Tuesday, July 19, 2011

Alahai..tak habis-habis nak hina UiTM ni kenapa?

Assalamualaikum!


hari ni aku bukak blog macam biasa. nak approve komen la kononnya. tiba-tiba aku terperasan komen sorang mamat ni untuk entry kutuk uitm ni. hurm.sekali lagi aku mengeluh panjang bila baca komen dia. 


aku bukan lah nak cakap apa faiz. tapi kalau faiz ni berani, kenapa mesti nak rahsiakan identiti yer? takut kena serang balik ek?


sebenarnya, aku tak heran sangat bila orang nak pandang rendah kat uitm ni. dah memang kebanyakan mentality masyarakat kat luar tu mcam tu kan. memang susah nak ubah. tapi aku memang tak berniat langsung nak pertahankan apa-apa. sebab demi Allah aku tak tahu pasal student uitm ni ramai yg rosak ke, barai ke apa benda. siyes aku tak tahu.


selama 3 tahun aku duduk uitm tu, hidup aku macam biasa je. tak de apa-apa masalah pon. aku hu ha hu ha dengan kawan2 aku macam biasa. hal orang lain, aku memang tak ambik tau even kadang2 terambik tau jugak. hahaha. 


bagi aku lah kan, tak perlu nak menuding jari dekat siapa2. apa yg penting, kita tahu diri kita. kita tahu kat mana nak bawak diri kita bila dekat tempat orang. cermin diri dulu sebelum mengata orang lain. apa kita ni perfect sangat ke?katakan lah budak yg rosak dekat uitm tu ada 1000 orang, habis yg lagi 20000 orang tu pon rosak ke? tak boleh lah macam tu bro


mungkinlah apa yg faiz tu cakap betul. tapi mulut manusia ni macam2 kan?kadang2 bukan semua boleh percaya betol tak? tapi apa pun, thanks lah bagi tau ye faiz. kalau tak, aku tak tahu pon pasal ni. daripada kita nak mengata orang, bawak2lah beramal ibadat. puasa pon dah nak dekat kan? oh ya, lagi satu faiz nak suruh aku usulkan dekat NC kitorang yg tersayang tu ke? aku rasa tak payah lah kot. dia pon tak ada masa nak layan benda remeh macam ni. bak kata beliau,  "we don't need to prove anything. we have a class of our own. jangan melayu lawan melayu". aku tak nak lawan bangsa aku sendiri. dan aku yakin, faiz ni mesti melayu jugak kan? :)


apa-apa pon, pesan aku, kat mana pon kita berada, pandai2lah bawak diri. kita yg tentukan arah hidup kita. bukan orang lain. kalau kita pilih jalan salah, rosak lah jadinya. result UPU pon dah keluar kan? tahniah kepada sesiapa yg berjaya. yg tak berjaya tu, jangan lupa buat rayuan.mana tau rezeki? yg dapat uitm tu, especially uitm shah alam, welcome to the club! hehe. jaga nama baik uitm ye? ecehhhhh macam akak2 pulak.

last but not least, sampai mati uitm tetap dihatiku :)


ok lah tu je. bye!


p/s: alhamdulillah, aku bukan dalam golongan rosak tersebut.mintak dijauhkan.aminn





*less than three* <3






Tuesday, July 12, 2011

Alamak baju kita sama lah!

Assalamualaikum!


itu hari masa zaman aku belajar ( ecehh..macam dah berzaman sangat lah konon padahal baru dua bulan abes belajar. haha) aku bersama kawan aku namanya fatimah atau nama commecialnya fatty bergegas ke kafe sebaik sahaja tamat kelas. ye lah, kalau lambat confirm lauk dekat cafe tu licin. licin selicin bontot bayi. eh. tak sesuai langsung perumpamaan aku bagi kan? tapi tak pe janji bunyi sedap kira ok lah tu. hik hik. 


perut berkeriuk2 mintak di isi. tapi macam biasa, lauk dekat cafe fakulti seninibina, perancangan dan ukur atau singkatannya FSPU, tak ada variasi. mesti lauk yg sama tiap-tiap hari. tapi apakan daya, memang tak banyak pilihan lain. nak pergi beli kat luar? sempat jugak ketiak licin ni berair nanti.


