Sunday, May 29, 2011

Tak semestinya yg bergaya itu kaya, yg tak bergaya itu miskin

Assalamualaikum!


hari ni maybe entry terakhir aku dekat rumah. esok aku dah nak balik kl dah. tak tau lah bila lagi aku boleh update. rumah sewa aku tu bukannya ada internet. nak kena tunggu gaji baru boleh beli broadband. sobs. so korang please don't miss me ok? LOL~


dulu aku da buat entry pasal life aku sebagai gadis kampung. ya, aku tak malu mengaku aku memang berasal dari kampung. and aku jugak bukannya datang dari family yg kaya raya. korang boleh rujuk entry ni.so, ada jugak yg pertikai cakap kononnya aku ni tak macam orang kampung sebab dress up aku. well guys, mak aku selalu pesan :


"kalau kita susah pon, jangan tunjuk sangat dekat orang"


aku suka gambar ni sebab nampak tinggi. hehe ;p

sebab apa? sebab kalau kita tunjuk sangat dekat orang yg kita ni susah, orang akan pandang rendah. orang akan  mudah memperlekehkan kita. bercakap pasal bergaya ni, tak semestinya jugak orang kaya semuanya pandai bergaya. sometimes, orang kaya ni lagi simple. kadang-kadang orang yg tak berapa kaya ni yg over. kan? pernah jumpa tak?


so, bagi aku nak bergaya tu tak perlu pon nak pakai semua barang branded ke apa. aku biasa beli semua barang yg murah-murah je. semua stock timesquare. kalau ada yg branded pon aku beli time tengah sale gila-gila. memang kalau kita beli barang mahal, maybe lah lebih berkuality kan? tapi kita tak boleh nak beli banyak-banyak. gila kau! mau botak kepala nak beli semua barang branded. kadang-kadang bila tengah sale pon harga dia still mahal lagi. baik aku beli baju TS je. dah la murah. cantik. comel serta bergaya lagi. hehehe.


ni pon stock TS jugak



sebenarnya tak salah pon nak pakai baju branded ke apa. tapi kena ikot kemampuan kita lah kan? ini ada jugak orang yg sanggup berlapar semata-mata nak beli barang branded apa semua. ada tu sampai duit ptptn tinggal sikit sebab beli barang mahal-mahal. dah last-last sem mula lah makan megi je hari-hari sebab duit dah habis kan?


so, pendapat aku lah tak semestinya kalau nak bergaya tu kena pakai baju mahal je. kadang2 baju bundle pon banyak yg cantik-cantik kan. tapi kena pandai pilih lah. tak semuanya yg lawa kan? 


akhir kata dari aku, muhasabah lah diri. bak kata pepatah 'ukur baju di badan sendiri'. jangan badan kau kurus keding kau pegi ukur dekat badan orang gemuk sudah. hikhik.


bye!


p/s: aku baru buat fan page kat FB. kalau suka blog aku ni boleh lah like kat tepi ni. hehe ;p


*less than three* <3

Tuesday, May 24, 2011

Tak baik tau kutuk-kutuk UiTM kita

Assalamualaikum!

Semalam aku saja lah jalan-jalan kat group blogger dekat facebook tu. so tiba-tiba aku macam tertarik dengan entry sorang mamat ni. "UTM bukan UiTM". so sebagai student UiTM yg sangat berwibawa dan berdedikasi, aku pon bukak lah blog dia. dalam entry dia, dia macam tak puas hati lah sebab orang selalu cakap yg dia tu student UiTM sedangkan dia student UTM. yelah, bagi dia standard tak sama. UTM tu  top university kat malaysia ni. tu memang aku tak nafikan. memang betol UTM memang ambil student yg result gempak-gempak.


ini UTM


ini uitm



 tapi yg buat aku terkilan bila terbaca ayat dia yg ni:

"Bukan apa, bagi aku la kan...UiTM tu macam 2nd class universiti"


memang berasap bila baca ayat dia yg ni. bagi aku, kalau ye pon dia rasa UiTM ni university low class pon, tak perlu lah dia nak masuk dalam entry macam tu. memanglah bagi dia, itu pendapat dia tapi cuba fikir apa perasaan students UiTM bila baca ni? confirm lah terasa bhai. ye lah, cuba korang letak diri korang dekat tempat students UiTM. apa yg korang rasa?  mesti lah rasa macam terhina kan?


