Monday, May 23, 2011

Jadi pelayan restoran ok what?

Assalamualaikum!


Dulu masa lepas SPM, aku pernah kerja kat restoran marrybrown dekat cameron highlands ni. korang jangan tak tau, marrybrown kat cameron ni bertahan lama dari dulu sampai sekarang. bukan macam dekat shah alam tu. dah lingkup dah pon. hahaha. ye lah, bukan senang nak bersaing dengan fast food restaurant macam KFC, McD, pizzahut etc tu kan? marrybrown ni sebelah mata pon orang tak pandang.ye dak?

marrybrown cameron highlands.  credit to google.

Tapi disebabkan dekat cameron ni tak de banyak sangat choice fast food yg ada, so maybe sebab tu jugak dia mampu bertahan sampai sekarang. dulu masa aku kerja dekat marrybrown ni, KFC pon tak ada lagi. memang laku lah jugak. sekarang aku tak taulah tahap kelakuan dia. hehe.


so, sepanjang aku kerja dekat situ, banyak benda yg aku belajar. aku belajar cari duit sendiri. hasil titik peluh sendiri even aku rasa tak de peluh pon. ye lah, cameron. what do u expect kan? baru aku tahu, macam tu lah payahnya mak bapak kita cari duit. baru aku tahu susahnya kerja kalau tak de pelajaran. kerja punyalah penat nak mampos tapi gajinya alahai...


tapi aku tak kata kerja kat restoran ni tak best. even penat, banyak jugak benda yg korang boleh belajar. contohnya, korang boleh belajar macam mana nak communicate dengan customer. macam mana nak treat customer. macam mana nak handle perangai manusia yg macam-macam ragam.


masa aku kerja dekat situ, ada satu masa tu memang ramai sangat pelancong dari arab datang. aku ni ngada-ngada lah konon nak speaking arab. padahal belajar sampai form 3 je. itupon banyak dah tak ingat. time tu aku jaga kaunter. aku pon sengeh-sengeh macam kerang busuk.


pak arab tu ade anak hensem gak la.;p


" Assalamualaikum. ah lan wa sah lan ila marrybrown. kaifa ha lu ka ya sayyid? "

(selamat datang ke marrybrown. apa khabar encik)


huihh. pak arab tu bukan main lebar senyum kat aku. maybe excited sebab dengar aku cakap arab kot. dia pon balas :


" Waalaikummussalam. ana bi khoir. syukran"

(saya sihat. terima kasih)


tapi lepas tu dia bantai speaking arab siap tangan terhayun-hayun macam karam sigh walia. aku pon macam terpinga-pinga. dalam hati cakap apa lah pak arab ni merepek. so untuk menjernihkan keadaan aku pon bersuara. ecehh


" Aasifff! (maaf). actually i just know only a bit of arabic languange. i'm sorry sir."


pak arab tu pon buat muka paham tapi still senyum. lepas tu aku ambil order depa lah kan. yg bestnya, bila dia nak balik tu, dia sempat cakap:


"Thank you Nathrah. i love your service. Insyaallah i will come here again"


tanpa disangka dia hulur aku duit. tips la kiranya. RM 100! aku macam terkejut jugak lah sebab macam agak banyak jugak tips dia bagi. itu aku pelik jugak macam mana dia tau nama aku kan.


