Monday, June 4, 2012

Pasal kerja

Assalamualaikum!

alhamdulillah. akhirnya berjaya jugak aku update blog menggunakan berukband yg mengalahkan siput ini. serius mencabar. mencabar kesabaran. keteguhan iman. tawadok. fatonah.ketaqwaan. fatonah. ok dah sebut tadi tapi sebut lagi sekali dan gotong-royong. ceh tak de kaitan.  

ok sambung. so, semalam genaplah setahun aku bekerja mencari sesuap nasik di bumi kuala lumpur ini. tapi nampak sangat menipunya. sesuap nasik? seriusly? mengarut. mana cukup sesuap. kalau selera badak macam aku ni confirm tak cukup. setakat sesuap mana kenyang. haish. manalah diorang dapat idea buat perumpamaan macam ni. tak logik. lain kali buat lah perumpaman mencari sepinggan nasik ke. sebungkus laksa ke. beberapa ikat sate ke.baru logik. haha. tah hape-hape. pasal sesuap nasik pon nak kecoh kan.

sebenarnya, ramai jugak yg tanya aku kerja apa. aku bukan tak nak bagitau. tapi aku takut bila aku cakap aku kerja apa mulut korang mesti ternganga.  honestly, aku bukan engineer. doktor jauh sekali. lawyer lagi lah bukan. cleaner? cehhh! sampai  hati. aku kerja valuer je.  valuer? ok. nak bagi sedap sikit, valuation executive je. hah?what the hell is that? tak pernah dengar pon. kan? tau sangat korang nie macam mana. tapi aku macam malas nak explain pasal kerja aku ni. korang try google. mana tau ade.haha.

THIS IS THE REASON WHY aku jarang upload pic nampak gigi. hidung nampak besar walaupun realitynya memang besa.wuwuwu. T_T
masa zaman study dulu aku selalu cakap. 'eeee tak sabarnya nak habis belajar. bosan laaa. nak kerja. tak sabarnyewwwwwww. nak kejeww. bawak ketewww sendiwiii" . hamik kau. gedik tak hengat. tapi sekarang dah keje baru padan muka. soalan feveret orang ramai terhadap insan bekerjaya macam aku berbunyi seperti ini  "best keje?". jawapanya......"biasa je". jawapan selamat.  nak kata tak best, kadang-kadang best.nak kata best, aku pon tak tahu tang mana yg best. best time dapat gaji je lah kot. huahuahua.




bila da kerja nie, kurang siikit la tension. tapi tak de lah tak tension langsung. kerja aku ni banyak deal dengan orang. perangai orang pon bukan sepesyen je. macam-macam pesyen. yg baik. yg menjengkelkan. yg gatal miang keladi. semua ada! tapi dah kerja ni, aku tak payah susah-susah nak study. aku paling benci study. paling menyampah bila study week. lepas tu lagi saiko kalau dapat rumet yg 24 jam asyik study. bukak mata tengok dia study. balik toilet tengok dia study. balik makan dia study lagi.huish.  aku nak rilek pon rasa mcam takut sebab tengok orang lain asek study. nak tak nak, terpaksa study jugak walaupun hati memberontak nak tengok drama bersiri jepun.


lagi satu bila dah kerja ni baru aku tau susah payah mak bapak kita cari duit untuk besarkan kita. serius susah! masa mula-mula kerja tu, aku selalu rasa tak cukup duit. selalu gaji cukup-cukup makan je. nak menyimpan memang tak dapat la. nak dapat gaji punya lah lama. nak habiskan sehari pon boleh. so baru aku paham, susah rupanya cari duit ni. kadang-kadang rasa terharu bila terkenang balik mak bapak kita cari duit untuk bagi kita jadi orang berguna. terima kasih mak abah!




so, korang semua hargailah setiap sen yg korang dapat tu. nak-nak yg suka paw mak bapak tu. tak baik tau paw banyak2. tapi kalau share dengan aku tak pe.kikiki. gurau je. so,adik-adik  please belajar rajin-rajin. jangan bazirkan duit parents korang untuk perkara yg tak berfaedah. sikit-sikit tak pe. tipu lah guna duit beli buku je kan. aku pon sama jugak dulu.hehe :)


ok lah. penat dah membebel. see u in the next entry. bye!


*less than three* <3