Sunday, July 3, 2011

Ciri-ciri client yg buat aku menyampah

Assalamualaikum!


hari ni dah genap sebulan aku kerja. ramai jugak pembaca blog ni suruh aku kongsi pasal kerja aku. hehe. aku kerja biasa-biasa je. kalau aku sebut mesti korang tak tahu kerja apa. bukan macam engineer ke doctor ke. tapi sebab ramai yg tertanya-tanya, aku isytiharkan *macam nak perang pulak bahawa aku kerja sebagai valuation executive. haaa. confirm blur kan? hahaha. dah agak dah ;p

 kerja aku ni berfungsi untuk menentukan nilai sesebuah property. kenapa nak tentukan nilai property ni? sebab biasanya bank akan appoint kitorang ni, sebab nak tahu berapa jumlah loan yg diorang patut bagi kalau harga sesebuah property macam ni ke. macam tu ke. 


so, kitorang sebagai valuation executive ni kena lah buat inspection ( pemeriksaan) ke property2 tersebut. untuk buat inspection ni, kitorang kena lah buat appointment dulu dengan owner property tu. tak kiralah rumah banglo ke, condo ke, apartment ke. haaa. ni baru mukadimah. panjang gila. ;p


so, sepanjang aku kerja ni, ada jugak lah perangai client yg buat aku menyirap. contohnya:


situasi pertama


aku call sorang client ni. chinese. dia daftar application ni guna nama syarikat dia. so aku call lah nombor hp dia. nak buat appointment lah kononnya kan. so aku pon call lah dia, dengan senyuman terukir di bibir. ecewahh.


aku: hellooo. mr lim ya? i'm valuer on behalf of  bank cap ayam. u did apply for loan for property at bla bla bla is it?


client: what do you want?

(ceh. tanya aku macam aku ni cakap macam aku ada hutang dengan dia pulak)


aku: i have to come to that house to do  some inspection to take some photograph to be included in the report. may i?


client: why u need to do all that? aiyaaa..


aku: because the bank need to verify the actual condition of the property before they give u loan lah.


aku sepak jugak apek ni kang. banyak tanya pulak. tapi aku cakap dalam hati je lah. haha.


client: what ever lah. u just call my office. and ask them to fix it for you. don't ever call me back ya?


perghhh. berlagak nak mampos lah apek ni. maybe sebab dia kaya dia nak berlagak dengan aku kan. tapi time ni aku masih boleh lah sabar. tapi kalau sepuluh orang sehari aku jumpa client macam ni, pengsan 90 hari jugak la aku kot.


situasi kedua:


kali ni aku dah pergi inspect rumah dia. tapi time aku inspect rumah dia tu, tengah ada renovation. so, aku tak boleh nk proceed la sebab nilai property tu akan berubah kalau ada renovation. maksudnya akan lagi tinggi lah kalau nak compare dengan yg tak renovate. so aku pon cakap lah dekat pakcik ni..


aku: encik, rumah encik ni still under renovation lah. so, sy tak boleh nk value lagi. tapi saya kena ambil gambar la sebagai bukti yg rumah ni memang betol2 tengah renovate. so at least, bos saya tak delah marah kalau kes ni pending. boleh ye cik?


client: oh ye ke? tapi kat sini sy dah sign dah loan approval. nilai dia RM215K. sy tak benarkan. awak just cakap je lah kat bos awk yg rumah ni tengah renovate. apa susah sangat.


aku: tak delah. at least sy ada bukti lah yg rumah ni betol-betol tengah renovate. kang kalau saya cakap je takut dia tak percaya pulak. lagipun nilai yg RM215 tu bukan exact value dia. itu just indicative value je. sebab tu bank suruh kitorang ni datang tengok sendiri rumah ni. 


client: tak de2. bank dah approve loan saya. kalau bos awk tak percaya he will terminate you lah.


time ni aku dah menyirap gila dah. ada ke patut dia cakap macam tu. senang2 dia je. haishh.


aku: kalau macam tu tak pelah. kalau loan cik tak leh proceed tak pelah kan?


client: tak pe. i will find other bank.


eleh.pigidahh lah pakcik. kalau pakcik cari bank lain pon, diorang still akan appoint valuer jugak. sama jugak procedure dia.


situasi ketiga


ni masih pon masa aku nak fix appointment jugak lah. client ni ok je tapi dia ada masalah pasal fee. dia kata mahal sangat.


aku: mr lau. bank ada bagitau tak u kena bayar valuation fee ni?


client: oh ada! berapa ya?


aku: RM570.


client: aiyaaa. banyak mahal woo. selalu i bikin itu rm300 saja. apa pasal mahal? kalau macam ini haa wa carik valuer lain lah.


aku: oh i dont know lah. sebab bukan i yg bg fee ni. ni memang dah fix la. i tak boleh buat apa.


client: aiyaa. u tak boleh bagi diskaun ka? kalau ini macam wa cancle la.


aku: nanti saya tanya bos ye. 