dengan pantasnya, aku mencapai senduk nasi. aroma nasi menerpa hidung penyet aku. well..asian kan. what do u expect ye dak? tapi aku bersyukur lah tetap punya hidung. alhamdulillah. nasik aku kaut ke dalam polistren. makan bungkus lah. kalau makan dekat cafe tak bebas. kena control macho ayu.lap sana lap sini.leceh! lainlah kalau ada mamat hensem tengah makan dekat situ. confem tanpa dipaksa laju je nak makan dekat cafe. kihkih. gatal jugak aku ni. 


so, lepas setel je isi lauk sampai polistren tak boleh nak tutup, maklumlah selera badak nak buat macam mana kan, aku dan fatty beratur lah nak bayar makanan. dia punya line boleh lah kira panjang jugak. time tu pot pet pot pet la cakap akak cashier tu lembab lah apa lah. hai, dah tau student ramai, hire lah cashier ramai sikit. ok, macam aku yg bayar gaji diorang kan..banyak cakap pulak. pang nak? ok ok. tak nak!


i miss u fatty! :)
tiba-tiba, aku ternampak sorang student pompuan dekat barisan sebelah aku . dunia yg cerah bagaikan gelap gelita.  gurpp!


"nathhhh. budak tu punya tudung sebijik macam kau lah"


suara gemersik fatty bagaikan halilintar menerpa ke cuping telinga aku.  damn! damn! kenapa mesti sekarang? bentak aku dalam hati. budak tu dah lah berdiri sebelah je dengan aku. aku rasa macam semua orang pandang-pandang. corak tudung aku sama macam dia. sebijik. umpama buy one free one gitu.


"woiii fatty. syhhh! malu lah aku. ko ni senyap2 dah lah. aishh"


fatty tersengih macam kerang busuk dah. hampeh betol. aku nampak kawan budak tu pon bisik-bisik jugak sambil pandang2 aku.lepas tu senyum2. ceh mengata aku lah tu. nak cakap tudung aku sama macam kawan  dorang sama lah tu. ahhh persetankan mereka! padahal dalam hati malu gila. hahahahah.


so, lepas dari tu, aku jarang pakai tudung syria yg tu dah. takut terserempak lagi dengan budak tu. ssejak tu, aku tak pernah jumpa budak tu lagi.maybe aku tak perasan muka dia sangat hari tu or maybe dia pon dah tak nak pakai sebab sama macam aku. hahahaha! so, korang pernah ada pengalaman macam aku tak? ce cite ce cite meh! hehe




p/s: aku dapat rasakan aku ada bakat tulis novel.bukan begitu ? kah kah kah ;p


*less than three* <3

Sunday, July 3, 2011

Ciri-ciri client yg buat aku menyampah

Assalamualaikum!


hari ni dah genap sebulan aku kerja. ramai jugak pembaca blog ni suruh aku kongsi pasal kerja aku. hehe. aku kerja biasa-biasa je. kalau aku sebut mesti korang tak tahu kerja apa. bukan macam engineer ke doctor ke. tapi sebab ramai yg tertanya-tanya, aku isytiharkan *macam nak perang pulak bahawa aku kerja sebagai valuation executive. haaa. confirm blur kan? hahaha. dah agak dah ;p

 kerja aku ni berfungsi untuk menentukan nilai sesebuah property. kenapa nak tentukan nilai property ni? sebab biasanya bank akan appoint kitorang ni, sebab nak tahu berapa jumlah loan yg diorang patut bagi kalau harga sesebuah property macam ni ke. macam tu ke. 


so, kitorang sebagai valuation executive ni kena lah buat inspection ( pemeriksaan) ke property2 tersebut. untuk buat inspection ni, kitorang kena lah buat appointment dulu dengan owner property tu. tak kiralah rumah banglo ke, condo ke, apartment ke. haaa. ni baru mukadimah. panjang gila. ;p


so, sepanjang aku kerja ni, ada jugak lah perangai client yg buat aku menyirap. contohnya:


situasi pertama


aku call sorang client ni. chinese. dia daftar application ni guna nama syarikat dia. so aku call lah nombor hp dia. nak buat appointment lah kononnya kan. so aku pon call lah dia, dengan senyuman terukir di bibir. ecewahh.


aku: hellooo. mr lim ya? i'm valuer on behalf of  bank cap ayam. u did apply for loan for property at bla bla bla is it?


client: what do you want?

