Sunday, August 21, 2011

Hey guys...gentlemen la sikit!

Assalamualaikum!

tadi waktu aku tengah tunggu masa je nak melantak roti john yg dibeli di bazar setiawangsa, aku duduk kejap dekat seat di restoran yg diberi nama wendy's. encik pakwe nak makan wendy's. well, orang bandar. mana makan roti john kampung macam aku. hehehe. tak de lah. beliau makan je roti john. saja buat cerita. mukadimah la katakan.


so, sedang encik pakwe beratur nak beli makanan tu, aku pon cuci mata tengok gelagat orang lalu lalang. tiba-tiba datang satu kapel ni duduk sebelah meja aku. mungkin nak makan wendy's jugak. bukan mungkin lah. of cos lah nak makan wendy's. kalau tak buat apa pulak diorang tercongok dekat situ. ah merepek je aku ni kan.


gambar hiasan yg dicilok dari google


tiba-tiba, awek dia bangun. lepas tu terus beratur untuk beli makanan. barisan tu boleh kira panjang jugak lah. pakwe dia? duduk je. lepak sambil main handphone. dalam hati aku mengutuk laki tersebut.


selesai je encik pakwe aku beli makanan, dia pon duduk bertentangan dengan aku. lepas tu cakap


"awak. cuba tengok orang sebelah kita ni"


aku pon tengok  jelah. paham apa yg cuba encik pakwe sampaikan.aku pon jawab.


"tu lah. ada ke patut dia suruh awek dia yg beli. dia duduk lepak je"


encik pakwe aku senyum je. 


"maybe pakwe dia letih kot puasa."


aish. kan dah berdosa termengumpat pulak bulan ramadhan yg mulia ni. tapi tu lah kan. bagi aku, memang tak berapa best lah bila nampak lelaki duduk rilek, sedangkan awek dia terkial-kial beratur dekat orang ramai nak order makanan tu. tak kesian ke tengok awek comel tu. perempuan kan comel. manja. berbudi bahasa.sopan santun.kalau ye pon letih puasa, apa salahnya beratur sama-sama dengan awek tu kan. nampak lagi sweet gitu. tak pun, suruh je awek tu duduk, kau yg tolong order. kan nampak lagi gentlemen?


kadang-kadang guys ni tak sensitif benda-benda macam ni. kalau muka tak hensem mana pon, tapi kalau gentlemen, awek hot mana pon mesti sedikit sebanyak akan terpikat punya. contohlah, tiba-tiba dalam tren kau tengok mak cik tua berdiri tak pun awek cun lah berdiri, kau yg kacak bergaya ni dengan gentlemennya bangun then bagi orang tu duduk, perghh confirm ada awek yg kagum punya. serius aku cakap. daripada kau duduk buat tak tahu je, kalau muka hensem mana pon saham jatuh beb! percaya lah cakap aku ni. cewah.


so, kepada lelaki-lelaki di luar sana, please lah be gentlemen. tak kisah lah dengan siapa pon. jangan sebab kau nak mengorat awek je baru nak gentlemen. kalau boleh be gentlemen selalu. tak rugi pon. ok?


bye!


*less than three* <3





Sunday, August 14, 2011

Saya benci saya hodoh

Assalamualaikum!

hello ladies. hoi gentlemen. ;p sekarang aku boleh katakan yg aku ni  bukanlah seorang blogger tegar. ye lah, update pon jarang. tegar apa ke bendanya kan? nak buat macam mana. sejak kerja ni, memang tak banyak masa nak blogging macam dulu. balik kerja dah terbungkang atas tilam lantas terlena manja diuilit mimpi indah.nak jenguk kawan-kawan pon jarang apatah lagi nak komen2. so sorry guys :(


diharap dengan kehadiran gambar aku beserta peace ini dapat memaafkan. oh, gambar diambil berabad yg lepas.

so, hari tu, tapi aku dah lupa bila, ada sorang girl ni, dia chat dengan aku dekat facebook.dia cakap dia suka tengok aku. suka tengok aku sebab aku comel. eh bukan aku cakap. dia cakap. tapi dia sedih. sebab dia tak comel. dia gemuk. dia hitam. dia banyak jerawat. boleh kata, dia langsung tak ada keyakinan dekat diri sendiri. nak tengok cermin pon dia tak suka.


dia kata, dia teringin nak ada orang ngorat jugak. bila jalan mana-mana, kalau ada lelaki lalu sebelah dia, diorang buat tak tahu je. tapi bila dia jalan dengan kawan dia yg cun sikit, mesti ada je lelaki yg ngorat kawan dia. dia? langsung orang tak pandang. apatah lagi nak ngorat. sebagai seorang remaja mesti ada perasaan meow meow gatal gatal kan. perasaan yg mendambakan kasih sayang.apa euwww2?eleh. korang pon sama jugak dulu. euww konon!


bila aku baca ayat dia, aku pon sedih jugak lah. sekaligus aku rasa bersyukur. even bagi aku, aku ni tak cantik, banyak jerawat, rupanya ada lagi orang yg kurang bernasib baik. aku faham perasaan dia. memang kita akan rasa down. aku pon pernah rasa macam tu jugak. bila stalk fb or blog  orang lawa-lawa sumpah rasa rendah diri gila. sumpah jeles ya amat!


