Saturday, April 30, 2011

Oh, Bertuahnya Kamu!

Assalamualaikum!

baru balik dari first paper. 5jam kredit. paper yg sepatutnya membantu dalam peningkatan pointer. paper tadi tak susah sangat pon tp kalau dah tercareless? macam mana? uwaaaaa T_T. Ya Allah. tolonglah hambaMU ini.

aku tau aku buruk. aku tau aku banyak jerawat. need i say more?
T_T


dah cukup lah intro tu. hai korang! dah seminggu tak update. sorry pada yg follow tapi aku tak follow balik. sorry pada yg komen tapi tak balas balik. insyaAllah habis exam aku jejak korang ye. and thanks pada yg follow blog picisan aku ni.


sepanjang aku hidup ni, macam-macam manusia aku dah jumpa. and banyak jugak yg aku jumpa orang yg bertuah kalau nak dibandingkan dengan diri aku yg kerdil serta naif ni. pernah tak korang jumpa orang and tanya macam ni:


situasi pertama

"awak, muka awak licin lah. takde jerawat pon. awak pakai pencuci muka apa ye?"

dan bila dia jawab:

"oh, saya tak pakai apa-apa. muka saya tak pernah ada jerawat. dah memang macam ni kot"

dalam hati time tu rasa macam eeee jelesnya. kenapa aku tak macam dia? kenapa? kenapa? kalau aku ni dah bermacam produk dah aku guna tapi muka ni tak pernahnya nak flawless.oh bertuahnya kamu!


situasi kedua

 lagi bila korang ada kawan. dia tu pandai gila lah. kiranya selalu score dalam kelas. bila tanya:

"awak, camne awak study ek? any tips? ce cite ce cite"

dan dia jawab:

" oh. saya pon tak tahulah awak. kita selalu tidur je dalam kelas. study pon tak sangat. nasib je kot"

nasib? kalau sekali je memang lah nasib. tapi dah manjang muka yg sama je top scorer takkan nasib jugak? oh bertuahnya kamu!


situasi ketiga

lagi bila kita tengok barang dia semua lawa-lawa. baju dia. kasut dia. dalam hati berkenan gila. ceh memang dasar perempuan betol. haha.bila tanya:

"kat mana ko beli ek? berapa harga. nak jugakkk"

dia jawab:

"ni aku beli kat London. harga kalau convert malaysia rm1000 kot"


dalam hati rasa macam, bertuahnya dia. dapat pergi oversea. untung jadi anak orang kaya. boleh dapat apa yg kita nak. tak macam aku. beli baju pon kat timesquare je. tapi tak pe, janji murah dan cantik. apeadehal kan?


situasi keempat

lagi bila tanya:

"eh kau kurus lah. macam mana kau jaga badan ek?"

dan dia jawab:

" serius wei. aku tak de nak diet-diet ni. aku makan je apa yg aku nak. tapi peliknya, badan aku tak naik-naik. mantain je. hehehehe"


ceh. dalam hati rasa macam bestnya jadi macam orang ni. tak payah nak risau. tak payah nak buang duit pergi slim world ke.  dunia ramping ke. atika beauty ke. and what so ever tu. tak payah nak ikat perut bagai. oh bertuahnya kamu!  


bila aku jumpa manusia2 yang kat atas ni aku rasa cemburu. teringinnya nak jadi macam diorang. mesti hidup rasa complete. tapi tu lah kan. kita manusia. tak semestinya kau kaya, kau bahagia. sometimes kekayaan tu tak guna jugak kalau tak bahagia. cuba bayangkan, kau kaya, tapi kau ada penyakit kronik. tak bahagia kan? duit banyak pon tak boleh nak sembuhkan penyakit tu. 


lagi, kau cantik. tapi kalau cantik pon hati busuk buat apa? cantik luar. cantik dalam. kan bagus? and nest, kau pandai. kiranya kau tak payah nak usaha lebih-lebih macam orang lain. tapi kalau kedekut ilmu pon buat apa? 


sebenarnya, semua orang bertuah. bertuah sebab dilahirkan sempurna. biarlah tak cantik macam lisa surihani,yg penting kita sempurna. biarlah tak pandai macam mathluhtfi yg study oversea, tapi kita masih tetap usaha sedaya upaya nak dapat yg terbaik. biarlah kita miskin harta, tapi jangan miskin budi bahasa. cewaahhhhhhhhhh!


oklah nak study! doakan aku untuk next 3 papers ye. bye!


*less than three* <3








Saturday, April 23, 2011

Kalau Saat Ini Kita Sedang Melalui Hari Kiamat. Are u Ready for it?

Assalamualaikum!


teheeeee. hai korang! cakap tak serupa bikin je aku ni kan? kata tak nak update dalam masa terdekat. tengok2 dah tercongok dah depan laptop and terupdate blog pulak. alaa. rilek la der. gua pon nak rest gak der. takkan 24jam kot study. mau tak botak kepala gua? eceh. gaya cakap konon dah study banyak lah. padahal?


sejak dua menjak ni aku asyik update entry personal je kan? boring pulak tu.aku baca sendiri pon dah rasa boring apetah lagi orang lain. sebab tu aku tak berapa suka tulis hal personal kat blog ni. aku lagi suka share pendapat rather than personal life. lagipon aku bukannya artis org nak tau pasal aku kan? sekali sekala tak pe lah. ye dak?