"Tengok pada standard laaaa, most of the UiTM students adalah intake yang xley survive kat matrik (intake Disember) and Budak2 lepasan SPM yang x dapat matrik. "


maybe time dia tulis ni dia tak buat research betol-betol kot. dia main cakap berdasarkan pengetahuan dia je. aku pon student matrik jugak dulu. tapi kenapa aku pilih UiTM? kawan-kawan aku yg result matrik gempak pon ramai je yg pilih UiTM.


"Kalo ada yang mintak ngan iklas ati pon,,sebab senang nak dapat...X payah nak compete ngan students bumiputera yang jaoooooooohhhh lagi cemerlang."


tu dia. dia punya jaoooooohhh tu bukan main panjang lagi. terjuih-juih bibir mungil i  ni tau!ni lagi satu. mamat ni maybe tak baca paper kot? dia tak tahu ke sekarang ni ramai budak tak dapat masuk UiTM sebab ramai sangat yg apply. semalam aku ada baca paper cakap permohonan ke UiTM lebih kurang 200K tapi tempat yg ada just untuk 20K je. boleh bayangkan tak betapa ramainya orang yg kurang bernasib baik sebab tak dapat masuk UiTM ni yg kononnya senang nak masuk tu kan? ye lah, memang betol UTM ambil students bumiputera yg jaohhhhh lagi cemerlang and pandai dari UiTM. tapi UiTM ambil students yg kuranggg cemerlang untuk dijadikan cemerlang.



"Bukannya jeles ngan populariti UiTM, tapi da fed up sebab people never recognize UTM yang da banyak bagi sumbangan kat negara kita lam sektor Teknologi. Memang ramai usahawan Bumiputera yang berjaya datangnya dari UiTM, tapi para engineer, arkitek pe suma dari UTM"


alaa..mana-mana university pon ada sumbangan kat malaysia ni. bukan UTM. bukan UiTM je. semua university ni ditubuhkan untuk pembangunan negara. ecewah. apa lah nak diheran kan sangat ye dak? kita semua sama je. tak perlu nak rendah kan orang lain. mana-mana tempat belajar semua sama. tak kisah lah UTM ke. UiTM ke. politeknik ke. kolej swasta ke semua matlamatnya sama je.


jujur aku cakap, aku bertuah sangat dapat masuk UiTM ni even maybe masyarakat kat luar sana banyak yg pandang rendah. aku tak kisah. UiTM lah banyak berjasa untuk aku selama 3 tahun aku belajar dekat sana. UiTM lah yg buat aku dapat kerja cepat even aku tak dapat result final sem lagi and tak convo lagi. aku bertuah dapat belajar kat UiTM yg yuran dia murah kalau nak dibandingkan dengan universiti lain. aku bertuah sebab dapat jugak masuk IPTA sedangkan ramai lagi kawan-kawan kat luar sana tu teringin tapi tak dapat.


and lastly aku bangga ada seorang naib canselor yg hensem dan bergaya macam DATO ' SAHOL ni. beliau tak pernah tak reply mesej students dia dekat FB tu. korang ada? wakakakaka ;p




boleh klik untuk baca respon dato sahol :)


btw, mamat tu dah mintak maaf dah. bagus la kalau macam tu kan. dia maybe tak sengaja or tak berniat pon nak buat jadi macam ni. tapi tu lah. setiap tindakan tu kena fikir jugak sensitivity masyarakat. tak boleh ikut sedap kita je. kau nak kutuk, kutuk diam-diam. tak payah nak cerita kat semua orang. cerita kat kawan-kawan kau sudah. aku tau bukan lah kau sorang je pandang rendah kat UiTM ni. ramai lagi kat luar tu yg macam kau. ok? lagi satu, janganlah kita suka pandang rendah dekat orang lain sebab maybe satu hari nanti orang kau pandang rendah tu lebih berjaya daripada kau yg hari ni. mana tau esok-esok anak cucu kau pulak yg masuk UiTM ni?


dah la, panjang pulak entry aku ni. aku tulis panjang-panjang korang bukan rajin sangat nak baca ye dak? what ever it is, UiTM sentiasa dihatiku :)


bye!


p/s: jangan main-main dengan student UiTM. satu Malaysia ada UiTM ni tau ;p


*less than three* <3





















Monday, May 23, 2011

Jadi pelayan restoran ok what?

