Friday, February 25, 2011

Jenis2 hantu yg popular kat asrama

Assalamulaikum!

alhamdulillah. hari ni aku dah berjaya submit tesis aku. and syukur jugak aku dapat supervisor yg sangat baik hati. thanks so much prof. kembang bontot aku kena puji dengan prof tadi. hehehe. 

ok hari ni aku nak cakap , eh bukan cakap la actually, more kepada menaip la kot. what ever lah kan. sejak aku form1 sampai lah ke hari ni, dah sepuluh tahun aku stay kat asrama. dari aku form1 umur 13 tahun sampai 23 tahun sekarang. kiranya masa aku banyak dihabiskan jugak lah kat asrama ni. so, pada korang yg selalu cakap orang cameron putih2 itu adalah auta sebab aku memang jarang stay kat cameron kecuali hari cuti sahaja. putih itu adalah faktor tepung gomak yg aku tepek2 kat muka ni ha. 


contohnya seperti gambar di atas. efek tepung gomak beserta lighting yg terlampau terang jadilah
aku putih yg tak semulajadi. ;p
ok, sejak duduk asrama ni macam2 jenis hantu yg orang dok cerita. tapi yg peliknya, bila aku tanya kawan2 aku yg duduk kat asrama lain pon cam lebih kurang sama je ceritanya. antara calon-calon hantu yg agak glemer adalah:

1)Toyol

walaupun hantu ni tak lah hensem malahan ketot serta botak berwarna hijau tapi beliau selalu menjadi sebutan dikalangan pelajar asrama.

 kalau korang pernah duduk asrama mesti korang familiar dengan dialog ini:

'1..2...3...5...ehhh syilappp syilapppp! 1...2...3....dah tidur..tapi ada sorang tu buat2 tidur' dengan nada yg penuh comel la konon2.ye lah toyol ni kan ketot macam upin ipin tu.

pernah dengar tak? tak? FINEEEEE! aku first time dengar memanglah seriau jugak lah kan. tiap2 hari nak jadi orang yg paling awal tidur sebab takut toyol ni dok kira2 pastu dia tau aku tak tido pastu dia teasing aku.then ketawa. mahu terkencing dalam seluar jugak aku time tu. 



2)Hantu makcik karipap

mak cik karipap ni aku first time dengar masa kat matrik dulu. tapi bila aku baca blog fatin liyana hari tu, dia pun ada cerita jugak pasal hantu makcik karipap ni kat matrik dia. maybe hantu makcik karipap ni suka kacau budak2 matrik je kot. kat sekolah tak main lah kan. cam tu kot. mak cik hantu karipap ni adalah hantu yang jual karipap malam2 melalui koridor tepi tingkap. contohnya, korang tengah study sampai lewat malam, lepas tu tiba2 ada orang ketuk2 tingkap kat sebelah meja study korang tanya macam ni:

'adik, nak beli karipap?'

err..pinjam kejap lah kak limah yg korang bangga2kan tu jap ek.

korang yg kononnya kusyuk serta tawadok study pon cakap :

'no thanks lah makcik. terima kasih'

lepas tu korang tiba2 baru perasan macam mana mak cik tu boleh lalu kat tepi tingkap dekat koridor tingkat 4 hostel? haa.bila aku dengar cerita ni, aku pon jarang study sampai lewat malam sebab tu pointer aku tak power kot. hahaha. alasan!

3)Pocong.

kat sekolah aku dulu, orang panggil hantu ni ' big sweet' atau dalam bahasa ibunda negaraku yang tercinta ni, 'gula2 besar'. ye lah. bila tengok pocong ni, kan berikat kat kepala and kaki, nampak lah macam gula2. pandai jugak orang yg bagi nama dia. sweet2 gitu. haa, hantu jenis ni memang sangat glemer kat sekolah aku dulu. tapi kali ni, hantu ni memang betol2 wujud. and aku pernah nampak. kalau korang berminat nak dengar cerita ni, aku buat entry lain nanti. lepas tu aku cerita macam mana aku boleh nampak hantu ni. kalau minat nak tahu, bolehlah tinggalkan komen korang nanti. kalau tak de permintaan memberangsangkan aku tak cerita lah kan. hehe