ok, sebenarnya dah lama aku nak update pasal entry ni. tapi selalu terbengkalai. hari tu pakwe aku cerita pasal mimpi dia yg agak menginsafkan jugak bagi aku. bukan jugak lah. memang menginsafkan. tapi kejap je insaf.lepas tu buat lagi. astaghfirullahalhazim. apa nak jadi tah aku ni.T_T

comelnye! macam mia sara kan?


malam tu dia mimpi pasal dunia kiamat. dia cakap time tu dunia semua gelap. yg tinggal cuma manusia yg pakai topi penoreh getah yg ada torchlight tu je. matahari dah tak kelihatan langsung. dalam mimpi tu, memang tinggal manusia yg jahat-jahat je. kiranya pakwe aku tu pon tergolong dalam golongan orang yg jahat-jahat tu lah kan.haha. kesian dia. mana pergi orang yg baik-baik ni? yg baik-baik semua dah diangkat ke langit. dia cakap, boleh nampak banyak cahaya putih yg tarik orang beriman tu. kira macam cerita alien yg korang biasa tengok kat tv tu. kalau alien tu nak culik manusia kan macam ada cahaya putih tu. adoi. susah pulak aku nak explain ni. harap korang dapat imagine lah ye? korang pintar cergas dan rajin kan? hehehe.

macam ni lah lebih kurang. kiranya orang yg baik2 akan di bawa ke atas
menggunakan cahaya macam ni. paham tak? ah. tak paham sudah! ;p

dia cakap perasaan dia masa tu macam loser gila. rasa macam tak guna. kenapa dia tak terpilih sekali? kenapa cahaya putih tu tak ambil dia sekali? time tu nangis macam mana pon tak guna. memang pintu taubat dah tertutup lah. bila pintu taubat dah tutup, kau sembahyang lah 24jam pon Allah takkan terima dah taubat tu. dia cakap lagi, macam nak meraung bila fikir pasal dosa yg dia dah buat. perasaan "rilek aa, banyak lg masa" tu memang dah takde. tapi bayangkan lah korang kalau tak sempat taubat? kalau tak sempat taubat apa lagi jawapannya selain neraka?


so, bila dia terbangun dari mimpi tu, dia rasa lega sangat. memang best feeling ever! dia lega sebab ada mama dia yg masih suruh dia pergi beli nasik lemak untuk sarapan pagi tu. maknanya, nasib baiklah dia mimpi je. time tu rasa nak terus buat sujud syukur je. rasa kalau dah masuk waktu sembahyang, memang nak terus sembahyang time tu jugak. haa. betapa mimpi tu memberi impact yg besar jugak lah.



bila aku dengar dia cerita, aku pon insaf. Ya Allah. kalau lah aku mati sekarang. macam mana lah agaknya ya. dah lah banyak dosa. tak sempat taubat lagi. maybe mimpi tu petunjuk dari Allah kat kita semua kan?  so, guys, sama-samalah kita perbaiki diri kita terhadap Tuhan yg satu. perbaiki diri dari masa ke semasa. aku pon harap aku akan jadi muslimah yg berjaya dunia akhirat. semoga kita semua umat islam di bawah rahmat Nya. amin amin.


mood: ustazah nathrah.


*less than three* <3

Thursday, April 21, 2011

Semuanya dah settle. aku dan rumet kesayangan dah berbaik :)

Assalamualaikum!

bahagianya perasaan aku sekarang. rasa macam satu perasaan yg tak dapat digambarkan. muka dia yg penuh keikhlasan mintak maaf tu buat aku betol2 tersentuh and terharu. aku tau dia seorang manusia yg berhati mulia sebenarnya. tapi biasalah kan, manusia mana ada yg sempurna? mesti ada je salah yg kita buat. kadang2 kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. 


maybe cara aku ni berkesan and terkesan kat hati dia. maybe jugak dia tak maksudkan aku. tapi aku yg salah faham. tapi apa pun, aku dah maafkan dia. dan kitorang saling memaafkan antara satu sama lain.


oh ya! kepada korang yg bagi semangat, nasihat etc aku ucap thanks banyak2. lepas ni, tak payah cakap apa2 lagi pasal hal tu  ok? lupakan je apa yg berlaku. aku pon tak berniat pon nak bermusuh dengan siapa2. at least dia sedar salah dia. and dia cakap nak cuba perbaiki diri dia.alhamduillah.

i can smile widely now! thank you :)



kepada rumate aku yg tersayang, don't worry. aku dah maafkan kau. lagipon buat apa kita nak bermasam muka sesama rumet kan? kan best kita selalu happy macam awal2 kita kenal dulu? tengok movie sama-sama. baring sama-sama atas katil kau. bergurau senda. aku paksa kau pakai reben masa nak jumpa family bakal mertua kau. aku habiskan nasi goreng kampung kau sebab kau tak larat nak habiskan. serius aku happy time tu. tapi bila jadi macam ni kan tak best? so, aku harap lepas ni kita boleh mula balik. aku pon tak simpan dalam hati pon. 


so,guys aku pon nak mintak maaf kalau entry aku yg sebelum ni buat korang rasa aku ni nak aibkan rumet aku sendiri ke apa.atau korang rasa macam cara aku tak sesuai ke apa. demi Allah, aku tak berniat macam tu pon. aku luahkan je perasaan aku time tu. sekarang aku dah ok and happy. syukur Ya Allah.