Assalamualaikum!


Dulu masa lepas SPM, aku pernah kerja kat restoran marrybrown dekat cameron highlands ni. korang jangan tak tau, marrybrown kat cameron ni bertahan lama dari dulu sampai sekarang. bukan macam dekat shah alam tu. dah lingkup dah pon. hahaha. ye lah, bukan senang nak bersaing dengan fast food restaurant macam KFC, McD, pizzahut etc tu kan? marrybrown ni sebelah mata pon orang tak pandang.ye dak?

marrybrown cameron highlands.  credit to google.

Tapi disebabkan dekat cameron ni tak de banyak sangat choice fast food yg ada, so maybe sebab tu jugak dia mampu bertahan sampai sekarang. dulu masa aku kerja dekat marrybrown ni, KFC pon tak ada lagi. memang laku lah jugak. sekarang aku tak taulah tahap kelakuan dia. hehe.


so, sepanjang aku kerja dekat situ, banyak benda yg aku belajar. aku belajar cari duit sendiri. hasil titik peluh sendiri even aku rasa tak de peluh pon. ye lah, cameron. what do u expect kan? baru aku tahu, macam tu lah payahnya mak bapak kita cari duit. baru aku tahu susahnya kerja kalau tak de pelajaran. kerja punyalah penat nak mampos tapi gajinya alahai...


tapi aku tak kata kerja kat restoran ni tak best. even penat, banyak jugak benda yg korang boleh belajar. contohnya, korang boleh belajar macam mana nak communicate dengan customer. macam mana nak treat customer. macam mana nak handle perangai manusia yg macam-macam ragam.


masa aku kerja dekat situ, ada satu masa tu memang ramai sangat pelancong dari arab datang. aku ni ngada-ngada lah konon nak speaking arab. padahal belajar sampai form 3 je. itupon banyak dah tak ingat. time tu aku jaga kaunter. aku pon sengeh-sengeh macam kerang busuk.


pak arab tu ade anak hensem gak la.;p


" Assalamualaikum. ah lan wa sah lan ila marrybrown. kaifa ha lu ka ya sayyid? "

(selamat datang ke marrybrown. apa khabar encik)


huihh. pak arab tu bukan main lebar senyum kat aku. maybe excited sebab dengar aku cakap arab kot. dia pon balas :


" Waalaikummussalam. ana bi khoir. syukran"

(saya sihat. terima kasih)


tapi lepas tu dia bantai speaking arab siap tangan terhayun-hayun macam karam sigh walia. aku pon macam terpinga-pinga. dalam hati cakap apa lah pak arab ni merepek. so untuk menjernihkan keadaan aku pon bersuara. ecehh


" Aasifff! (maaf). actually i just know only a bit of arabic languange. i'm sorry sir."


pak arab tu pon buat muka paham tapi still senyum. lepas tu aku ambil order depa lah kan. yg bestnya, bila dia nak balik tu, dia sempat cakap:


"Thank you Nathrah. i love your service. Insyaallah i will come here again"


tanpa disangka dia hulur aku duit. tips la kiranya. RM 100! aku macam terkejut jugak lah sebab macam agak banyak jugak tips dia bagi. itu aku pelik jugak macam mana dia tau nama aku kan.