4)Hantu toilet.

hantu ni istimewa sikit sebab kerja dia dok mengacau orang yg kat dalam toilet je. hantu ni jugak special sebab dia tak ada muka. kiranya, kalau korang tengok muka dia, korang akan nampak permukaan rata sahaja tanpa lubang hidong mahu pon tahi lalat manis. contohnya macam ni, korang tak tahan sangat nak berak tengah2 malam buta lantas berlari pantas menghiraukan keadaan sekeliling. lepas dah selesai hajat korang nampak sorang pompuan kat toilet. bila dia pandang korang...haaa..imagine sendiri. bila orang dok cerita pasal hantu ni kat sekolah dulu, tiap2 hari aku suruh kawan aku teman pegi toilet. kadang2 aku suruh dia masuk sekali toilet dengan aku. sebab kadang2 kawan aku pon takut nak tunggu kat luar sorang. tapi aku surih dia toleh tempat lain la. hish korang ni!


hmm..setakat ni, hantu2 kat atas ni je kot yg aku rasa orang lain pon familiar. sebab bila aku cerita kat orang lain yg pernah tinggal asrama, diorang pon macam pernah dengar cerita ni. lagipon aku malas nak cerita banyak2. karang tak boleh tido pulak korang. hehehe.btw, pada sesiapa yg bakal duduk asrama tu, janganlah simply percaya bulat2 apa yg orang cerita pasal hantu2 ni sebab kadang2 80% adalah dusta. sekian.

p/s:walaupun aku tak minat cerita hantu kak limah tu, aku petik ayat choprak sikit :

'kalau kita ingat kat dia, dia mari datang jumpa kita'

so pesanan aku, janganlah ingat2 kat mereka ye adik2. ;p


*all pictures above are retrieved from google. 

*less than three* <3





Thursday, February 17, 2011

Gf korang akan happy kalau korang buat macam ni.

Assalamualaikum!

ya habibi! ya maulana! aku yakin majority korang yang baca blog aku ni dah ada gf kan? tak? FINEEE! tak pe. kalau korang tak de gf pon, tips ni boleh dipraktikkan bila korang dah ada gf nanti. eceh. oh ya! bagi yang perempuan pulak, korang boleh lah suruh bf korang baca blog aku ni. ehem ehem ehem.

1) Ingat tarikh penting
Ok. perempuan ni, dia agak sentimental dalam bab2 tarikh.jangan sesekali lupa tarikh yang dia rasa penting.bagi dia ok.bukan korang. kalau bagi korang kot2 tarikh yang dia jatuh tersungkur dalam parit sambil diperhatikan orang ramai pon korang rasa penting kot. oh jangan buat macam tu.paham anak2? contohnya ingat lah birthday dia. kalau korang ni memang dasar pelupa pon, silalah set kan dalam alarm hp korang tu. apa guna ada iphone ,bb bagai kan kan? kalau boleh be the first person to wish her! kalau korang lupa..jangan tanya kenapa muka gf korang tu monyokkkkk je. *p/s: semalam birthday aku. (sambil angkat2 kening ;p)

buat reminder macam ni pon ok. disamping itu anda juga boleh ingat semua besday kawan2 anda.
bagus bukan?

2) Jangan compare dia dengan orang lain
ini adalah perkara paling pantang ok? jangan sesekali compare dia dengan orang lain terutamanya ex korang. sebenarnya perempuan ni akan rasa tergugat bila dapat tau yg bf dia ada ex. ye lah risau bf dia masih sayang kat ex dia dan yg paling buat dia risau bila ex korang lagi hot daripada dia. please avoid these:

"u ni teruk lah. dulu ex i tak de pon macam u."

