Tuesday, January 25, 2011

Kenapa BF/GF Korang Tak Digalakkan Rapat Dengan Kawan Korang

Assalamualaikum~

Hai korang! tesis aku dah siap! siap chapter 3 je lah. ada lagi 2 chapter and sekarang aku tengah struggle nak siapkan chapter 4 sebelum cuti raya cina ni walaupun harapan macam tipis. macam biasa, kalau dah siap satu chapter aku akan berjimba2 dulu sebelum proceed dengan chapter baru. eh, cam cool pulak word berjimba2 nie. cuba korang sebut banyak kali. cool kan? tak?ceh. FINEEEEEEE! 

aku kan selalu ada masalah bila nak start entry baru. i mean aku macam tak reti macam mana nak start ayat dia. kalau korang rasa mukadimah aku ni macam tah pape korang ignore je lah ek?

ok ok. kenapa aku buat entry ni? sebab aku rasa macam best kot. gila tak kukuh langsung jawapan aku kan? sebenarnya aku pon tak tahu. aku just nak share dengan korang yg baca blog aku ni. tu je.

Biasanya kan, bila kita rapat dan baik dengan seseorang dan orang tu ada bf/gf, kita mesti akan kenal jugak dengan bf/gf dia tu kan? tak ke?hurm. depends kot. kalau korang rapat maybe korang akan kenal jugak bf/gf dia.well.biasalah. orang tengah bercinta akan suka bercerita pasal orang yg mereka sayang.betol? so, bila dah rapat korang mungkin akan diperkenalkan kepada bf/gf kawan rapat korang tu.

olololo..comel! credit to google.

Ok.aku bagi situasi. A pakwe B. C adalah kawan baik kepada B.biasalah,couple kalau time gaduh2 time tu lah nak off hp. tak nak balas mesej. call tak angkat.so, nak cari penyelesaian si A tu kadang2 akan cari C untuk in touch dengan bf/gf dia tu. betol tak? kalau dah selalu macam tu, A akan selesa dengan C. and mungkin lepas tu akan berbalas2 mesej call bagai. so,bila dah macam selalu contact,diorang akan jadi makin mesra. A pulak mula share problems dengan C. katakan lah A tu memang stock lelaki hot. tak ke yg si C ni tergugat iman dia. so mula tunjuk caring dan sebagainya. lama2 si A pon macam berkenan dengan C. then.... korang sambung sendiri la ek. kalau tak, tak de lah kes kawan rampas bf/gf kawan kan?

terbaik! google mari.
aku cakap berdasarkan pengalaman. banyak dah yang jadi cam ni. bukan satu dua je. dari zaman aku sekolah lagi banyak kawan2 aku macam ni. aku? tak pernah. nasib baik. so, sebab tu aku kalau bf kawan2 aku call aku selalu nak mengelak. malas nak ambil tahu pasal orang lain. and kalau ada bf kawan2 aku yg macam nak kenal ke apa, aku macam tak berapa suka. bukan aku sombong atau bajet bf tu suka kat aku. aku tak nak jadi benda macam ni.

ni opinion aku je ok? kalau tak setuju its ok.

*less than three*<3


Sunday, January 23, 2011

Oh, Trend Sekarang Memang Macam Ni Ek?

Assalamualaikum!

Oh sekian lama aku menyepi. adakah kalian merindui diri ini?  apa,takkk langsunggg?ok FINEEEEEEEEE! sorry lah sebab dah lama tak ngupdate blog picisan aku ini. aku bz la. biasa lah kan. kata budak final sem of courses lah bz.kan?kan?  oh ya, sebelum tu aku nak cakap thanks kepada korang yg sudi follow blog ni even aku sekarang dah jarang blogwalking. rindu. tapi apa nak buat? so, aku mintak maaf kalau aku tak sempat nak follow or jenguk blog korang ye? aku tak sombong ok?

even muka macam sombong and macam nak mintak penyepak tapi sebenarnya aku
tak sombong ok? paham semua? bagus!