" Oh sir. thanks so much. but how did u know my name?"


dia pon jawab:


" there..." 


sambil tunjuk name tag aku. aku pon senyum jelah. padahal cover malu. baru nak perasan diva tadi. hahahaha!


kembang hidung aku time tu. wakakaka


so, tu antara kenangan manis la time aku kerja kat situ. banyak lagi sebenarnya. pernah sekali tu ada sekumpulan mamat-mamat sabah datang. perghh! hensem gila semuanya. time tu best gila cuci-cuci mata. tapi paling best bila diorang nak tangkap gambar sama-sama dengan aku. hehehe! 



tapi ada jugak yg tak best. pelanggan ni kan macam-macam. ada yg cerewet gila. kadang-kadang menyampah pon ada.tapi aku malas la nak cerita. aku cerita yg manisss je. hehe. bila aku kerja kat situ, baru aku paham perasaan org yg kerja restoran ni. and aku tahu apa kehendak customer. ye lah, kalau kita pergi mana-mana, kita mesti nak pelayan yg mesra. kalau yg jenis muka masam macam ketiak korang bangla tu siapa suka kan? macam nak tonyoh-tonyoh je ye dak?



eh terpanjang pulak entry aku ni.sebenarnya aku pon tak tahu apasal aku tulis entry ni. hahaha! btw, enjoy reading ye. :)


till then, bye!


p/s: korang yg tengah tunggu nak masuk U tu or tengah cuti sem ke boleh la try jad crew restoran. ;p


*less than three*<3















Saturday, May 21, 2011

Hai! saya kembali dengan hana tajima hijab tutorial versi kedua.

Assalamualaikum!


hai korang! hari ni aku kembali lagi dengan hijab tutorial. sama jugak. still hana tajima punya style since ramai kawan-kawan dari facebook, youtube dan jugak blog yg suruh aku buat tutorial lagi. aku macam terharu jugak la sebab ramai yg suka tutorial aku yg first hari tu even ada jugak yg tak suka kan. hehe.


btw, aku nak ingatkan, tutorial hijab ni adalah untuk kaum hawa sahaja. korang yg lelaki tu janganlah nak menggedik nak tengok. bukan apa, aku macam tension jugak lah sebab ada jugak comment yg dekat youtube tu cakap aku namapk leher lah apa lah. aku memang tak berniat nak dedah aurat aku sini sana. memang aku bajet perempuan je yg akan tengok tutorial tu. ape jadah pulak laki pon nak tengok ye dak?


aku bukan tak boleh terima teguran tapi kalau macam kasar je sape tak bengang kan? cuba tegur orang dengan sopan santun berbudi pekerti mulia. sejuk jugak hati aku dengar. lagipon memang salah aku pon, tak cover leher aku masa buat tutorial tu. apa-apa pon enjoy lah the second tutorial ni. sorry kalau ada kekurangan dari segi penyampaian, kuality video etc. kalau tak paham sila tinggal kan komen ye? 


lebih kurang macam ni la gayanya.


p/s: sila abaikan jerawat aku yg banyak tu. T_T


bye!


*less than three* <3

Wednesday, May 18, 2011

Saya budak kampung,tapi saya ok!

Assalamulaikum!

Semalam, masa aku nak angkat kain dekat ampaian, ada dua orang anak jiran aku ni tengah main basikal dekat halaman. mereka berdua ni kembar. comel sangat sebab diorang mixed melayu-cina. hari-hari aku dengar diorang menyanyi. lagu yg diorang belajar dekat tadika mungkin. kadang-kadang aku ada jugak dengar diorang hafal doa-doa harian. bagus betol diorang ni kan? dah la comel.




aku pon teringatlah  zaman aku kecik-kecik dulu. maybe budak zaman sekarang tak pernah kot buat macam apa yg aku buat masa kecik-kecik dulu. yelah, budak zaman sekarang kan dah ada laptop sendiri. psp. facebook. myspace. mana layan games budak zaman dulu. ye dak?


dulu, kalau balik kampung dekat tapah, mesti pergi mandi sungai dengan sepupu-sepupu yg ramai tu. kalau pergi mandi sungai, tak sah kalau tak main perang-perang. guna tanah liat. kalau kena mata, balik rumah menangis mengadu dekat mak. tapi mak kata padan muka je. hahaha! tapi memang best gila. feel dia rasa macam counter strike tapi yg real punya. haaa. mana boleh lawan games dekat laptop tu. lepas tu, kalau ada dahan pokok yg dekat dengan sungai, confem jadi mangsa panjat kitorang. masing-masing nak jadi penerjun tak berwibawa. kalau ada dahan pokok berjurai tu, mula lah nak jadi tarzan. 

