Sunday, November 18, 2012

Siapalah kita nak menghukum?

Assalamualaikum!

nak dekat 3 bulan rupanya aku tak update blog.kalau lah bloging ni sumber pendapatan aku, memang jadi tengkorak lah aku.sebab tak makan. tak makan sebab tak ada duit. tak ada duit sebab malas nak update blog. tapi nasiblah bukan. maklumlah. sekarang ni blog bukan lagi 'in' dah kan. sekarang orang ada twitterrrr, instagram apa sume mana lah nak layan blog. lagi-lagi yang picisan macam aku. dah lah picisan malas nak update pulak. kans? kesian.so disebabkan kesiankan blog aku pon update entry yg macam good good je. macam ustazah pilihan. biar. first impression orang yang first time datang blog ni baik-baik belaka then rela hati follow walaupun hakikatnya ya Allah! hahaha. mana tau dapat suami mithali yg ensem plus kaya plus beriman tapi tak nak yg plus size.boleh? tak boleh takpela..sobs. kepasrahan.

kita semua manusia. semuanya ciptaan Allah. so, setiap manusia ni mesti ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. macam aku jugak. aku pon manusia. tak kan kuda pulak kan. manusia dengan kuda mana boleh disamakan. so, aku pon ada kelebihan contohnya comel, sopan santun, berbudi bahasa dan sesuai dijadikan calon menantu. hahaahha. ehem ehem. angkat2 kening sikit. please dont sepak me ok? i'm just kidding laaa.why so serious? ish no fun lah nak serius serius. lagipon setiap kata-kata kan merupakan doa. so, anggaplah aku tengah berdoa menjadi seorang yg comel etc tu. orite? ceeewahh cakap pasal kelebihan je. kelemahan? errr....next!


dulu, masa budak hingusan and tak matured, aku suka judge orang. nampak orang tu cantik sikit, mulalah fikir orang tu sombong. tak nak kawan dengan titewww yang biasa-biasa nie. padahal bila dah kenal orang tu, baru lah tau "ooooo..dia ni baik rupanya". tanpa usul periksa kita suka-suka je nak judge orang.kan?

so samalah dengan isu syurga neraka ni. bila selalu sangat online facebook dan perkara yg sama lagha dengannya, banyak lah yg aku nampak. ada orang share gambar orang seksi laa. tak pakai baju lah. seorang artis ditangkap memakai bikini bersama kekasih lah. tapi yg part berbikini tu aku jarang lah nak bukak. sebab kang bila aku bukak orang fikir aku ni pervert pulak kan. ish ish. jatuh kredibility iolss nanti tau uolss. even kadang-kadang jari jemari ketot aku ni memberontak nak klik ku pertahankan jua. haaa ayat novel gitu.

then bila orang dah post benda-benda macam tu, ramai lah komen.

"eee.apa nak jadilah dia nie. tak tau halal haram ke. confirm masuk neraka"

"ya Allah apa lah diorang ni. buat malu orang islam je. astaghfirullahalajimmm"

"ini semua amalan syaitonnnnnnnnn nirrajimmm. ahli neraka laa ni"


i am improving myself too
tapi sedar tak. kita yg dok mencomment ni pon sama jugak dapat dosa. yang konon alim ni pon sibuk nak bukak link bukan-bukan tu apahal kan. kalau baik sangat, aku tak rasa diorang akan bukak link macam ni. ye dak?apatah lagi yg dok share kat khalayak ramai. sebar aurat orang tu. sebar aib orang ni. tengok. kita pon dapat saham dosa sama macam diorang.

contoh, ramai artis sekarang ni dah bertudung. dulu bukan main seksinya masyaAllah. tapi sekarang? lagi baik dari aku yg memang dah sedia bertudung ni. kadang-kadang rasa malu pulak. bukan artis je. kawan yg dulu freehair pon ramai yg dah bertudung. bukan setakat bertudung. tapi dengan labuhnya. longgarnya. istiqamah. siap join usrah lagi. aku? hurmm..



so,kesimpulannya. kita jangan lah nak judge orang based on apa yg kita tengok sekarang. kadang-kadang, diorang lagi baik daripada diri kita yg konon baik ni kan. sekarang ni, apa salahnya kita perbaiki diri sendiri,. tambah amalan kita sendiri. jaga tepi kain sendiri. kan? aku pon bukan baik pon. jauh sekali nak define aku ni baik. so..jom berubah?mana tau esok lusa yg Satu tu jemput kita? peringatan untuk diri aku juga. maaf kalau ada yg terasa. demi Allah, aku pon still memperbaiki diri juga. kadang-kadang, tak lepas dari silap jugak. manusia kan?


till then..wassalam.