" Oh sir. thanks so much. but how did u know my name?"


dia pon jawab:


" there..." 


sambil tunjuk name tag aku. aku pon senyum jelah. padahal cover malu. baru nak perasan diva tadi. hahahaha!


kembang hidung aku time tu. wakakaka


so, tu antara kenangan manis la time aku kerja kat situ. banyak lagi sebenarnya. pernah sekali tu ada sekumpulan mamat-mamat sabah datang. perghh! hensem gila semuanya. time tu best gila cuci-cuci mata. tapi paling best bila diorang nak tangkap gambar sama-sama dengan aku. hehehe! 



tapi ada jugak yg tak best. pelanggan ni kan macam-macam. ada yg cerewet gila. kadang-kadang menyampah pon ada.tapi aku malas la nak cerita. aku cerita yg manisss je. hehe. bila aku kerja kat situ, baru aku paham perasaan org yg kerja restoran ni. and aku tahu apa kehendak customer. ye lah, kalau kita pergi mana-mana, kita mesti nak pelayan yg mesra. kalau yg jenis muka masam macam ketiak korang bangla tu siapa suka kan? macam nak tonyoh-tonyoh je ye dak?



eh terpanjang pulak entry aku ni.sebenarnya aku pon tak tahu apasal aku tulis entry ni. hahaha! btw, enjoy reading ye. :)


till then, bye!


p/s: korang yg tengah tunggu nak masuk U tu or tengah cuti sem ke boleh la try jad crew restoran. ;p


*less than three*<3















43 comments:

fyezah hasbullah said...

sis nath .. awat muka last tuh ?? .. HAHHAHAAHHAAHHA

EDlinaaJohari said...

Dpt tips rm100 tu yg tahan tuh.haha

KAMIHIDUP said...

baru nak perasan diva tu kelakar, heee, rupanya ada name tag. :)

mardhiah ismail (: said...

hehehe experients tu yang syok kan. penat keja dapat gaji time besttt.

Amanda Sasha said...

mesti hensem gilak pak arab tu kan. Pergghhh. Ehem2. Org sabah memang comel2. hahahha ( kesukaan)

Shurazirah Sukhur said...

wahh,bestnya dapat tips rm100..saya dulu pun keje kat fast food tapi kat pizza hut..memang byk pahit manis kan keje kat fast food ni..tapi semua tu utk pengalaman hidup..hee

p/s:kelakar tengok gambar awak yg kembang hidung tu..hahaha :)))

nuruashia ♥ said...

perghhhhhhhhhhhhh 100 tu hehehhe..power ahh..

nanad said...

pergh~rm100 tuuhh..

aReciK_gUrL said...

wah...best jugak..cuti lame ni kalau keje ade jugak masok..dr xde pape.. suke2...kim slm kat anak pak arab tu..kehkehkeh...

Aimi dan Pakcik Hashim said...

betul2
org2 sabah hensem2 belaka

Aimi dan Pakcik Hashim said...

betul2
org2 sabah hensem2 belaka

Srikandi Bonda said...

hahaha.. best2! terbaik punyer service. ^__^

Marya Hana . said...

eh pak arab memang duit berkepuk lah kan.. setakat 100 dia nak hulur kat cik nathrah, kacang je..

bestnya keje kat cameron.. x bepeluh kan.. :)

AslamTaslim said...

/wahaha epic face!

and there's nothing wrong with working in a restaurant. :)

azalia hjsalleh said...

perghhhhhh seratus, leh la shopping baju or shawl ;)

kita last belajar arab pun time darjah 6 ;(

Lili Sakina said...

weyh tgelak aku baca part name tag tuh...nway, super nice blog

Puteri Iqa Izyan said...

marrybrown kat terengganu pun dah lama lingkup. hahaha..

eyh. dapat 100? pehhh.. mesti syok gile time tu.


err. gmbar tu semacam je sis.. haha

elyzatul nastaysah said...

alahai..kemaen comel lg gmbo yg last tu;]

Liyana Zahim said...