inilah geng-geng perang aku masa kecik. semua ni sepupu aku yg umur lebih kurang.
ce teka mana aku? haha


kadang-kadang, bila musim manggis mesti ajak abang aku and kakak sepupu aku pergi panjat pokok manggis. pergi kait buah manggis sebab nak jual dekat pemborong. kait manggis sampai sebakul then suruh opah ikat manggis tu. kalau dulu, seikat dalam RM 2.00 kot. bila dapat sepuluh ikat pun dah melompat kegembiraan sambil terkinja-kinja. well RM 20 tu dah cukup banyak bagi budak macam aku dulu. tapi budak zaman sekarang? tak tahu lah kan.

nyum nyum. sedapnya manggis!

lagi, aku teringat masa aku kanak-kanak comel dulu, aku, abang aku and adik aku main hujan sambil main pasir dekat padang depan rumah. dok berkubang dalam lumpur. sebijik macam kerbau. nak main swimming pool tak mampu. lopak air lumpur pon jadi lah. hahaha. time main tu memang seronok gila. tapi sampai je rumah, mak aku dah stand by dengan paip getah untuk melibas anak-anak dia yg nakal tu. perghh! sakit dowh libasan mak aku.


tapi sekarang, jarang aku nampak budak-budak yg tough lagi gagah perkasa macam aku zaman kecik-kecik dulu. baru sergah sikit nak nangis. tak mau main pasir. nak duduk rumah je. tak adventure langsung! jarang aku nampak budak-budak main tuju selipar ke, rounders ke, police and thief ke dan sewaktu dengannya. zaman teknologi kan? mana ada lagi. 


sesungguhnya zaman kanak2 laa yg paling seronok dalam hidup aku. tak payah pikir apa2 pon kan? walaupun saya budak kampung, saya ok je! :)


bye!

*less than three* <3















Sunday, May 15, 2011

Hey! Apa kejadah lah main simbah-simbah asid ni

Assalamualaikum!

hari ni dah 4 hari aku dekat rumah. tapi baru hari ni aku update entry baru. well biasalah kan. bila dah dekat rumah laptop bagai di anak tirikan. time ni lah nak berkepit belakang mak. walaupon selalu menjadi mangsa kentot berbisa mak yang harum mekar mewangi tu aku tetap tabah. ecewahh. nanti tak de peluang dah nak berkepit dengan mak. oh ya, hari tu aku ada cakap aku nak pergi interview kan? alhamdulillah. berkat doa semua especially mak aku, aku berjaya diterima. bulan 6 start kerja dekat Ampang. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. guys, wish me luck k? :)

i will be an office girl soon~

So, bila aku baca paper, tengok berita dekat tv and ada jugak kawan-kawan share dekat fb, sekarang ni ada kes penejenayah yang suka simbah asid dekat orang. entah apa motif pon aku tak tau. tapi yang selalu jadi mangsa adalah wanita. bila dah jadi macam ni aku rasa takut pulak. ye lah, aku nanti pon kerja kat ampang. baru-baru ni pulak ada kes yg dekat area-area situ. Ya Allah, aku harap sangat penjenayah ni dapat dikesan secepat mungkin.


pelik jugak dengan orang macam ni kan? tak pasal-pasal orang yg tak bersalah jadi mangsa. kalau asid tu dapat melicin, melembab serta menyerikan muka bak iklan fair n lovely tu tak pe jugak. ni tak. kalau kena mata boleh buta wooo. kalau kena muka, jadi hodoh. takut sangat!


aku rasa lah kan, mamat yg dok siram asid kat muka orang ni sebab dulu dia frust bercinta kot. tak pon ada pompuan yg dia suka cantik sangat, tapi pompuan tu tak suka dia. so dia pon benci semua pompuan. lepas tu balas dendam. tak pon orang tu memang suka tengok orang sakit. heeee. psycho gila!


ni lakaran muka penyimbah asid tu.

so, girls out there beware of this guys ok? harap kita semua di bawah lindungan-Nya. amin.