*less than three*<3 p="p">









Tuesday, August 28, 2012

EH! muka awak makin ok lah. pakai apa ek?

Assalamualaikum!

dulu aku adalah seorang blogger.blogger yg hari-hari rasa nak update blog. rasa macam syok sendiri je ada blog.then hari-hari nak stalk blog orang.lepas tu  komen blog orang. tapi sekarang tidak lagi. bilangan orang yg bukak blog aku pon boleh kira dengan jari. kesian.kesian sangat blog ni. kalau dulu hits mencapai ribuan angka. tapi kini semuanya telah berubah. seiring waktu yg berlalu dengan pantasnya. bagaikan angin berlalu pergi berterbangan. cewah.tak yah nak puitis sangatlah kan. lempang sedas kang nak? oh my god.i got 5 days of mc. eh tetibe.hahahah.


well sebelum terlambat, selamat hari raya,maaf zahir batin! sorry tak sempat nak wish puasa. tau-tau je dah raya. lama sangat dah tak update. sampai bulan puasa pon dah habis. raya pon dah seminggu. apa lah nak jadi dengan aku ni kan.


sebenarnya aku dah lama nak update entry ni.tapi tahap konfiden tu tak berapa nak ada sangat. dulu aku pernah update entry pasal muka yg teruk berjerawat batu dekat entry lama ni.. time tu aku rasa macam nak culik baby comel yg ada and tukar kulit muka aku dengan diorang. biar kulit aku halus mulus. hahaha.kejam tak?memang banyak gila feedback yg aku dapat dari pembaca blog ni. yg anonymous pon ramai komen kat entry tuada yg kasi nasihat. cadangan. semangat.siap bagi nombor telefon klinik pakar pon ada. terharu gila aku tau.:')

the latest me on last hari raya.peace!!

so, aku pon ada lah usha-usha suggestion yg aku dapat tu. aku try cari info kat google.baca feedback. komen apa semua. ye lah, dah lah muka macam gunung berapi, kang pakai produk yg tah hape-hape meletup pulak segala kawah kat muka aku ni nanti kan.


akhirnya. ceh akhirnya konon, aku pon try lah satu produk ni. aku tawakal je lah kan. try dulu. mula-mula takut jugak nak try. kang muka jadi macam katak puru kang mati aku.langsung tak nak keluar rumah pulak kan.tapi disebabkan perasaan rendah diri tu dah terlampau hebat, aku nekad jugak lah try. by the way, ini bukan iklan berbayar tau. ni aku ikhlas nak share dengan korang :).


mesti korang tertanya-tanya kan produk apa?apa, tak tertanya-tanya langsung?ok fine. tak mau bagitau lah camni. hahahaha. ok gurau je. tu pon nak tacing. sejak akhir-akhir ni,aku ada lah dapat msg dari kawan-kawan kat facebook. ramai jugak yg tanya aku pakai apa. tapi aku tak nak share lagi sebab dalam gambar kan. gambar tu kadang-kadang bukan boleh caye pon. then,ada kawan-kawan yg dah lama tak jumpa pon tegur muka dah makin ok. aku balikkampung pon,mak aku kata muka aku makin elok.kawan opis pon ada tanya jugak.so, rasa macam kedekut pulak kalau tak share kan? so, dengan rasa rendah dirinya aku share kat korang.mana tau lepas ni korang yg ada problem macam aku pon boleh try?

a week before hari raya. peace lagi.

ok, sebenarnya aku pakai EUMORA. info pasal produk ni korang boleh klik kat sini. dont worry. produk ni tak bahaya. tak ada bahan kimia. semua diperbuat dari bahan semulajadi. baby pon boleh pakai. aku pon memang tak nak pakai benda yg ada bahan kimia ni.dah lah kulit dah memang macam ni kan. aku malas sebenarnya nak terangkan satu-satu pasal kelebihan produk ni. apa kata korang klik je kat link aku bagi tu? kat situ ada tulis semua pasal produk ni. hahahaha!

