Friday, June 24, 2011

Mungkin aku yg lampi kot

Assalamualaikum!


hari ni dalam sejarah, aku balik lambat sikit dari biasa. biasanya, aku lah org yg pertama sekali berambus dari opos. opos pulak. opis la yg umpama peti ais tu. itu pon sebab nak siapkan 4 report yg urgent sangat. kalau tak, jangan haraplah aku nak stay opis tu lama-lama.


btw, aku semakin hari makin bz dengan kerja. nak update blog pon tak banyak masa sangat. aku mintak maap kalau ada yg follow blog ni, or komen blog ni, or apa saja yg melibatkan blog ni, aku tak balas. aku sorry sangat2. harap korang semua paham keadaan aku sekarang ye?


so, minggu ni dah masuk minggu ke 4 aku kerja. kes pon makin bertambah dekat atas meja aku tu. hurm, tapi aku still rasa macam budak yg paling slow or paling lembab, paling bengap dan sewaktu dengannya. entahla. aku ni macam susah je nak adapt dengan benda ni semua. macam loser je aku rasa.


nak sketch floor plan pon terkial-kial. aku selalu fail bab ni. nak imagine aku langsung tak pandai. nak guna mesin fotostat pon tak reti. nak print report pon tak reti. semua nak suruh org tunjuk. bila org dah tunjuk, cepat je aku lupa. apa ke bengap sangat lah aku ni. bila jadi macam ni, aku terpaksa mintak tolong dekat senior yg lain. sampai aku dah naik malu dah nak mintak tolong diorang. aku ni dah lah memang pemalu. eh betollah! pemalu sangat! haha.

malu nyah. auwww ;p


so, ni jugak alasan kenapa aku dah jarang gila update blog picisan aku ni. aku rasa down. bila aku rasa down, aku tak de mood. bila tak de mood, nak menaip pon malas.padahal hari2 je aku jenguk blog ni. dan aku rasa blog ni jugak macam makin bosan je kan?


btw, thanks semua yg sudi singgah blog ni even aku jarang update pon. korang doakan lah aku ni terang hati sikit bagi jangan lampi sangat. oh ya. bagi yg tak tau, lampi tu singkatan lambat pikap. pikap tu apa? pikap tu lebih kurang tangkap lah masuk dia. tak paham jugak? hish! lampi betollah korang ni ;p


bye!


*less than three* <3

Wednesday, June 15, 2011

Kerana Anjing Itu

Assalamualaikum!


diam tak diam dah seminggu jugak lah aku tak update belog ye. ada yg rindu tak? elelele..ngaku je lah korang rindu! hehe. aku bukak blog ni hari-hari tapi just nak approve komen je. hurmm. disebabkan tu jugak, ramai yg komen entry jerawat aku tu. ye lah dah tu je entry yg paling latest kan. mestila orang komen yg tu je. sorry la ye. aku kan wanita bekerjaya sekarang. bila baca komen-komen korang tu buat aku terharu je tau.oh korang semua memang sangat sweet. thanks pada yg bagi nasihat. semangat. and tak kurang jugak yg bagi suggestion tak kiralah secara tradisional ke. moden ke. korang jangan risau, aku ok je. cuma still ada jugak lah rasa rendah diri tu kan. well. manusia kan?




tapi sebenarnya bagus jugak aku ada jerawat ni. tak payah aku susah2 pakai blusher bagai sebab memang dah merah da pipi aku ni. hehe.


so nak dijadikan cerita,minggu lepas, aku ikut sorang senior tmpat aku kerja pergi value satu rumah banglo dekat area ampang ni. owner banglo ni ada bela 3 ekor anjing. hish. punyalah takut kitorang nak masuk umah dia. kitorang terpaksa suruh owner tu guard anjing dia tu. kalau tak, confem dah jadi OKU. aku dah lah trauma dengan anjing ni.


so, aku pon teringat zaman aku kecik dulu. aku ada sorang jiran india. dia ada bela sekor anjing nama dia ROSE. haa. nama punyalah macam comel kan. ala-ala nama english gitu. anjing pon nak glamour youu. bukan kau sorang je tau. tapi sumpah. muka anjing tu tak comel langsung. dah lah hitam. gemok pulak tu. petang-petang jiran aku tu selalulah bawak dia jalan-jalan. 


satu hari tu, di petang yg hening, burung-burung pon berkicauan. ROSE tu jalan-jalan lah depan rumah aku. time tu aku dengan adik aku tengah main aci nyorok dekat depan rumah. aku nampak ROSE. dengan gatal mulutnya aku pergi panggil-panggil nama dia.