dulu aku selalu lah nak ikut-ikut trend ni. bila tengok orang pakai ni aku nak jugak. orang pakai tu aku pon nak. tengok orang pakai tali pinggang yg dekat perut tu aku pon cari jugak dekat times square. padahal badan kemetot mana sesuai pakai clincher. nampak pendek lagi adalah. bak kata encik kesayangan beta, nampak macam badan terbelah dua. hahahaha!


tapi bila fikir balik, buat apa kita nak berubah kalau kita pon tak tahu benda tu elok untuk kita ke tak. buat apa kita sibuk nak ikut cara orang lain sedangkan kita pon tak tau apa yg kita buat. buat apa kita nak jadi orang lain kalau jadi diri sendiri lebih menjamin kebahagiaan? betol tak?


so, pokoknya walau apa pun diri kita, bersyukur lah.kalau kita yakin dengan diri kita, insyaAllah orang dekat sekeliling pon dapat rasa. kalau kita sendiri rasa low self confidence, macam mana kita nak face orang lain? kalau awak rasa awak gemuk, usaha untuk kurus. kalau awak rasa awak banyak jerawat ( contohnya macam penulis blog ni) berusaha jugak cari penawar untuk hilangkan jerawat tu. tapi yg paling penting, be yourself.


sayangilah diri anda serta binatang ciptaan Allah juga ;p

nah, aku bagi satu quote: " tak semua orang yg cantik itu baik hatinya, tapi semua orang yg baik hati itu cantik"
so...yg penting itu hati. paham anak-anak?err..tapi, manusia zaman sekarang ni ada ke yg tak pentingkan rupa? ;p


oklah..bye and selamat berpuasa :)

*less than three* <3

Tuesday, August 2, 2011

Eh, you tak panas ke pakai tudung?

Assalamualaikum!

selamat berpuasa and selamat berbuka pada semua muslimin dan muslimat ye. punya lama aku tak update blog sampai diam tak diam dah bulan puasa rupanya. alhamdulillah. semalam aku nak update blog ni. tapi berukband ni slow sangat so terpaksa lah membatalkan niat murni aku tu. tapi aku terpublish pulak.sempattulis tajuk je. isi tarak. haha.


ok lah. dua minggu lepas, macam biasa aku pergi inspection. rumah banglo satu tingkat. macam biasa, client yg kaya-kaya mesti chinese. bukan tak ada melayu, tapi jarang sangat aku jumpa client melayu. kalau ada pun, mesti stok rumah yg nak kena lelong. kesian kan?


nak dijadikan cerita, aku pon macam biasa datang rumah client aku ni. kalau time inspection aku lebih selesa pakai seluar. senang sikit nak buat kerja. tak payah nak selak kain bagai. kau nak terkangkang ke suka hati lah. tak da siapa kisah. kalau kisah pon  mungkin dalam hati. paling koman pon mesti diorang cakap "tak senonoh betol anak dara sekor ni". apa ada hal kan? tp sebenarnya memang ada hal pon. tak elok lah utk gadis melayu  yg berbudi pekerti sopan santun macam aku ni buat macam tu. kan kan?


tudung pulak, macam biasa aku pakai shawl je. lilit style paling senang dalam dunia.  seminit je dah siap. eh dua minit kot? hehe. sampai je kat rumah client aku, dia sambut aku dengan senyum lebar. well, nak dapat loan mestilah senyum kena lebar. 


sedang aku sibuk mensketch kan floor plan rumah dia yg besar gedabak tu, dia pon tanya aku:

"miss, don't you feel hot wearing that"

sekadar gambar hiasan ;p

sambil tangan menghala ke shawl aku.aku pon senyum je sambil jawab.


"nope. i used to it. i'm a muslim. so, what ever it is i still have to wear it. this's my obligation"


"oh ya? but its nice. i feel like trying too"


aku pandang dia sambil senyum.


"why not. u must be very beautiful"


aku balas. ya. amoi tu memang lawa. kulit bersih. kalau pakai tudung confirm ramai mamat2 melayu yg cayor.sebenarnya, aku memang dari kecik dah start pakai tudung. mulanya sebab ikut kawan. budak-budak kan senang terpengaruh. bila kawan pakai tudung aku pon sibuk nak pakai jugak. so, bila dah biasa memang tak kisah dah pakai tudung ni.


bagi aku, pakai tudung ni banyak kebaikan dia. biasanya first impression orang terhadap perempuan yg pakai tudung ni baik-baik belaka. tapi tak dinafikan tak semua pakai tudung tu baik. tapi bila pakai tudung, sedikit sebanyak daptlah cegah aku dari buat benda yg tak elok. ada korang nampak budak pakai tudung clubbing? aku tak tau jugak sebenarnya. sebab aku tak pernah masuk club. hahaha. tapi kalau ada pon jarang lah kan.


dulu aku pernah tanya sorang kawan lelaki aku ni. taste dia memang awek free hair je. aku tanya dia"



"wei, asal eh ko minat pompuan free hair je. yg pakai tudung tak cantik ke?"



"bukan aku tak suka. kalau yg free hair ni, aku peluk dikhalayak ramai pon orang tak pelik sangat.kalau pakai tdung tak bebas pulak. nanti apa org kata"


see? dari dialog tu pon kita boleh tengok kan.at least kita jaga perlakuan kita depan orang ramai.so,pendek kata walau apa pon kita, bertudung ke, free hair ke, janji kita pandai jaga diri kita kan? as people said, tak semstinya bertudung tu baik.eh panjang sangat pulak entry aku ni. ok lah pen off! tata :)


p/s: bulan puasa ni elok jugak berubah dari free hair ke bertudung. kan?


*less than three*