*less than three* <3



Wednesday, May 11, 2011

Apa Pekdahnya Jadi Fakers Ni?

Assalamualaikum!

hari ni hari terakhir aku guna wifi free uitm. lepas ni dah tak ada peluang lagi. walaupun kadang-kadang speed dia kalah siput, tapi banyaklah berjasa untuk aku. kalau tak, macam mana aku nak update blog. nak bukak website kegemaran ramai iaitu facebook. youtube. 1tube. tubelawak. tube basikal. haa. nampak sangat kerja aku bila online buat benda lagha je. aiseyman.


dah dah. aku bukan nak cerita pasal wifi uitm. aku nak cerita pasal fakers. makin hari makin menjadi-jadi pulak isu fakers ni. maksud fakers ni, orang yg menyamar jadi orang lain dan perasan jadi orang lain.kalau buat fakers artis tak pe lah lagi sebab kadang-kadang kita pon boleh je nak bezakan yg ori dengan yg tak ori. tapi yg aku nak cakap sekarang, akaun faker untuk orang-orang yg bukan artis. 


kadang-kadang aku pelik. buat apa nak jadi fakers. cuba jadi diri sendiri tak boleh ke? nak curi-curi gambar orang lepas tu menyamar konon kau lah orang dalam gambar tu. pulak tu nama nak artis je. ada sampai kalah nama artis pon ada. laila ashira. puteri qistina la. BaBy KieNa LiNa CuTe euwwwww la. sampai lepas tu bila ada orang puji kau cantik ke, kau comel ke boleh pulak cakap thanks bagai. padahal kau tau orang tu bukan puji kau pon. haish! get a life la girl! aku memang tergelak kalau jumpa orang macam ni. nampak sangat tak yakin dekat diri sendiri.


kalau gamba meneran camni ada tak orang nak buat akaun faker?haha ;p


so,tak payah nak jadi orang lain. terima lah diri seadanya. kalau jadi fakers ni pon tak ada pekdahnya der. orang ingat dalam gambar tu kau. tapi bila jumpa betol-betol haram. lain gila. sama jugak. lagi menyampah adalah bila tau kau menipu. Allah dah jadikan setiap hambaNya cantik so bersyukur je dengan apa yg ada. ok?



bye!



*less than three* <3






Tuesday, May 10, 2011

So, berakhir lah kisah hidup aku sebagai seorang pelajar.

Assalamualaikum!

hari ni aku menulis dengan mata yg layu. serius mengantuk gila. tadi lepas last paper, pergi karoke dengan kawan-kawan before kitorang berpisah. ye la, lepas ni bila lagi boleh jumpa kan? ada yg ke utara. selatan. pantai timur. sebelum paper nak habis tadi lecturer kitorang lewatkan masa 5 minit semata-mata nak bagi kitorang merasa hidup sebagai student buat kali terakhir. hahaha. lawak je encik faizal ni.


so, sepanjang 3 tahun aku dekat uitm ni, macam-macam yg aku belajar. aku kenal dengan macam-macam orang. well. that's life kan. kita manusia yg mencorak diri kita sendiri. adoi. apa skema-skema ni. tak chill lah macam ni. kata dah habis degree. chill laaaa beb!




i will miss this moment!

hurm. tapi serius tak boleh nak chill. rasa macam sayu je nak tinggalkan uitm. lepas ni dah tak de dah nak terhegeh2 bangun pukul 7.45 pagi  sebab nak pergi kelas pukul 8.30. dah tak ada dah nak berebut shower nombor 1 dari awal shower kegemaran ramai tu. dah tak de dah nak terkedek-kedek buat asignment last minute. dah tak de dah  nak ponteng kelas lepas tu suruh kawan signkan attendance. dah tak de dah nak study untuk exam. dah tak de dah masa dengan kawan-kawan meronggeng and berjimba-jimba. tak boleh dah guna student card nak karok. nak tengok wayang. nak main boling.



love u guys! thanks for everything :)

lepas ni masuk alam kerja pulak. mana ada chance dah nak ponteng. gila kau. belom sampai seminggu tak pasal dah kena fired. nanti mesti rindu nak belajar balik. serius. nak sambung master? kena tunggu scholarship. nak guna duit sendiri memang tak mampu. tapi the feeling will never ever be the same as a degree students. oh i will  miss this moment! 


to all my friend, gud luck in your future undertaking. don't forget me and will miss u guys! :'(


p/s: aku ada interview esok. doakan aku ye?  insyaAllah. :)


bye!


