Tuesday, August 28, 2012

EH! muka awak makin ok lah. pakai apa ek?

Assalamualaikum!

dulu aku adalah seorang blogger.blogger yg hari-hari rasa nak update blog. rasa macam syok sendiri je ada blog.then hari-hari nak stalk blog orang.lepas tu  komen blog orang. tapi sekarang tidak lagi. bilangan orang yg bukak blog aku pon boleh kira dengan jari. kesian.kesian sangat blog ni. kalau dulu hits mencapai ribuan angka. tapi kini semuanya telah berubah. seiring waktu yg berlalu dengan pantasnya. bagaikan angin berlalu pergi berterbangan. cewah.tak yah nak puitis sangatlah kan. lempang sedas kang nak? oh my god.i got 5 days of mc. eh tetibe.hahahah.


well sebelum terlambat, selamat hari raya,maaf zahir batin! sorry tak sempat nak wish puasa. tau-tau je dah raya. lama sangat dah tak update. sampai bulan puasa pon dah habis. raya pon dah seminggu. apa lah nak jadi dengan aku ni kan.


sebenarnya aku dah lama nak update entry ni.tapi tahap konfiden tu tak berapa nak ada sangat. dulu aku pernah update entry pasal muka yg teruk berjerawat batu dekat entry lama ni.. time tu aku rasa macam nak culik baby comel yg ada and tukar kulit muka aku dengan diorang. biar kulit aku halus mulus. hahaha.kejam tak?memang banyak gila feedback yg aku dapat dari pembaca blog ni. yg anonymous pon ramai komen kat entry tuada yg kasi nasihat. cadangan. semangat.siap bagi nombor telefon klinik pakar pon ada. terharu gila aku tau.:')

the latest me on last hari raya.peace!!

so, aku pon ada lah usha-usha suggestion yg aku dapat tu. aku try cari info kat google.baca feedback. komen apa semua. ye lah, dah lah muka macam gunung berapi, kang pakai produk yg tah hape-hape meletup pulak segala kawah kat muka aku ni nanti kan.


akhirnya. ceh akhirnya konon, aku pon try lah satu produk ni. aku tawakal je lah kan. try dulu. mula-mula takut jugak nak try. kang muka jadi macam katak puru kang mati aku.langsung tak nak keluar rumah pulak kan.tapi disebabkan perasaan rendah diri tu dah terlampau hebat, aku nekad jugak lah try. by the way, ini bukan iklan berbayar tau. ni aku ikhlas nak share dengan korang :).


mesti korang tertanya-tanya kan produk apa?apa, tak tertanya-tanya langsung?ok fine. tak mau bagitau lah camni. hahahaha. ok gurau je. tu pon nak tacing. sejak akhir-akhir ni,aku ada lah dapat msg dari kawan-kawan kat facebook. ramai jugak yg tanya aku pakai apa. tapi aku tak nak share lagi sebab dalam gambar kan. gambar tu kadang-kadang bukan boleh caye pon. then,ada kawan-kawan yg dah lama tak jumpa pon tegur muka dah makin ok. aku balikkampung pon,mak aku kata muka aku makin elok.kawan opis pon ada tanya jugak.so, rasa macam kedekut pulak kalau tak share kan? so, dengan rasa rendah dirinya aku share kat korang.mana tau lepas ni korang yg ada problem macam aku pon boleh try?

a week before hari raya. peace lagi.

ok, sebenarnya aku pakai EUMORA. info pasal produk ni korang boleh klik kat sini. dont worry. produk ni tak bahaya. tak ada bahan kimia. semua diperbuat dari bahan semulajadi. baby pon boleh pakai. aku pon memang tak nak pakai benda yg ada bahan kimia ni.dah lah kulit dah memang macam ni kan. aku malas sebenarnya nak terangkan satu-satu pasal kelebihan produk ni. apa kata korang klik je kat link aku bagi tu? kat situ ada tulis semua pasal produk ni. hahahaha!

gini lah ropenye sabun tu.

tapi nak kata muka aku 100% ok tu taklah. still ada jugak parut-parut jerawat tu. kadang-kadang jerawat ada jugak seketul dua menghiasi wajahku yg innocent ini. tapi tak lah sekali naik 20bijik. seketul dua je.maklumlah, muka aku dulu tu bukan jerawat sebijik dua. bebijik-bijik! besar-besar merah-merah pulak tu. tak terkira. so ambil masa lah nak ok kan. biar lambat asal selamat kan?
                                                                         
ini gambar before try EUMORA. muka sedih je. hahaha

ini pulak lepas try 2 bar sa bun EUMORA. after 3 months kot. still ada parut2. tapi better kan? muka pon dah boleh senyum sikit la. hahaha!

