Saturday, March 26, 2011

Mak saya tak vogue macam mak awak. tapi saya tetap bangga dan bersyukur punya mak macam mak saya

Assalamualaikum!

tak taulah kenapa hari ni aku rindu sangat kat mak.hari ni aku call mak aku dengan khidmat hp sony ericson aku yg sudah nyawa2 ikan itu. saja bertanya khabar.


'mak, tepon akak balik.hihihihi'


gelak gedik  innocent  dihujung ayat dan pappp! terus letak. tak mau bagi bil melambung la kononnya.lepas tu selang beberapa minit, bukan saat ye, minit! mak aku dah agak berusia, so biasalah orang tua mata tak berapa nak nampak. kadang2 bila dia nak call orang, mesti nyonya or apek or uncle india mana yg tolong jawabkan sebab tersalah dail nombor. so, aku borak2 dengan mak aku dan macam biasa di penghujung perbualan mak aku mesti akan bagi nasihat lebih kurang macam ni :


"duduk sana jaga maruah diri elok2. jangan buat kerja yg bukan2"

"belajar, dapatkan pointer bagus sem ni. nanti boleh jadi lecturer"

"sembahyang jangan tinggal!" errr....


dan aku macam biasalah, hanya mampu mengiyakan kata2 mak aku. bulan 4 ni mak aku dah 57 tahun. well, walaupun mak aku belum menjangkau umur 60 tahun, tapi muka dia nampak agak berumur dari usia sebenar.kadang2 bila aku bergambar dengan dia and kawan2 aku tengok gambar aku tu, ramai yang ingat mak aku tu, nenek aku. mak aku bukan jenis bergaya macam mak2 korang. mak aku simple. dia tak pakai mekap apa jadah semua nie. dia just pakai bedak talkum tu je. baju? biasa dia pakai baju kurung and tudung bawal yg dipinkan ke bawah menutup dada. tak ada nak bergaya macam mak korang tu. mak aku tak ada masa untuk hal remeh-temeh macam tu sebab dia banyak habiskan masa untuk kepentingan family.


they both are my heroes!

mak aku ada adik beradik ramai dan dia kakak paling tua. hidup dia masa kecik, banyak jaga adik2 dia. dan disebabkan kemiskinan zaman tu, mak aku hanya mampu tamatkan persekolahan sampai tingkatan 3 je. tapi, mak aku pandai jugak English. dengan ilmu yg dia ada tu, dulu dia selalu ajar kitorang adik beradik. kadang2 banyak salah. balik rumah je merengek2 cakap teacher banyak bagi pangkah sebab mak ajar salah.tapi yg buat aku terharu, mak aku tetap nak ajar jugak. mak aku tak nak kitorang jadi susah macam dia. alhamdulillah, berkat usaha dan doa mak aku, kitorang adik beradik berjaya masuk matriks dan universiti. abang aku dah lama grad. sekarang jadi software engineer dekat Damansara. adik aku pulak sekarang tengah amik degree chemical engineering.


VVIP in my life!

kadang2 aku kesian dekat mak aku. family aku bukanlah dari family yg senang. ye, aku mengaku, family aku memang agak susah jugak dulu. tapi sekarang, alhamdulillah. rezeki dari Allah. family aku sekarang sudah agak senang. tapi tu pun sebab mak aku. mak aku banyak berkorban demi membantu abah aku. abah aku bukan kerja yg bagus2 sangat. dia cuma kakitangan kerajaan kelas sederhana je. sebab nak tolong kewangan keluarga, mak aku pernah jadi cleaner. sebab tu, bila aku tengok makcik2 cleaner dekat sekolah or asrama kat mana-mana lah, aku teringat kat mak aku. sebab mak aku pon pernah buat kerja macam tu jugak. aku paling benci kalau ada budak cakap:


"ala, kalau kita tak buat sampah, nanti mak cik cleaner tu tak ada kerja pulak"


wtf??diorang cakap macam ni sebab bukan mak diorang yg jadi cleaner tu sebab tu diorang tak paham perasaan makcik cleaner tu. dan sekarang, mak aku dah jadi busineswoman berjaya. jadi tokei sayur. hahaha! businesswoman jugak lah tu kan? aku bangga dengan pengorbanan mak aku selama ni. dan aku akan ingat sampai bila-bila.