gini lah ropenye sabun tu.

tapi nak kata muka aku 100% ok tu taklah. still ada jugak parut-parut jerawat tu. kadang-kadang jerawat ada jugak seketul dua menghiasi wajahku yg innocent ini. tapi tak lah sekali naik 20bijik. seketul dua je.maklumlah, muka aku dulu tu bukan jerawat sebijik dua. bebijik-bijik! besar-besar merah-merah pulak tu. tak terkira. so ambil masa lah nak ok kan. biar lambat asal selamat kan?
                                                                         
ini gambar before try EUMORA. muka sedih je. hahaha

ini pulak lepas try 2 bar sa bun EUMORA. after 3 months kot. still ada parut2. tapi better kan? muka pon dah boleh senyum sikit la. hahaha!

 haa. lagi satu, aku dah tak pakai bedak compact. aku pakai mineral powder pulak. alaa yg loose powder tu. sebenarnya aku terpengaruh dengan iklan kat radio tu. tengah otw nak pergi kerja dengar pulak iklan tu. tu rasa nak try. alhamdulillah.aku rasa bedak tu suit la ngan kulit aku kot. bedak RONASUTRA. sesuai utk kulit berjerawat. sebab bahan semua bahan mineral.ok ayat copy paste iklan. kelebihan dia korang boleh klik sini and baca sini . sorry lah, aku memang malas nk explain.


so, aku harap review aku ni membantu lah. korang try lah. mana tau berkesan kan? tapi kena sabar lah. dia punya efek tu memang lah lambat sikit. kena konsisten lah guna ye? jangan putus asa. aku dulu pon, selalu je nak cepat ok. baru pakai kejap dah rasa produk tu tak berkesan lah.apa lah.padahal try tak sampai pon sebulan. and yg penting jangan lupa berdoa dekat yg satu tu. kalau diizinkanNya, insyaAllah berkesan. kan?


oh ya! kalau korang nak beli produk yg aku guna ni through online, ye lah kot-kot malas nak pergi cari kat luar ke kan,boleh pergi kat fan page FB ni dRoseGarden.com. tak pun korang boleh search personal FB akak ni Rose Iriyanti Saidin.akak ni jual paling murah dari supplier yg lain. EUMORA tu kalau kat luar satu bar RM95 tau tapi akak ni jual RM66 je. sekarang ada promosi pulak tu.RM61 je sampai 31/8/2012.jangan risau, ketulenannya dijamin sebab aku dah pernah beli dengan dia. siap ada cop dari KMM lagi.lagipun banyak lagi produk lain yg dia jual.boleh la usha link aku bagi tu. haaa. aku ikhlas nak tolong ni. baik tak aku? hahaha.


oklah, aku rasa cukuplah tu. panjang pulak entry ni.maklumlah dah gian nak menaip. dah lama tak update la katakan. hehehe. lagi sekali, SELAMAT HARI RAYA semua! byee :)



*less than three*





Monday, June 4, 2012

Pasal kerja

Assalamualaikum!

alhamdulillah. akhirnya berjaya jugak aku update blog menggunakan berukband yg mengalahkan siput ini. serius mencabar. mencabar kesabaran. keteguhan iman. tawadok. fatonah.ketaqwaan. fatonah. ok dah sebut tadi tapi sebut lagi sekali dan gotong-royong. ceh tak de kaitan.  

ok sambung. so, semalam genaplah setahun aku bekerja mencari sesuap nasik di bumi kuala lumpur ini. tapi nampak sangat menipunya. sesuap nasik? seriusly? mengarut. mana cukup sesuap. kalau selera badak macam aku ni confirm tak cukup. setakat sesuap mana kenyang. haish. manalah diorang dapat idea buat perumpamaan macam ni. tak logik. lain kali buat lah perumpaman mencari sepinggan nasik ke. sebungkus laksa ke. beberapa ikat sate ke.baru logik. haha. tah hape-hape. pasal sesuap nasik pon nak kecoh kan.

sebenarnya, ramai jugak yg tanya aku kerja apa. aku bukan tak nak bagitau. tapi aku takut bila aku cakap aku kerja apa mulut korang mesti ternganga.  honestly, aku bukan engineer. doktor jauh sekali. lawyer lagi lah bukan. cleaner? cehhh! sampai  hati. aku kerja valuer je.  valuer? ok. nak bagi sedap sikit, valuation executive je. hah?what the hell is that? tak pernah dengar pon. kan? tau sangat korang nie macam mana. tapi aku macam malas nak explain pasal kerja aku ni. korang try google. mana tau ade.haha.

