Tuesday, October 4, 2011

Hina sangat ke saya ni

Assalamualaikum~

ish. janggalnya rasa bila dah lama sangat tak update blog ni. jari ni asyik tekan butang backspace je. taip taip padam. taip taip padam. iklan nuffnang dekat sebelah tu pon dah tak  muncul-muncul. sobs. serius aku rindu nak berbelog macam dulu. 


well, semalam aku bukak email aku yg dah berkepam tu. aku memang jarang sangat bukak email sebab malas. straight to the point je kan ayat aku. sebab malas. ye sebab malas. eh berapa banyak malas daa. nampak sangat aku memang malas. tengok tu. malas lagi. dah aku pon pening baca ayat aku ni apetah lagi korang.wakakaka.


so, nak dijadikan cerita, aku terperasanlah email dari hamba Allah ni. emailnya berbunyi macam ni:

Kak Nathrah,

kenapa dah lama tak update blog? saya suka sangat baca blog akak. tapi sekarang akak dah jarang sangat update kan. t. akak, saya sebenarnya malu nak cakap. tapi saya tak tau nak cerita dekat siapa. 

sebenarnya, saya baru putus dengan bf saya. saya sedih sangat kak. dia tinggalkan saya sebab ada perempuan lain. perempuan tu memang cantik. saya tau saya tak secantik perempuan tu. tapi takkan sebab tu je dia nak tinggalkan saya? kitorang dah kaple lama kak. 4 tahun.sampai hati dia buat macam tu kat saya. hina sangat ke saya ni?

bila saya tanya kenapa, dia jawab sebab dia dah bosan dengan saya. akak, memang dalam hubungan takkan bertahan lama ke kak?

hurmm.akak, sorry sebab cerita benda ni dekat akak. sy just nak mintak pendapat akak je. kalau akak free, akak reply ye? thanks sis. love u 

Tina

bagi aku, tina ni tak rugi apa-apa pon. eh bukan. rugi sikit lah. rugi masa , rugi duit bla bla sebab layan mamat macam u. come on lah. putus sebab dah bosan? putus sebab dah dapat awek yg lagi cun? nonsense gila kot alasan mamat tu. kalau lelaki tu betol-betol hargai hubungan diorang, mesti lelaki tu fikit 2 3 40 kali jugak before buat keputusan macam tu kan? so dari sini kita dah boleh nampak yg laki tu memang jenis tak bertanggungjawab and tak hargai pengorbanan.


just forget it lah!memanglah aku cakap senang sebab aku tak rasa kan. aku pon memang of cos lah tak nak rasa benda macam ni. tapi,tapi tu lah kan. ceh tak konkrit langsung hujah aku. haha.



to Tina, kadang-kadang benda yg kita nak tu susah sangat nak dapat kan? tapi benda yg berlaku ni mungkin ada hikmah. nampak sangat lelaki tu tak sesuai dengan awak yg baik hati ni. lelaki yg baik kan untuk perempuan yg baik, betol tak? ala, rupa bukan penting sangat pon. yg penting duit. eh, bukan. yg penting hati, agama dan of cos lah duit. hahahaha! i give u one quote dekat status fb akak semalam "never get jealous when u see ur ex with someone else because our parents taught us to give our toys to the less fortunate". u got what i mean dear?

boxing je orang mcm tu tau! haha



hee. sebenarnya aku pon tak tau lah aku ni membantu ke tak. tapi boleh lah kot kan dari tak de.ok lah, apa kata kalau korang bagi pendapat jugak? haaa. mana tau lagi bernas ke ? hee.. k la tata!


*less than three* <3


10 comments:

Hajar Qalisya said...

akak,nk copy entry ni nti bley x? then sy link kan ok? bley? bley? hihi.

MAYA_mustwany said...

sepatutnya dia jangan la give up.w/p da 4thn cpel,now da tahu that guy tak boleh setia.at least da tahu sikap sebenar that guy.

dont give.kalau de jodoh tak kemana.kalau Allah swt da takdirkan dengan that guy,sure bf dia akan sedar cinta this gurlz.

kalau tak,maybe de akan lebih perfect or better dari laki macam tuh.

for lupakan sedih2 tuh,just lepak king dengan family,frenz,blog n most important with Allah swt.

just my opinion~

Anonymous said...

btul pe kmu ckp tu nathrah.
adik tu x rugi ape2...
spttnye adik tu kene rs happy sbb dh x couple ngn org cm tuh...
jd tnjuk kn pd ex kmu tu yg kmu mmpu iup tnpa die dan dpt yg lg baik dr die...
chill oke...

Cik Mira Hassan said...

cari je yg lain. ramai lg lelaki kat mlysia ni. jgn putus asa!

Azi Huhu said...

I love the quotes. Kita pun senasib dengan Tina. Siap nak block kat fb, takut kita nmpk gmbr awek dia ngn dia. #menggelabah

JelinaJoli said...

gua pegang kata2, x semestinya apa yg kita rasa bagus untuk kita adalah yg terbagus untuk kita. Dia maha mengetahui apa yg terbaik.

Cik Eka said...

tak rugo pn dik tina kalau ada lelaki mcmtu..
apalah ada pada rupa..

nampak sangat dia tak ikhlas selama ni kat adik tina...

Ct Kamila said...

mmg wajib boxing je org camtuh..


grrrr.. marah ni..tetibe..hehe

amier azrul alias said...

maybe ada hikmah di sebalik kejadian ini.
boleh jadi Allah mahukan adik tina berjumpa dengan org yg salah dulu.
sebelum berjumpa mr. Right..

apa-apa pun.
banyak kan bersabar.
pray for the best.
dont keep the revenge among him.

miley said...

akak,adore u.:)
sy bru nk start brblog.hehe.
nnt akak free follow lar ek.thankz.:)
http://mimipnm.blogspot.com/b/post-preview?token=iJPy9DIBAAA.QrtETJcadtiezNIKnlhcBA.HiJbWq5F4uAyrizQwC58dQ&postId=847439146251116890&type=POST