Wednesday, September 21, 2011

Saya dan tutorial hijab hana tajima..errr again?

Assalamualaikum!

satu malaysia jadi pegangan. lalalalala *lupa lirik  teras panduan ecehh. selamat hari malaysia semua! disebabkan aku ni memang jarang gila update blog sekarang, al maklumlah bizi la katakan, so hari ni aku mrajinkan diri merakam satu tutorial hijab. still inspired by hana tajima. ala. aku bukan nak jadi hana tajima. aku just suka dia je. tak terlintas langsung nak jadi dia ok. tak dapat muka macam dia, pakai tudung macam dia pon jadilah. hehehe.


alhamdulillah. my pimples is recovering. ceh padahal kamera webcam yg tak berkualiti.hahaha.

maybe ada yg dah tau kot cara pakai hijab yg ni. tapi tak pe. kalau dah tau dok diam-diam ye. sorry kualiti video kureng. maklumlah tak mampu nak guna DSLR :(. so here you go girls~


selamat mencuba. to haters : anda boleh blah ;p  oh ye. background music by Erika Sawajiri, Taiyou No Uta.

ok bye!


*less than three* <3

Tuesday, September 13, 2011

Hipokrit itu palsu

Assalamualaikum!

hai korangggg!! semalam aku bukak blog sorang perempuan ni. bila tengok blog tu, dalam hati mula cakap, eh macam kenal lah. eh kenapa blog dia sama macam blog aku. header. background. entry. semuanya sama. aku pon gonyoh-gonyoh mata sebab macam tak percaya. wah macam artis gitu. ada jugak orang admirer aku sampai macam tu sekali. tapi rupanya memang betol blog aku pon. wakakaka. lama jugak aku tak update blog kan? actually aku lupa aku ni blogger. tu sebab aku tak update blog lama gila. boleh terima tak alasan tu? kehkeh. tak terima sudah. janji aku dah update jugak hari ni.ok kidding. 


well topik kita hari ni bukan nak cakap pasal raya. raya dah lama lepas. dah basi bak kata orang. so, aku malas lah nak update pasal raya. aku nak cakap pasal hipokrit. alaa..macam yg biasa korang buat tu. ececece. jangan nak kelentong lah. semua orang mesti pernah hipokrit kan kan?

bermaafan serta bermesra di hari raya dengan adik sendiri macam ni contoh hipokrit yg paling nyata. padahal idak lee baik mana.namun nampak sweet je. bukan begitu? ala puji la. puji la. hahaha ;p

bagi aku tak salah  jadi hipokrit ni. ada jugak hipokrit yg baik. tak semua hipokrit tu jahat. ok lah aku bagi contoh. aku tau korang mesti blur kan. contohlah kan korang ni bukanlah baik sangat.tak delah sopan mana pon. tapi jadi sopan bila berhadapan dengan orang yg lebih tua. well sebab hormat. kan ke baik macam tu?takkan lah depan bakal mak mertua korang nak duduk terkangkang pulak ye dak? paling koman pon tunduk-tunduk, sengeh-sengeh bak wanita melayu terakhir gitu. heh. *terasa. 


lagi satu, contohnya masa awal-awal kenal dengan bf/gf korang dulu, mesti korang macam control je kan. kalau jumpa je mesti pilih baju yg paling lawa. mekap nak kena tebal seploh inchi. rambut kena pacak sampai kalau cicak jatuh terus meninggal. bau nak kena wangi sebatu pon orang boleh bau. ala. biasalah. first impression kan penting.takkan first date nak serabai macam orang tak mandi sebulan pulak. confem-confem kena reject ye dak. tapi dah lama-lama, mesti dah tak kisah sangat kan. dari mekap dua inci terus berkurang jadi 0.01 inci je. dari rambut pacak terus jadi rambut hafiz awan nano nano nano nano je kan? kentut pon selamba mak kau je kan? 

                                                                       autanya..
macam ayu rasa nak lempang laju-laju kan?
                                                                               hakikatnya..




ok, tu aku bagi contoh je lah. banyak lagi contoh lain yg korang boleh relatekan. yg hipokrit jahat jangan cerita lah. memang berlambak kan. tu mesti korang pon tau. tak yah lah aku kena explain pulak. hehehe. *ceh padahal malas


so, itu je lah kot. nanti kalau aku ingat aku ni blogger lagi, aku update ye. hehehe. till then. oh lupa. selamat hari raya to all readers! maaf zahir batin ye.kot-kot ada yg terasa or tebutthurt baca entry-entry aku. maafin guwe ya!

p/s: kadang-kadang tulis blog pon terpaksa hipokrit sebab nanti confem jadi mangsa bahan or stalk sedara-mara serta sahabat handai. keh keh keh;p

*less than three* <3