THIS IS THE REASON WHY aku jarang upload pic nampak gigi. hidung nampak besar walaupun realitynya memang besa.wuwuwu. T_T
masa zaman study dulu aku selalu cakap. 'eeee tak sabarnya nak habis belajar. bosan laaa. nak kerja. tak sabarnyewwwwwww. nak kejeww. bawak ketewww sendiwiii" . hamik kau. gedik tak hengat. tapi sekarang dah keje baru padan muka. soalan feveret orang ramai terhadap insan bekerjaya macam aku berbunyi seperti ini  "best keje?". jawapanya......"biasa je". jawapan selamat.  nak kata tak best, kadang-kadang best.nak kata best, aku pon tak tahu tang mana yg best. best time dapat gaji je lah kot. huahuahua.




bila da kerja nie, kurang siikit la tension. tapi tak de lah tak tension langsung. kerja aku ni banyak deal dengan orang. perangai orang pon bukan sepesyen je. macam-macam pesyen. yg baik. yg menjengkelkan. yg gatal miang keladi. semua ada! tapi dah kerja ni, aku tak payah susah-susah nak study. aku paling benci study. paling menyampah bila study week. lepas tu lagi saiko kalau dapat rumet yg 24 jam asyik study. bukak mata tengok dia study. balik toilet tengok dia study. balik makan dia study lagi.huish.  aku nak rilek pon rasa mcam takut sebab tengok orang lain asek study. nak tak nak, terpaksa study jugak walaupun hati memberontak nak tengok drama bersiri jepun.


lagi satu bila dah kerja ni baru aku tau susah payah mak bapak kita cari duit untuk besarkan kita. serius susah! masa mula-mula kerja tu, aku selalu rasa tak cukup duit. selalu gaji cukup-cukup makan je. nak menyimpan memang tak dapat la. nak dapat gaji punya lah lama. nak habiskan sehari pon boleh. so baru aku paham, susah rupanya cari duit ni. kadang-kadang rasa terharu bila terkenang balik mak bapak kita cari duit untuk bagi kita jadi orang berguna. terima kasih mak abah!




so, korang semua hargailah setiap sen yg korang dapat tu. nak-nak yg suka paw mak bapak tu. tak baik tau paw banyak2. tapi kalau share dengan aku tak pe.kikiki. gurau je. so,adik-adik  please belajar rajin-rajin. jangan bazirkan duit parents korang untuk perkara yg tak berfaedah. sikit-sikit tak pe. tipu lah guna duit beli buku je kan. aku pon sama jugak dulu.hehe :)


ok lah. penat dah membebel. see u in the next entry. bye!


*less than three* <3








Monday, March 26, 2012

Syukurlah kita sempurna

Assalamualaikum!

Lama aku tak update blog. kadang-kadang rasa nak abaikan terus je. nasiblah nama aku ni nathrah. kalau aku ni fatin liyana, confirm ramai peminat menangis air mata darah. confirm berjuta-juta komen dekat facebook merayu agar jangan tutup blog kesayangan ramai ni.aku nak tutup blog? tutup lah. tak ada siapa pon kesah. pigidahh!


Tapi. itu cuma rasa. walaupun blog aku ni bagai melukut di tepi gantang, namun banyak kenangan aku. banyak coretan bodoh aku dalam ni. kadang-kadang bila baca balik post-post lama rasa kelakar pon ada. macam rasa "eh bila masa pulak aku tulis ni". padahal memang aku lah yg tulis.siapa lagi ye dak? aku takkan tutup blog ni selagi hayat masih ada. insyaAllah.


eh tetiba je kan. macam tak ada kena mengena langsung dengan tajuk. tapi tak pe. sebab aku pon tak tau nak start entry macam mana dah. haha!


sebagai bukti yg aku masih bernafas di bumi Allah ni.peace!


selalunya, dinner aku masak kat rumah. eh bukan. kawan aku masak. nama dia Non. aku cuma tolong kacau beliau yg tengah masak. ye lah. nak bagi sokongan moral lah katakan. kalau tak, kebulur lah aku nanti. selfish tak? haha. tapi hari ni, Non tak ada mood nak masak. maybe dah tak sudi nak masak untuk aku. srootttt2. hembus hingus sampai  masuk dalam anak tekak.euww!