 haa. lagi satu, aku dah tak pakai bedak compact. aku pakai mineral powder pulak. alaa yg loose powder tu. sebenarnya aku terpengaruh dengan iklan kat radio tu. tengah otw nak pergi kerja dengar pulak iklan tu. tu rasa nak try. alhamdulillah.aku rasa bedak tu suit la ngan kulit aku kot. bedak RONASUTRA. sesuai utk kulit berjerawat. sebab bahan semua bahan mineral.ok ayat copy paste iklan. kelebihan dia korang boleh klik sini and baca sini . sorry lah, aku memang malas nk explain.


so, aku harap review aku ni membantu lah. korang try lah. mana tau berkesan kan? tapi kena sabar lah. dia punya efek tu memang lah lambat sikit. kena konsisten lah guna ye? jangan putus asa. aku dulu pon, selalu je nak cepat ok. baru pakai kejap dah rasa produk tu tak berkesan lah.apa lah.padahal try tak sampai pon sebulan. and yg penting jangan lupa berdoa dekat yg satu tu. kalau diizinkanNya, insyaAllah berkesan. kan?


oh ya! kalau korang nak beli produk yg aku guna ni through online, ye lah kot-kot malas nak pergi cari kat luar ke kan,boleh pergi kat fan page FB ni dRoseGarden.com. tak pun korang boleh search personal FB akak ni Rose Iriyanti Saidin.akak ni jual paling murah dari supplier yg lain. EUMORA tu kalau kat luar satu bar RM95 tau tapi akak ni jual RM66 je. sekarang ada promosi pulak tu.RM61 je sampai 31/8/2012.jangan risau, ketulenannya dijamin sebab aku dah pernah beli dengan dia. siap ada cop dari KMM lagi.lagipun banyak lagi produk lain yg dia jual.boleh la usha link aku bagi tu. haaa. aku ikhlas nak tolong ni. baik tak aku? hahaha.


oklah, aku rasa cukuplah tu. panjang pulak entry ni.maklumlah dah gian nak menaip. dah lama tak update la katakan. hehehe. lagi sekali, SELAMAT HARI RAYA semua! byee :)



*less than three*





40 comments:

Cik Suheela said...

ooo...kai eumora eh...tapi mahal kn benda ni...penah pakai sebulan je, pastu berenti..byk benefit dia, leh pakai satu bdn kan kan kan...
selamat hari raya natrah comel :)

syahirah said...

sabun ni mahal nk beli kan ?
teringin nk try tp tatau nak beli kt ne..
'neways,congrats kak natrah..
:)

Cik Nathrah said...

dear..klik la dekat link yg sy bg tu..ada jual kat situ..kalau beli kat luar mmg agak mahal..takpe..mahal sikit tapi berkesan xpela kan? lagipon satu bar tu boleh tahan 2 bulan :)selamat hari raya jugak suheelaa

Syafiqah Hashim said...

nak try la nanti..

boni kacak said...

eumora memang bagus sebenarnya.. ramai yang kulit muka ok lepas pakai tu... anyway, cantik juga kamu ye.. :)

Cik Asma BLuppy said...

wah.. makin cantik!
selamat hari raya...

nuruashia said...

ehem3..cik nath mmg dah cntek la!!
but now bertambah berseri gituuu awwww..

nizatus syahida said...

wah,,makin eloklah..boleh lah try nanti :)

Pateh Adnan said...

memang banyak sangat beza. sy follow blog kak nath dari dulu lg. good luck! ;DD makin cantik dah!

ONLINE SHOP!!
jom terjah entri baru tengok ade ape kat online shop ni!!

http://patehadnan.blogspot.com/2012/08/cuci-cuci-mata-farazizs-shop.html

Ain SSB said...

Nampak berkesan sabun ni! Ain pon ada kulit bermasalah...teringin jugak nak pakai pencuci muka jenis sabun buku...selalu pakai yang cecair je kan tapi tu la...nak beli ni kena cari orang yang nak datang England, so bole kirim melalui diorang...huhu.

But awak dah memang cantik la Nathrah! :) Selamat hari raya!