yg ni lagi sorang. nak orang value rumah dia, tapi susah pulak nk bayar fee. yg rm 300 dia cakap tu entah zaman pak kadok bila tah agaknya.


so, ni serba sedikit la pengalaman aku berdepan dengan client sepanjang aku kerja sebulan ni. baru sebulan dah macam ni. macam mana kalau setahun? huhu. tapi aku enjoy jugak kerja ni. boleh peri jalan2. boleh pergi tengok rumah besar2. at least dapat lah semangat nak jadi kaya jugak kan? lagi satu, kerja ni buat aku improve english aku. increase level confidence aku.  hehe.

eh tiba2 rindu kat diorang nie! gamba tak de kena mengena dengan entry :p


ni je untuk minggu ni. sorry lama tak update! :)


p/s: segala nama di atas adalah bukan nama sebenar bg menjaga nama baik company. sekian :)


*less than three* <3







28 comments:

Marya Hana said...

susah jugak kerja mcm u ni.. haiyaa, kalau wa, itu client dah kena langsam cukop2 wooooo :D

Azmira Yusof said...

GRRR geram jugak dgn client mcm tuh . bnyk songeh betul ... nak duit jee .. tp xnak kerjasama ..

Kapten Atok said...

hehe
mcm tu ler kerja dengan manusia

tu pasal ramai rela kerja dengan mesin

Kapten Atok said...

mcm tu ler keja deal dengan manusia

tu pasal lg ramai rela kerja dengan mesin atau kerja back office (cth; aku)

molliesa said...

menarik lah! :)

Shurazirah Sukhur said...

sabar je lah cik natrah ye..dah nak buat camna,demi mencari sesuap nasi..heheh takut jugak nak kerja nanti..orang cakap stress kerja lagi teruk dari stress belajar..huhuh

Shehdikimi-'A'! said...

amik la kojer lain... teman takut nanti hang kena perhambat dgn parang ... idak pun anjing bulldog... huhu

vampire's lovex said...

pehhh bersabar nye yu sis..kemain lagi perangai masing2 berlagak gila...

kerja elok2 ye,nnti boley kawen cepat..ehh..kikikiki

cik aida said...

hahhahaha...congratz sis da keje...
btw, kene la bebanyak sabo eh....kalo da x sabo, nk wat perang...ajak aida skali...huhuhuhuu...

berita sengsasi said...

kerjalah ngn berkhemah!!khakha

nadiah said...

takut la plak nak masuk alam pekerjaan nanti..huhu..

Cik Nathrah said...

tu la pasal. mmg kena byk bersabar je la. takkan kite nk maki hamun dia pulak kan. nnti dia repot kat bos tak pasal2 kene pecat. padahal kalau ikot kat hati nak je tonyoh muka sekor2. hahaha

Atiqah Wadiah said...

1000 manusia ada 1000 mcm ragam..so,kita kena saba jer lar..huhu

nurul huda said...

salam akak..

wahh... sama lah kite.. huda pun baru seminggu kerja sbg valuer taw.. memang kita alami situasi yang sama lah.. kalu nak dapat client yang sporting tu memang susah lah kan.. huhu ;)

Miscellaneous Smiles said...

hahaaa..igt ka alien

Fyqa said...

dugaan betoii.. sbar ye.

Hanniss SaNia said...

wah keje tu kadang best. tp kadang mest xbest lau jmpa client degil. hehehehe ;0 kene sabar la... anyway pe qualification keje tu? degree or dip?

uynamiba said...

Hahaha

Hayati Hamzah said...

xpe lama2 dh ada experience msti bleh handle org2 camni . dh ada skill kasi dia yakin jugak dgn kita !

farahnabila said...

susah jugak ye keje camni. kena banyak bersabar. >.<

syahira ariff said...

siap amek photograph kt rumah cina tu
mencabar jugak kejer ni
ingatkn tugas kira2 duit jer
=D

akak natrah..miss u larh
lama x singgah sini
=)

Sufy said...

macam2 org yg kita jumpa kn..ehheehee

azi said...

Susah la deal dengan Client macam ni. #sobojela

delarocha said...

valuation fee selalunya absorb dlm loan, itu pun client nak bising ke?

miss nina said...

bagus, at least fikir yg positif, jadilah positif outcome :)

zalizalu said...

pergh.. deal ngan orang2 kaya.. hahaha.. memang susah...

FairuzAqilah said...

awak buat kite takut nak pergi praktikal nanti... minggu depan will be the day.. takutnyaa!!!!!!! :'O

Adikchiek said...

Dulu penah lawat blog awk nie...baca kisah pasal jerawat..masa tu teruk sngat jerawat sye..tu yang sye dok Google pasal jerawat tu..la nie sye tengah beli rumah..and tengah tertunggu2 valuer call sye...so terjumpa blog awk lagi ...he he...bank tak cover valuation fee umah sye..so sye kena contact sendiri valuer OR. Bank uruskan then sye just standby bayo je? Umah yg sye beli rm123k ..berapa agak2 nye caj. Valuation fee tu ya?