Monday, June 4, 2012

Pasal kerja

Assalamualaikum!

alhamdulillah. akhirnya berjaya jugak aku update blog menggunakan berukband yg mengalahkan siput ini. serius mencabar. mencabar kesabaran. keteguhan iman. tawadok. fatonah.ketaqwaan. fatonah. ok dah sebut tadi tapi sebut lagi sekali dan gotong-royong. ceh tak de kaitan.  

ok sambung. so, semalam genaplah setahun aku bekerja mencari sesuap nasik di bumi kuala lumpur ini. tapi nampak sangat menipunya. sesuap nasik? seriusly? mengarut. mana cukup sesuap. kalau selera badak macam aku ni confirm tak cukup. setakat sesuap mana kenyang. haish. manalah diorang dapat idea buat perumpamaan macam ni. tak logik. lain kali buat lah perumpaman mencari sepinggan nasik ke. sebungkus laksa ke. beberapa ikat sate ke.baru logik. haha. tah hape-hape. pasal sesuap nasik pon nak kecoh kan.

sebenarnya, ramai jugak yg tanya aku kerja apa. aku bukan tak nak bagitau. tapi aku takut bila aku cakap aku kerja apa mulut korang mesti ternganga.  honestly, aku bukan engineer. doktor jauh sekali. lawyer lagi lah bukan. cleaner? cehhh! sampai  hati. aku kerja valuer je.  valuer? ok. nak bagi sedap sikit, valuation executive je. hah?what the hell is that? tak pernah dengar pon. kan? tau sangat korang nie macam mana. tapi aku macam malas nak explain pasal kerja aku ni. korang try google. mana tau ade.haha.

THIS IS THE REASON WHY aku jarang upload pic nampak gigi. hidung nampak besar walaupun realitynya memang besa.wuwuwu. T_T
masa zaman study dulu aku selalu cakap. 'eeee tak sabarnya nak habis belajar. bosan laaa. nak kerja. tak sabarnyewwwwwww. nak kejeww. bawak ketewww sendiwiii" . hamik kau. gedik tak hengat. tapi sekarang dah keje baru padan muka. soalan feveret orang ramai terhadap insan bekerjaya macam aku berbunyi seperti ini  "best keje?". jawapanya......"biasa je". jawapan selamat.  nak kata tak best, kadang-kadang best.nak kata best, aku pon tak tahu tang mana yg best. best time dapat gaji je lah kot. huahuahua.




bila da kerja nie, kurang siikit la tension. tapi tak de lah tak tension langsung. kerja aku ni banyak deal dengan orang. perangai orang pon bukan sepesyen je. macam-macam pesyen. yg baik. yg menjengkelkan. yg gatal miang keladi. semua ada! tapi dah kerja ni, aku tak payah susah-susah nak study. aku paling benci study. paling menyampah bila study week. lepas tu lagi saiko kalau dapat rumet yg 24 jam asyik study. bukak mata tengok dia study. balik toilet tengok dia study. balik makan dia study lagi.huish.  aku nak rilek pon rasa mcam takut sebab tengok orang lain asek study. nak tak nak, terpaksa study jugak walaupun hati memberontak nak tengok drama bersiri jepun.


lagi satu bila dah kerja ni baru aku tau susah payah mak bapak kita cari duit untuk besarkan kita. serius susah! masa mula-mula kerja tu, aku selalu rasa tak cukup duit. selalu gaji cukup-cukup makan je. nak menyimpan memang tak dapat la. nak dapat gaji punya lah lama. nak habiskan sehari pon boleh. so baru aku paham, susah rupanya cari duit ni. kadang-kadang rasa terharu bila terkenang balik mak bapak kita cari duit untuk bagi kita jadi orang berguna. terima kasih mak abah!




so, korang semua hargailah setiap sen yg korang dapat tu. nak-nak yg suka paw mak bapak tu. tak baik tau paw banyak2. tapi kalau share dengan aku tak pe.kikiki. gurau je. so,adik-adik  please belajar rajin-rajin. jangan bazirkan duit parents korang untuk perkara yg tak berfaedah. sikit-sikit tak pe. tipu lah guna duit beli buku je kan. aku pon sama jugak dulu.hehe :)


ok lah. penat dah membebel. see u in the next entry. bye!