So kitorang pon makan kat luar hari ni. makan kat TGI Friday je. dah. mak kata tak baik tipu. nanti masuk neraka. jadi, aku jujur, kitorang pon makan dekat warung tepi jalan je. tengah tunggu order, mata aku tertangkap kat sorang pakcik duduk bertentangan dengan meja aku. pakai baju belang. rambut nipis. berbadan gempal. serta memakai seutas jam tangan besi. dengan mata yg langsung tak boleh dibuka.oh butan rupanya.


dalam hati aku, apa jadah pulak dia pakai jam tangan. dia bukan nampak pon. pak cik tu sibuk dengan kuew teaw gorengnya. dikautnya sikit demi sikit dan disuapnya ke mulut. sampai licin. lepas habis makan, air teh ais kat sebelah pinggan tu pulak dicapai. sambil meraba-raba. maybe tak tau mana letaknya air dia. air dihirupnya sampai tgl saki baki ais je.


tiba-tiba Non bersuara

"Nathrah, kesian lah tengok pakcik tu. tak sampai hati tengok"

aku pon terus menoleh ke arah pak ciktu. hurmm. memang kesian. tangan dia asyik meraba-raba. kali ni cari tisu pulak. tiba-tiba mangkuk sup kat depan pinggan dia tumpah. tapi sup dalam tu tak tumpah pon.pelik. oh patutlah.sup tu dah licin rupanya. 


"ala.tak yah la tengok. tapi memang kesian la. hancur luluh hati aku ni"


"ceh poyo!"

sebenarnya aku pon tak sanggup nak tengok lama-lama. macam sebak pulak tengok pak cik tu.

"cuba kalau kita jadi mcam tu macam mana la agaknya. mesti pak cik tu tak tau macam mana rupa manusia ni kan"


aku pon terfikir. betul jugak. macam mana kita nak bayangkan semua benda kat dunia ni. kucing bentuk dia macam mana. ayam bentuk dia macam mana pulak. kaler apa. even pokok pon tak dapat bayangkan macam mana.


so, lepas tu aku pon rasa sangat-sangat lah bersyukur. syukur sebab sempurna. boleh nampak. boleh dengar.boleh cakap. boleh cium. boleh tengok muka orang macam mana. boleh tengok macam mana bentuk jerawat kat muka yg sangat menyampahkan.


tak lama lepas tu, makanan yg kitorang order pon sampai. pak cik tu? kitorang pon tak pandang tempat lain dah selain ke arah makanan terhidang.lepas dah habis makan, aku menoleh ke arah tempat duduk pakcik buta tadi. eh dah hilang!

tak lama lepas tu aku nampak taukey kdai tu tengah pimpin pakcik tu ke meja yg lain. sebelum balik,aku sempat tengok pak cik tu berborak rancak dengan pelanggan yg ada. syukur alhamdulillah.'at least ada lagi orang yang amik berat pasal pakcik tu and pastikan pak cik tu tak keseorangan. aku pon tersenyum.


video

sebab sempurna jugak aku boleh makan nasik goreng balckpaper sampai habis.haha!



the end.


haha.macam novel je kan entry aku kali ni. 


p/s:kadang-kadang kita tak akan rasa bsrsyukur sehinngalah kita hilang nikmat yg kita ada tu. so, belajarlah utk bersyukur and say alhamdulillah :)


with that, bye!! 


*less than three* <3

Monday, February 13, 2012

Kehidupan saya yg ke 24 tahun

Assalamualaikum!

24 tahun yg lalu, seorang ibu mengandung tiba-tiba sakit perut. mungkin nak berak.ataupun sembelit. namun begitu, sakit perut kali ni dirasakan tersangat berbeza dan dahsyat. baru beliau teringat, mungkin baby comel *ehem kat dalam perut tu sudah mahu keluar. melihat dunia  yg fana ini. melihat rupa mak dan abah dia.dan macam-macam lagi yg ingin dia terokai. jelajahi. rasai. harungi. dan sebangainya.eceh.

sekadar  gambar hiasan.

