Thursday, October 27, 2011

Terima kasih mak. thanks abah!

Assalamualaikum!

semalam adalah hari yg paling best dalam hidup aku setakat ni. apesal setakat ni? ye lah mana tau ada lagi benda paling best yg akan menyusul nanti. contohnya kawin ke. dapat anak ke. ceh ceh. 

entry dimulakan dengan gamba muka cover bermulut itik. namun aku rasakan macam kiut. sebab tu aku upload.kahkahkah.

ok ok. semalam aku convo. alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku merasa pakai jubah convo tu. even besar gedabak tanpa potongan bentuk badan yang mengiurkan, namun ianya pasti menjadi idaman semua orang. ye lah. penat bhai belajar dari tadika sampai nak jadi mak bapak orang tak habis-habis belajar kan. so bila dah convo rasa lepas satu beban. alhamdulillah.



orang paling gembira mesti lah mak ngan abah. ye lah, dari aku pakai pampers, eh tak. zaman aku dulu mana ada pampers lagi. dari aku pakai lampin yang lepas berak kena basuh balik sampai lah sekarang, diorang lah yg banyak berkorban untuk aku.

Add caption


mak aku banyak sangat berkorban untuk aku. tak kisah lah dari segi apa pon. mak aku bukan lah berpelajaran tinggi. tapi dia tak pernah putus asa didik aku dengan sibling aku. dia tak nak kitorang susah macam dia. dulu, kalau buat kerja sekolah, kadang-kadang benda yg aku tak reti nak buat, mesti aku merengek-rengek suruh mak aku tunjuk. tolong ajarkan. sometimes, dia pon tak reti nak ajar macam mana, tapi dia tetap berusaha jugak nak bagi kitorang siap kerja sekolah tu.

adik-beradik aku selalu suruh mak aku ajar english. so haritu adik aku mintak lah dia ajar.


"makk. macam mana nak buat guna perkataan torn ni"

"ohh.the torn is on the buffalo. haa. tulislah"


keesokan harinya,


'mak, kenapa ayat yg mak ajar semalam teacher tanda pangkahhh'



hehehe. comel je kan mak aku. tapi dengan tunjuk ajar dia jugak lah kitorang adik beradik dapat masuk U. abah pulak, memang banyak habis tenaga. ye lah, dulu aku dari tingkatan 1 sampai 5 duduk asrama. abah lah orang yg paling penat sekali bila kena jemput hantar aku kat sekolah. bukan dekat. 5jam dari rumah baru sampai. pergi balik dah 10 jam. pagi esok dah kerja. kesian abah. bila difikirkan balik, memang aku banyak menyusahkan diorang.wuwuwuwu.




so, aku bersyukur sangat dapat parents macam diorang. aku harap lepas ni, Allah panjangkan umur diorang. biar aku sempat balas jasa diorang. amin amin.


semalam apa lagi, bila dah convo macam biasalah, mestilah tak dapat melepaskan peluang bercamwhore kan. bukan selalu dapat pakai jubah ni. kalau lepas ni tak sambung study dah, confirm tak merasa melainkan pergi convocation adik atau sedara mara or sahabat handai pinjam jubah diorang lepas tu tangkap gambar banyak-banyak. tapi tak feel lah kan. apa barang pakai jubah orang. hehehe.


sempat bergambar dengan diorang ni je. kawan-kawan yg lain semua bz dengan family masing-masing.


ini adegan wajib kalau convo. pasti tak lepaskan peluang punya. hehehe


seronok sangat sampai gelak tak nampak mata. muka aku kalau gelak memang hodoh.padahal kalau dah hodoh buat macam mana pon tetap hodoh jugak. hahahha


my family members yg sentiasa ada time susah and senang :)


hurm. sebenarnya banyak lagi gambar aku nak share tapi sebab internet ni slow nak mam*** so terkubur niat aku nie. akhir kata, thanks to my mom, my dad  and my family for all their sacrifices, times and all. kalau tak, confirm tak merasa pakai jubah convo macam ni. :)


and lastly, kalau campak mortar, pastikan anda menjauhkan diri untuk mengelakkan kejadian seperti di atas berlaku. hahahaha. :) with that, pen off!


*less than three* <3

51 comments:

Cik Eka said...

tahniah nath..
eka pulak tak sambung belajar lagi sebab x nak susahkan mak abah..
kalau bleh nanti nak belajar guna duit sndiri...

huhu

BudakCHOCO Official Blogger said...

tahniah :)

cik bulan said...

alhamdulillah..

jeles taw tgk org convo..wuwuwuw

bila la turn i..*sigh

gambar last mcm ada entiti..hahahaha

Awan said...

bestnye baca.terasa sekali happy nya.hoho

Shurazirah Sukhur said...

congrats cik nath.alhamdulillah,dah convo pun.semoga kehidupan selepas ni akan bertambah baik dan baik :D

Ruzanna said...

