Tuesday, August 2, 2011

Eh, you tak panas ke pakai tudung?

Assalamualaikum!

selamat berpuasa and selamat berbuka pada semua muslimin dan muslimat ye. punya lama aku tak update blog sampai diam tak diam dah bulan puasa rupanya. alhamdulillah. semalam aku nak update blog ni. tapi berukband ni slow sangat so terpaksa lah membatalkan niat murni aku tu. tapi aku terpublish pulak.sempattulis tajuk je. isi tarak. haha.


ok lah. dua minggu lepas, macam biasa aku pergi inspection. rumah banglo satu tingkat. macam biasa, client yg kaya-kaya mesti chinese. bukan tak ada melayu, tapi jarang sangat aku jumpa client melayu. kalau ada pun, mesti stok rumah yg nak kena lelong. kesian kan?


nak dijadikan cerita, aku pon macam biasa datang rumah client aku ni. kalau time inspection aku lebih selesa pakai seluar. senang sikit nak buat kerja. tak payah nak selak kain bagai. kau nak terkangkang ke suka hati lah. tak da siapa kisah. kalau kisah pon  mungkin dalam hati. paling koman pon mesti diorang cakap "tak senonoh betol anak dara sekor ni". apa ada hal kan? tp sebenarnya memang ada hal pon. tak elok lah utk gadis melayu  yg berbudi pekerti sopan santun macam aku ni buat macam tu. kan kan?


tudung pulak, macam biasa aku pakai shawl je. lilit style paling senang dalam dunia.  seminit je dah siap. eh dua minit kot? hehe. sampai je kat rumah client aku, dia sambut aku dengan senyum lebar. well, nak dapat loan mestilah senyum kena lebar. 


sedang aku sibuk mensketch kan floor plan rumah dia yg besar gedabak tu, dia pon tanya aku:

"miss, don't you feel hot wearing that"

sekadar gambar hiasan ;p

sambil tangan menghala ke shawl aku.aku pon senyum je sambil jawab.


"nope. i used to it. i'm a muslim. so, what ever it is i still have to wear it. this's my obligation"


"oh ya? but its nice. i feel like trying too"


aku pandang dia sambil senyum.


"why not. u must be very beautiful"


aku balas. ya. amoi tu memang lawa. kulit bersih. kalau pakai tudung confirm ramai mamat2 melayu yg cayor.sebenarnya, aku memang dari kecik dah start pakai tudung. mulanya sebab ikut kawan. budak-budak kan senang terpengaruh. bila kawan pakai tudung aku pon sibuk nak pakai jugak. so, bila dah biasa memang tak kisah dah pakai tudung ni.


bagi aku, pakai tudung ni banyak kebaikan dia. biasanya first impression orang terhadap perempuan yg pakai tudung ni baik-baik belaka. tapi tak dinafikan tak semua pakai tudung tu baik. tapi bila pakai tudung, sedikit sebanyak daptlah cegah aku dari buat benda yg tak elok. ada korang nampak budak pakai tudung clubbing? aku tak tau jugak sebenarnya. sebab aku tak pernah masuk club. hahaha. tapi kalau ada pon jarang lah kan.


dulu aku pernah tanya sorang kawan lelaki aku ni. taste dia memang awek free hair je. aku tanya dia"



"wei, asal eh ko minat pompuan free hair je. yg pakai tudung tak cantik ke?"



"bukan aku tak suka. kalau yg free hair ni, aku peluk dikhalayak ramai pon orang tak pelik sangat.kalau pakai tdung tak bebas pulak. nanti apa org kata"


see? dari dialog tu pon kita boleh tengok kan.at least kita jaga perlakuan kita depan orang ramai.so,pendek kata walau apa pon kita, bertudung ke, free hair ke, janji kita pandai jaga diri kita kan? as people said, tak semstinya bertudung tu baik.eh panjang sangat pulak entry aku ni. ok lah pen off! tata :)


p/s: bulan puasa ni elok jugak berubah dari free hair ke bertudung. kan?


*less than three*








34 comments:

sha_motion91 said...

best pulak bacabye sis .hehe . sha dri free hair now dah bertudung ,alhamdulillah :)

sha_motion91 said...

suka baca nie sis .menarik :) hehe . sha dulu pon free hair skg da pkai tudung .alhamdulillah :)

ahmoi_chanteq said...

betul2.. hehehe =]=]=]

Cik Eka said...

betul..bertudung buat kita rasa lebih kearah kebaikan..

eka dulu on off jugak..tapi skang Alhamdulillah nak bertudung sepenuhnya....

Marya Hana said...

"bukan aku tak suka. kalau yg free hair ni, aku peluk dikhalayak ramai pon orang tak pelik sangat.kalau pakai tdung tak bebas pulak. nanti apa org kata"


dia ni lelaki tak boleh buat suami. entah hape2 je pulok...

cik najihah said...

wau..jawapan die sentap kot..
huhu..
btw jawapan akak kat kawan akk very da profesional..like2

Amalina said...