oh ya!maybe aku tak update dalam masa yg terdekat ni. sebab aku dah nak final exam tak lama je lagi. tapi insyaAllah aku bukak blog ni tiap-tiap hari. apa2 hal tinggal lah jejak korang ye supaya aku boleh balas nanti. kalau aku tak balas aku bukan nak sombong ke apa. masa tak mengizinkan. doakan aku dapat jawab exam dengan jayanya ye? kalau aku ada masa free aku update lah blog ni. :)


*less than three* <3





Tuesday, April 19, 2011

Demi Allah, aku tak berniat langsung nak SHOW OFF

Assalamualaikum!

before aku start entry ni, aku nak ucap berbanyak terima kasih pada semua readers aku yg sudi wish pasal anniversary yg lalu. thanks so much people! nanti aku terjah blog korang satu-satu ye bila aku free. janganlah kecik hati kalau aku tak balas. ye? :)




entry ni hanya luahan perasaan aku je. aku tak tahu kat mana silap aku pada dia. dia merupakan kawan aku dan sebilik dengan aku. mula-mula, aku perasan yg dia tak nak bercakap dengan aku. hari ni dah 2-3 hari aku tak bercakap dengan dia. tapi at first aku biarkan je dulu. sebab dia memang selalu suka senyap bila mood dia tak ok. tapi bila mood dia ok, dia macam biasa akan tegur.


aku pelik lah, kenapa dengan aku dia tak nak cakap padahal dengan rumet aku yg lain dia cakap. so, aku pon bukak la fb dia. and perasaan aku bagaikan direntap. eceh. over pulak aku berpuitis kat sini.sambung2, aku tengok dia post something yg memang aku yakin dia tuju kat aku. ayat dia lebih kurang macam ni lah:


"cik kak oi, orang lain pon ada camera jugak, lagi canggih lagi. tapi tak delah nk show off bagai. bukan dia punya pulak tu. ish3"


lepas tu adalah beberapa orang kawan dia komen cakap kononnya aku ni technology shock. dia sambung lagi ngumpat aku cakap macam ni pulak:


" bukan tu je. psp yg dah berkurun pon dia nak show off. lagi sekali, bukan dia punya"


komenggaa??



bila aku baca ayat yg second ni, aku pon tau lah siapa yg dia maksudkan tu. sebab siapa lagi yg pinjam psp, yg pinjam camera bagai kalau bukan aku dalam bilik tu. lagi dia cakap aku tak pandai hormat dia.


untuk kawanku yg ku sayangi, meh sini ceq nak habaq mai kat kau. demi Allah aku tak pernah berniat langsung nak show off ke apa. salah ke aku main psp yg aku pinjam tu? habis tu takkan bila dah pinjam, aku nak main dalam almari pulak supaya orang lain tak nampak and tak cakap aku ni show off? lagipon kan aku dah cakap, aku pinjam sebab Awan (bf aku) ada test sebab tu dia bagi pinjam kat aku supaya dia boleh study dengan jayanya. aku tak faham lah. bila masa pulak aku show off? kau cakap aku macam tu sebab aku main depan kau ke? aku main sebab aku boring asyik online je. biasalah, awal2 dapat mestilah excited kan? oh lupa. kau tak fikir macam apa yg aku fikir kan?

psp je pon? kan?


pasal camera pulak. kau nampak kan camera tu jenis apa? DSLR kan? mana lah aku reti sangat nak pakai. biasa aku guna camera digital biasa je. bila dapat DSLR ni, mestilah aku nak test apa semua dulu. tu pon kau nak kata aku show off? kalau ikot logik lah kan, buat apa aku nak show off sedangkan bukan hak aku pon benda tu semua. aku tanya Ayu, aku tanya Dila (rumet aku jugak) diorang cakap diorang paham je niat aku. tapi kenapa kau boleh fikir sampai macam tu pulak? kau jeles dengan aku ke? kalau macam tu tak boleh nak kata apa lah kan. tu dari hati. kau kena bersihkan balik hati kau tu.


kau ingat aku reti sangat ke guna benda ni. of cos la kena explore dulu!


aku tak reti hormat kau? cuba kau spesifikasikan sikit macam mana maksud kau yg aku tak hormat tu? aku bukak lampu time kau tido? aku seret kerusi time kau tido? aku cakap kuat sangat time kau tido? aku gurau kasar dengan kau sampai kau terasa kr? yg mana satu? 


kalau kau rumet ku yg tersayang baca blog picisan aku ni, aku nak mintak maaf banyak2 kat kau kalau aku ada buat kau marah. kau terasa. kau rasa tak dihormati. kita manusia. memang takkan terlepas dari salah kan? kalau ikutkan, aku pon pernah jugak terasa dengan kau. tapi tak delah aku nak senyap sampai tak nak tegur macam ni. dan lagi satu, kau kena ingat, kalau kita nak dihormati, belajar jugak hormat orang lain. kita hidup bermasyarakat. tak boleh fikir kehendak kita je.  aku harap kita boleh jadi macam dulu.aku maafkan kau.and gud luck for your exam! peace~


*less than three*<3











Friday, April 15, 2011

Situasi macam ni buat aku cakap " this is the best feeling ever"

Assalamualaikum!

bila korang berada dalam situasi macam ni pernah tak korang rasa macam wahh seronoknya. wahh lega gila. wah alhamdulillah. wah dan wah lagi.


"wey nath, situasi apa yg ko cakap ni. intro tak de apa pon tak de terus situasi apa kes ni"


oh ok. sorry. aku terlebih excited pulak. maafkan saya. hehe. hangpa ni cuba bawak bersabaq.  meh sini ceq bagi situasi yg hangpa semua nak tau sangat tu.



