukak balik sikit,konon tak sanggup nak terima kenyataan but alangkah terkejutnya bila tengok result yg disangka teruk tu rupanya agak gempak. subjek yg kita rasa macam paling hampeh dapat paling cemerlang. perghh! best feeling everr bhaii! bila lah nak jadi macam ni lagi, harap the last sem ni dapat merasa cam ni lagi. amin. amin.





p/s: point 4th ,5th n 6th macam makin sikit je elaboration dia. hangat-hangat taik ayam lah aku ni. huhuhu.so guys, korang pernah tak rasa macam yg aku rasa? meh kongsi meh.


*less than three* <3

22 comments:

SitiNurIzzati said...

haha ! saye sokong gilak kat point fourth 2..siyes miyes epi giler bile time malas nak g class.pas2,tbe2 kwn mssg xde class.mmg terus lompat ke katil..tidoq.hehe

Si Nuansa Eyqin said...

bahaha. sama2 part no 1,2,3. sep sikit. kui kui kui.

elyzatul nastaysah said...

cik nath..kte pling ske yg no.5 tu.hehe;p

Señorita Layla Zahara said...

penah, penah!
yg first tu yg plg tepat skali. hik3

syamimi fatin said...

yg mimpi buruk tu serius tkut... ponteng kelas prnh... tdo je kt bilik, skali kwn2 yg pg kelas tu balik dia ckp kelas cancel lecturer lmbt ckp.. haha best gila. diorg kata kau ni mcm tau2 je kelas xde kn?

haha:D

fyezah hasbullah said...

wahhh .. dapat rasa tuh ...
kalo fyezah plok best feeling ever bila dapat makanan ..
muahahaha .. memang melantak jer lah .. ngehngeh :)

Chegu Zubir said...

best3...suka baca...entry nih...stuju sgt3

im new folower op u

jom baca
Gagal Bercinta itu Kenangan Indah

Amirrah Zawani said...

hahah!! bab kelas kensel tu memang best.. ;)

saharinasaharudin said...

btol tu.esp part yg keenam tu.ririn slalu cmtu.rsau sgt result exm,tp, alhamdullilah. :)

nhn said...

point 1 and 2,,,sumpah best.hihi

KAMIHIDUP said...

ada juga rasa. bila takde duit, pergi atm, tiba-tiba duit keluardari mesin, padahal belum masuk kad pun, rupanya orang sebelumnya terlupa ambik duit. :)

margie gates said...

sangat gembira kalau yang no 4 itu berlaku..lol

UNA budak BAEQ said...

sapa yang tak pernah rasa macam tuh mmg tak normal . haxhax

nanges bila bgn tido tuh salu jadik .huhu yang hari tuh plak cek poket seluar yg dah lama tak pakai ada 50.wuu terus pergi tgk wayang =.=

lisa said...

point no 6. sangat betul :D

Pijahh' de-Arr said...

akak..mcm nk samalah kita..best feeling ever ever lahh..!

cuma y ke six tu..hohoo best feeling tak everlahh..huhuxx..~

Puteri Iqa Izyan said...

Fourth: korang malas nak pergi kelas
>>haa.yang ni best. time tak g clas.tido habes2. pastu jumpe kwn then tny psl clas. die jwn class tadi kensel lah. pheww..bangga tak g class.haha

Cik Nathrah said...

yeeayyy! sep meh korang! heheh. ade jugak yg same cam aku kan? sape tak pernah rase mmg kesian lah. ;p

Rashid said...

Memang betul .. bila kita diberi senyuman oleh sidia yang kita minat rasa cam nak terbang je.. indahnya..

camana pula agaknya bila orang yang kita tak suka asyik senyum je kat kita? adoii ..

♥CIK SHA♥ said...

errr..rasa2nye, 6-6 tu sis pernah rase..kui3..

Dalila said...

Wah!! Sumer yang u cKp tuh..mcm i penah rasa Sumer2 tuh..

Nice entri n Nice Writing.

Keep Update ;)

Best la bce bLog awak ;)

Dalila said...

Cantik No Follower awak td genap2 1200..

tp ble sye jadi followers awak..dah jadik 1201..Erk!

Sowi..hehe..x kire2..nak foLLow gak..;)

Dalila said...

Entri saya 1201 ;)

Nite;)