"u, cuba u tengok si polan tu. cuba u jadi macam dia. dia cantik. tinggi. sweet. lain dengan u. u kena pandai bergaya sikit lah. cuba pakai bla bla bla"

contoh:kiri awek korang. kanan awek lain tapi korang comparekan mereka berdua.
tidakkah anda rasa diri anda kejam?mahu tak kecik hati?

 terimalah dia seadanya. jangan cuba ubah dia jadi orang lain kalau bukan dengan kerelaan hati dia. korang yg decide nak couple dengan dia, so u must accept her for what she is.paham? 

3) Sweet talk? euwwww!
tak salah kalau korang nak bermanis mulut ni. tapi jangan lah terlampau over sampai korang terpaksa menipu diri sendiri untuk menggembirakan hati gf korang tu. kalau nak puji ke apa pun, biar semua benda tu reality. benda betol.ok? sebab mungkin orang lain tak rasa macam apa yg korang cakap tu. bila dia tau the truth dia akan kecewa dengan korang.

tak baik tipu tau!
4)Kenalkan dia dengan kawan-kawan korang.
oh ni bukan sebab nak mencapab ke apa ok? or nak ngorat kawan korang ke apa. perempuan akan rasa lebih dihargai bila korang perkenalkan dia sebagai someone special kat kawan2 korang.degan ini dia tahu yg korang jujur dan ikhlas dengan dia. jangan sesekali menipu depan kawan korang yang dia tu adalah kakak korang. or adik perempuan.or kawan perempuan biasa yg tak special langsung mahupun nenek korang. lagi satu at least dia dapat tahu dengan siapa korang berkawan. elok ke tak perangai kawan2 korang tu.so, bila anytime korang lepak dengan kawan2 korang dia akan rasa selamat and boleh percaya.



5)Walau macam mana bz pon try in touch dengan dia
yang ni lagi satu perkara yg korang perlu ambil berat. yes memang kalau bz kita agak susah nak mesej apatah lagi nak buat call kan. tapi cuba try cari masa sikit at least seminit untuk send satu mesej kat dia. bagitahu keadaan sebenar. jangan senyap langsung. dengan cara ni dia dapat rasa yg korang ingat kat dia.ni tak. kalau bz seharian tak mesej langsung!

fuiyo! hot nye mamat nie!

6) Say i love u

"ala..hari2 kot aku cakap benda alah ni.ko tak payah cakap pon aku dah tau la"

ok maybe korang ada cakap macam ni jugak kan. maksud aku dekat sini bukan yg tiap2 hari korang sebut tu. maksud aku kat sini, tengah2 korang dok lepak2 ke minum kopi sambil korek hidung cuba send mesej 'i love u' kat dia secara tiba2. kiranya macam surprise la kot. konon ni first mesej korang kat dia pada hari tu.  hish. tak retilah aku nak explain macam mana. tapi aku teringat dulu time kem motivasi fasilitator tu suruh hantar mesej kat abah masing2 tulis 'i love u' je abah aku ingat aku buang tebiat. nampak sangat aku tak pernah cakap i love u kat abah aku secara direct even aku memang sayang gila kat abah aku.hihihihi

errr...maybe tak perlu lah over cam ni. cukup sekadar i love u. cewah.

oklah. doktor cinta dah penat. lain kali kita sambung ek? boboii!

lupa pulak. semua pic adalah hak milik google.

*less than three* <3


Saturday, February 12, 2011

Vlog : Ucapan Pendek Dari Saya

 Assalamualaikum!

aku bz sangat sekarang sampai tak sempat nak update blog. so aku ada rakam sikit ucapan khas untuk korang yg baca blog ni. time balik kelas tadi nak cek emel terbukak webcam sekali so here tu go ;p


     video                                                                                               

jangan marah aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! nanti kena jual.  hahahaha ;p

*less than three* <3

Thursday, February 3, 2011

Kenapa Ibu Bapa Kita Lebih Baik Mati Sebelum Kita

Assalamualaikum!

Perghhh..lama gila aku tak online! dan lama jugak la aku tak update blog. aku kat rumah sekarang. line internet ni kena potong before ni. tadi baru sambung balik. maklumlah, rumah ni cuma ada abah and mak aku je. so diorang bukanlah advance macam mak bapak korang. diorang hanyalah orang tua biasa yang biasa dengan kerja2 kampung dan tidak biasaa dengan dunia alam maya ni. cewah. so tak ada siapa nak guna internet, abah aku tak bayar lah bil. just bila anak2 diorang ni muncul baru la dia bayar.

tension tau!