First : korang rasa penat sangat. lalu terlena sehingga mengeluarkan bunyi dengkuran yg boleh mengejutkan jiran sebelah. air liuq basi tok sah kira lah kan sampai boleh buat peta dunia kat bantal lagi tu. tiba-tiba, korang terjaga dari tidur. dalam hati macam rasa tak puas lagi. harap sangat yg korang still ada lagi masa nak sambung tidur tu. then, bila korang tengok jam, rupa-rupanya masih awal and bukan time untuk bangun lagi. contoh korang set alarm pukul 6.30 pagi. then terjaga pukul 5.00 pagi. tak ke rasa macam terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu. aku bersyukur pada Mu ya Allah. ceh over tau. tanpa buang masa terus pejam mata rapat2 dengan harapan dapat sambung mimpi tadi. tapi harapan je lah. selalu bila dah terjaga jangan harap lah nak dapat mimpi tu balik. wuwuwu T_T


*klik gambar untuk membaca dgn lebih jelas


Second: korang tengah broke gila. boleh kata kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. dunia ini bagaikan tidak adil. jiwa bagaikan bergelora.sandiwara dunia kah ini? aiceh. berpuitis pulak aku. well u know lah kan. hujung2 sem ni, memang hidup student yg berharap pada loan macam aku agak terumbang-ambing. memang kering kontang lah. kalau ada kawan hutang dengan aku time2 camni memang aku tuntut. tak de istilah u can pay me back whenever u have money.no way man! no way! tapi alangkah bahagianya hidup ini bila tengah2 korang memang perlukan duit tu, tiba-tiba bila korang seluk poket seluar jeans korang yg berbulan tak basuh tersebut lalu menjumpai sehelai kertas lalu apabila mendapati ianya berupa wang kertas sebanyak RM50. time tu rasa macam dunia ni kita yg punya. best feeling ever lah!




Third: korang bermimpi buruk. aku pernah mimpi yg aku harap tak jadi kenyataan dalam masa yg terdekat ni. aku pernah mimpi adik aku meninggal. dalam mimpi tu, aku dah siap baca yasin. kira jenazah adik aku memang dah tinggal nak dikebumikan je. dah lengkap berkafan semua. korang bayangkan lah feeling dia macam mana. sumpah real gila. aku menangis. tapi bila aku terjaga dari tidur baru aku perasan yg aku mimpi. tapi air mata memang betul2 keluar lah. apa lagi aku terus pergi bilik adik aku tengok dia hidup lagi ke tak. bila tengok dia marah2 aku sebab kejutkan dia, aku rasa lega. ye lah. even kadang2 aku menyampah dengan adik aku ni, tapi of cos lah sayang kan. dah nama pon adik beradik. hehe. sumpah. time ni aku rasa memang the best feeling ever! lega sangat!



Fourth: korang malas nak pergi kelas. memang instict korang cakap macam malas je nak pergi kelas hari tu. lepas tu, tiba-tiba ada classmate korang hantar mesej yg mengatakan kelas tu cancle. perghh. memang masa tu rasa macam nak melompat. best gila. ye lah, kita memang nak ponteng. tapi betol2 takde kelas pulak. so jimat satu attendance kan? at least lawa lah sikit buku attendannce tanpa simbol 'O'hahaha. best feeling ever lah!




Fifth: korang suka kat seseorang. kira  memang adore dia sangat. macam berangan je konon orang tu pon suka kat kita. bila nampak dia, dia senyum kat kita pon rasa macam berada di awang-awangan je. macam berpengalaman je aku ni kan? memang pon! hahahaha. kalau tak, tak delah aku cerita kan? well tiba-tiba orang tu datang dekat kat kita then mintak number phone sebab nak kenal dengan kita. rasa macam nak pengsan dengar. rasa macam like seriously? mimpikah daku?lepas tu lepas tu bila dia pon cakap dia suka dekat kita. ohhh! best feeling ever! hehehe..




Sixth: korang rasa result exam teruk. siang malam dok terpikiaq sampai makan pon tak lalu. tapi kalau aku bohong lah. aku memang tak pernah makan tak lalu.pantang orang ajak confem aku on je. kalau free lagi lah! hehehe.ok bila sampai waktu cek result je, tangan menggigil macam orang kena parkinson. then, bila result terpampang depan mata, tutup mata lepas tu bukak balik sikit,konon tak sanggup nak terima kenyataan but alangkah terkejutnya bila tengok result yg disangka teruk tu rupanya agak gempak. subjek yg kita rasa macam paling hampeh dapat paling cemerlang. perghh! best feeling everr bhaii! bila lah nak jadi macam ni lagi, harap the last sem ni dapat merasa cam ni lagi. amin. amin.





p/s: point 4th ,5th n 6th macam makin sikit je elaboration dia. hangat-hangat taik ayam lah aku ni. huhuhu.so guys, korang pernah tak rasa macam yg aku rasa? meh kongsi meh.


*less than three* <3

Wednesday, April 13, 2011

kalau nak sambut besday kawan memang kena buat macam ni ke?