*less than three* <3



Friday, May 6, 2011

Excuse ME! Are U Malay?

Assalamualaikum!

hai everybody! semalam aku pergi berjimba-jimba (jalan-jalan) lepas paper. oh itu bukan last paper. last paper 9may ni. tapi sebab ada gap 3 hari, aku pon nak mereleasekan kepala hotak yg serabut ni. mana taknya, paper 2 hari berturut2. dah macam kat matrik pulak. tak de gap. dua2 subjek membaca pulak tu. haishh!


so, semalam aku naik komuter nak pergi kl central. dalam komuter tu macam2 orang aku jumpa. sampai kat stesyen mana tah ada sekumpulan minah korea masuk komuter tu. siap ada bawak DSLR masing-masing lagi. dalam benak fikiran aku, mesti pelancong. bila dengar diorang speaking, perghhh! macam tengok drama korea pulak. lepas sampai je dekat kl central ada sorang mamat india ni. agak hensem. badan tegap. tinggi lampai. kiranya pakej lengkap la nak jadi pelakon hindustan. tiba-tiba dia tegur aku.


"excuse me! excuse me miss! are u malay?"


aku pon toleh belakang. sambil angkat kening ala ziana zain. oh dia cakap dengan aku rupanya. aku pon angguk-angguk sambil cakap


"yes! i am"


sambil tersenyum. then aku pon nak blah la. yelah, aku takut sebenarnya cakap dengan orang yg tak kenal ni. tapi sebab dia hensem aku layankan aje. pangggg sebelas das. orang hensem pon bukan boleh percaya sekarang ni. paham! .ok ok.paham. =.=


tapi dia still macam terpinga-pinga. pandang je muka aku.ke dia ni pekak. adoi. fail betol. takkan hensem tapi pekak kot? aku pon ulang lagi sekali


"i am malay. why?"


dia buat muka macam tak percaya pulak.


"no no. just asking. because u are beautiful. i though u are mixed"


mixed la sangat kan!

erkk! mixed apa jadah. muka macam kapal karam. boleh pulak dia cakap aku macam mixed. tapi memang betol lah aku mixed. mix laki dengan pompuan. mix perak-pahang. hahahah. lepas tu aku pon senyum je la. nasib baik tahap kekembangan hidung dan bontot dapat di cover dengan baik lagi time tu. hehehe


" yes i know that. u dont have to tell me"


hahaha! tak tak. gila hape nak cakap macam tu. aku cakap thank you jelah. dalam hati aku cakap dia ni rabun ke hape. muka aku punyalah banyak gila jerawat. merah-merah lagi. dah lah tak pakai bedak apa langsung.. memang boleh nampak secara exclusive segala mak nenek cucu cicit jerawat kat muka aku. lepas tu baru aku terfikir, betol lah kot dia ni rabun. so dia ingat jerawat dekat muka aku ni blusher kot. kan? mungkin lah.


so entry ni memang tak ada motif pon. saja nak cerita kat korang. heheheh! guys wish me luck ye for my last paper ni! insyaAllah habis exam, da setlle apa semua aku jenguk korang. janganlah cakap aku sombong pulak. biasanya bila aku update entry lepas tu terus off laptop. sebab nak study. petang ke,malam ke baru aku on balik nak approve komen. itu pon kalau ada orang komen. lepas tu tutup balik. begitulah seterusnya.memang tak ada masa nak jenguk korang lagi. sorry sangat. harap semua paham lah ye :)

study study! even buku ikea pon kita kena study. ;p


with that, i thank you. ceh macam bagi ucapan pulak. bye!



