Tuesday, November 29, 2011

Belajar malas tapi nak hidup senang

Assalamualaikum!

jeng jeng jengggg! hai saya kembali dengan entry merapu di malam hari. sekarang ni tengah mood rajin. kalau tengah mood rajin tanpa dipaksa pon boleh up entry. kalau datang malas tu, nak up entry sebulan sekali pon payah. biasalah, manusia la katakan, sifat malas tu pasti ada punya kan. tapi aku punya malas bukan sikit-sikit. aku punya bapak segala nenek moyang punya malas.hahaha.


seperti yg korang semua sedia maklum, kalau tak maklum lagi meh aku maklumkan. hehe. aku ni bukan datang dari family yg kaya-raya. just sederhana je. sometimes, aku jeles tengok orang lain. apa yg diorang mintak mesti dapat. tak payah susah-susah kan.


dulu, zaman aku sekolah menengah, area tahun 2003 kawan-kawan ramai pakai hp. even time tu just hp 3310 je, siapa-siapa yg pakai hp time tu dikira macam bergaya lah. kira macam wow. dia ada hp wey. masyuk wa cakap lu.time tu kalau siapa-siapa yg pakai hp skrin kaler, ringtone polifonik lagi lah dikira macam paling up to date. hahaha. 


kalau aku pulak, kalau nak something tu mesti kena usaha sendiri. bukan aku je. semua adik-beradik aku macam tu. nak handphone? kumpul duit sendiri. beli sendiri. tak kisah lah, duit raya ke. duit kerja dekat marrybrown ke. kumpul-kumpul dapatlah sebijik handphone. bukan macam korang. mintak je terus dapat kan. series aku jeles. tapi nak buat macam mana. aku paham, mak abah aku bertungkus-lumus cari duit. kerja keras.takkan aku nak pentingkan diri je betol tak?

tu nampak viva oren belakang tu? tu aku beli guna duit gaji aku tau. eh tak. downpayment duit mak. hahaha.tapi aku bayar balik.even viva je bukan myvi lagi power lagi best, aku bersyukur :)

bila aku tengok budak-budak zaman sekarang ni, terutama bila aku nampak yg duduk melepak tepi jalan terkinja-kinja konon hot euwww2 nak termuntah ahkak tengok tu buat aku terfikr dalam hati. diorang ni tak rasa bersalah ke? tak fikir ke mak bapak diorang susah-susah cari duit. nak sekolah kan diorang. belajar punya lah malas nak mampos. tapi nak hidup serba mewah. baju nak adidas. seluar nak levis. spender nak armani. stokin nak nike. hp paling koman pon blackberry. motor LC sejibik. belom kira belanja awek lagi tu. padahal semua dok paw mak bapak. eh tapi aku pon malas jugak kadang-kadang. tak de life la kalau hidup nak sentiasa rajin je ye dak? 


aku tau lah, maybe ada setengah tu mak bapak diorang memang mampu. tapi at least fikir lah sikit. takkan sampai ke tua nak harap mak bapak. yg buat aku meluat bila, nak kerja yg power-power, yg orang lain pandang macam engineer. tapi spm, matematik moden pon dapat 8E. macam mana nak belajar math dekat U yg berkali-kali ganda susah daripada addmath. math mode pon dah dapat result macam tu.


kadang-kadang aku rasa bersyukur sangat. even family aku tak kaya, tapi at least kitorang adik-beradik berjaya jugak. nak kata berjaya sangat tu tak delah, tapi setakat ni alhamdulillah. dah kerja ni tak delah nyusahkan mak bapak dah. at least beban diorang kurang sikit la kan.


hurm, so kepada adik-adik yg baca entry aku ni. fikir-fikirlah. aku bukan nak mengata sesiapa pon. ni just apa yg aku nampak secara general je. sesapa yg terasa tu, nasiblah. siapa suruh malas belajar. wakakaka. korang malas belajar sekarang, confirm akan menyesal nanti. serius! baik korang dengar cakap aku. hahaha. lagi satu, aku bukan dengki korang hidup senang. tapi dengki la jugak. tak melayu lah kalau tak de dengki-dengki ni kan. wakakaka.


oklah, byeee!


*less than three* <3




27 comments:

KAMIHIDUP said...

:)

Iffah S said...