Assalamualaikum!

siapa besday dia hari ni? angkat tangan! ok sesiapa yg besday hari ni aku nak wish hepy besday. semoga panjang umur murah rezeki dan bla...bla..bla... hee..ayat standard.


ok,korang biasa tak sambut besday kawan2 korang? kalau aku, aku jarang sambut besday dengan kawan2. tu sebab kawan2 aku pon tak sambut besday aku kot. biasalah, buat baik dibalas baik, takkan buat baik dibalas taik pulak kan? kalau macam tu baik kita bakorrr kita bakorr je lah. ceh, dah jadi trademark dah kan quote cerita kak limah ni. sampai aku yg tak minat cerita tu pon dah terikut. kat facebook tu, semua quote  dalam movie tu ada orang buat fanpage. betapa fanatiknya rakyat malaysia ni terhadap hantu kak limah.


bercakap pasal sambut besday ni, pernah tak korang berpengalaman mempedajal kawan2 korang time nak sambut besday? yang paling common pasal sambutan besday ni, dengan tradisi baling telur beserta tepung. aku pernah jugak join benda alah ni. masa matrik dulu. aku follow je kawan2 aku. kalau ikut hati, aku tak nak buat sebenarnya. hehe.

hasil carian google. gambar diambil tanpa izin. maaf tuan gamba!

from my humble opinion lah kan, aku tak suka sangat dengan tradisi ni. sebab bagi aku, benda ni macam lebih kurang menganiaya je. padahal kita nak celebrate dia, tapi dalam masa yg sama kite buat dajal kat dia pulak. kalau guna telur+tepung dengan air paip je tak pe jugak. tapi yg lagi dasyat, ada yg guna air longkang lah, air rendaman stokin yg tak basuh selama sebulan lah. then jirus kat orang. perghhhh. bagi aku, memang kejam lah kalau buat macam ni. korang bayangkan lah, dengan bau telur hanyir tu, tambah dengan tepung yg melekat2 lagi, bau stokin, air longkang bagai. boleh termuntah hijau kat situ bhai. kalau kena kat rambut, memang seminggu jugak lah nak hilang keras tepung kat rambut tu.


"ek elehh. rileks lah der. kitorang gurau je kot. saja nak bagi pengalaman. nanti ko mesti ingat sampai bila-bila pengalaman ni der.lagipon untuk suka-suka tak salah kan? ko ni skema sangat apahal?"


tak. tak. aku tak salahkan korang nak buat macam ni. aku just bagi pendapat aku je. no hard feeling ok? bagi aku, tak salah kalau kita sambut besday kawan2 kita secara berhemah sikit. apa salahnya kita sambut dia dengan belaian kasih sayang dan sentuhan mesra ye dak?daripada korang beli telur+ tepung bagai untuk mempedajal orang, baik guna untuk buat kek ke.sedekah ke. boleh jugak bawak faedah. kan? membaziaq itu kan amalan syaitonnnn nirojim? lagipon kan, buat benda tu semua, boleh mengotorkan kawasan yg korang gunakan tu. lain lah, lepas tu korang bersihkan balik. kalau macam tu bagus lah. tak kesian ke kat makcik cleaner yg tua2 tu bersihkan tempat tu?


yes i will be always remember this! :) can't u see the happiness through my face?

macam ni lah,kalau kita buat something dengan ikhlas, setiap benda yg kita buat tu insyaAllah akan dihargai dan diingati sampai mati. kan? so, even kita tak buat benda ni semua, kalau kita ikhlas nak celebrate besday kawan kita even dengan sebijik cupcake pon, mesti dia akan ingat sampai bila-bila punya. :) peace!



*less than three* <3





Monday, April 11, 2011

Ini entry bergambar saya tentang dinner malam pra-graduan yg lalu. ok ayat karangan darjah 6 jap.

Assalamualaikum!

korang. hari ni aku tak datang kelas pagi lagi. mesti korang ingat aku ni pemalas kan? wuuwuwu. murung ah camni. T_T. memang aku sedar, aku memang pemalas tapi malas sikit je. patutnya aku ada kelas tutor pagi ni, tapi disebabkan miscommunication, aku ingat kelas pagi ni tak de. padahal ada. ceh ceh. tu lah penting nya english education. *tiba-tiba.


last week, hari rabu bersamaan 6 April 2011 fakulti aku ada majlis pra-graduan (MPG) untuk student final semester. kiranya dinner untuk meraikan pelajar yg nak grad tak lama lagi .fuhhh. tak sangka aku dah nak habis belajar dah. so, biasalah time tu lah nak melaram sakan kan. tapi aku tak guna banyak kos pon . aku recycle je baju yg ada. tema dinner malam tu "white hat blue sky".

*klik gambar untuk gemok.




ni lah attire aku malam tu. dress putih tu sebenarnya skirt, tapi aku modified jadi dress. jimat duit aku.hehe. cardigan biru tu aku beli kat dalam uitm ni je. rm20. ceh padahal kawan aku beli rm15 je. topi pon pinjam orang punya. shawl pashmina rm10.



ni kawan2 aku. semuanya cantik2 belaka. sorry lah ye, tapi semua dah berpunya lah pulak. ;p. so guys. no ngorat2 ok?benci betol tangkap gambar sebelah orang tinggi2 ni. haish!


mereka adalah classmate aku dari semester 1 sampai lah sekarang, iaitu semester 6. segala susah senang, kitorang bersama. asignment sama2. presentation sama2. ponteng kelas sama2. kena marah dgn lecturer sama2 boleh kata semuanya sama2. i love u guys! meh aku kenalkan sorang2.