Shazwani Ramly said...

makin cantik (:

Nazihah Hranica said...

suka tengok akak cantik ni. saya pon sama cam akak gak dlu..muka bjerawat smpai tatau nk ltk katne agi da. truk kna kutuk ngan sume org tau. hehehe.. syg nye kulit saya hyper sensitive. even pakai yg mahal2 pon kulit jd lagi terok. last2 doktor suh berpantang. lg terok dktor x bg saya mkn ayam. after 2 years, alhamdulillah la kulit da ok balik. hehe.. semoga cantik slalu ye kak :)

J.Syazwana said...

bestnya kalau kulit dah ok.
memang down kan bila ade jerawat.

kite takde jerawat tapi bekas jerawat banyak sangat.
kulit pulak cerah. takdelah cerah mana tapi parut jerawat tu memang nampak gila. malu. haih. now tengah try vco tapi baru dua bulan. macam tak nampak kesan sangat. bf pon cakap macam takde effect je. siot betul. huhuhu.

maybe nak kene try collagen kot.
sebab nak merawat dalam sekali kan. sebab kite punye resdung kuat jugak ni. haihhh

Shahada Fauzi said...

weewittt! adik kite ni dah makin tambah cun ler..hehe..

kak sha teringin jugak dulu nak try..tapi bila tengok harga nauzubillah punya mahal terus tak jadi..maklum le kodukut..kui3..

tapi skang kulit dah oke dah..alhamdulillah..hormon gamaknye..;p

najihahfara said...

pernah try...eumora memnag sangat bagus tapi mahal sikitla

Atiqah Wadiah said...

alhamdulillah..berkesan jgk :)

Puan ddJaafar said...

lama tak update blog.bila update rupanya tuan badan dah makin cantik.anyway,selamat hari raya nath!

amier azrul alias said...

wah wahhh!!
*tetiba*
kahkah
selamat hari raya :)

saharinasaharudin said...

patut try 2 benda ni.kulit muka rin pun jnis yg berjerawat.huhuhu. ;(

btw,salam adilfitri beautiful natrah :)

Cik Nathrah said...

korang semua patut try tau! eh promote pulak. hehehe. thanks sume..alhamdulillah...selamat hari raya jugak sygg :)

catkiut said...

sabun ni mahal. penah gune tapi jap je. nway slmt hari raye gak. singgah la blog kite. byk barangggg..
goldsandbeads.blogspot.com

JelinaJoli said...

eumora tu mahainya ya tuhan.... kumpul duit nak meminang eumora perit sungguh!

Cik Nathrah said...

what can i say here is "alah membeli memang memakai" heheh. insyaAllah :)

ainraus said...

awakkk. first time kita sampai blog ni, pasal entry jerawat tu. pastu kita pegi home, sampai pulak entry ni. hihihih. anyway. thanks sebab share tips ni. kita masih berusaha nak kulit cantik. :)

salam perkenalan!

eyena said...

akak klu sy mkew lincin tp nk pkai bdk rona sutera too bole jgk kew?? kew utk org yg jerawat jewk

Anonymous said...

sabun2....

Cik Nathrah said...

eyenaa: eh boleh je. bukan utk muka berjerawat je..

Miza Yusof said...

tak pernah cuba lagi sabun eumora tu. memang berkesan nampaknya. bedak ronasutra tu macam best je :)

Sufy Tihany Houz said...

Assalam Natrah, kami sedang mencari talent model muslimah untuk label kami sendiri. Saya berminat nak ambik u jadi model untuk photoshoot tudung2 keluaran kami. kalau u berminat dan tinggal area Klang valley boleh hubungi saya di sufytihanyhouz@gmail.com

❤~Emma Abduh~❤ said...

woha...mau try la nnt...huhu...

nur hidayah isa said...

wah byk perubahan tu..

Anonymous said...

sis,ad effect x after gne sabun ni then bhnti???

Anonymous said...

effect lepas bhenti gune.. u akan save rm95 ..bersamaan=

1.7+ tiket wayang GSC
2.10+ snack plate KFC
3.5+ novel cinta baru

Cik Nathrah said...

anon 1: sis dah stop guna sebab muka dah elok. so tak de effect apa2

anon2: hahaahaha! kelakar la statement. tp sy beli rm60 je. so kena buat budgeting baru lah ;p

Anonymous said...

Dear, masa baru2 pki ada x kulit jd kering n mengelupas?

Cik Nathrah said...

anon june 18: yup menggelupas and kering. after 2 weeks will be fine.. :)

Anonymous said...

saya dulu pon bjerwt...tp baru2 nie time praktikal ade jumpa kwn y malami mslh y sama n skrg muka nye da okey... sy pon ade try jugak n alhamdulillah da okey sikit...licin sikit cuma tinggal parut2 ciket. xmcm dulu muka mcm pmukaan bulan,,berkawah2...sy try bioT boleh didpati di farmasi

juhaida joe said...

ralik bce komen2 huhu..saye dlu pon jerawt...tp skrg dh kurg sikit sbb,,saya ada amik vitamin..alhamdulillah..sekarng beransur kurang.. :)jemput ke blog saya..untuk lihat testimoni saya :)

Unknown said...

Salam perkenalan dear kalau nak tau cara selamat untuk serikan kulit wajah dari dalam secara semula jadi boleh visit blog akak ye. Thank u dear:)

Anonymous said...

Salam..ada x masa pakai eumora jerawat keluar?