Wah, setuju sangat dengan pendapat sis!

vampire's lovex said...

pehh ayat laki tu memang straight to the point je...

selamat berpuasa juga sis :)

Mun said...

kalau start dr kecik mmg senang kn natrah...sbb dah terbiasa :)

yu ya said...

nice post. memang tu la realitinya!

cikk messy ^^, said...

nak bertudung . tp taktahu bila . takut pada perubahan . takut pada komen .

FASIHAH AHMAD FUAD said...

hye...singgah sebentar...=)dlm islam pun ckp sesiapa yg pki tudung pasti kelihatan cntek..salam ramadhan ya.

SyaficqaHamdan said...

de kebaikan bertudung. rambut tak rosak dek sinaran matahari. tuh la lelaki alim mane yg tahu suke pakai kopiah. heee

Ili Naquiah said...

hee so sweet cara u reply that lady..good2..

lolita said...

panas lg neraka,nk dibandingkan di dunia..
so,jgnla nak merungut ckp pakai tudung tu panas,kan..
moga amoi tu one day,bertudung jua
by the way
selamat berpuasa,akak!!

<3

Awek Ninja said...

takut2 lepas pose yg bertudung jd free hair balik hehehe...

Miscellaneous Smiles said...

=)

pandai jaga diri =D

slamat berpuasa sis =)

cik hani said...

setuju dgn kenyataan natrah pasal pemakaian tudung ni

Anonymous said...

i ad gf bertudung..tp bln pose ni jga btas2..hehe..tp xla berpeluk..n ad org tegur lagi time shopping..pelayan restaurant,kdai bju2.."baru kahwin ke?muda lg da kwaen,bgsla"..hahaha..see..bertudung bkn la satu isu..

0nenanina Vanilla said...

memang zaman sekarang pakai tudung pon belum tentu baik tapi lebih manis pakai tudung elak dari fitnah.. selamat b'puasa :-)

Kapten Atok said...

yg berutudng lg comel lah

Sara Cullen said...

suka giler jawapan kawan cik natrah tu. hehe. tp mmg tol laa...manusia ni kn kuat buat first impression. so, bila pakai tudung, msti la 1st impression tu baek..huhu

itudio said...

kat US pon ada je minah2 saleh sarung shawl kat kepala bg tutup silau matahari..tudung ni global, bkn utk muslim saje

Puteri Iqa Izyan said...

hurm. kalau dah biasa dari kecik pakai tudung, takkan terasa panas pun. =))

nurun nisak said...

suka entry ni....stuju sgt...
wlaupun mmg xsuma yg brtudung tu bek tp at least dia wat stu kewajipan kn....:)

fae jamal said...

fae dulu pon free hair tapi dah pakai tudung sekarang!;D

p/s:
fae jumpa kembar fae;)
taik lalat kita kat muka sama laa..;D

nazirulhazwan~ said...

tolong kenalkan aku dengan amoi tu, pelis!boleh buat awek:P

sYafIk-wAy said...

akhirat nanti panas lah sape yg tak pakai tudung tuh

Cik Nathrah said...

hye syg2 ku sekalian. hehehe. kite reply secara general je boleh? sorry x dpt reply one by one ye?

bagi aku, yg paling penting dalam bertudung adalah niat kite. kenapa kite pakai tudung? sbb fesyen ke? sbb ape? betol tak..tanye diri kite sendiri.


tp bg aku, kalau sbb nk berfesyen pon x salah, at least dia cover jugak part rambut tu kan? dpt kurangkan dosa org lain yg terpaksa pandang aurat dia. hal ikhlas tak ikhlas tu semua antara dia dengan Allah :)

myravea said...

Love this entry akak syg..

betul tu, dulu mula2 bertudung sebab ekot kawan..masa tu darjah tiga, nampak macam best je nak pakai tudung..macam biasa, mula2 pakai tudung mesti tak kemas gilaa..budak2 la katakan..then fully bertudung lepas darjah enam..Alhamdulillah :)


Salam Ramadhan, selamat beramal :)

JelinaJoli said...

Bertudung itu wajib ok!!! Tak sedia ke dah sedia ke,,, alasan saja.. Eh2 gua rasa cun bila bertudung.... hihihihihihi....

iman said...

Org yg pakai tudung manis orngnye!
dulu pon aq x pakai tudung. tp stat standard 3 dah mula pakai tudung. Pakai tudung selese lak tu. klu setakat panas tak lah panas sgt pon. mula2 x suke lame2 mesti suka!

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!

Ingat..! Allah maha melihat.

Princess Maiza said...

tha bestlaj kk

cici tembikai said...

err I belum pakai tudung , tapi ya memang betul , lelaki selalu anggap freehair ni mudah disentuh .

I actually menyampah pegang2 , dengan BF pun tak pegang tangan ,ni kan pulak dgn kawan2. i dikelilingi orang yang open minded lah (konon) yg jumpa kena peluk cium. err tp ada je yg pakai tudung peluk cium jugak.-,- tapi i memang tak selesa, salam dgn lelaki pun i taknak ni kan pulak lelebih kan.

tapi maybe disebabkan i freehair, ramai anggap i boleh dipeluk dicium sesuka hati . pernah sekali depan sang bf , kwn dia g cium pipi -,- terus dapat sekeping penampar . haish