ni syida namanya. walaupun muka ayu, tapi jangan main2 dengan dia. dia ni palapes tau. palapes tu maksud dia askar darat lah bagi yg tak tahu ye.bergambar dengan door gift. padahal ada cawan tu je. thumbs up la sangat. kalau berlian ke tak pe jugak. pangggg sedas. tak besyukur!


ni pulak akma namanya. cantikkan dia? aku yang mekapkan tu. cecece. promote pulak. mekap tak tebal sangat sebab akma ni memang dah natural beauty. lain lah aku ni. jerawat situ sana sini. kena lah tempek tepung gomak tebal2 kennnn.


bersama the vogue ladies fatty and akma.


yuyu and dina. :)



wawa and fatty :)



budak bajet cun .



budak bajet cun kuasa dua. dengan kuasa flash camera, muka pon seperti berkilauan umpama dipanah petir. eh. kalau dipanah petir dah hangus dah kan. tukar.2. seperti minyak masak cap buruh disapukan ke muka. oily! T_T



sebelum balik, kitorang lepak dulu kat dataran shah alam. nak camwhore dulu. sayang lah pakai mekap tebal2, bulu mata pelsu bagai melaram sakan tapi tak camwhore banyak2 kan? hahaha. adakah gambar kami seperti bidadari turun ke bumi? jawapannya of cos lah tak! fine thank you.



over tau budak tu. angkat kain tinggi2. nasib baik pakai legging. kalau tak kantoi segala bulu kat kaki tu. 



nasib baik gambar aku tak gegar. hahaha! tapi macam menakutkan pon ada gambar ni. ah tak kira. nice jugak! ;p



selesai sesi bercamwhore di dataran, kitorang bermigratasi pulak ke jalan masuk ke i-city. nak masuk tak mampu. tepi jalan pon jadilah. janji ada cahaya supaya gambar tak malap.wuwuwu. T_T



again and again



eh lupa nak kenalkan. yg depan sekali yg paling comel yang berdiri tengah2 tu nama dia zaa. kecik molek je orangnya. comel!


lepas dah tamat sesi bercamwhore, kitorang pulang ke kolej dengan gembira. malangnya, kitorang ditahan oleh pak guard yang tak ada kerja suruh tulis nama. padahal sebelum ni tak rajin pon buat kerja. wah prejudis sunnguh aku terhadap pak guard tersebut.saja lettewwww!


oklah. kepada kawan2 yg dah tengok gambar ni kat facebook, sorry eh. aku saja nak share dengan readers aku yg tak ada facebook aku :). till then, bye!


*less than three* <3

























Saturday, April 9, 2011

Manusia sekarang memang pandai berlakon kan?

Assalamualaikum!

hari isnin hari tu, aku bangun lambat. so, aku terponteng kelas. ulang lagi sekali. TERponteng.yelah i mana biasa ponteng2 ni sebab i kan pelajar harapan bangsa dan negara. euwwww! rupanya, budak kelas aku plan nak pergi rumah prof yunus lepas kelas tu sebab nak lawat dia baru keluar hospital. so, aku pon tak dapat la pergi sekali memandangkan aku tak datang kelas pagi tu. lagipon diorang plan last minit.


esoknya aku pon tanya lah diorang macam mana prof yunus. dah sihat ke belom. alhamdulillah semalam beliau dah mula kerja semula. kawan aku pon cerita kat aku insiden yg berlaku masa diorang nak ke rumah prof yunus tu. nak dijadikan cerita, diorang pergi rumah prof yunus ni konvoi ramai2 la. tapi malangnya, tayar salah satu kereta yg konvoi tu pancit. kebetulan mangsa keadaan semua budak perempuan. so, biasalah kan, perempuan ni selalunya tau bawak kereta je tapi nak repair2 ni harammm. * terasa.




tiba-tiba, datang lah sorang mamat ni. bawak motor. dia macam kesian lah kat budak2 ni yg tengah bertungkus lumus nak tukar tayar. bukan tak de laki naik kereta tu sekali. tapi laki yg ada ni special case sikit. hanya mampu pegang payung untuk mengelak simbahan cahaya matahari sahaja.then, mamat tu pon tolonglah diorang ni nak bukak tayar.


tak lama lepas tu, kereta terakhir konvoi sampai and ada lah lelaki yg boleh diharapkan. mamat motor tadi pon cakap :


"tu dah ada kawan sampai, ok lah tu"


tapi still tunggu kat situ lagi sambil tengok member laki ni tukar tayar. mamat motor tu tengok je and atas rasa simpati mamat motor tu nak call lah member dia konon nak mintak tolong. tapi dia tak bawak handphone. so dia pon mintak handphone dari diorang. tanpa rasa ragu2, salah sorang member aku ni pon hulurlah hp dia. mamat motor tu pon dail2 number. tak lama lepas tu dia cakap:


"eh, ada nombor maxis tak? "


member aku lagi sorang ni pon hulurlah hp dia. mamat tu cuba contact kawan dia lagi. tapi macam tak dapat2. tiba-tiba, tanpa diduga mamat tu terus blah dengan memecut motor kapcainya dengan laju. diorang yg dekat situ semua tergamam. tak sempat nak buat apa2. lesap terus mamat tu bersama hp member aku tadi. yg silapnya, diorang tak perasan nombor plat motor tu.


salah sorang member aku perasan yg tangan mamat tu tadi banyak kesan jarum. baru tau yg dia tu mat pik.(penagih dadah). bila diorang cek balik nombor yg dia dail guna hp member aku yg first tadi tu, memang tak ada dalam perkhidmatan pon. ceh kuang asam kan? memang tak sangka dia buat macam tu. sebab real gila dia berlakon.


macam tu lah ceritanya. aku tak delah cerita detail sgt. ye lah, aku tak de kat tempat kejadian kan. dialog pon aku bantai je. tapi lebih kurang macam tu la ceritanya kot. so, pengajaran:

1) kalau bawak kereta, kena pandai cara tukar tayar or langkah2 keselamatan yg lain. jangan tau bawak je. hehe.* aku lah tu

2) orang yg konon nak tolong, tak semestinya ada niat yg baik. sekarang ni ramai dah pelakon hebat.