12 February 1988, lahir lah seorang bayi yg diberi nama Nathrah, dan bayi tersebut of cos lah aku. ceh. tak konsisten langsung kan ayat karangan aku. memang patutlah dulu UPSR penulisan pon dapat B. haha. so straight to the point, semalam birthday aku. tak sangka aku dah 24 tahun. tak bestnya lahir awal. cepat tua. rasa macam baru semalam je aku habis sekolah rendah. rasa baru kelmarin je kena libas dengan batang paip dengan mak sebab main lumpur. ish ish ish. cepatnya masa berlalu kan.


the 24 years old me :) lama tak sentuh tudung bawal ni. :)


Kali ni, aku tak sambut pon birthday. memang sebelum ni pun, tak ada orang pon nak sambut birthday aku. yg ada pon cuma dia. tapi tahun ni, masing-masing kekeringan. so, tunda lain kali. haha. tapi kalau korang nak sambutkan apa salahnya. ;p

So, sepannjang 24 tahun aku hidup ni banyak benda aku dah lalui. macam-macam. yg baik. yg buruk. yg cantik. yg hodoh. semua ada. kalau dulu, masa kecik, macam tak sabar sangat nak besar. rasa macam betapa tak bestnya jadi budak kecik. ini tak boleh. itu tak boleh. semua kena dengar cakap mak bapak. lepas tu, bila dah habis sekolah, rasa macam paling bahagia sebab  konon dah bebas. dah boleh masuk wayang tengok cerita 18SX. eh tak. aku budak baik. mana tengok cerita macam tu. tolong lah percaya. please?keh keh. tapi bila dah dewasa ni, rasa macam nak jadi budak balik. tak payah fikir apa-apa pon. just belajar. buat kerja sekolah. main. tu je. seronoknya!


Disebabkan umur yg makin meningkat ni, banyak yg dah berubah. dari tinngi 139cm dah cecah 152 cm. walaupun still kategori ketot, tapi syukur je lah. *pasrah. dari muka halus mulus selembut sutera ke berjerawat batu berlian permata. dari free hair ke bertudung. oh ya. dari tudung bawal ke tudung hana tajima. (ok yg ni terlatest) heh. dari tak pandai masak, dah pandai masak sikit-sikit. dari penakut nak drive kereta, satu KL ni aku dah round. bukankah itu satu kemajuan? *ayat copy paste zack zukhairi.



Masa baby, mak aku cakap aku kuat menangis. pantang mak aku tak de je mesti memekak. pagi petang siang malam melalak je kerja. mak aku cakap, abah aku pernah rasa macam nak lambung aku. sebab geram sangat. dah lah huduh. hitam. tak comel langsung. lepas tu kuat melalak. siapa tak geram ye dak? dulu, masa aku umur setahun, aku nyaris lemas dalam baldi. alhamdulillah. nasib baik aku selamat. kalau tak, tak dapat lah aku update blog macam sekarang. 


Sekarang, aku dah 24. eh tuanya. bila ada orang cakap umur aku 20, hidung penyet ni tak dapat ditahan-tahan untuk melebarkan diameternya. hahaha. rasa macam bestnya jadi muda. kan?


oklah, lastly, aku nak ucap thanks pada semua yg sudi wish aku. even korang tak kenal aku, tetap wish even aku tau korang bukan ingat pon birthday aku. tengok reminder kan? hahaha. tapi tak pe. korang memang terbaik dan paling cool dalam dunia sebab wish aku tau. harap semua yg korang doakan, Allah makbulkan. dan terima kasih jugak especially mak abah aku sebab besarkan aku dari kecik sampai sekarang. love u all :)


*less than three <3*













Friday, January 27, 2012

Edisi sapu habuk :perihal dalam lif

Assalamualaikum!


sebelum readers lupa tentang kewujudan blog  ni lebih baik aku update sekarang. detik ini. waktu ini. malam ini. dan juga saat ini.tak lupa di tahun baru yg mulia nie. eceh. padahal tak tau nak start macam mana. maklumlah. dah lama tak update la katakan. macam baca Quran jugak. kalau dah lama tak baca, rasa janggal je. lidah kelu je. kan kan?  *terasa.