" hai rosee. oh rosee. roseee oooo rose!"


macam lah si ROSE tu boleh nyahut aku panggil ye dak? kang dia nyahut "yee nath"  kang koma 4907593 hari pulak aku. tapi time tu aku masih seorang kanak-kanak yg comel  even tak lah comel mana yg tak tau apa-apa. dah lah hitam. hingus meleleh pulak tu. eh terkutuk diri sendiri pulak. aiseyh!


ok sambung-sambung. aku teruss je panggil si ROSE. aku nak jugak ROSE ni nyahut panggilan aku. tiba-tiba dia menoleh. aku pon tersimpul malu. eh bukan bukan. aku pon tergamam. sebab muka dia macam bengkek je sebab dia rimas kot aku asyik panggil-panggil dia. so, aku pon macam cuak jugak lah masa tu. sebab muka dia macam bengis gila. tanpa membuang masa aku pon trus cabut. lari secepat yg mungkin. si ROSE ni apa lagi terus kejar aku.


tapi, apalah sangat kudrat seorang kanak-kanak 6 tahun kalau nk dibandingkan dengan anjing tu. malangnya aku tak smpat menyelamatkan diri.


"ngappppp"


si ROSe tu sempat gigit betis aku. aku pon apa lagi melalak lah. sakit gila dowh! rasa macam tercabut je kaki tu. dengar je aku menagis, abah aku teros keluar dari rumah. lepas tu halau si ROSE tu. abah aku teros amik segenggam tanah nak buat proses samak. lepas je tu, abah aku terus bawak aku pergi klinik. dekat klinik, seluar aku diselak dan tanpa membuang masa, sorang doktor tu cucuk bontot gebu aku. nasib baik aku budak-budak lagi time tu. cuba bayangkan kalau sekarang! aaaa. tak kuar rumah aku nampaknya. aku dinodai! panggg sedas. over lah kau!


heeee. sebenarnya aku pon tak tau nk update pasal apa. ni pon tiba-tiba je terlintas. memang tak de motif apa-apa pon entry ni. dah la panjang pulak tu ye dak?


btw, thanks for reading this entry


*less than three* <3



Sunday, June 5, 2011

Pendedahan ekslusif: Aku dan jerawat

Assalamualaikum!


hai.selamat hari minggu semua. sejak dua menjak ni ramai sangat orang add aku dekat facebook. kalau yg perempuan tu aku approve la. yg lelaki memang aku malas nak approve. kebanyakan yg add aku mesti cakap aku ni awesome la. lawa lah. cantik la. comel la. oh perasan bukan? jap jap. baca sampai abes dulu.


so, aku pon macam eh diorang ni. tak payah lah puji-puji aku. series aku segan. sebab the real me bukan lah lawa pon. dulu mungkinlah kot. tapi sekrang tak pon. muka aku ni memang dari zaman sekolah ada jerawat. tapi sejak aku masuk matrik, muka aku dah licin. tapi bila aku masuk sem 3 dekat uitm hari tu, muka aku tiba-tiba naik jerawat. aku pon tak tahu lah kenapa. mungkin tersalah produk ke apa. tapi tak de lah teruk sangat. tapi tu lah. muka aku sekarang banyak sangat jerawat. merah-merah pulak tu. so, sebab kulit aku agak cerah, memang obvious lah jerawat kat muka aku ni.


kadang-kadang aku sedih. aku rasa down sangat bila ada orang cakap. 


"eh muka kau ni kenapa. teruknyaa"


" eh makin teruk lah jerawat kau ni."


"eh, kulit awak memang jenis sensitif ek", 


"risaunya aku tengok muka kau nath"


bila orang tanya aku macam ni, aku hanya mampu tersenyum je. tapi dalam hati hanya Allah je yg tau macam mana. mungkin luaran orang nampak aku cool je. tapi hakikatnya...adoi sedih tau tak? bila orang cakap macam ni, aku mampu jawab:


