Saturday, November 26, 2011

Apa yang aku dengar ni sebijik macam drama melayu

Assalamualaikum!

lama aku tak update blog. lebih kurang sebulan jugak lah. bila bukak blog ni  je, mesti entry yg sama. mesti gambar mulut itik je yg ada. boring kan? hurm, sebenarnya bukan apa. kadang-kadang bila nak update je, time tu lah berukband ni nak slow. kadang-kadang bila nak update blog je, time tu lah nak terberak lah apa lah. lepas tu terus lupa nak update apa. bila dah ingat balik, tiba-tiba mata pulak ngantuk. banyak betul dugaan. haaaa. konkrit tak alasan aku? muehehehe.


ok this is the latest me. manalah tau korang rindu kan. walaupon duduk nampak macam ganas, tapi keayuan wanita melayu haruslah dijaga ye kawan-kawan. hahaha. tak senonoh betol lah aku ni. please. jangan contohi aku. oh ya, kalau korang perasan kan, 3 entry terlatest aku ni semua pakai tudung yg sama kan. jgn salah anggap. waktu dan tempat gambar diambil adalah berbeza.hahahaha. apa jadah aku nak explain pulak kan. macam lah korang kesah. aku ni, kalau dah suka satu benda tu, memang tu je lah yg aku sebat.


so guys, how's life? eceh. ayat typical kalau dah lama tak jumpa. kehkeh. ok lah, siapa kat sini suka tengok drama melayu? elelelele. jangan nak tipu la. yg korang dok tercongok tiap-tipa hari pukul 7 nak tngok cerita nora danish tu apa? haaaa. kantoi. hehehe. *eh macam cakap depan cermin pulak.haha.aku ni bukanlah penggemar yg amat sangat drama melayu ni. tapi kadang-kadang, ada citer yg orang cakap best tu, aku pon layan jugak lah. even kebanyakan citer melayu ni agak typical, maksud aku lebih kurang sama je, tapi seronok jugak layan. ala, typical sangat. mesti ada korporat, anak orang kaya, kubur, hospital etc. kalau tengok citer melayu ni confrm ada orang mati. kan?


sometimes, bila tengokk drama melayu ni aku selalu fikir, betul-betul wujud ke orang macam ni? tapi bila dah hidup lebih 23 tahun ni, yeah memang apa yg korang selalu tengok tu kadang-kadang wujud pon.


dulu, masa aku dekat matrik aku ada sorang kawan. dia ni memang freehair.orang selalu pandang serong dekat dia sebab dia free hair. aku pon termasuk sama. biasalah. budak baru nak up. noob la katakan. tak pasal-pasal tak suka orang tu. kadang-kadang, kita ni suka je nak judge orang kan? padahal kita tak kenal pon dia. bila dah kenal, barulah kita tau sebenarnya dia tu tak seperti yg kita sangka pon.


dia selalu cakap kat aku, sebenarnya dia teringin sangat nak bertudung. tapi family dia tak bagi. mak dia cakap, kalau pakai tudung nampak macam orang tua. mak dia cakap tak yah nak mengada lah pakai tudung ni. dia cerita, dalam family dia, tak ada pon orang yg sembahyang. bagi diorang, macam pelik je kalau sembahyang dalam rumah tu. pernah dia follow nenek dia pergi surau, mak dengan abah dia senyum sinis je. dia pernah cakap, sometimes dia rasa nak duduk jauh je dari family dia. even family dia senang, tapi selalu macam rasa tak cukup je. rasa macam kosong. ye lah, macam mana hidup nak berkat kalau yg Satu tu kita lupa . walhal aku pon sama. kadang-kadang sembahyang pon entah mana. astaghfirullahalazim. macam drama melayu kan cerita kawan aku ni?


so guys, macam korang selalu dengar lah kan. hidup ni umpama drama.kita yg memainkan watak masing-masing. haaa.selalu dengar kan?eh tak tahu lah kalau korang tak pernah dengar. tapi aku selalu dengar. hheheh.tah pape tah aku ni.


apa lagi nak tulis ek. aku ni bila dah lama sangat tak update blog rasa macam kekok sangat. entah lah. rasa macam tak boleh nak all out. tak pelah nanti kalau ada idea aku update lagi ye. thanks for reading this entry till the end. salam.

p/s: tadi nampak zack zukhairi kat jusco AU2. tapi tak sempat nak tegur. kehkeh. 


*less than three* <3




16 comments:

missayien said...

betul tu..
kisah dlm drama melayu tu memang kadang-kadang betul
jadi kita sebagai watak utama dalam drama yg kita cipta sendiri
sepatutnya kena pandai-pandai la memainkan watak kita..jgn terpesong sudah
*melalut pulak ;D
salam maal hijrah,kak :)

Nia Ridzwan said...

hidup ni umpama pentas lakonan =)

Cik Nathrah said...

salam maal hijrah tooo :)

Shurazirah Sukhur said...

yup, hidup ni umpama drama.skrip dah tertulis, kita pelakonnya dan DIA tu pengarahNya.*macam pernah dengar someone cakaplaa hihi

p/s: untunglaa dapat jumpa Zack Zukhairi.handsome x dia depan2?hehe

khairul akmal bin azman said...

ape da.. mak ayah dia..
hehe.. biarlah dia bertudung kan2.

Aida Azryn said...

salam maal hijrah! :)

elynnzainol said...

nath, saje nk nyemak sini. baru tau kau ade blog sbb td masuk home fb. tumpang promote ehh. ;p

nuruashia ♥ said...

mishhh u laa cik nath..salam maal hijrah :)

Nurul Ashikin said...

btul jga ape yg akak ckp tu. kdg2 cite dlm drama tu, mmg btul2 je ada blaku kat dunia nie.=

=)

♥CIK SHA♥ said...

drama melayu tu memang diadaptasi dari kisah realiti hidup..tapi tak semua la..hehe..

macam kaksha punye tagline kat belog tu..ngam tak?keh3..

Cik Nathrah said...

hehehe.zack sama je cam dalam gambar. tp dia tak dela tinggi mane pon. keck je orgnye :)

El said...

mungkin zack zukhairy tu pun sebahagian dari drama tu, watak dia seorang lelaki ganas an gangster tapi last2 berubah jadi ustad...

hebat tak aku predict minda pengarah drama melayu? haha

Ihsan Arifin said...

aku penah gak jumpe. sorang senior aku camtu. omak dio tak bagi pakai tudung. so dekat sekolah je pakai tudung. bilo keluar dongan family, dio tak pakai. adoy lahai kesian :(

J.Syazwana said...

kadang2 bila baca cerita dari fail mahkamah macam tak logik je. tapi seyes memang berlaku dalam hidup harian. huhu

TwiggyLiyana said...

in a way, we're all living our very own drama melayu, kan? :D

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah said...

hoho. sangat drama. still ada lagi keluarga macam tu.