cantik kan saya? hahahahaha...*muntah. eh tapi better lah dari tulis 'eee hodoh la saya dalam gambar ni' padahal
dalam hati suruh org puji? kannn? ;p
sebenarnya tak de apa sangat pon aku nak cerita kat blog ni. ye lah, life aku sekarang ni pon  sama je hari-hari. bak kata orang ;'tak de life'. pagi bangun, pergi kerja. balik kerja. tido. besoknya, pon sama jugak. how boring kan? tapi hari ni gigih jugak lah aku nak update blog ni. demi pembaca setia blog ni. aku harap ada jugak lah orang tunggu entry aku. aku tau, maybe tak ada orang kisah pon pasal blog ni, tapi tanpa pembaca siapalah aku. ceh skema siot. 


sekarang aku sewa rumah dekat Ampang. alah. apartment je.  tapi sekali pandang, macam asrama pon ada. tak rupa apartment. tapi jangan nilai rumah dari luaran beb. even luar macam asrama, dalam condo wa cakap lu. haa. macam brader2 tak aku? tak percaya tengok pic bawah nie. macam KLCC woo! haha..



eh apa jadah tah aku promote apartment ni pon aku tak tau. aku ni selalu je hilang fokus. padahal nak cerita pasal lif kat apartment ni je pon. ok ok. focus. aku tinggal dekat tingkat 15. cuba bayangkan, aku pernah 2-3 kali jugak lah menapak naik tangga sebab lif tu rosak. tak pon blackout. perghhh! berpeluh ketiak. kalau time tu tengah nak pergi first date, konfem kena reject sebab pakwe geli tengok ketiak basah tu. 


tapi hari tu, macam biasa aku dengan kawan aku, Non balik dari pasar malam. baru nak tutup lif tu, tiba-tiba aku nampak sorang budak dalam umur darjah 4 macam tu lah macam berlari ke arah lif tu. maybe risau  tak sempat naik lif tu. budak tu berbadan gempal. berambut nipis. bertshirt boboiboy yg dimasukkan ke dalam seluar. dengan pantasnya, jejari bulat Non menekan butang 'open'. lepas tu masuk lah budak tersebut bersama mak dengan kakaknya.


aku pandang je budak tu. kiut jugak. tapi baru aku perasan. rupanya budak ni 'istimewa' a.k.a syndrome down. aku pandang mak dia pulak. redup.tangan mak dia sarat dengan plastik bungkusan makanan. mesti baru balik pasar malam  jugak lah. takkan baru balik Jusco pulak kan. budak tu tersengih-sengih je dari mula masuk lif. kaki dia terjingkit-jingkit.


"kak..cepat lah..cepatlah"


budak tu cakap dekat kakak dia.


"sabar lah dikk"


kakak dia jawab. mesti budak tu tak tahan kencing kot. hehehe. kesian pulak aku tengok. tiba-tiba, tanpa diduga budak tu cium pipi kakak dia. kakak dia senyum je. aku tiba-tiba rasa touching pulak. comel je tengok diorang nie. kalau aku? maunya aku tonyoh kepala adik aku kalau dia cium aku. depan orang ramai pulak tu.  geli! hahaha.


sampai tingkat 10, lif tu berhenti. budak tu dengan kakak and mak dia keluar. sebelum pintu lif tu tertutup rapat, budak tu sempat toleh belakang and lambai tangan kat kitorang and cakap


"bye-bye kakak"


aku dengan Non pon balas jugak  bye budak tu. alalala. sweet je budak tu. even tak sempurna macam kita, still hormat orang. ada perasaan kasih sayang semua. kita yg sempurna ni pulak, kadang-kadang tak bersyukur pun dengan apa yg kita ada. kadang-kadang, dengan family sendiri pon tak hormat. kalau lah kita ada adik macam tu, or anak macam tu, macam mana? pernah tak korang terfikir. tapi kalau boleh mintak dijauhkan la. harap-harap anak aku nanti tak ada yg macam tu. kalau boleh. tapi kalau dah takdir, redha je lah kan?


emm.ok lah aku pon dah mengantuk tahap apa dah ni. aku pon tak tahulah  apa ke benda aku merepek kat blog nie. serius. ayat berterabur. sorry lah ye. papehal pon thanks sudi baca entry ni. salam.


*less than three* <3