walaupun tak grad lagi, tapi konon2 tgh pegang ijazah la. ;p

insyaallah, tak lama lagi aku dah nak habis degree. kalau ada rezeki, aku nak sambung master. setiap kali sembahyang, aku selalu doakan mak abah aku panjang umur supaya aku sempat balas jasa diorang untuk aku selama ni. so guys, sayangilah ibu bapa anda selagi hayat dikandung badan :) walau macam mana pun, saya bangga punya mak macam mak saya. 



p/s: damn! kenapa tiba2 mata aku masuk habuk ni! T_T


*less than three* <3

Thursday, March 24, 2011

Jangan Terlalu Bangga Kalau Dapat Result SPM Yg Gempak

Assalamualaikum!

Hari ni result SPM dah keluar kan? so kepada adik2 yang dah ambil result and dapat result yg cemerlang, tahniah diucapkan! yg kureng kureng tu, tak pe, jangan putus asa. ada banyak lagi tempat korang boleh apply untuk sambung belajar. yang penting nak ke tak je. betol tak? kalau dah hati memang dah tak minat nak belajar kau buat lah apa cara sekalipun takkan jalan punya.


Tapi, kepada yg dapat result yg cemerlang tu, kakak nak pesan (ececece kakak tu ;p) supaya korang jangan mudah rasa puas hati dengan apa yg korang dapat tu. sebab selagi korang tak berjaya capai cita-cita korang, selagi tu lah korang dianggap tidak berjaya lagi tau. kenapa aku cakap macam tu? ok meh sini aku bagi contoh. 


ok katakan lah time UPSR, PMR korang cemerlang  mesti rasa bangga kan? mesti rasa macam, 


"inilah dunia."

 "akulah budak pandai"  tak pon,

"aku lah yg dapat 8A.oh, semua orang patut bangga dengan aku"





rasa dunia ni kita yg punya kan? bila jumpa siapa2 ke, macm nak suruh je orang tu tanya berapa result kita kan? wakakaka. memang tak salah nak rasa bangga atas usaha yang kita dah bagi kan. tapi kena ada limit la, betol tak?


ok, bila dah naik form4 konon nak honeymoon lah kan, belajar pon main2 je, bila dah nak dekat SPM baru terhegeh2 nak cover semua silibus, mana nak jalan kan? lepas tu dapat result yg biasa2 je. tak secemerlang dulu. *terasa.


lepas tu dapat sambung belajar dekat matrik (sebab result biasa2 je) jumpa ramai kawan yg result mak datok gempak gila. ada yg straight A. yg 9A yg 8A tak usah cakap lah kan. bila tengok diorang, kita akan rasa rendah diri and nak try compete dengan diorang. tapi, diorang yg dapat result SPM gempak tu pon macam dah rasa diri hebat, study pon lepak2 je.( tapi tak semua ye. certain orang je) padahal dekat matrik memang lain dari sekolah. dah tak ada istilah suap menyuap makan beradap oleh cikgu2 dah. kau nak study ke tak suka hati. janji aku dah ajar, aku dapat gaji sudah. so, banyak lah budak2 yg dulunya SPM bukan main gempak dapat result yg biasa2 je, and budak2 yg result  biasa2 time SPM pulak yg banyak skor time matrik.

* tapi aku balance. SPM biasa2. matrik pon biasa2. well i memang suka moderate. nabi kan suruh kita besederhana dalam kehidupan? ceh padahal pemalas. panggggg sedassss!




tapi tak semestinya bila dah dapat result gempak masa matrik dah menentukan korang akan berjaya jugak dekat universiti. dekat U lagi bebas. kena pandai jaga diri. lecturer pon tak kisah kalau korang nak ponteng ke tak kelas dia. kalau terlebih ponteng korang tak dapat masuk exam, korang sendiri yg tanggung.


lagi, bila dah grad tak semestinya dengan berbekalkan anugerah naib canselor (ANC) tu sebagai kayu ukur korang senang dapat kerja. kalau result je gempak gila tapi tak ada communication skills tak jadi jugak kan? tapi macam mustahil lah pulak dah dapat ANC tak pandai cakap kan? hehehe.