3) jangan mudah bagi hp kat sape2 yg tak dikenali. kang lesap kang nanges 24 jam. tapi kalau hp korang cikai macam hp aku tak pe lah kot. 


sekian terima kasih .

*less than three <3



Tuesday, April 5, 2011

Aku tak retilah nak cakap macam mana bila jadi macam ni

Assalamualaikum!


ok lah korang pernah tak alami situasi di mana, ada something yg korang nak cakap atau nak tegur tapi tak terluah sebab takut orang yg  ditegur tu kecik hati? pernah tak? kalau tanya aku, aku memang selalu berdepan dengan situasi macam ni.


Situasi pertama: Kawan mempunyai masalah bau badan.


yang ni memang kerap sangat jadi kat aku. dulu masa sekolah, ada sorang kawan aku nama dia F ada masalah bau badan. bau badan dia memang di tahap yg sangat kritikal lah kan. pernah sekali tu, dia duty untuk sapu kelas. so dia datang awal pagi untuk sapu kelas. bila kitorang nak masuk kelas, hamik kau. semerbak ketiak bangla baunya. kalau nak masuk tu memang jiwa kena kental lah. kalau tak kental boleh pening kepala lalu koma. sampai budak laki pon perasan tau. diorang kata macam bau bawang lah. apa lah. aku kesian jugak kat dia. lagipun dia perempuan kan. tapi aku tak reti nak tegur macam mana. tak kan aku nak cakap:

"wey ketiak kau bau macam bawanglah. kalah bangla. kau pakai deodorant boleh tak?"

lepas tu, pernah jugak aku terfikir nak bagi hadiah deodorant kat dia. tapi kang dia kata aku nak perli dia pulak kan. so, sampai habis sekolah aku tak cakap. yang aku pelik, dia memang tak perasan ke badan dia berbau? wuwuwu. harap ketiak dia dah wangilah sekarang.





Situasi kedua: Nak mintak hutang kat kawan.

aku memang jenis yang tak berkira kalau orang nak pinjam duit kat aku. yelah. mana tau satu hari nanti kita pulak yg nak pinjam. tapi tu lah kan. kadang2 kawan ni dia terlupa yg dia ada hutang dekat kita. aku kalau tengah masyuk memang aku tak kesah sangat.  halalkan je lah. tapi bayangkan bila time tu memang tengah kering tahap padang pasir dah kan. duit tu je yg korang ada tapi bila mintak kawan cakap nanti lah. esok lah. bila esok, tunggu2 dia lupa lagi or tak tau lah sengaja buat lupa ke apa kan. nak mintk lagi sekali? malu.malu.malu. bila dah banyak kali mintak? rasa serba salah. rasa macam kita orang palin berkira di abad ini. padahal dah terpaksa. how lah?


kalau buat macam ni boleh? hahaha ;p


Situasi ketiga: kawan suka sangat paw barang

lagi sekali aku cakap, aku memang tak kesah kalau orang nak pinjam barang ke. nak sikit ke apa. tapi kalau dah kerap sangat, kita pon rasa macam tak best lah kan. contohnya makanan lah kan. buat apa nak kedekut? macam budak2 je nak kedekut makanan kan? tapi bayangkan lah, korang makan benda tu sikit je tapi orang lain yg makan banyak lepas tu habiskan terus. sekali sekala tak pe lah jugak. kalau selalu? mau tak botak kepala.last2 tiap kali kawan tu mintak kita pon cakap macam nie:


"haa..amik lah."  padahal nangis dalam hati. T_T


tak kan lepas tu nak makan sorok2 depan loker pulak? teringat rumet kawan aku masa matrik. punya takut orang paw sampai sanggup makan depan loker. haha.

lagi satu, bila dah guna barang kita, tak reti nak simpan balik. letak je merata. kadang2 cawan tu tak berbasuh sampai air milo tu dah basi. last2 aku jugak yg basuh. tapi nak cakap tak sampai hati. takut dia cakap kita kerek. poyo dan sewaktu dengannya.


Situasi keempat : peminta sedekah@ penjual barang



sejak aku duduk shah alam ni setiap kali aku makan kat kedai je, mesti ada je peminta sedekah ni. macam2 pesen pulak tu. ada jugak yg jual tisu. padahal kat kedai makan tu opkos la berlambak tisu and kau boleh dapat free je. disebabkan tak sampai hati, tangan ni gigih jugak lah hulur RM1. RM1 tu kira mahal lah bagi sebungkus tisu yg sepatutnya berharga  dua posen tu kan?

lagi satu, kalau ada mak cik ke budak2 ke yg datang jual kerepek. kesian dowh. memang tak sampai hati bila tengok diorang. lepas tu muka innocent pulak. lagi lah mak sentaps nokks! so, beli jugak lah.  kalau sedap berbaloi lah. kalau tak sedap? rezeki makcik tu je la kan.

ada jugak yg promote buku ilmiah. memang lah dia cakap tak kisah kalau tak nak beli. tapi bila dia dah bersusah payah pung pang pung pang explain promote itu ini, kau sanggup ke tak beli? kesian. untuk sekian kalinya tangan ni bukak jugak lah dompet buruk lalu menghulur duit. nak tolak tak sampai hati. tskk.


ada lagi sebenarnya contoh macam nak tegur kawan pasal baju diorang ke, mekap or sebagainya tak sesuai dengan diorang tapi tak reti nak tegur, kang cakap kita jeles letewwwwwwwwwwwww.


so how about u guys?