" tak tahulah"


sambil senyum. ada sekali tu, aku singgah sembahyang dekat masjid ada sorang makcik tu yg aku tak kenal pon siap bagi petua nak hilangkan jerawat guna kayu manis. semalam, time aku pergi beli barang, bangla yg jaga kaunter tu pon suggest aku beli krim jerawat dari bangla. see? betapa teruknya muka aku sampai orang yg aku tak kenal pon tegur. T_T


the latest me . ini muka tanpa sebarang mekap. see?:(

so lepas korang tengok gambar tu, mesti korang percaya kan? mesti korang menyesal puji aku kan? tak pe aku tak kesah pon kalau ada orang nak unfollow blog ni. aku sedar aku siapa. so, sebab aku up enrty ni, mana tau tiba-tiba korang terserempak dengan aku kat mana-mana kan.lepas tu korang terkejut tengok muka aku.dalam gambar lawa. luar macamm......... so aku tak nak korang rasa tertipu. tu je. 


ok lah bye! :'(


*less than three* <3

Friday, June 3, 2011

Lintas langsung dari rumah setinggan

Assalamualaikum!


hai korang!! sekarang aku berada dekat rumah sewa aku. eh cop cop! bukan rumah la kot. more kepada  rumah indon or rumah minah kilang.  even dekat bahagian luar nampak macam rumah kedai, tapi dekat dalam sebijik macam rumah setinggan di pinggiran kota raya kuala lumpur. eceh. bila dah jadi macam ni, rasa macam homesick je. sebijik macam feel mula-mula masuk asrama dulu.


tapi memandangkan aku dah terlanjur bayar deposit, terpaksa jugak lah stay dekat sini. bukan aku tak bersyukur lah kan. ye aku bersyukur jugak lah at least ada tempat nk berteduh kan. aku tak ada masalah pon dengan rumah ni sebenarnya. tapi keadaaan sekeliling dekat sini buat aku seram je. 


lagi satu benda yg aku paling concern lah yg  paling teruk sekali keadaan dia. toilet dia masyaAllah. bukan main kotor lagi. nak je aku capture gambar jamban tersebut lalu upload kat blog ni bagi korang semua tengok. hahahaha. tak delah.kang ada pulak yg muntah bila baca blog aku ni kang. aku pon tak sanggup dah nak pergi toilet tu. sampai kalau nak berak pon aku rela tahan. tak pon aku berak siap-siap dekat opis. ishhh! apa cakap pasal berak ni. tak senonoh betol aku ni. sorry sorry! tapi aku nak pindah dari sini secepat yg mungkin lah kot. sekarang pon tengah usha-usha rumah area ampang.


 lagi satu orang-orang dekat sini pon semua macam pelik-pelik je. semalam, masa aku nak pergi kerja aku kena tegur dengan sorang makcik cina ni. dia tanya aku:


" amoii. sekalang pukul berapa?"


 aku sebenarnya macam takut nak cakap dengan orang yg tak kenal ni. tapi sebab dia pandang aku dengan muka penuh berharap, aku pon tengok lah jam hp aku ni. 


" ermm..pukul 8.00"


lepas tu aku pon nak blah la kan. lepas tu dia cakap lagi


"oh ya ka. saya tak makan berapa hari sudah. boleh la bagi saya rm3"


aku sebenarnya dah agak dah dia ni mesti nak something dari aku. macam tak logik je makcik macam dia ni tanya pasal jam pulak ye dak? tapi aku jawab:


"sorry la aunty. saya pon tak de duit"


aku pon cepat-cepat blahh. time tu cuak jugak sebab aunty tu macam org tak betol je. kang buatnya dia kejar aku naya je.eh eh. bukan aku tak mau bagi. tapi aku memang tengah sengkek gila sekarang. duit yg mak aku bagi haritu pon tinggal sikit sebab dah guna nak bayar sewa rumah. rm3 tu banyak kot. boleh la buat makan tengah hari lauk telor. nak lauk ayam bagai tak dapat la derrr.


so semalam aku dah start kerja. tapi semalam aku dok melangutttt je dari pagi sampai petang. asyik-asyik tengok jam je. tepat je pukul 6 terus berdesup meloloskan dri dari pejabat. hehe. tapi hari ni, aku pergi inspection for the whole day. agak fun jugak sebab jumpa dengan macam-macam customer kan. so guys, doakan aku selamat menjalankan hidup dekat sini and cepat adapt dengan keadaan sekarang ye..ok lah nanti aku updatelagi ye. sorry laa tak de gambar pon entry ni.


till then, bye!


p/s: nasib baik rumet aku ni ada berukband. boleh la pinjam buat update belog. hehe :)


*less than three* <3