So, selagi kita tak berjaya capai apa yang kita impikan or cita-cita kita selagi tu kita jangan terlalu berpuas hati. teruskan usaha sampai berjaya. pesanan kepada diri sendiri jugak sebenarnya. :)


tesis dah submit! hoyeeshhh! ;p

p/s: congrates to Afifah Amirah my cousin atas pencapaian 8A 1B itu. :)


*less than three* <3




Monday, March 21, 2011

Feeling Down

Yeah. that's my feeling right now. low-self esteem. etc :'(

Friday, March 18, 2011

Wahai Lelaki Ketahuilah Ini Adalah Tanda Seseorang Perempuan Tidak Suka Pada Anda

Assalamualaikum!


Biasanya lelaki ni dia tak paham sebenarnya perempuan tu tak suka dekat dia. so disebabkan itu, dia still jugak nak ambil perhatian si gadis ni padahal gadis tersebut punyalah menyampah, meluat and kalau boleh tak nak layan langsung lelaki ni.well..lelaki kan, kalau boleh nak jugak try sedaya upaya tackle awek tu. huh~ so guys, sila baca entry ini dari awal hingga abis supaya anda dapat mencerminkan diri anda sebelum meneruskan operasi mengorat seseorang awek. ;p


ok,before tu aku nak warning awal2, ni based on my point of view tau, so maybe ada jugak yg tak setuju dengan apa yg aku tulis ni.


Kalau perempuan tak suka lelaki tu dia...


1) Tidak akan memulakan sesuatu perbualan dengan lelaki tersebut

Zaman teknologi sekarang kan, macam2 alat komunikasi ada, contoh yang paling glemer facebook mahupun YM atau Skype. sometimes orang yang korang tak kenal pon korang main add je. ceh. cakap orang. padahal aku pon sama kadang2. haha. so, kalau bernasib baik mungkin akan diapprove. then, bila dah approve mestilah nak borak2 dengan insan tersebut. tak semestinya internet je, sms pon sama. kalau perempuan tu tak suka dengan korang, dia tidak akan sesekali menegur korang terlebih dahulu melainkan korang yg mulakan. bila korang dah mulakan, dia mungkin akan layan, tapi ala kadar atau lambat reply. lebih malang, dia tak kan layan korang langsung!




2) Memberi pelbagai alasan setiap kali diajak untuk berjumpa

Aku rasa yg ni mesti dah banyak kali jadi kat korang kan? bila ajak keluar je, dia bagi alasan itu ini. kucing nak beranak lah. bz lah and etc. bila dah bagi alasan macam tu dia jugak tidak mencadangkan sebarang hari atau waktu yg lain untuk berjumpa dengan korang. Well, ada jugak kes yg perempuan tu tak nak langsung berjumpa dengan korang tanpa memberi alasan yg kukuh melainkan TAK NAK! Selain itu, *cewah skema pulak dah, perempuan itu jugak mungkin akan tanya dekat korang macam ni :

" Siapa lagi pergi? kalau i berdua dengan u tak nak lah"

maksudnya dia memang inginkan teman bila keluar dengan korang since dia masih ada lagi orang lain sebagai penyelamat keadaan memandangkan dia tidak selesa apabila berdua dengan korang. ;p



3)Ignore korang walau macam mana korang try nak impress dia

Tak kiralah korang buat lawak ke apa untuk bagi dia suka kat korang, dia akan buat bodoh je. well situasi ni selalu berlaku dalam facebook. lelaki tu try nak buat lawak or bagi respon @comment status perempuan tu, tapi kadang2 perempuan tu ignore je or just akan cakap

"oh..ok".

 lagi satu kalau korang nak impresskan dia even belikan hadiah mahal untuk dia, dia mungkin akan berterima kasih banyak kat korang tapi jugak mengharap korang tak payah susah2 belikan apa2 hadiah lagi untuk dia sebab bagi dia tak penting pon semua tu terutama untuk menerima hadiah daripada orang yg dia tak suka kan.



