Sunday, August 21, 2011

Hey guys...gentlemen la sikit!

Assalamualaikum!

tadi waktu aku tengah tunggu masa je nak melantak roti john yg dibeli di bazar setiawangsa, aku duduk kejap dekat seat di restoran yg diberi nama wendy's. encik pakwe nak makan wendy's. well, orang bandar. mana makan roti john kampung macam aku. hehehe. tak de lah. beliau makan je roti john. saja buat cerita. mukadimah la katakan.


so, sedang encik pakwe beratur nak beli makanan tu, aku pon cuci mata tengok gelagat orang lalu lalang. tiba-tiba datang satu kapel ni duduk sebelah meja aku. mungkin nak makan wendy's jugak. bukan mungkin lah. of cos lah nak makan wendy's. kalau tak buat apa pulak diorang tercongok dekat situ. ah merepek je aku ni kan.


gambar hiasan yg dicilok dari google


tiba-tiba, awek dia bangun. lepas tu terus beratur untuk beli makanan. barisan tu boleh kira panjang jugak lah. pakwe dia? duduk je. lepak sambil main handphone. dalam hati aku mengutuk laki tersebut.


selesai je encik pakwe aku beli makanan, dia pon duduk bertentangan dengan aku. lepas tu cakap


"awak. cuba tengok orang sebelah kita ni"


aku pon tengok  jelah. paham apa yg cuba encik pakwe sampaikan.aku pon jawab.


"tu lah. ada ke patut dia suruh awek dia yg beli. dia duduk lepak je"


encik pakwe aku senyum je. 


"maybe pakwe dia letih kot puasa."


aish. kan dah berdosa termengumpat pulak bulan ramadhan yg mulia ni. tapi tu lah kan. bagi aku, memang tak berapa best lah bila nampak lelaki duduk rilek, sedangkan awek dia terkial-kial beratur dekat orang ramai nak order makanan tu. tak kesian ke tengok awek comel tu. perempuan kan comel. manja. berbudi bahasa.sopan santun.kalau ye pon letih puasa, apa salahnya beratur sama-sama dengan awek tu kan. nampak lagi sweet gitu. tak pun, suruh je awek tu duduk, kau yg tolong order. kan nampak lagi gentlemen?


kadang-kadang guys ni tak sensitif benda-benda macam ni. kalau muka tak hensem mana pon, tapi kalau gentlemen, awek hot mana pon mesti sedikit sebanyak akan terpikat punya. contohlah, tiba-tiba dalam tren kau tengok mak cik tua berdiri tak pun awek cun lah berdiri, kau yg kacak bergaya ni dengan gentlemennya bangun then bagi orang tu duduk, perghh confirm ada awek yg kagum punya. serius aku cakap. daripada kau duduk buat tak tahu je, kalau muka hensem mana pon saham jatuh beb! percaya lah cakap aku ni. cewah.


so, kepada lelaki-lelaki di luar sana, please lah be gentlemen. tak kisah lah dengan siapa pon. jangan sebab kau nak mengorat awek je baru nak gentlemen. kalau boleh be gentlemen selalu. tak rugi pon. ok?


bye!


*less than three* <3





21 comments:

Si Nuansa Eyqin said...

permpuan tu pun!! napa nak pulak. lelaki gentlemen adalah yg selalu jadi the first utk wanita dia. bukan macam ni. *geram*

SAYA BUKAN SAMDOL said...

yeasss, they should be gentle kan kan.

semua org puasa semua org penat.:D hihih

isyam mirah said...

mmg xde ciri2 gntleman..grrr!!!

tp mne th kn pkwe dia tu sakit kaki ke...alergik ke bratur lme..hihihi..
ttbe pk positif lak..hihi

Marya Hana said...

ohh bf i yg sebelom ni perangai mcm mamat di atas.. ! ahaaa..

sekarang lega, sbb xlama2 berhubungan dengan dia.

kura said...

sy lelaki. baiklah! Eh!

miss khalilah said...

entah! tolong lah sikit! berat buntot sgt ke.aisehmen.

.azwasyafiqah. said...

bagi aku up to the couple themselves. ade toleransi shud be fine. aku pun tak kisah nak beratur belikan makanan utk balak aku. most of the time he'd do exactly that for me. so sometimes ape salahnye gilir2. tak semestinye lelaki je yang kene buat bnd utk kite. cheers :)

vampire's lovex said...

lelaki skrg susah nk jd gentleman ..pasal apa entahhhhh..belom pape dah berangan jd bos kat awek..huawaawawa

JelinaJoli said...

diorang buat sistem giliran macam gua..

Cik Nathrah said...

heee..maybe lah kot ade yg buat sistem giliran ek. tapi bg saye, its better la kalau lelake yg buat kan.. sbb barisan tu mmg panjang. kesian pulak tgk awek dia. tp yeah, depends lah kat korang nk fikir macam mane.hehe :)

♥CIK SHA♥ said...

erk? kompom laki tu ditaktor punya orang..sian awek die..kena arah g beratur membeli..yg die duduk rileks..cit!

Awan said...

hoh!

cik aida said...

payah nk jmpe y gentel...aper nk jd la..pk positif gak ne la tao laki tu gastrik keyh.. hehehe

Miza LafvaLiSz said...

yeahh...sgt stuju...kalO p order sesame lg cun kot..bru la fair..sama2 kongsi rasa penat...ahaks

nura qila said...

tak semetinye kalau perempuan yang pergi beli makanan pakwe die tak gentelman..cube fikir dari sudut positif? macam bf saya..die tak reti untuk beli fast food..nak pilih..nak bayar..die just bagi duit..maybe he is not from family yang suke makan fast food..bukan semua "mamat bergaye" tahu makan fast food..i dont think my bf isUNGENTELMAN person? kalau dalam bus atau tren..die still bg mak cik,nenek atau perempuan yang duduk..

Puteri Iqa Izyan said...

pheww~~
tak gentle lgsg =P

KAMIHIDUP said...

KAMI kembali, hiyargh! Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari KAMI. :)

State Machine said...

mmg la ada sbb2 munasabah kenapa laki tu yg tak g beli, kita tak tahu..tp macam mana sekali pun impression yg org nmpk adalah laki tu tak gentleman.titik!

0nenanina Vanilla said...

sokong nura qila.. macam bf sya gak.. xreti makan tempat2 mcam tu... lg2 fast food. kdang2 girlz yang xnak ikut selera laki..tpi sya always gilir2la tmpt fvorite mkan. tpi better order same2.. at least kite sam2 tahu ape si die suke makan. xdela orang mengata nanti.

Anonymous said...

Ini ulasan dari kakak yg dah bekawin anak tige la ye... *wink2x* Agak2 boley teka x sape? hihihihi... pis!
Begini ulasannya : Sebenarnye org lelaki lebih suka dimanjekan drpd memanjekan... percayalah.

cici tembikai said...

kadang2 pakwe kita pun gtuh T_T beli tiket wayang , order makanan -,-'' tapi kita order je , bila tang bawak dulang dia datang bawak kan sbb dia tahu makwe nya ni tak reti angkat dulang =p

mmg terasa jugak orang pandang . orang at kaunter tu lah. mesti dorang pelik kenapa makwe yang order . haiyooo