Ahakss.. Amboi suka no pak arab pgl nama..

chE's dAughtEr said...

penah jugak jadi..

kura said...

oi. best mak dapat tip rm100? Haishh.. untung laaa :3

Ad-Dien said...

wahh ckp arab sikit dapat 100..rezeki lah tu..alhamdulillah yer

World of Ad-Dien (WADi)

erysweetie said...

nak keje kat meribraun jugak lah =p

nadia ar-rumaisha said...

dear, asal muka camtuh....aduhhh lawak laa....hikhikhik tp saya belum pernah kije restoren... jadi promoter sambilan pernah laa

tieykah said...

haha.cakap arab kot.

kerja restoran mcm besh jer.:)

g_NoLa said...

kekeke...tang org2 sabah hemsem tu betul! huhuhu..bangga ar jd org sabah cik nath klu camnie. ahaks!

p/s: x sia2 aku lahir n berasal dari sabah. huhuh...

tulus sweet said...

pak arab cik natrah? no!

Mohd Shahir Shamsudin said...

woha.rm100.banyak gila.tapi orang arab memang kaya-kaya.maklumlah tokey minyak.

p/s: kawinlah dengan orang arab! lol

✿puteri✿ said...

salam,jejln kt sini.

Imran nyambek said...

gua hensem gak.haha

Amni said...

tak pernah kerja part time.. sebab bila nak buat, mesti mak tak bagi.. dah tu, bila dah de encik tunang, encik tunang lak tak bagi.. huhu

Cik Nathrah said...

hehehe. tu la penting jugak sebenarnya belajar 3rd language ni. biasanye org chinese akan automatik suke dekat melayu kalau kie pandai ckp chinese. so korang2 baik belajar mandarin sgt2 penting skng.

nanti korang boleh la praktikkan macam aku ek? mana tau dpt tips lagi masyukk. hehehe


eleh, korang yg budak2 sabah tu perasan jeee ;p

syakey said...

menarik jugak tu.
mmg oke pe keje kt kedai2 macam ni.

Nurul Ashikin said...

cikin ketawa bile bca cite kak natrah nie. comel la! psl tips rm100 tuh.. huaaaa kayo2!! ^^

saharinasaharudin said...

wahhhh,best tu.dpt experiences & bljar deal dgn rgam manusia.kan? :)

You Me Together Forever said...

hahhaha nasib baek dia tau nama je .. belum no fon . ahhhaha kalu x. da bwk balek di negara dia :)

sumpah lawa n geram nk kiss pic last tuh

Srikandi Bonda said...

cik nathrah.. Yun tag anda di sini. ^__^

http://diarihatimuslimah.blogspot.com/2011/05/cerita-kreatif-aku-bersama-ben-ashaari.html

misz aisya said...

hey best giler dpt tips bnyk camtu.

natrah, camne nak apply keje kat fast food ek? kalau cuti sem tu sebulan setengah je, agak2 boleh keje tak?

Azi Huhu said...

tu la, marry brown kalu kat area lembah klang. mcm kurang sambutan. :)) wahhh besar tips

syieda said...

muke Cik Nath..hahahaha...

dpt tips RM100..mmg best..syieda keje kt klinik..byk tlg doctor jahit luka.. ^_^

Eza Zularyeza said...

org arab mmg peramah bila kita tau bhsa dia.prnah melalui nasib yg sama.tegur anak org Kuwayt kat lif hotel..lps masuk bilik je budak tu tak henti2 men loceng bilik kitorg.jd geram lak.

Cik Nathrah said...

hehehhe. tu la pasal. marrybrown kat lembah klang mmg hidup segan mati tak mau. nasib baik i keje kat cameron


heee..of cos la besttt dpt tips byk! selalu dapt rm20 je..


misz aisya: oh dulu kite apply time tu mmg ade jawatan kosong dia tampal. tp biasenye kite boleh je dtg tanye ade kerja kosong ke tak kat restoran tu. dia akan bagi borang pastu ade interview sket.


eza: hehehe. mane2 org pon akan suka kalau kita pandai bahsa diorang. macam kite lah, kalau ade org putih yg terer ckp melayu, mesti kite suke kan? cth cam ben bradshaw kat utube :)

EZAN IDMA said...

saye penah pegi mb kat situ. haha. wa rm 100.rejeki tu! haha