ceh panjang pulak intro aku ni ye. baik lah baiklah. jom la straight to the point berkenaan entry aku ni. aku tulis berjela2 pon korang bukan rajin sangat nak baca. ye tak? ;p

melalui pengamatan mata kasar aku yg sedikit rabun-tapi-tak-nak-pakai-spek ni sekarang ni banyak sangat atau berlambak aku tengok:

1)DSLR dan freelance model.
Kalau zaman dulu, aku tengok cuma apek2 cina yang tukang amik gambar orang kawen je yg ada kamera besar gedabak ni tapi sekarang kalau kita tengok sekeliling pon kadang2 boleh nampak bebudak bersama DSLR nya yg tersangkut dekat leher kan? lepas tu banyak pulak freelance model yang hot2 dan cun2 tu.(elehh.mekap je lebih tu). *ayat jeles. hahaha! tapi tak semestinya semua model tu kena yang cun. sebab biasanya photographer ni guna model2 ni untuk asah bakat diorang dalam photography je. kalau aku yg jadi model, habislah clear gila jerawat batu kawah gunung berapi kat muka aku ni.

see? tak lah cantik mana pon model ni kan? boleh je jadi model. :)


2) Gadis dan gitar.
Bermula lepas Yuna yang banyak men'impress'kan orang ramai, lepas tu makin banyak aku tengok gadis bersama gitar menguploadkan video bersama gitar dan mencoverkan lagu orang lain. dan kebanyakan dari mereka ni mempunyai suara yg sedap2 dan fullamakk siot.yelah. kalau suara macam katak puru tak kan nak upload dalam youtube kan? tapi yg tak berapa best bila dah terlampau ramai jadi macam susah nak cari kelainan. lain lah kalau buat lagu sendiri kan? baru lah macam best. contohnya macam si najwa latif tu. tak kenal? cari kat youtube! lagu Carta Hati dia buat sendiri and sedap wa cakap lu! *lepas ni aku nak jadi gadis dan violin pulak lah. tak pon piano. tak pon seruling. tak pon rekoder. baru ada kelainan.perghhh! ;p



3)Fenomena penyanyi korea berkumpulan.
Haa..yang ni lagi satu. sekarang ni makin banyak pulak aku tengok budak2 yg suka dengan korean ni. kalau dulu, drama diorang. sekarang dengan penyanyi2 diorang pon dah feymes kat Malaysia ni.even tak paham sepatah haram pon apa yg diorang dok membebel tu pon ramai yg minat terutama budak2 pompuan nie.ada jugak yg sampai belajar bahasa korea. hee..yang ni bagus lah kan. boleh tambah jenis bahasa yg kita tahu. tapi aku tak ada lah minat pon. yang aku tau group Wonder Girl yg no body no body tu je lah. yang lain haram aku tak ambik tau pon. tu pon sebab lagu diorang ni feymes kan and ada English punya.

perghhh! comel2 siot. tapi banyak yg plastik je.


4) Gadis dan selendang.
Sekarang ni kat mana2 pon kita nampak budak2 pompuan pakai selendang atau nama glamournya shawl. kalau dulu semua sama je. nak cari budak pakai shawl ni pon susah.dulu semua pakai pattern kain kosong yg cepat berkedut berbentuk empat segi and perlu diiron. eceh. saja bagi panjang. padahal boleh je cakap tudung bawal kan? hehe.tapi tudung bawal ni evergreen. kiranya sampai bila2 kalau korang pakai, tak kan ada yg kata korang tu outdated sebab sampai sekarang berlambak je lagi yg pakai kan.tapi aku pon termasuk jugak lah dalam bebudak yg memakai selendang nie. sekarang macam2 jenis ada. yang jenis tak payah gosok pon ada. mudah. and ada satu perkara yg positif pasal trend selendang nie, banyak yg free hair dulunya dah bertudung. kan bagus tu? tapi kena balik pada niat lah kan? yg penting Allah tahu apa niat kita bertudung tu. kan?

comel je hanis nie :)

aku rasa ni je kot yg aku nampak. tapi aku rasa banyak lagi. cuba korang bagi idea pulak. ce citeee ce citeee ce citeeee!

p/s: cam biasa pic tu banyak dari google.