4)Akan cuba mencari kesalahan korang

Even korang tak ada buat salah apa pon, dia kan cuba cari salah korang untuk bagi peluang untuk dia memarahi korang. well, ni biasa terjadi dikalangan kawan2 lah. bukan di dunia alam maya. yelah, kalau alam maya, macam orang gila pulak kan tiba2 nak marah2 padahal bukannya kenal pon. hahaha. haa, lagi satu dia akan berkelakuan kasar dengan korang tak kiralah dari segi percakapan ke, tingkah laku ke apa sebab dia rasa menyampah dekat korang sebab tu dia buat macam tu. huahuahua.



5)Marah bila dikaitkan dengan korang

Biasanya, kawan2 dia mungkin akan mengenakan dia dengan korang since diorang tahu yang dia tak suka dekat korang or diorang tahu yg korang suka dekat dia. bila dia kena 'kenen' dengan korang dia akan rasa meluat dan marah and maybe akan melakukan tindakan yg akan melukakan hati korang. contoh :

'wei, tak ingin aku dengan dia. euwwww! geli aku'

or bila terserempak dengan korang dia kan buat2 tak nampak or cuba melarikan diri daripada terserempak dengan korang.yeah, maybe u are not her taste?



6) Tidak akan memberi sebarang 'contact information' dekat korang.

Ok, secara realitinya, kalau korang terjumpa seseorang awek dekat mana2 and korang terpikat kat dia, mestilah korang nak cari jalan supaya dapat contact dengan dia kan? and sebagai jalan mudah, mestilah korang nak number telefon dia kan? kalau dia suka, mesti tanpa ragu2 dia akan dengan selamba bagi je number hp or telefon rumah terus dekat korang. kalau tak suka, jangankan number hp, alamat emel pon jangan mimpilah korang nak dapat. tapi kalau dunia alam maya pulak, maybe korang dah ada emel, facebook etc tapi maybe tak ada number telefon kan? kalau korang mintak, confirm dia tak kan bagi and bagi alasan hp rosaklah, tak ada hp lah padahal kalau ikut logik zaman sekarang ni budak tadika pon ada hp ye tak?


ok lah. ni je kot points yg aku dapat fikir. so guys, kalau perempuan yg korang suka tu ada menunjukkan tanda2 seperti di atas, lupakan je lah hasrat korang tu! hahaha ;p

all pictures were retrieved from google, thank you!

*less than three* <3






Tuesday, March 15, 2011

Bercerita Tentang Pengalaman Berjumpa Pocong atau Nama Commercialnya Big Sweet

Assalamualaikum!

Apa perasaan korang kalau hari tu korang memang mengantuk tahap gaban and memang berhasrat tak nak pergi kelas, lepas tu korang gagahkan diri jugak membuka mata seluas-luasnya lalu mendaki bukit curam serta onak liku dan ranjau beduri pergi lah kelas tu tapi lepas tu kelas cancle?


"eh, kitorang tak ada hal. kitorang memang rajin ke kelas tidak kira lah ada kelas mahupun tak ada kelas. sekian terima kasih"


ok FINEEE! camni aaaaa.camni aaa. T_T. wuwuwuwu. ok, malas nak membebel panjang.


last time aku ada buat entry pasal jenis2 hantu yg popular kat asrama and aku ada cakap kalau ada permintaan ramai, aku akan cerita macam mana aku jumpa dengan big sweet tu kan? kalau belom baca, sila lah klik entry tu dulu ye :). so, ramai jugak yg hantar mesej kat facebook suruh aku cerita. ni kisah benar ye bukan aku saja2 nak reka cerita. so ni aku nak ceritalah kat hangpa semua. kalau takut tak yah baca. tak pun bacalah waktu siang2 ;p

jeng..


jeng...


jeng..


ceh. konon nak bagi suspen lah. korang buat2 lah suspen tau. kalau tak kecik hati aku kang.haaa! ok, kalau korang tak tau macam mana rupa big sweet ni, aku ada sediakan gambar :


rupa big sweet tu lebih kurang camni la. aku tak sanggup nak taruk pocong betol2 sebab takut
kang ada yg terkencing pulak baca blog aku ni. cupcake pocong pon jadikk lah ye.