Tadi aku tengok Bersamamu. Cerita pasal perempuan tua cina yg bernama Ah Po. sedih. simpati. terharu bercampur baur.ececece.lebih2 pulak aku nie. kalau aku kaya-raya dah lama aku tolong dia. so, aku pon dapat lah idea nak buat entry nie.

mesti korang cakap 'apa lah pompuan nie ada ke patut dia suruh parents dia mati dulu' kan?tak? ok FINEEEEEEE! oklah, kalau ikot waras, memang lah aku tak sanggup mak and abah aku pergi dulu. even nak bayangkan pon aku tak sanggup. ishh. sedih wooo. dulu aku selalu nak aku yg mati dulu sebelum mak and abah aku. tapi bila aku tengok Bersamamu tadi, baru aku terpikir kalau aku yang mati dulu...

1) Siapa yg akan jaga mak abah nanti
Ni perkara yang first sekali aku terfikir. bila aku fikir balik, memanglah aku ada abang and adik yang still boleh jaga mak and abah aku kalau aku mati dulu, tapi bayangkan kalau mak bapak korang cuma ada korang je. kalau korang mati dulu, pada siapa lagi diorang boleh harapkan. lainlah kalau parents korang keluarga kaya. itu memang tak ada hal la kan. ni yang aku cakap pasal family susah macam Ah Po tadi. nanti dah tua2 terpaksa hidup sorang2. kerja cari makan sorang2. 



2) Berapa lama mak and abah tahan sedih bila teringat kat kita
Oh well. siapa tak sayang anak kan? even mak kucing kat bawah rumah aku tu pon sayang kat anak dia. bila aku nak main dengan anak dia mesti dia tengok je aku. macam nak makan. macam lah dia je ada anak comel.huh~* eh. dengan kucing pon nak emo.haha. so, cuba korang bayangkan perasaan parents korang bila dapat berita yg anak dorang dah tak de. mesti kecewa sedih dan pilu yang teramat. bila tengok je gambar korang, teringat korang. masuk bilik, terbau bantal busuk korang yg berabad tak basuh tu and bila masak sambal lemak cili padi teringat pulak faveret korang.kan? 


3) Anak soleh sebagai harta
Macam kita semua tahu, bila setiap orang islam meninggal cuma ada tiga je yg dia akan bawak sampai dalam kubur. alaa, tak payah lah aku terangkan satu2 kan. korang pon mesti dah tau dah. tapi aku ambik satu je. anak soleh. anak yg soleh ni akan mendoakan ibu bapa mereka nanti. supaya ibu bapa mereka tenang kat sana. kalau boleh, aku pon nak buat benda yg sama untuk parents aku nanti.kalau panjang umor.insyaallah.



4)Mak abah pikul beban kita
Maksud aku kat sini, kalau lah kita mati dulu and dalam masa yg sama kita ada hutang dengan siapa2. contohlah kita buat pinjaman bank ke kan. so parents kita akan jadi penjamin. bila kita mati, mak abah kita yg akan tanggung semua hutang tu and kena bayar balik. padahal dari kecik sampai besar dah menyusahkan diorang. sanggup ke kita nak bebankan diorang dengan masalah kita lagi? kalau miskin? kaya tu memanglah tak kesah. ni contoh je ok. kang ada pulak yang tak puas hati buat grup anti blog aku pulak kang.



entahlah. ni pendapat aku. tapi kalau boleh, aku doakan semoga ibu bapa kita dipanjangkan umur. biarlah kalau Allah nak ambik diorang time aku dah betul2 ready. kalau sekarang? memang aku tak dapat bayangkan macam mana life aku lepas tu nanti. kehilangan orang yg paling kita sayang adalah hakikat yg paling payah untuk kita terima kan?

p/s: pic2 di atas sumber dari google. sekian terima kasih

*less than three* <3