*less than three* <3

Wednesday, January 12, 2011

Kenapa Kita Selalu Fikir Apa Orang Lain Kata?

Assalamualaikum!

Sebagai bangsa melayu yang memang pure, aku memang tak boleh lari daripada pemikiran dan tingkah laku melayu. kiranya, sedikit sebanyak kehidupan seharian aku dipengaruhi dengan tatasusila melayu. ceh apa tah aku merepek ni. ye lah takkan anak melayu tiba2 jadi macam anak mat salleh pulak kan? melayu ni memang popular dengan sikap yg lemah lembut serta berbudi bahasa. tapi ada jugak certain part yg aku tak berapa berkenan dengan perangai orang melayu ni. santau menyantau sesama bangsa siapa lagi kalau bukan melayu kan?dengki sikit nak santau. orang tu lebih sikit nak santau.cinta kena reject nak santau. ada korang dengar uncle Chong santau uncle Lim? tak de kan? kalau ada pon jarang and kadang2 je.

santau. sekadar hiasan ikhsan google.
So, selama aku hidup sebagai anak melayu ,aku dah kaji serba sedikit perangai orang melayu ni. termasuklah yg terjadi kat diri aku sendiri. biasanya kita selalu fikir apa orang lain akan kata kalau kita buat sesuatu tindakan yg boleh dikatakan lain daripada yg lain atau bak kata encik Fradep (aku reka je nama ni tapi macam best) dikira 'rare' lah daripada masyarakat sekeliling. contohnya macam ni la yg simple  kot:

Situasi pertama: Persiapan Kawin

Aliya(nama moden sikit la beb. asek2 minah je) : Mak nanti kenduri saya nak yg grand2 tau. anak raja pon kalau boleh jemput sekali.barulah gedevasss!

Mak Aliya: Ish kamu nie. nak buat grand2 cukup ke bajet semua?

Aliya: Ala mak. nanti apa orang kata kalau kita buat simple2. orang lain semua buat kat hotel bagai. tak kan saya yg kawin anak bisnesman ni tak boleh kan.

botak kepala kalau wedding camni.

(Lepas tu, bila da selesai majlis hutang pon keliling pinggang. dah tak mampu buat je lah cara tak mampu kan)


Situasi kedua: Kawin awal

Anis: Aku rasa macam nak kawin lah time study ni. Tapi nanti apa pulak kata orang. Sedara mara aku tak de pon yg kawen awal. Nanti diorang mesti kata aku gatal lah. apa lah. 

Siti: Tu lah. kalau boleh aku pon nak kawin awal. ye lah dapat elak maksiat tak gitu?

(Tapi disebabkn family Anis n Siti yg tak sporting dan risau masyarakat mengata hasrat tu terpaksa dikuburkan je lah.)



Situasi ketiga: Pilihan tempat untuk menyambung study

Saiful: Mama, epol ingat nak sambung study kat Malaysia je lah. malas la nak jauh2. semua sama je kan mana-mana pon. Lagipun dapat jimat kan?

Mama Saiful: Eh, tak boleh! tak boleh! mana class kat Malaysia. Nanti apa pulak kawan2 mama kata. anak diorang semua further study kat oversea. apa mama nak jawab nanti?

Saiful: Tapi maa..

Mama Saiful: Dah, tak de tapi tapi!

(dialog kat atas ni terhasil akibat terlampau banyak menonton drama melayu.hahaha)



Haa.. dapat relate tak? memang melayu akan fikir apa orang lain kata.bla..bla..blaa.. kan? termasuk lah aku.kadang2 teringin nak buat something tu tapi terbatas sebab fikir nanti apa orang lain kata. sampai bila nak berubah pon tak tau lah. puncanya satu je. sebab kebanyakan orang melayu suka ambil tau pasal orang lain and then mengata orang tu. kalau tak, mesti tak kan wujud soal ni kan?entah lah.

p/s: semua gambar adalah sekadar hiasan sahaja yg diperoleh dari google. sekian

*less than three* <3