aku ingat lagi, kisah ni berlaku masa aku form 2. time tu dekat kelas prep malam. kelas prep tu kira macam kita kena pergi kelas buat homework ke, study ke, ngumpat warden asrama dengan kawan2 ke.macam tu lah. tiba2 budak2 lelaki heboh2 cakap ada nampak pocong tengah main skipping *ok aku tipu je maksud aku tengah lompat2 dekat koridor ASPURA. budak2 laki ni pon semua keluar konon2 nak pergi tangkap lah pocong tu kan. eleh, ramai2 berani lah. cuba pergi tangkap sorang2? aku ni, macam tak percaya lah kan.so, aku cakap dalam hati:


"eleh, diorang ni main2 je.mana ada hantu kat dunia ni, kalau betol mesti dah nampak lama dah"


malam tu, ramai lah budak2 pompuan yg nak tido berteman. maksud aku, tido satu katil. aku memang selalu tido berdua dengan kawan aku. nama dia Che Pah sebab dia memang penakut sikit. hehehe. so malam tu macam biasa aku tido dengan dia. biasanya kitorang tido dekat katil aku, tapi kali tu tido kat katil Che Pah sebab dia kata katil dia kena kipas, so tak panas lah nanti.katil dia tu katil atas. tapi haram jadah. panas gila kot tido kat katil dia.




nak dijadikan cerita, disebabkan aku panas gila, aku pon terjaga lah tengah2 malam. aku tengok kiri dan kanan gadis2 semua enak dibuai mimpi indah. aku pon raba2 atas loker kot2 ada kertas ke apa nak dijadikan kipas sebab aku tak tahan sangat panas. tiba-tiba, aku rasa jantung aku berdegup kencang and bulu aku automatik naik. woi! bulu roma lah. bukan bulu lain. aku tak sedap hati. aku cepat2 baring balik and tutup mata rapat.

lebih kurang camni la bulu roma aku naik. tapi aku tak delah gelap camni.


tiba-tiba, aku bukak sikit mata aku, and time tu lah aku nampak big sweet tu lompat2 and terus berdiri kat tepi aku. nak jerit? dah cuba, tapi suara macam tak boleh keluar dari kerongkong.kejutkan Che Pah? aku pon tak tau kenapa aku boleh jadi kaku. korang bayangkan lah, muka big sweet tu memang betol2 dekat tepi muka aku sebab aku kan dekat katil atas. time tu, aku cuba baca ayat kursi. tapi banyak kali tersasul sebab gugup punya pasal. aku dengar   dia bunyi2 maybe mintak aku bukakkan kain dia kot. lama2 aku cuba baca ayat kursi tu, baru boleh and lama2 big sweet tu lompat2 and blah. bila aku bukak lagi sekali mata aku. dia dah tak ada. aku lega gila time tu.

kira jarak aku dengan dia macam ni lah. korang anggap je lah, aku sebagai budak pompuan yg besar tu
and pocong tu yg baby tu sebab dia pakai cekak rambut ada bonjol.haha. kalau big sweet tu comel
camni tak pe jugak kan.


lepas kejadian tu, aku tak ada cerita dekat siapa2 pon. tapi tak lama lepas tu kawan aku Tmash nama dia, cerita dia kena kacau dengan big sweet ni jugak and time tu lah baru aku cerita dekat kawan2 aku yg aku pon pernah nampak big sweet ni.


mulai dari saat tu, aku dah tak cakap besar dah and aku berharap aku takkan nampak dah benda2 pelik macam ni. hee.begitulah ceritanya. terpulang dekat korang nak percaya ke tak kan. yang penting, moral of the story, jangan cakap besar. ok?

boboiiiii!

p/s: all pictures above were retrieved from google.


*less than three* <3







Saturday, March 12, 2011

Tak baik tau UNFOLLOW blog kite

Assalamualaikum!

