Friday, January 27, 2012

Edisi sapu habuk :perihal dalam lif

Assalamualaikum!


sebelum readers lupa tentang kewujudan blog  ni lebih baik aku update sekarang. detik ini. waktu ini. malam ini. dan juga saat ini.tak lupa di tahun baru yg mulia nie. eceh. padahal tak tau nak start macam mana. maklumlah. dah lama tak update la katakan. macam baca Quran jugak. kalau dah lama tak baca, rasa janggal je. lidah kelu je. kan kan?  *terasa.

cantik kan saya? hahahahaha...*muntah. eh tapi better lah dari tulis 'eee hodoh la saya dalam gambar ni' padahal
dalam hati suruh org puji? kannn? ;p
sebenarnya tak de apa sangat pon aku nak cerita kat blog ni. ye lah, life aku sekarang ni pon  sama je hari-hari. bak kata orang ;'tak de life'. pagi bangun, pergi kerja. balik kerja. tido. besoknya, pon sama jugak. how boring kan? tapi hari ni gigih jugak lah aku nak update blog ni. demi pembaca setia blog ni. aku harap ada jugak lah orang tunggu entry aku. aku tau, maybe tak ada orang kisah pon pasal blog ni, tapi tanpa pembaca siapalah aku. ceh skema siot. 


sekarang aku sewa rumah dekat Ampang. alah. apartment je.  tapi sekali pandang, macam asrama pon ada. tak rupa apartment. tapi jangan nilai rumah dari luaran beb. even luar macam asrama, dalam condo wa cakap lu. haa. macam brader2 tak aku? tak percaya tengok pic bawah nie. macam KLCC woo! haha..



eh apa jadah tah aku promote apartment ni pon aku tak tau. aku ni selalu je hilang fokus. padahal nak cerita pasal lif kat apartment ni je pon. ok ok. focus. aku tinggal dekat tingkat 15. cuba bayangkan, aku pernah 2-3 kali jugak lah menapak naik tangga sebab lif tu rosak. tak pon blackout. perghhh! berpeluh ketiak. kalau time tu tengah nak pergi first date, konfem kena reject sebab pakwe geli tengok ketiak basah tu. 


tapi hari tu, macam biasa aku dengan kawan aku, Non balik dari pasar malam. baru nak tutup lif tu, tiba-tiba aku nampak sorang budak dalam umur darjah 4 macam tu lah macam berlari ke arah lif tu. maybe risau  tak sempat naik lif tu. budak tu berbadan gempal. berambut nipis. bertshirt boboiboy yg dimasukkan ke dalam seluar. dengan pantasnya, jejari bulat Non menekan butang 'open'. lepas tu masuk lah budak tersebut bersama mak dengan kakaknya.


aku pandang je budak tu. kiut jugak. tapi baru aku perasan. rupanya budak ni 'istimewa' a.k.a syndrome down. aku pandang mak dia pulak. redup.tangan mak dia sarat dengan plastik bungkusan makanan. mesti baru balik pasar malam  jugak lah. takkan baru balik Jusco pulak kan. budak tu tersengih-sengih je dari mula masuk lif. kaki dia terjingkit-jingkit.


"kak..cepat lah..cepatlah"


budak tu cakap dekat kakak dia.


"sabar lah dikk"


kakak dia jawab. mesti budak tu tak tahan kencing kot. hehehe. kesian pulak aku tengok. tiba-tiba, tanpa diduga budak tu cium pipi kakak dia. kakak dia senyum je. aku tiba-tiba rasa touching pulak. comel je tengok diorang nie. kalau aku? maunya aku tonyoh kepala adik aku kalau dia cium aku. depan orang ramai pulak tu.  geli! hahaha.


sampai tingkat 10, lif tu berhenti. budak tu dengan kakak and mak dia keluar. sebelum pintu lif tu tertutup rapat, budak tu sempat toleh belakang and lambai tangan kat kitorang and cakap


"bye-bye kakak"


aku dengan Non pon balas jugak  bye budak tu. alalala. sweet je budak tu. even tak sempurna macam kita, still hormat orang. ada perasaan kasih sayang semua. kita yg sempurna ni pulak, kadang-kadang tak bersyukur pun dengan apa yg kita ada. kadang-kadang, dengan family sendiri pon tak hormat. kalau lah kita ada adik macam tu, or anak macam tu, macam mana? pernah tak korang terfikir. tapi kalau boleh mintak dijauhkan la. harap-harap anak aku nanti tak ada yg macam tu. kalau boleh. tapi kalau dah takdir, redha je lah kan?


emm.ok lah aku pon dah mengantuk tahap apa dah ni. aku pon tak tahulah  apa ke benda aku merepek kat blog nie. serius. ayat berterabur. sorry lah ye. papehal pon thanks sudi baca entry ni. salam.


*less than three* <3