Thursday, October 27, 2011

Terima kasih mak. thanks abah!

Assalamualaikum!

semalam adalah hari yg paling best dalam hidup aku setakat ni. apesal setakat ni? ye lah mana tau ada lagi benda paling best yg akan menyusul nanti. contohnya kawin ke. dapat anak ke. ceh ceh. 

entry dimulakan dengan gamba muka cover bermulut itik. namun aku rasakan macam kiut. sebab tu aku upload.kahkahkah.

ok ok. semalam aku convo. alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku merasa pakai jubah convo tu. even besar gedabak tanpa potongan bentuk badan yang mengiurkan, namun ianya pasti menjadi idaman semua orang. ye lah. penat bhai belajar dari tadika sampai nak jadi mak bapak orang tak habis-habis belajar kan. so bila dah convo rasa lepas satu beban. alhamdulillah.



orang paling gembira mesti lah mak ngan abah. ye lah, dari aku pakai pampers, eh tak. zaman aku dulu mana ada pampers lagi. dari aku pakai lampin yang lepas berak kena basuh balik sampai lah sekarang, diorang lah yg banyak berkorban untuk aku.

Add caption


mak aku banyak sangat berkorban untuk aku. tak kisah lah dari segi apa pon. mak aku bukan lah berpelajaran tinggi. tapi dia tak pernah putus asa didik aku dengan sibling aku. dia tak nak kitorang susah macam dia. dulu, kalau buat kerja sekolah, kadang-kadang benda yg aku tak reti nak buat, mesti aku merengek-rengek suruh mak aku tunjuk. tolong ajarkan. sometimes, dia pon tak reti nak ajar macam mana, tapi dia tetap berusaha jugak nak bagi kitorang siap kerja sekolah tu.

adik-beradik aku selalu suruh mak aku ajar english. so haritu adik aku mintak lah dia ajar.


"makk. macam mana nak buat guna perkataan torn ni"

"ohh.the torn is on the buffalo. haa. tulislah"


keesokan harinya,


'mak, kenapa ayat yg mak ajar semalam teacher tanda pangkahhh'



hehehe. comel je kan mak aku. tapi dengan tunjuk ajar dia jugak lah kitorang adik beradik dapat masuk U. abah pulak, memang banyak habis tenaga. ye lah, dulu aku dari tingkatan 1 sampai 5 duduk asrama. abah lah orang yg paling penat sekali bila kena jemput hantar aku kat sekolah. bukan dekat. 5jam dari rumah baru sampai. pergi balik dah 10 jam. pagi esok dah kerja. kesian abah. bila difikirkan balik, memang aku banyak menyusahkan diorang.wuwuwuwu.




so, aku bersyukur sangat dapat parents macam diorang. aku harap lepas ni, Allah panjangkan umur diorang. biar aku sempat balas jasa diorang. amin amin.


semalam apa lagi, bila dah convo macam biasalah, mestilah tak dapat melepaskan peluang bercamwhore kan. bukan selalu dapat pakai jubah ni. kalau lepas ni tak sambung study dah, confirm tak merasa melainkan pergi convocation adik atau sedara mara or sahabat handai pinjam jubah diorang lepas tu tangkap gambar banyak-banyak. tapi tak feel lah kan. apa barang pakai jubah orang. hehehe.


sempat bergambar dengan diorang ni je. kawan-kawan yg lain semua bz dengan family masing-masing.


ini adegan wajib kalau convo. pasti tak lepaskan peluang punya. hehehe


seronok sangat sampai gelak tak nampak mata. muka aku kalau gelak memang hodoh.padahal kalau dah hodoh buat macam mana pon tetap hodoh jugak. hahahha


my family members yg sentiasa ada time susah and senang :)


hurm. sebenarnya banyak lagi gambar aku nak share tapi sebab internet ni slow nak mam*** so terkubur niat aku nie. akhir kata, thanks to my mom, my dad  and my family for all their sacrifices, times and all. kalau tak, confirm tak merasa pakai jubah convo macam ni. :)


and lastly, kalau campak mortar, pastikan anda menjauhkan diri untuk mengelakkan kejadian seperti di atas berlaku. hahahaha. :) with that, pen off!