Firstly, aku nak ucap thanks banyak2 pada korang yg baru follow blog aku ni. tak sangka, aku punya tutorial hana tajima tu tarik ramai orang yg follow blog aku yg tak seberapa ni. thanks so much people! nangis terharu. wuwuwu :')

nah. amik lah love ni tanda terima kasih. ;')

ok, sebenarnya adalah beberapa kali jugak lah yang aku perasan bilangan followers aku berkurang kadang-kadang. well, walaupun bilangan manusia yg unfollow tu tak ada lah banyak pon, tapi kadang2 aku macam terasa jugaklah dengan perbuatan macam ni.perbuatan ini adalah perbuatan yang keji tau?


kenapa aku cakap, unfollow ni perbuatan keji? sebabnya at the first place, korang dah bagi satu harapan dan semangat kat owner blog tu. bayangkan beliau dengan semangat bangun pagi air liur basi pun tak lap lagi terus tercongok dekat depan laptop semata-mata nak bukak blog, *ok hyperbola sikit and then tengok berapa ramai followers beliau hari ni.kalau bertambah, beliau akan tersenyum gembira. kalau berkurang, duppp rasa seperti dihempap batu dan beliau akan rasa pelik.luluh hati ini.  lepas tu garu-garu kepala nak ingat balik berapa ramai followers dia pada hari yg sebelumnya. lepas tu, cakap dalam hati:


"rasa-rasa semalam followers aku ada 500. tapi hari ni kenapa ada 499 je"

ok buruk gila gambar ni!


ok, maybe ada jugak di antara korang ni yg rasa bilangan followers ni tak penting. itu hak korang lah kan. tapi bagi aku, dengan bertambahnya bilangan follower ni, menyebabkan aku lagi bersemangat nak tulis blog. sebab aku rasa, ada jugak orang yg sudi baca blog aku. lainlah blog korang tu mantap macam zack zukhairi tu sampai beliau sendiri pon dah tak terkira berapa followers dia. itu lain cerita. ni kes blog2 picisan macam blog aku ni lah.


so, moral of the story adalah:


1) bila dah follow blog orang lain jangan sesekali memaksa dia follow blog korang balik. well, sometimes orang tu macam tak nak follow blog korang sebenarnya, tapi dah korang send mesage, shout kat shoutbox, pesan kat komen bagai, mestila orang tak sampai hati kalau tak follow blog korang kan? bila orang yg korang follow tu tak follow korang balik, mula lah rasa yg beliau sombong. lepas tu nak unfollow! keji!

"i dah follow u, please follow me back" 


annoying kan?


2)FOLLOW lah dengan seIKHLAS hati anda. sebab tu kat kotak followers aku, aku tulis 'kalau suka followlah dengan ikhlas'. maksudnya, aku tak paksa langsung sesiapa nak folllow. ya, korang haruslah fikir masak2 sebelum follow sesuatu blog. follow kalau  korang suka and korang rasa blog tu best. kalau rasa macam annoying atau berpotensi untuk jadi annoying so janganlah gedik2 nak follow. just tinggalkan jejak sudah supaya owner blog boleh jenguk korang balik. mana tahu dia suka blog korang dan terus follow. korang tak bangga ke kalau ada orang follow blog korang sebab dia memang betol2 suka dengan blog korang and setiap apa yg korang tulis dia baca? 


ok, kalau korang elakkan faktor di atas tu, insyaAllah potensi korang nak UNFOLLOW blog orang lain akan dapat dikurangkan. 


p/s: sorry kalau ada yg terasa. but biasanya aku follow je blog orang yg follow blog aku. yeah, for a token of apprecation. yelah, tanpa mereka yg follow blog ni, siapalah aku kan? tapi aku lebih suka kalau orang follow sebab memang suka kat blog aku. bukan semata2 nak aku follow blog diorang balik. mungkin kadang-kadang je aku tak follow sebab tak sempat or orang tu tak tinggal link or aku rasa blog tersebut terlampau syok sendiri dan agak euwww sampai aku tak sanggup nak tekan butang follow tu.

sekian terima kasih. 


