Monday, March 26, 2012

Syukurlah kita sempurna

Assalamualaikum!

Lama aku tak update blog. kadang-kadang rasa nak abaikan terus je. nasiblah nama aku ni nathrah. kalau aku ni fatin liyana, confirm ramai peminat menangis air mata darah. confirm berjuta-juta komen dekat facebook merayu agar jangan tutup blog kesayangan ramai ni.aku nak tutup blog? tutup lah. tak ada siapa pon kesah. pigidahh!


Tapi. itu cuma rasa. walaupun blog aku ni bagai melukut di tepi gantang, namun banyak kenangan aku. banyak coretan bodoh aku dalam ni. kadang-kadang bila baca balik post-post lama rasa kelakar pon ada. macam rasa "eh bila masa pulak aku tulis ni". padahal memang aku lah yg tulis.siapa lagi ye dak? aku takkan tutup blog ni selagi hayat masih ada. insyaAllah.


eh tetiba je kan. macam tak ada kena mengena langsung dengan tajuk. tapi tak pe. sebab aku pon tak tau nak start entry macam mana dah. haha!


sebagai bukti yg aku masih bernafas di bumi Allah ni.peace!


selalunya, dinner aku masak kat rumah. eh bukan. kawan aku masak. nama dia Non. aku cuma tolong kacau beliau yg tengah masak. ye lah. nak bagi sokongan moral lah katakan. kalau tak, kebulur lah aku nanti. selfish tak? haha. tapi hari ni, Non tak ada mood nak masak. maybe dah tak sudi nak masak untuk aku. srootttt2. hembus hingus sampai  masuk dalam anak tekak.euww!


So kitorang pon makan kat luar hari ni. makan kat TGI Friday je. dah. mak kata tak baik tipu. nanti masuk neraka. jadi, aku jujur, kitorang pon makan dekat warung tepi jalan je. tengah tunggu order, mata aku tertangkap kat sorang pakcik duduk bertentangan dengan meja aku. pakai baju belang. rambut nipis. berbadan gempal. serta memakai seutas jam tangan besi. dengan mata yg langsung tak boleh dibuka.oh butan rupanya.


dalam hati aku, apa jadah pulak dia pakai jam tangan. dia bukan nampak pon. pak cik tu sibuk dengan kuew teaw gorengnya. dikautnya sikit demi sikit dan disuapnya ke mulut. sampai licin. lepas habis makan, air teh ais kat sebelah pinggan tu pulak dicapai. sambil meraba-raba. maybe tak tau mana letaknya air dia. air dihirupnya sampai tgl saki baki ais je.


tiba-tiba Non bersuara

"Nathrah, kesian lah tengok pakcik tu. tak sampai hati tengok"

aku pon terus menoleh ke arah pak ciktu. hurmm. memang kesian. tangan dia asyik meraba-raba. kali ni cari tisu pulak. tiba-tiba mangkuk sup kat depan pinggan dia tumpah. tapi sup dalam tu tak tumpah pon.pelik. oh patutlah.sup tu dah licin rupanya. 


"ala.tak yah la tengok. tapi memang kesian la. hancur luluh hati aku ni"


"ceh poyo!"

sebenarnya aku pon tak sanggup nak tengok lama-lama. macam sebak pulak tengok pak cik tu.

"cuba kalau kita jadi mcam tu macam mana la agaknya. mesti pak cik tu tak tau macam mana rupa manusia ni kan"


aku pon terfikir. betul jugak. macam mana kita nak bayangkan semua benda kat dunia ni. kucing bentuk dia macam mana. ayam bentuk dia macam mana pulak. kaler apa. even pokok pon tak dapat bayangkan macam mana.


so, lepas tu aku pon rasa sangat-sangat lah bersyukur. syukur sebab sempurna. boleh nampak. boleh dengar.boleh cakap. boleh cium. boleh tengok muka orang macam mana. boleh tengok macam mana bentuk jerawat kat muka yg sangat menyampahkan.