*less than three* <3








23 comments:

Cik Eka said...

bile kite dah keje baru tahu rasa camne kan..

nak bahagikan2 duit untuk perbelanjaan semua......

keje penat,time gaji best..hehehe

Atiqah Wadiah said...

baiklah akk..sy akan belajar b'sungguh2..nnt sy blanje akk bila sy dpt manyak2 duit ye :)

Cik Nathrah said...

cik eka: betol2. hehehe. rasenya mmg time gaji je yg best

atiqah wadiah: okkk! nnti dah kaya jgn lupa akak yeee. gud luck!

Norshakila said...

tapi bila kerja dapat duit seronok kan. :)

♥CIK SHA♥ said...

phewitt! *tetibe*

hehehe..amboi..bz kemaen org bekerjaya ni kan? haha..akak pun sma lah..kadang2 mcm malas je nk update belog sendiri..sebab pale otak letih lepas balik kerja..;p

cik hani said...

yup..bila dah kje br tau kepayahan cr duit...
i know about valuer punye skop..because i am graduate from building surveying..ada study jgk a bit psl ni

Nurul Nadiah Karim said...

nice entry :)
akak ni cantik dan pandai bergaya lahh.nasihat yang bagus,insya-Allah belar rajin rajin lepas ni.hek hek ;D

eimai.sitizulaika.CEO.Vassilias.Vassilisa said...

salaam Nathrah :)
you are working as a valuation exec? wow that is pretty interesting as I believe you should be amazing in calculations :) so, you must be a member of REHDA, aren't you hehe

wassalam

siti zulaika

ps: can we be friends? may i have your email please

Cik Nathrah said...

norshakila: tau xpee! ihik


cik sha: kak shaaa! hahaha. memang pon. sebab ru blog ni jarang berupdate.


cik hani: ohh. kalau awk uitm..kite satu fac :)


nurul nadiah: akak bese2 je dear. btw, maceh atas pujian tersebut. ahaks


siti zulaikha:actually, i dont know what is REHDA. hahaha. yeah sure. nathrahkhai@gmail. com :)

anti legging said...

Stupid ASSHOLE punya prempuan..pakai LEGGING dgn TUDUNG !! wHAT A stupid !!

Cik Nathrah said...

anti legging: bila masa pulak pakai legging ni. tak baik mencarut. ;p

eimai.sitizulaika.CEO.Vassilias.Vassilisa said...

salaam nathrah :)

will send you an email today :)
kindly check your mailbox ;)

wassalam
siti zulaika

ps: just became your follower today :D

E'in said...

wah...... cik ezekutip.. hehehe

Salimah Ismail said...

Hehe..Hai kak! Penat keja tu memang la kan..Tapi atleast kak dah lepas daripada perlu study..Saya ni?Kena hadapi lagi.. :(

khairul akmal bin azman said...

macam best keje ni..
kene byk jumpe client


sgt mencabar!
kene lak jmpe laki miang..
apepuntakboleh

agirlnamedIman said...

"I will follow you... but you must follow my blog back!" (renak lagu digi I will follow you.. kehehe..):D!

HUSAIRI HANAFI said...

salam ziarah ramadhan dari secangkirbicara..=)

shaerin said...

betol ! tapi best sbb kita akan belajar disiplinkan diri tok manage duit !

boni kacak said...

takpelah awak. tak kisah apa pun kerja tu. yang penting ikhlas dan rezeki yang dapat tu halal.. betul tak?

inspirasi rasa said...

Wow, bestnyer. Kerja nilai harga rumah yang nak jual. betul kan?

Anonymous said...

sis ! same la kite keje . sis keje firm mane?

Cik Nathrah said...

anon: gimme 5! heheh..raine horne zaki partners kl

laki biasa said...

boleh tak 'valuer'kan diri saya ni?!?..

umur 32
da keje
tapi duit banyak habis kat
myvi ngan sewa umah..