*less than three* <3

Wednesday, March 9, 2011

tutorial hijab ala-ala hana tajima by me

Assalamualaikum!

hai! disebabkan ramai yg tanya aku macam mana aku pakai shawl macam hana tajima tu and ada yg suruh buat tutorial, so aku pun buat lah. ye lah. apa salahnya share kan. mana tau lepas ni makin ramai yg free hair nak bertudung kan? ceh. bajet konon2 aku ni ikon remaja la pulak kan. hahaha! bawah ni contoh tudung tersebut. ala, bagi lah aku can sekali sekala nak menempek muka aku, bukan selalu kan? ;p

ni muka bajet cun

ok, semoga membantu. sorry for the bad quality of video :)

                                                                                                                                                                              


sebenarnya aku nervous jugak T_T. well. i'm not maria elena.

*less than three*<3

Wednesday, March 2, 2011

Buat apa kita nak bangga dengan benda yang kita tiada

Assamualaikum! 

Sebenarnya tujuan aku tulis entry ni adalah untuk bagi kesedaran sikit pada sesiapa yg berkenaan. entry tidak  menuju spesifik kat siapa2 pun. so, siapa yang makan telur dia lah yg kentut busuk? kan? kan? ;p




selama korang hidup ni, pernah tak korang berjumpa dengan sesetengah manusia yg suka show off ataupun riak dengan apa yg mereka ada. contohnya bila seseorang tu dia tak adalah kaya mana, tapi tetap nak berlagak macam orang kaya. ye, memang tak salah kalau kita yang tak berapa kaya ni nak merasa something yang 'wow' tapi tak perlu nak show off kan? sometimes, orang yang betol2 kaya ni lagi sempoi daripada mereka yg bajet kaya ni and kadang2 kita tak sangka yg orang tu kaya pon. 



kes yang macam tu still boleh diterima lagi lah kan. yang paling tak boleh blah bila ada orang tu, dia tak ada pun benda tu, tapi dia buat2 macam ada. kiranya cakap lebat je lah. padahal realitinya dia tak ada pon. bila orang tanya or nak tengok benda tu betol2 mulalah bagi alasan macam2. aku pernah jumpa orang macam ni. tapi tu zaman sekolah rendah. aku ngaku, aku ni memang jenis yg lurus bendul. so, bila orang lain cakap, aku boleh percaya bulat2. lagi pun time tu budak2 lagi kan. time tu aku darjah 4. kuch kuch hota hai memang sangat feymes pada masa tu. so, ada kawan india aku sorang ni dok kelentong aku macam ni:

kawan: nath, awak nak tahu tak, masa diorang berlakon filem tu, saya pon ada sama. jadi pelakon tambahan.

aku: yeke? bestnya awak dapat jumpa Rahul!

kawan: saya ada gambar dengan dia. nanti saya bawak tunjuk kat awak ye.

aku pun imagine pic yg bakal kawan aku tunjuk tu macam ni lah.

seminggu berlalu..


aku: awak, mana gambar Rahul?

kawan: oh ada ada! saya ada bawak. simpan dalam buku ni. sekejap ya.


kawan aku pon berlakon konon tengah cari2 gambar tu. tapi..


kawan: alamak. tadi ada. tapi sekarang dah tak ada. sudah hilang lah. sorry.

aku: alaaa...yeke. sedihnya. :(

Terkebil2 aku time tu. terasa comel pulak ingat zaman dulu. wakakaka. annoying ek? FINEE!

Bila aku dah besar ni, baru aku terfikir rupanya aku kena tipu hidup2. ceh kurang asam punya kawan. aku punya lah minat gila Shah Rukh Khan time tu. tapi kawan aku ni pandai. tu yg aku bengang tu. sabar je lah bila ingat balik kan.harap bila dia dah besar, dah tak macam tu lah kan. dah lama aku tak jumpa kawan aku ni. tah dia ingat kat aku lagi ke tah.

so guys, walaupun kita tak kaya, tak apa. bukan berdosa pun jadi miskin ni kan. biarlah kita hidup ni sederhana daripada kita buat orang lain hilang percaya dekat kita di kemudian hari.buat apa kita nak berlagak kalau lepas tu kita merana. kan susah nak ikut cara orang kaya. orang kaya memanglah tak kesah sebab diorang mampu. biar kita susah asal tak menyusahkan orang lain. kan?

*less than three* <3

as usual, all pictures are retrieved from google.