Tuesday, August 28, 2012

EH! muka awak makin ok lah. pakai apa ek?

Assalamualaikum!

dulu aku adalah seorang blogger.blogger yg hari-hari rasa nak update blog. rasa macam syok sendiri je ada blog.then hari-hari nak stalk blog orang.lepas tu  komen blog orang. tapi sekarang tidak lagi. bilangan orang yg bukak blog aku pon boleh kira dengan jari. kesian.kesian sangat blog ni. kalau dulu hits mencapai ribuan angka. tapi kini semuanya telah berubah. seiring waktu yg berlalu dengan pantasnya. bagaikan angin berlalu pergi berterbangan. cewah.tak yah nak puitis sangatlah kan. lempang sedas kang nak? oh my god.i got 5 days of mc. eh tetibe.hahahah.


well sebelum terlambat, selamat hari raya,maaf zahir batin! sorry tak sempat nak wish puasa. tau-tau je dah raya. lama sangat dah tak update. sampai bulan puasa pon dah habis. raya pon dah seminggu. apa lah nak jadi dengan aku ni kan.


sebenarnya aku dah lama nak update entry ni.tapi tahap konfiden tu tak berapa nak ada sangat. dulu aku pernah update entry pasal muka yg teruk berjerawat batu dekat entry lama ni.. time tu aku rasa macam nak culik baby comel yg ada and tukar kulit muka aku dengan diorang. biar kulit aku halus mulus. hahaha.kejam tak?memang banyak gila feedback yg aku dapat dari pembaca blog ni. yg anonymous pon ramai komen kat entry tuada yg kasi nasihat. cadangan. semangat.siap bagi nombor telefon klinik pakar pon ada. terharu gila aku tau.:')

the latest me on last hari raya.peace!!

so, aku pon ada lah usha-usha suggestion yg aku dapat tu. aku try cari info kat google.baca feedback. komen apa semua. ye lah, dah lah muka macam gunung berapi, kang pakai produk yg tah hape-hape meletup pulak segala kawah kat muka aku ni nanti kan.


akhirnya. ceh akhirnya konon, aku pon try lah satu produk ni. aku tawakal je lah kan. try dulu. mula-mula takut jugak nak try. kang muka jadi macam katak puru kang mati aku.langsung tak nak keluar rumah pulak kan.tapi disebabkan perasaan rendah diri tu dah terlampau hebat, aku nekad jugak lah try. by the way, ini bukan iklan berbayar tau. ni aku ikhlas nak share dengan korang :).


mesti korang tertanya-tanya kan produk apa?apa, tak tertanya-tanya langsung?ok fine. tak mau bagitau lah camni. hahahaha. ok gurau je. tu pon nak tacing. sejak akhir-akhir ni,aku ada lah dapat msg dari kawan-kawan kat facebook. ramai jugak yg tanya aku pakai apa. tapi aku tak nak share lagi sebab dalam gambar kan. gambar tu kadang-kadang bukan boleh caye pon. then,ada kawan-kawan yg dah lama tak jumpa pon tegur muka dah makin ok. aku balikkampung pon,mak aku kata muka aku makin elok.kawan opis pon ada tanya jugak.so, rasa macam kedekut pulak kalau tak share kan? so, dengan rasa rendah dirinya aku share kat korang.mana tau lepas ni korang yg ada problem macam aku pon boleh try?

a week before hari raya. peace lagi.

ok, sebenarnya aku pakai EUMORA. info pasal produk ni korang boleh klik kat sini. dont worry. produk ni tak bahaya. tak ada bahan kimia. semua diperbuat dari bahan semulajadi. baby pon boleh pakai. aku pon memang tak nak pakai benda yg ada bahan kimia ni.dah lah kulit dah memang macam ni kan. aku malas sebenarnya nak terangkan satu-satu pasal kelebihan produk ni. apa kata korang klik je kat link aku bagi tu? kat situ ada tulis semua pasal produk ni. hahahaha!

gini lah ropenye sabun tu.

tapi nak kata muka aku 100% ok tu taklah. still ada jugak parut-parut jerawat tu. kadang-kadang jerawat ada jugak seketul dua menghiasi wajahku yg innocent ini. tapi tak lah sekali naik 20bijik. seketul dua je.maklumlah, muka aku dulu tu bukan jerawat sebijik dua. bebijik-bijik! besar-besar merah-merah pulak tu. tak terkira. so ambil masa lah nak ok kan. biar lambat asal selamat kan?
                                                                         
ini gambar before try EUMORA. muka sedih je. hahaha

ini pulak lepas try 2 bar sa bun EUMORA. after 3 months kot. still ada parut2. tapi better kan? muka pon dah boleh senyum sikit la. hahaha!

 haa. lagi satu, aku dah tak pakai bedak compact. aku pakai mineral powder pulak. alaa yg loose powder tu. sebenarnya aku terpengaruh dengan iklan kat radio tu. tengah otw nak pergi kerja dengar pulak iklan tu. tu rasa nak try. alhamdulillah.aku rasa bedak tu suit la ngan kulit aku kot. bedak RONASUTRA. sesuai utk kulit berjerawat. sebab bahan semua bahan mineral.ok ayat copy paste iklan. kelebihan dia korang boleh klik sini and baca sini . sorry lah, aku memang malas nk explain.


so, aku harap review aku ni membantu lah. korang try lah. mana tau berkesan kan? tapi kena sabar lah. dia punya efek tu memang lah lambat sikit. kena konsisten lah guna ye? jangan putus asa. aku dulu pon, selalu je nak cepat ok. baru pakai kejap dah rasa produk tu tak berkesan lah.apa lah.padahal try tak sampai pon sebulan. and yg penting jangan lupa berdoa dekat yg satu tu. kalau diizinkanNya, insyaAllah berkesan. kan?


oh ya! kalau korang nak beli produk yg aku guna ni through online, ye lah kot-kot malas nak pergi cari kat luar ke kan,boleh pergi kat fan page FB ni dRoseGarden.com. tak pun korang boleh search personal FB akak ni Rose Iriyanti Saidin.akak ni jual paling murah dari supplier yg lain. EUMORA tu kalau kat luar satu bar RM95 tau tapi akak ni jual RM66 je. sekarang ada promosi pulak tu.RM61 je sampai 31/8/2012.jangan risau, ketulenannya dijamin sebab aku dah pernah beli dengan dia. siap ada cop dari KMM lagi.lagipun banyak lagi produk lain yg dia jual.boleh la usha link aku bagi tu. haaa. aku ikhlas nak tolong ni. baik tak aku? hahaha.


oklah, aku rasa cukuplah tu. panjang pulak entry ni.maklumlah dah gian nak menaip. dah lama tak update la katakan. hehehe. lagi sekali, SELAMAT HARI RAYA semua! byee :)



*less than three*