*less than three* <3





Friday, April 1, 2011

Aku ni mangsa fashion ke?

Assalamualaikum!

hai evelibadi! agak lama jugak lah aku menyepi dari dunia blog ni. ada lah jugak dalam 5 hari kot. minggu ni aku agak bz sikit dengan asignment and presentation. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. final exam tinggal lagi sebulan. lepas tu bye2 uitm! :(

warning: entry kali ni penuh dengan gambar aku.so, kalau tak bersedia ataupun akan menimbulkan rasa menyampah dan euwww2  sila tinggalkan blog ini sekarang juga. tq ;p


ok apa itu mangsa fashion? menurut kamus yg aku baca, tapi tak ingat kamus apa, mangsa fashion ni adalah seseorang yg menjadi mangsa kepada fashion di mana beliau mengikut fashion tertentu tetapi nampak tidak menarik pada diri beliau. mungkin  pada diri individu yg beliau ikut tu, nampak cantik je. lagi satu ciri mangsa fashion adalah, diorang ni sanggup berhabis duit untuk beli barang yg mahal2 demi mengikut fesyen yg diorang suka tu even sebenarnya diorang tak mampu.


so, aku pon terasa lah jugak kan. hahaha. sebab aku selalu tukar fashion tudung sekarang ni. maybe aku ni ciri yg first kot.  yelah,  kalau nak cakap aku ciri yg kedua tu tak kot sebab aku mana ada beli baju mahal2 or branded. semua barang aku murah2 je. kalau branded pon time ada sale 70% tu ha. time tu baru merasa nak beli barang branded.



dulu, aku pakai tudung bawal ni je. sebab time tu, tak ramai sangat orang pakai shawl pe kejadah bagai ni. tengok orang sekeliling pon, jarang lah nak nampak orang yg pakai selendang. kalau ada pon, mak2 datin je yg pakai. tapi sepanjang tahun 2011 ni, aku tak sentuh lagi tudung bawal ni. rindu pulak. hehe.



tak lama lepas tu, dah mula dah fesyen orang bershawl. banyak aku tengok budak2 pompuan yg pakai shawl kaler hitam ni. konon2 arab lah kan. padahal hidung penyet ada hati nak berangan jadi arab. wuwuwu. terasa. T_T. gambar kat atas ni, gambar first time aku pakai shawl. main belit sesuka hati. hish selebet. selenge dan sewaktu dengannya. aku memang mangsa fashion.



then, shawl pon beranak-pinak dan menghasilkan shawl yg bercorak dan berkaler2. aku pon time ni tak nak ketinggalan. turut menggayakan shawl bercorak tersebut dengan bajet cunnya. tapi  kali ni, belitan shawl tak lah seteruk tadi. well, u shud agree with this quatotaion ; practise make perfect :)


lepas tu, keluar pulak dah fesyen tudung syria. tudung syria ni senang nak pakai and flexible. tak payah susah2 nak gosok macam tudung bawal. sesuai lah dengan aku yg memang pemalas nak iron tudung ni. tapi sebenarnya, tudung syria ni aku dah start pakai dari matrik lagi. kiranya, sebelum aku start pakai shawl hitam arab tu, aku dah pakai tudung ni sebab kawan aku, mak cik dia supplier tudung ni. kiranya time tu memang tak jumpa lah tudung camni kat malaysia, so, bila pakai ramai orang berkenan tapi tak tau nak beli kat mana.





next, bila aku tengok heliza helmi pakai anak tudung syria  tu, aku pon sibuk lah nak ikut jugak. siap pergi jalan tar semata2 nak cari anak tudung macam heliza tu. ye lah, aku tengok dia pakai lawa je.  time tu, tak banyak lagi orang pakai anak tudung syria macam tu. so, susah nak cari. ramai lah comment kat fb heliza tanya kat mana dia beli anak tudung macam tu. lepas tu, aku tengok banyak dah online shop yg jual anak tudung syria ni. sekarang pon, kat mana2 je kita boleh nampak pompuan pakai tudnung macam ni kan?




and sekarang, aku selalu kalau keluar jalan or dating ke apa pakai tudung style ala2 hana tajima ni. senang nak pakai jugak. lagi satu tak nampak macam over. sempoi je kan? memang hana tajima punya style sekarang tengah popular pon. aku pon jadi mangsa jugak.


so, dengan contoh2 kat atass tu, aku pon terkonfius jugak kadang2. am i a fashion victim? tapi kalau betol pon, apa salahnya kan? janji aku tak kacau orang. lagipon, aku rasa tak de lah terok mana fesyen tudung sekarang. jangan nanti in the future, tudung saji pon jadi fesyen jugak sudahlah. hihihi ;p


*less than three* <3