(ceh. tanya aku macam aku ni cakap macam aku ada hutang dengan dia pulak)


aku: i have to come to that house to do  some inspection to take some photograph to be included in the report. may i?


client: why u need to do all that? aiyaaa..


aku: because the bank need to verify the actual condition of the property before they give u loan lah.


aku sepak jugak apek ni kang. banyak tanya pulak. tapi aku cakap dalam hati je lah. haha.


client: what ever lah. u just call my office. and ask them to fix it for you. don't ever call me back ya?


perghhh. berlagak nak mampos lah apek ni. maybe sebab dia kaya dia nak berlagak dengan aku kan. tapi time ni aku masih boleh lah sabar. tapi kalau sepuluh orang sehari aku jumpa client macam ni, pengsan 90 hari jugak la aku kot.


situasi kedua:


kali ni aku dah pergi inspect rumah dia. tapi time aku inspect rumah dia tu, tengah ada renovation. so, aku tak boleh nk proceed la sebab nilai property tu akan berubah kalau ada renovation. maksudnya akan lagi tinggi lah kalau nak compare dengan yg tak renovate. so aku pon cakap lah dekat pakcik ni..


aku: encik, rumah encik ni still under renovation lah. so, sy tak boleh nk value lagi. tapi saya kena ambil gambar la sebagai bukti yg rumah ni memang betol2 tengah renovate. so at least, bos saya tak delah marah kalau kes ni pending. boleh ye cik?


client: oh ye ke? tapi kat sini sy dah sign dah loan approval. nilai dia RM215K. sy tak benarkan. awak just cakap je lah kat bos awk yg rumah ni tengah renovate. apa susah sangat.


aku: tak delah. at least sy ada bukti lah yg rumah ni betol-betol tengah renovate. kang kalau saya cakap je takut dia tak percaya pulak. lagipun nilai yg RM215 tu bukan exact value dia. itu just indicative value je. sebab tu bank suruh kitorang ni datang tengok sendiri rumah ni. 


client: tak de2. bank dah approve loan saya. kalau bos awk tak percaya he will terminate you lah.


time ni aku dah menyirap gila dah. ada ke patut dia cakap macam tu. senang2 dia je. haishh.


aku: kalau macam tu tak pelah. kalau loan cik tak leh proceed tak pelah kan?


client: tak pe. i will find other bank.


eleh.pigidahh lah pakcik. kalau pakcik cari bank lain pon, diorang still akan appoint valuer jugak. sama jugak procedure dia.


situasi ketiga


ni masih pon masa aku nak fix appointment jugak lah. client ni ok je tapi dia ada masalah pasal fee. dia kata mahal sangat.


aku: mr lau. bank ada bagitau tak u kena bayar valuation fee ni?


client: oh ada! berapa ya?


aku: RM570.


client: aiyaaa. banyak mahal woo. selalu i bikin itu rm300 saja. apa pasal mahal? kalau macam ini haa wa carik valuer lain lah.


aku: oh i dont know lah. sebab bukan i yg bg fee ni. ni memang dah fix la. i tak boleh buat apa.


client: aiyaa. u tak boleh bagi diskaun ka? kalau ini macam wa cancle la.


aku: nanti saya tanya bos ye. 


yg ni lagi sorang. nak orang value rumah dia, tapi susah pulak nk bayar fee. yg rm 300 dia cakap tu entah zaman pak kadok bila tah agaknya.


so, ni serba sedikit la pengalaman aku berdepan dengan client sepanjang aku kerja sebulan ni. baru sebulan dah macam ni. macam mana kalau setahun? huhu. tapi aku enjoy jugak kerja ni. boleh peri jalan2. boleh pergi tengok rumah besar2. at least dapat lah semangat nak jadi kaya jugak kan? lagi satu, kerja ni buat aku improve english aku. increase level confidence aku.  hehe.

eh tiba2 rindu kat diorang nie! gamba tak de kena mengena dengan entry :p


ni je untuk minggu ni. sorry lama tak update! :)


p/s: segala nama di atas adalah bukan nama sebenar bg menjaga nama baik company. sekian :)


*less than three* <3