Yelah tu. Hidup mewah sgt. Kata makpak takdak duit, tapi mampu beli iPad 2 sebijik lagi. Tak faham dgn org skrg. Duit byk sgt duk buang buat benda xelok dan beli benda takda faedah.

amoy said...

kalau dulu-dulu pakai 3310 memang dah cukup hebat... pernah merasa jugak.. hehehe.. tambah-tambah kalau duk hostel yang tak patut bawak enfon tapi bawak.. haha... nice~~

Saddila said...

tak terasa pun , sebab kite rajin study . hihii

kite form 6 ,nak beli myvi bawak g sekolah laa -..-

Mesyhta Beto said...

yeah..bersyukur dengan apa yang kita ada :)

Qyra Yuuri :) said...

setuju.
tapi kgkadang tu ada org yg belajar pun dia tak dapat sbb mmg agak lembab. tapi dorang still usaha, sebab tu boleh berjaya .

pokok pangkal RAJIN , ye tak.
kalau malas apapuntakboleh .

*serius, yg bab jeles tu mmg la. kawan2 dpt result bagus , mak bapak bagi gadget2 mahal . tapi bagi saya , parents dah bayar mahal2 utk tusyen , sekolah, yuran semua . result bagus sbg balasan pada dorang .

bukan tak pernah mintak , pernah gak dulu masa ngengada. tak pikir susah payah dorang cari duit .

btw, nice entry lah kak nath :)

Izzati Tatie said...

tibe2 trase pulak entry nie ditujukan dkat sye..wuuuT__T.kena blaja rajen2 ag lepas nie.go go !

khairul akmal bin azman said...

ape la dak skrg ni..
mghabiskan beras je mak bapak
ok lettew viva oren.
org cameron..patut kulit lawa je..dkt la kite..dok smpg pulai je..


p/S: keep update ya!

burn said...

1st? hehe

hazirahahmadrazi said...

hye ! serius saya baru nk wt entry mcm ni ! kita sama pndapat laaaaa :)

betol laaaaa hairan dgn budak2 zaman sekarang ni. mana la diorg dpt duit beli bb. dlsr, i phone, lepak2 kawan2 kat mall. sdgkan baru form two ! x ksian mak bpk langsung. :)

syasya_miera said...

ukeyh sis !! =)
taengz yurp..
doakan SPM saia 2012 =)

<3 akq sgt2 !!

MiaJie said...

Setujuuuuuuuuuuuuuuuuuu!^__^

♥ Zahira ♥ said...

btul tu cik nath..setuju sgt2. bdk2 skrg yg masih skolah hidup nk style tp guna duit mak bpk. kalau btul2 mampu xpela..rezeki. ni klau x mampu nk kerah jgk duit mak bpk memang nk kene penampo 5 das.. XD

♥CIK SHA♥ said...

okay..kaksha dengki dgn nath sebab nath dah ade keta sendiri tapi kaksha takde..dengki betol! ahaha..;p

missxuroxy said...

budak zaman skrng xmcm zaman dulu nath, mntak ja dpt. kita dulu bessh payah. :) . skrg suma da moden.

EJA said...

hihi..ada juga yg tak payah belajar tp boleh idup senang..

Cik Sibuk said...

Saya sokong!!
Saya pun dari generasi anak2 tak mewah/glamer sampai nak bangkrap mak pak.

http://ciksibuk.blogspot.com

faliq dato' yahya said...

Salam cik nathrah...

good entry..

budak2 skang nih hidup dah senang..tapi ibu bapa lah mencorakkan mereka..

sbb tu ilmu agama pon patut di terapkan...

tq...

Anonymous said...

I am really satisfied with this posting that you have given us. This is really a stupendous work done by you. Thank you and looking for more posts

nhn said...

comel je viva oren tu :D

Asnida Ridzuan said...

ha'a betol laa kak nathrah. saya setuju ngan kak nathrah :))
mujurlah saya bukan jenis ngade2 sikit hehehehe.. nak kata family sy sng tuh xde laa, gune fon biase je.. tu pon secondhand abah punyer, walopom hodoh, tapi sy ttp bersyukur :)

Anonymous said...

I am really satisfied with this posting that you have given us. This is really a stupendous work done by you. Thank you and looking for more posts

♥e'in♥ said...

oke tak terasa pun.. ;p

Siti Nur Aisyah said...

bagus bagus.;)

kiang-boy said...

good thought :)

Aina said...

kete kite same!!!

Deep Down IN MyHeaRT said...

i have exactly the same shawl u wearing.. n i love it... its my feveret shawl...