Monday, February 13, 2012

Kehidupan saya yg ke 24 tahun

Assalamualaikum!

24 tahun yg lalu, seorang ibu mengandung tiba-tiba sakit perut. mungkin nak berak.ataupun sembelit. namun begitu, sakit perut kali ni dirasakan tersangat berbeza dan dahsyat. baru beliau teringat, mungkin baby comel *ehem kat dalam perut tu sudah mahu keluar. melihat dunia  yg fana ini. melihat rupa mak dan abah dia.dan macam-macam lagi yg ingin dia terokai. jelajahi. rasai. harungi. dan sebangainya.eceh.

sekadar  gambar hiasan.

12 February 1988, lahir lah seorang bayi yg diberi nama Nathrah, dan bayi tersebut of cos lah aku. ceh. tak konsisten langsung kan ayat karangan aku. memang patutlah dulu UPSR penulisan pon dapat B. haha. so straight to the point, semalam birthday aku. tak sangka aku dah 24 tahun. tak bestnya lahir awal. cepat tua. rasa macam baru semalam je aku habis sekolah rendah. rasa baru kelmarin je kena libas dengan batang paip dengan mak sebab main lumpur. ish ish ish. cepatnya masa berlalu kan.


the 24 years old me :) lama tak sentuh tudung bawal ni. :)


Kali ni, aku tak sambut pon birthday. memang sebelum ni pun, tak ada orang pon nak sambut birthday aku. yg ada pon cuma dia. tapi tahun ni, masing-masing kekeringan. so, tunda lain kali. haha. tapi kalau korang nak sambutkan apa salahnya. ;p

So, sepannjang 24 tahun aku hidup ni banyak benda aku dah lalui. macam-macam. yg baik. yg buruk. yg cantik. yg hodoh. semua ada. kalau dulu, masa kecik, macam tak sabar sangat nak besar. rasa macam betapa tak bestnya jadi budak kecik. ini tak boleh. itu tak boleh. semua kena dengar cakap mak bapak. lepas tu, bila dah habis sekolah, rasa macam paling bahagia sebab  konon dah bebas. dah boleh masuk wayang tengok cerita 18SX. eh tak. aku budak baik. mana tengok cerita macam tu. tolong lah percaya. please?keh keh. tapi bila dah dewasa ni, rasa macam nak jadi budak balik. tak payah fikir apa-apa pon. just belajar. buat kerja sekolah. main. tu je. seronoknya!


Disebabkan umur yg makin meningkat ni, banyak yg dah berubah. dari tinngi 139cm dah cecah 152 cm. walaupun still kategori ketot, tapi syukur je lah. *pasrah. dari muka halus mulus selembut sutera ke berjerawat batu berlian permata. dari free hair ke bertudung. oh ya. dari tudung bawal ke tudung hana tajima. (ok yg ni terlatest) heh. dari tak pandai masak, dah pandai masak sikit-sikit. dari penakut nak drive kereta, satu KL ni aku dah round. bukankah itu satu kemajuan? *ayat copy paste zack zukhairi.



Masa baby, mak aku cakap aku kuat menangis. pantang mak aku tak de je mesti memekak. pagi petang siang malam melalak je kerja. mak aku cakap, abah aku pernah rasa macam nak lambung aku. sebab geram sangat. dah lah huduh. hitam. tak comel langsung. lepas tu kuat melalak. siapa tak geram ye dak? dulu, masa aku umur setahun, aku nyaris lemas dalam baldi. alhamdulillah. nasib baik aku selamat. kalau tak, tak dapat lah aku update blog macam sekarang. 


Sekarang, aku dah 24. eh tuanya. bila ada orang cakap umur aku 20, hidung penyet ni tak dapat ditahan-tahan untuk melebarkan diameternya. hahaha. rasa macam bestnya jadi muda. kan?


oklah, lastly, aku nak ucap thanks pada semua yg sudi wish aku. even korang tak kenal aku, tetap wish even aku tau korang bukan ingat pon birthday aku. tengok reminder kan? hahaha. tapi tak pe. korang memang terbaik dan paling cool dalam dunia sebab wish aku tau. harap semua yg korang doakan, Allah makbulkan. dan terima kasih jugak especially mak abah aku sebab besarkan aku dari kecik sampai sekarang. love u all :)


*less than three <3*