*less than three* <3









Wednesday, May 4, 2011

Betul Ke Belajar DeKat Matrik Tu Susah?

Assalamualaikum!

hai people! hari dah petang. so, aku dah stop study buat siang hari ni. nak study lagi memang dah tak masuk dah. nak tido? hurmm. tak elok pulak sebab dah lepas asar kan? so aku decide bukak laptop, tengok facebook and tengok blog. rutin harian. hehhehe.


so tadi, aku bukak facebook. ada sorang adik ni tag aku yg dia dapat matrik perak. oh my! matrik kesayangan aku tu. matrik terbaik di malaysia. elehh. kalau dah aku pernah study kat sana, mestilah aku cakap matrik aku yg paling best kan. cuba kalau aku study kat matrik pahang ke. kedah ke. confem aku tak cakap matrik perak paling best. its normal lah kan? hehheh.

my beloved KMPK!


so, adik EDLINA ni macam tak confident and takut nak terima ke tak tawaran matrik ni. ye lah, macam aku jugak dulu,  aku pon selalu tanya abang aku and mereka2 yg dah pernah masuk matrik yg betol ke matrik tu susah? susah nak score? tough? dan sebagainya. dan kebanyakan jawapan diorang cakap matrik tu susah.


so bila aku masuk matrik aku macam culture shock sekejap lah. sebab ramai budak yg result SPM diorang power2. aku ni dah lah result SPM cukup2 makan je. so rasa down di situ. tapi bila kita go through pembelajaran kat sini, baru kita tau sebenarnya result SPM tu tak menjanjikan yang korang akan berjaya jugak dekat matrik. sumpah aku tak tipu. ramai budak2 SBP, MRSM yg result SPM gempak2 kena tendang sebab dapat pointer kurang dari 2.00.


sebab apa jadi macam tu? sebab kat matrik life dia sangat berbeza dengan kat sekolah. kat sekolah dulu, semua cikgu suap. kita tinggal nak nganga je lepas tu telan. kadang2 cikgu pon ada bagi soalan bocor kan? tapi kat matrik ni lain. sesi pembelajaran dia laju gila. hari ni satu chapter. esok dah tukar chapter lain pulak. yelah, nak kejar silibus dalam masa setahun kan. so, nak tak nak cikgu tu terpaksa speed up lah.


bila dah jadi macam ni, students kena cepat catch up. tak de masa nak main2 sangat. kalau boleh tiap2 hari kena buat revision. jumpa lecturer kalau tak faham. jangan tunggu dah nak final baru terhegeh2 jumpa lecturer. serius, kalau korang ikut cara ni, insyaAllah matrik tak ada masalah bagi korang. sebab notes semua cikgu dah bagi. tinggal nak baca dan paham je. encik pakwe aku pon dulu dapat 4.00 flat tau. untuk pengetahuan korang, dia pon budak sekolah harian biasa je. SPM pon biasa2 je. tapi kenapa dia berjaya? sebab dia rajin. aku? malas gila. tak pernah jumpa lecturer. suka main. suka tengok movie. report lab pon tiru budak cina punya. hahaha. seminggu nak final baru terhegeh2 nak revise semua benda. memang tak sempat! dan now menyesal pon dah tak guna.

innocent!


so, kita sebenarnya kena ubah mentality kita. selagi kita tak cuba, selagi tu kita tak tau kan. jangan percaya sangat dengan cakap orang. kalau kita usaha betol2 insyaAllah berjaya. aku cakap berdasarkan pengalaman. kat matrik jangan malas. jangan banyak main. study hari2. sikit pon jadi,janji buat revision. ok?


aku harap entry ni dapat lah membantu menyelesaikan kemusykilan adik-adik yg confius nak masuk ke tak matrik ni. jangan takut. matrik bukan susah sangat sebenarnya. dan percayalah korang akan happy dengan life kat matrik nanti. bagi aku, matrik life yg paling memberi makna dalam hidup aku. cewah ;p



p/s: siapa dapat matrik perak ?gimme 5! hehehe. rindu nak nyanyi lagu matrik. sedap n patriotik wooo!


*less than three* <3