Cik Nathrah, congratz on ur convo ;]

izyan yaakob said...

congrates!!

nor shazieyda said...

congrates cik nathrah!!

mishnurlin said...

best nye dah konvo..

saharinasaharudin said...

congrats natrah dear.dah convo dah diaaa.bestnyaa! ;)

Cik Hanna said...

cik natrah! congrats! tak saba plak nak konvo nanti..wahhhh..tahniah3!

kukumalu_izie said...

Tahniah sis ^^
i love u bcoz i feel sincerity when i read ur blog...peace ya ^^

SAYA BUKAN SAMDOL said...

congrat congrat :D
semoga sukses selalu

♥CIK SHA♥ said...

tahniah nath!

nurkaloi said...

hahaha gmbar last tu memang tak bleyh bla kekeke
pape punn tahniah eaa natrah

byna said...

congrated ye dear..suke bc n3 die..;)

afie afiqah said...

umur u brape? nmpk muda tp dah convo. btw congratz(:

cikzsmile said...

salam. tahniah sis. dah convo pun. hee :)

JIJI YU said...

tahniah le weyh

Nur Syazwani Khirizan said...

Wahwahh, congrats ye Kak Natrah. :)

Cik Nathrah said...

Thanks sume...hehehe

iman said...

congrats to u kak natrah!

aya nae said...

congratzz...=)

Razis said...

tahniah. npknya bertambah seorang lagi ahli alumni uitm. sy pun alumni uitm jugak..

man said...

congrats...
usaha membuahkan hasil.

Nalisa Syahira said...

congrats kak nathrah :)

"miko itu nana" said...

tahniah!!.. :D

khairul akmal bin azman said...

congrate2...
meh amik bunge hidup ni.
hehe

laskar pelangi said...

TAHNIAH ye awak =)

bahiyah ibrahim said...

congratez kak nath :D

erysweetie said...

tahniah2.. sgt best perasaan naik pentas tu kan.

rase mcm menikah. kihkih

mekchu said...

atas2 tu mekchu terharu bila baca exp psl mak tlg buatkan ayat tu.. kena ingat tau kisah tu smpai bila2.. nnti bila dah ada anak nnti, boleh cerita kan..

& neding dia kelakar.. hahaha.. apa2 pun mekchu nk ucapkan a big CONGRATULATION!!!

.ayafinamamen. said...

congrats ! =)

nazirulhazwan~ said...

Gilerla.tahniah kawan :p pasni boleh la kawen.HAHA

Cik Nathrah said...

thanks sumeeeeeeeeee.muah :)

ThaiRa Lovar said...

taniah... amek bidang ape ek?? bru igt nk jmp sbb duk klej anggerik gak nie

Nia Ridzwan said...

tahniah sis! :)

Wannie Ariffin said...

follow dah... anywy congrate..... ada masa marilah follow me bck yaa

http://shazwanieybubblebloggie.blogspot.com/

Pateh Adnan said...

wahh, best nye dah grad! nak jugakk! wuwuwuu, walaupon cam dah lambat, nak cakap jugak, tahniaahh!! ;DD

jop singgah sini :
http://patehadnan.blogspot.com/

MaYa MustWany said...

tahniah..
pic last the best.kikikiki
pengorbanan ibu bapa tak ternilai..
kasih sayang adalah segala2 nya.

Shuk_ArChie said...

Tahniah ;) saya nak luahkan perasaan.. sebenarnya saya telah jatuh cinta dengan awak. Maksud saya saya cintakan penulisan awak, cara idea disampaikan.. hm.. berjaya buat bagi saya melekat utk klik post yg lain :)

EZAN IDMA said...

congrate nat!

Nurul Ashikin said...

cograt akak!! ^^

velasrizal said...

congrats dah konvo

Ayuni said...

tahniah!

Anonymous said...

tahniah..

-elly-

Mrs. Lady's Stylo said...

Salam buat semua stylo ladies di sini! :)

Khas buat PENCINTA HANDBAGS!
Koleksi yg menarik & stylo serta tips2 berguna.

Kunjungi kami di http://mrsladysstylo.blogspot.com/

TQVM! :)

Dinae Sevati Eleanor said...

aihk comel nya lah budak satu nie...
congratlation,,,,,,,

Ihsan Arifin said...

jadahnye baling natang tu camtu kah kah kah. btw, sambung lah belajo tinggi tinggi lagi ;)

nurulnazihah said...

congratulation!

missnaufara said...

c0ngrate 2 u...hope dengan kejayaan ini dpt capai segala impian sis...:)