tak lama lepas tu, makanan yg kitorang order pon sampai. pak cik tu? kitorang pon tak pandang tempat lain dah selain ke arah makanan terhidang.lepas dah habis makan, aku menoleh ke arah tempat duduk pakcik buta tadi. eh dah hilang!

tak lama lepas tu aku nampak taukey kdai tu tengah pimpin pakcik tu ke meja yg lain. sebelum balik,aku sempat tengok pak cik tu berborak rancak dengan pelanggan yg ada. syukur alhamdulillah.'at least ada lagi orang yang amik berat pasal pakcik tu and pastikan pak cik tu tak keseorangan. aku pon tersenyum.


video

sebab sempurna jugak aku boleh makan nasik goreng balckpaper sampai habis.haha!



the end.


haha.macam novel je kan entry aku kali ni. 


p/s:kadang-kadang kita tak akan rasa bsrsyukur sehinngalah kita hilang nikmat yg kita ada tu. so, belajarlah utk bersyukur and say alhamdulillah :)


with that, bye!! 


*less than three* <3

16 comments:

Marya Hana said...

hai cik natrah yg lame menghilang, hehe.

samelah, sbb tu i takleh tgk rancangan BERSAMAMU. nnt terasa nak derma semua duit kat diorang..

tp kalau kita mampu, apa salahnya menderma kan?

bersyukur dgn nikmat allah (:

Cik Eka said...

lama tak nampak cik nat..

eh makin lawa lah dia

betul tu,eka sian tau kalau tengok orang yang kurang sempurna..

huhu..

lagi2 yang buta,takde kaki tangan.syukur sangat kita sempurna.namun masih ada yang kurang menghargai kan

edah said...

nat, buta bukan butan.. salah eja lak ye.. ape2 pun beryukur ngan nikmat Allah, kite masih sempurna..kan.

Rosniena said...

nak kulit gebu,glowing n licin jom try vco catalyst+collagen, akak ada spesel price utk adik2 http://mawarbiruairlaut-bicarakudanmu.blogspot.com/2012/03/promosi-vco-catalyst.html

J.Syazwana said...

itulah pasal kite pon cepat kesian dengan orang. huhuhu

and selalu bayangkan kalau diri sendiri buta. oh sedihnya

SAYA BUKAN SAMDOL said...

Alhamdulillah cik natrah kembali =D

Cik Nathrah said...

hehehe. alhamdulillah. thanks sudi komen :)

♥CIK SHA♥ said...

ingatkan dah tak sudi nak hapdet..ehehe..

betol tu nath..kite sepatutnye bersukur sebab Allah kurniakan nikmat melihat kat kite..kan?

Cik Anis said...

follow u.. jom follow balik :)

Nieyna Amanina said...

nice vlog :)
follow you dear . follow me back :)

Nieyna Amanina said...

nice vlog :)
follow u dear . follow me back tau :)

IdaRaida said...

hyep.. :) follow cik Nathrah :)

btul..:)
alhamdulillah..:)
kita dlahirkan sempurna..
boleh melihat,bercakap dan mendengar kan..

ada kaki ada tangan..

simpati sgt tgk org yg xsempurna kan..?

apa2 pun cik Natrah nie sangat comey lorh..;)

Tulus Sweet said...

kak natrah..looking flawless now and ever. :)

NuYu said...

nak tny la natrah,cameron highland der kedai kek x eh?secret resepi ker?

Anonymous said...

akak natrah.haha kelakar la..eh akak pernah dgr x sabun kojic ?

GLUTAKOJIC VIT C SOAP (WHITE PERFECT).
TERBAIK sgt!! warna putih oren sabun tu..bau macam honeydew..sabun tu memang best..jerawat hilang! try akak search testi..memang ok :)
kulit akak dah cntik brtambah cntik.sy pon jerawat dulu.lg teruk.sekarang jerawat xde n parut dah pudar.alhamdulillah :)

Fully Saiia said...

blog walking nih :)
salam kenal..
I'm from Indonesia
nice to see ur blog cik nath ^_^