*less than three* <3

Tuesday, October 4, 2011

Hina sangat ke saya ni

Assalamualaikum~

ish. janggalnya rasa bila dah lama sangat tak update blog ni. jari ni asyik tekan butang backspace je. taip taip padam. taip taip padam. iklan nuffnang dekat sebelah tu pon dah tak  muncul-muncul. sobs. serius aku rindu nak berbelog macam dulu. 


well, semalam aku bukak email aku yg dah berkepam tu. aku memang jarang sangat bukak email sebab malas. straight to the point je kan ayat aku. sebab malas. ye sebab malas. eh berapa banyak malas daa. nampak sangat aku memang malas. tengok tu. malas lagi. dah aku pon pening baca ayat aku ni apetah lagi korang.wakakaka.


so, nak dijadikan cerita, aku terperasanlah email dari hamba Allah ni. emailnya berbunyi macam ni:

Kak Nathrah,

kenapa dah lama tak update blog? saya suka sangat baca blog akak. tapi sekarang akak dah jarang sangat update kan. t. akak, saya sebenarnya malu nak cakap. tapi saya tak tau nak cerita dekat siapa. 

sebenarnya, saya baru putus dengan bf saya. saya sedih sangat kak. dia tinggalkan saya sebab ada perempuan lain. perempuan tu memang cantik. saya tau saya tak secantik perempuan tu. tapi takkan sebab tu je dia nak tinggalkan saya? kitorang dah kaple lama kak. 4 tahun.sampai hati dia buat macam tu kat saya. hina sangat ke saya ni?

bila saya tanya kenapa, dia jawab sebab dia dah bosan dengan saya. akak, memang dalam hubungan takkan bertahan lama ke kak?

hurmm.akak, sorry sebab cerita benda ni dekat akak. sy just nak mintak pendapat akak je. kalau akak free, akak reply ye? thanks sis. love u 

Tina

bagi aku, tina ni tak rugi apa-apa pon. eh bukan. rugi sikit lah. rugi masa , rugi duit bla bla sebab layan mamat macam u. come on lah. putus sebab dah bosan? putus sebab dah dapat awek yg lagi cun? nonsense gila kot alasan mamat tu. kalau lelaki tu betol-betol hargai hubungan diorang, mesti lelaki tu fikit 2 3 40 kali jugak before buat keputusan macam tu kan? so dari sini kita dah boleh nampak yg laki tu memang jenis tak bertanggungjawab and tak hargai pengorbanan.


just forget it lah!memanglah aku cakap senang sebab aku tak rasa kan. aku pon memang of cos lah tak nak rasa benda macam ni. tapi,tapi tu lah kan. ceh tak konkrit langsung hujah aku. haha.



to Tina, kadang-kadang benda yg kita nak tu susah sangat nak dapat kan? tapi benda yg berlaku ni mungkin ada hikmah. nampak sangat lelaki tu tak sesuai dengan awak yg baik hati ni. lelaki yg baik kan untuk perempuan yg baik, betol tak? ala, rupa bukan penting sangat pon. yg penting duit. eh, bukan. yg penting hati, agama dan of cos lah duit. hahahaha! i give u one quote dekat status fb akak semalam "never get jealous when u see ur ex with someone else because our parents taught us to give our toys to the less fortunate". u got what i mean dear?

boxing je orang mcm tu tau! haha



hee. sebenarnya aku pon tak tau lah aku ni membantu ke tak. tapi boleh lah kot kan dari tak de.ok lah, apa kata kalau korang bagi pendapat jugak? haaa. mana tau lagi bernas ke ? hee.. k la tata!


*less than three* <3